Rabu, September 9

IKATAN PERKAHWINAN IBARAT SEBUAH SYARIKAT HASIL PERKONGSIAN PINTAR 2 PIHAK YANG MENGIMPIKAN MATLAMAT YANG SERUPA




Ikatan janji sebuah perkahwinan
Perkahwinan adalah matlamat terakhir untuk membuktikan cinta, ikrar, janji dan tanggungjawab sebagai manusia yang ingin hidup berpasangan. Ia boleh terjadi antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang sudah mampu dari lahiriah dan batiniah.
Keinginan untuk melaksanakan impian hidup berpasangan adalah lumrah dari asas kejadian manusia itu sendiri dan dituntut dalam agama. kita Bertemu, berkenal-kenalan dan akhirnya membibitkan rasa kasih dan sayang sehingga ingin mengecapi hidup bersama. Sanggup meredah onak dan duri. Sanggup bertanggungjawab atas apa jua keadaan yang berlaku dalam alam rumahtangga.
Perkahwinan bukan kerja main-main, ia perlukan komitmen antara kedua belah pihak walaupun apa yang terjadi. Janganlah menganggap seperti kamu mensasarkan pencapaian sasaran dalam bisnes pula. Perkahwinan lebih melibatkan emosi, perasaan dan komunikasi. Jika salah satu tidak terjadi maka pincanglah rumahtangga tersebut.
Apa yang perlu dilakukan untuk mempertahankan rumahtangga?
Ok apa yang aku senaraikan di sini adalah mengikut apa yang telah aku praktikan. Semoga ianya menjadi petunjuk kepada pembaca dan rakan-rakan lain. Ingat! Aku juga tidak sempurna dan mengharapkan nasihat daripada yang lebih berpengalaman juga. Antaranya,
1. Bincang. Aku letakkan perkara ini di tempat pertama kerana ia tersangat penting! Selalulah duduk untuk bawa berbincang apa segala masalah yang timbul. Tidak kiralah ia sekecil-kecil masalah hingga ke besar-besar masalah. Tetapi dinasihatkan ianya berlaku dalam keadaan yang kedua-duanya berada dalam emosi yang stabil kerana ia juga boleh menjadi hari biru. Belajar untuk menerima penjelasan dan selepas itu baru merujuk kepada yang berpengalaman dan dipercayai.
2. Belaian. Jangan ingat perkara ini remeh. Dengan belaianlah setiap pasangan akan merasa kehangatan kasih dan sayang berterusan. Sebolehnya amalkan memeluk orang tersayang (yang dah kahwin je eh) sekurang-kurangnya 6 saat setiap hari. Ini penting kerana setiap pelukan melahirkan perasaan yang unik walaupun dalam keadaan merajuk sekalipun. Dari sini juga ianya bermain dengan psikologi manusia. Jika belaian itu hambar, kamu akan tahu semakin lama hubungan kamu semakin jauh dan akhirnya boleh sebabkan keretakan.
3. Tanggungjawab. Kalau tidak mahu rumahtangga pincang, belajarlah menjalankan tanggungjawab masing-masing dan belajarlah menjalankan tanggungjawab berumahtangga bersama. Jangan sesekali meletakkan sesuatu tanggungjawab
ke atas satu pihak sahaja, perkahwinan kan perkongsian hidup. Kalau tak nak kongsi jangan hidup bersama (hu3).
4. Menerima dan memberi. Belajarlah untuk menerima dan memberi, jangan dok ingat syok sendiri je. Ini termasuklah juga dalam kategori belaian seperti sebelum ini. Tak kiralah kau malu atau nak jaga hati tetapi ia perlu dijalankan bersama. Dalam kes ini sebenarnya ramai yang masih tak faham dan akhirnya bakal menanti retak. Lepas dok tanya sana sini apa silapnya? Sudah terlambat.
Pada hari ini di tahun 1999 aku selamat diijabkabulkan dengan seorang insan yang istimewa setelah beberapa tahun mengenali. Merasai le juga saat cam org len gak bercinta bagai nak gila sebelum kahwin. Dan semenjak itulah aku dan dia menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri yang ternyata bukan mudah! Penuh dengan ranjau dan duri untuk menjadikan ianya sebuah mahligai bahagia. Lagaknya pasangan bercinta lain yang kununnya mengikat janji setia akan lakukan itu dan ini dan mengharapkan ianya terjadi kenyataan.
Bagi aku jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi. Jangan cepat merasa diri kamu hebat! Rujuk kepada yang pakar dan dipercayai. Tidak salah ingin meletakkan satu harapan dan bersama-sama menjadikan impian tersebut terlaksana. Tetapi biarlah mengikut logik supaya tidak berlaku gapaian yang tak pasti yang akhirnya menjadikan rumahtangga tersebut sia-sia kerana kecewa tidak seperti dirancang!
Sempena tarikh 03.04.2009 maka genap usia berkongsian hidup kami selama 10thn. Doakan kesejahteraan dan rezeki yang melimpah ruah.
Isu yang perlukan perbincangan
Cuma satu perkara nak minta pendapat rakan2 sekelian….jika sesebuah ikatan perkahwinan yang terjalin dengan penuh kasih dan sayang… tiba-tiba si suami jatuh cinta pada insan ke2 selepas isterinya..
adakah boleh dianggap
· si suami tu curang dan telah berkurang kasih sayangnya pada is3nya?…sedangkan dia sememangnya tanpa keraguan tetap kukuh kasih sayangnya pada is3nya…
· Adakah boleh dianggap suami tu tidak bahagia bersama is3nya
· Adakah ini menunjukkan berakhirnya sebuah ikatan perkahwinan yang terjalin erat selama ini.
· Adakah si suami itu seorang yang tamak dan tidak mengenang budi dan pengorbanan is3nya
· Kadang kala pernah kita jumpa kes di mana is3 seorg sangat bertanggungjawab, taat pada suami, , suami pun seorang yang bertanggungjawab dan ambil berat kebajikan dan seorang yang penuh kasih sayang..tp peristiwa ni masih berlaku…
· Jika bakal is3 si suami itu juga seorang yang baik dan bertanggung jawab…perlukah dihalang perkahwinan itu…
· Adakah is3 lebih rela suami membuat perkara yang di luar batas agama..
· Jadi kalu ini terjadi…apa pandangan anda …di manakah silapnya..adakah tidak ada jalan penyelesaian agar tidak ada hati yang terluka dan membahagiakan semua pihak?
· Adakah berkongsi kasih tu semuanya berakhir dengan kehidupan sengsara dan derita?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan