Rabu, September 9

Hanya Untukmu Sahabatku

Yang memberikan penawar segala penyakit , iaitu: agama,ilmu pengetahuan, kekayaan, harga diri, sikap pemaaf dankesihatan.

Jauhi perdebatan yang tidak membawa faedah, majlis yang sia-sia dan sahabat yang tidak bermoral. Sesungguhnya teman dapat mempengaruhi diri: karakter dapat tercuri: dan pandan-gan mata dapat mempengaruhi.

Menghias diri dengan menjadi pendengar yang baik, tidak memotong percakapan orang yang sedang bercakap, lemah- lembut dalam bertutur dan halus budi bahasa adalah lencana penghargaan yang disematkan di dada orang mulia.

Memakai keperibadian orang lain, larut dalam identiti orang lain, dan meniru orang lain adalah bentuk tindak seperti me-mbunuh diri dan menghancurkan nilai-nilai utama keperibadian.

Jauhilah kesedihan, kerana itu adalah racun. Jauhilah kelemahan, kerana itu adalah kematian Jauhilah kemalasan, kerana itu adalah kegagalan Jauhilah pendapat yang tidak lurus, kerana itu adalah tanda buruknya pengurusan anda.

Jangan menampal dunia dengan mengoyakkan akhirat.

Janganlah menjadi begitu masin..sehingga orang meludahmu..Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga mereka menelan dirimu begitu saja...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan