Selasa, September 29

SEDIHNYA NASIBMU..CIKGU...

PUTRAJAYA - Masalah salah laku pelajar yang semakin meningkat telah mendorong Kementerian Pelajaran mengemukakan cadangan mewujudkan hampir 10,000 jawatan baru iaitu Guru Kanan Disiplin untuk ditugaskan di semua sekolah kebangsaan dan menengah tidak lama lagi.

Selain daripada tugas hakiki mengajar, mereka mempunyai tanggungjawab lain iaitu menjaga disiplin 5.5 juta pelajar di 9,844 buah sekolah kebangsaan dan menengah.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir. Wee Ka Siong berkata, jawatan baru itu adalah tetap dan guru yang dilantik akan mendapat Elaun Tanggungjawab serta pengurangan waktu mengajar.

Menurut Ka Siong, guru-guru terpilih juga dikecualikan daripada mengajar pada waktu pertama dan terakhir dalam jadual kelas sesi persekolahan agar mereka dapat memberi fokus terhadap urusan menjaga disiplin.

Dari Sudut Moral
saya bukan guru disiplin.tapi pernah melihat ratusan cerita pelajar @ remaja tidak berdsiplin.
Menurut Rakan2 yang terlibat di Universiti Kehidupan ( PLKN ).
ceritanya begini.
kalau di PLKN akan ada 3 pengambilan setiap tahun yang pertama- biasanya untuk best2student.Yang kedua-yang duduk di tengah2 - potensi untuk berjaya amat2 tinggi
yang ke tiga-plak BERKUMPUL LAH REMAJA 18 TAHUN yang cukup ' kaya ' dengan masalah dsiplin.

kalau ditanya : kenapa tak habis sekolah, jawpannya memang menakutkan kita....saya pukul kepala kawan2 cgu, saya pecahkan kereta cgu, saya termengandung cgu, cgu - jual CD lagi kaya, cgu - jual barang lagi cepat kaya, cgu - saya along, saya GRO - cgu nak !

KESIMPULAN
saya dah tak reti nak jadi orang kut.

KESIMPULAN SEBAGAI PENDIDIK @ PEMBIMBING.
( proses penambaikan harus terus dijalan )rata2 dapat disimbulkan.semuanya bermula dari didikan awal.ratanya pelajar yang berada dalam kelompok ini adalah makayah yang berada dalam ' kelas yg unik ', miskin harta, miskin akhlak & miskin kefahaman agama.
dan yang lebih parah lagi...miskin semua kefahaman untuk menjadikan berhak mendidik anak2..

hasilnya berjumpa lah kes.mak&ayah nak saman PLKN sebab suruh anak pakai tudung.
ayah tangkap mak buat hubungan sex dengan jiran sebelah.

TAHNIAH
kepada semua guru2 yang terlibat dalam proses ' pendidikan ' yang bukan mudah. kalau kerajaan nak bagi elauan lebih pun jangan dipertikaikan.tapi bersediakan cgu2...
kena maki dengan mak&ayah yang bodoh sombong,simpan duit elaun - ganti cermin kereta.
yang perempuan - tgklah gusti - mana2 ada skill yang boleh dipelajari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan