Selasa, September 15

BAGAIMANA KITA MENGGUNAKAN KESEMPATAN YANG ADA...?


Seorang pengurus , bersama pekerjanya yg masih muda ,sedang dalam perjalanan atas urusan kerja dengan menaiki keretapi. Tempat duduk yang tinggal hanyalah tempat duduk berhadapan dengan seorang wanita muda yang cantik dan neneknya.Sepanjang perjalanan keempat – empat penumpang ini cuba menyesuaikan diri dan menghabiskan masa dengan betul.

Mereka mula berbual , tanpa menyedari , keretapi yang mereka naiki mula memasuki sebuah terowong.Tiba2 lambu gerabak kertaapi terpadam dan dengan serta merta keadaan menjadi gelap. Untuk beberapa waktu , keempat2 penumpang dan juga penumpang2 lain berapa diam, keadaan gelap.dan sunyi. Dalam keadaan gelap dan sunyi itu , tiba2 terdengar bunyi ciuman dan bunyi sebuah tamparan.

Selepas melalui terowong yg gelap . Keempat2 penumpang itu mula membuat penelitian masing2 ; berdasarkan bunyi ciuman dan tamparan yang mereka dengar semasa dalam kegelapan tadi.

Apa kata Wanita muda
saya rasa bangga kerana pengurus kacak yang duduk kat depan saya ini mencium saya ,
tetapi saya rasa malu kerana nenek menamparnya.

Apa kata Nenek tua
saya kesal orang muda itu mencium cucu saya , tetapi saya bangga kerana cucu saya mempunyai keberanian untuk menamparnya.

Apa Kata pengurus
pekerja saya menunjukkan keberanian kerana mencium wanita muda yang belum dikenali , tetapi mengapa pula wanita itu menampar saya
Nampaknya , hanya pekerja itu sahaja yang tahu apa yang berlaku . dalam waktu yang begitu singkat , dia mengambil kesempatan mencium wanita muda itu dan sekali gus menampar muka pengurusnya

Pengajaran Cerita
Bila dikaitkan dengan kesempatan.

Manusia dibahagi kepada 3 jenis.

Golongan Pertama
mereka yang tidak mengendahkan @ merebut setiap kesempatan @ peluang yang ada.

Golongan Kedua
manusia yang baik ialah mereka yang sentiasa merebut setiap kesempatan yang datang.

Golongan Ketiga
manusia yang bijak ialah mereka yang sentiasa mencari kesempatan yang dapat membuat dirinya berkembang tanpa perlu banyak menunggu.

Tetapi dimana kesempatan.
dalam diri kita...dan kita di mana !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan