Selasa, September 29

Yang Hak...

sejauh mana benarnya perempuan kalau sudah jatuh cinta - dia sanggup meletakkan cinta itu di tempat paling luhur dan paling agung dalam hidup nya.

ini berdasarkan kajian ilmiah

suara, wajah, segalanya mengenai kekasih begitu rapat - amat rapat.
kajian menyatakan semasa percintaan - seluruh emosi bagai dihubungkan oleh suatu kuasa yang penuh magik dengan emosi kekasih.

PERSOALAN ADA LELAKI SUKA DENGAN SIKAP BEGINI.
bergantung kepada siapa kekasih dan kita kongsi pula yg ini.perempuan menjulang cinta sebagai kepentingan utama -

ada beberapa perubahan sikap ketara yang tidak disedarinya.
sentiasa menguasai hubungan, perhubungan dengan si dia perhubungan utama.
sanggup menghambakan diri pada percintaan.seandainya tahu kekasihnya dalam kesusahan - dia akan kecewa seandainya gagal membantu.
perempuan amat cekap membaca airmuka kekasih

seandainya tahu kekasih ada orang lain - dia akan menjadi pejuang yang hebat.
tidak akan teragak2 menghabiskan wang untuk kekasih, akan bercakap tanpa berhenti dengan kekasihnya, sentiasa merancang sesuatu tanpa pengetahuan kekasih

LELAKI PULA TAFSIRKAN BEGINI.
lelaki menganggap perempuan over !, bersifat berlebih - lebihan dan gelojoh
tidak sabar2, amat mendesak, terlalu mengikut perasaan
hendak tunjuk pandai, lelaki akan merasa tertekan, lelaki akan merasa rimas dengan perhambaan begini, lelaki merasa perempuan tidak boleh berdikari, lelaki anggap perempuan terlalu meminta2...

Pengajaran cerita
hidup ini untuk dinikmati... percintaan sesama jantina mungkin hanya sebahagian kecil dari keperluan dalam kehidupan, dia seakan menyendal kesempurnaan dalam hidup.
matikah hidup tanpa cinta.

hari ini -
dalam konteks mencari kehidupan (remaja terutamanya) :
terperangkap dengan fitrah sendiri.tak bercinta - dikatakan tak laku, kalau bercinta - begitulah kalau didasarkan pada kajian cukup untuk menyatakan :
jadikan cinta sebagai penyendal bukan sasaran utama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan