Ahad, September 13

Minda Yang Sihat, Merangsang Kehidupan Yang Lebih Baik



Umum tahu punyai minda yang sihat bakal menjadikan fikiran lebih konsisten dan sentiasa membuahkan hasil yang terbaik. Namun ia bergantung kepada bagaimana ia dilatih dalam menjaga kesihatannya.
Aku bukan nak terbitkan entri yang bersangkut paut dengan bagaimana menjaga kesihatan otak, tetapi lebih kepada bagaimana hendak menggalakkan minda menjadi lebih konsisten dan aktif.
Semua anggota yang berada pada diri kau dan aku bergantung kepada proses kawalan yang dikawal sepenuhnya oleh otak. Minda juga berada dalam anggota paling atas dalam badan kita iaitu otak.
Mungkin kau pernah berada dalam situasi dimana kau tidak mengantuk tetapi minda kau terasa penat. Dalam keadaan tersebut secara automatik anggota badan kau akan terasa seperti tidak mahu melakukan sebarang aktiviti.
Jika kau seorang penulis blog sudah pasti kau selalu merasakan sedemikian. Langsung menyebabkan kau mengalami sekatan minda dan sudah pastilah kau tak dapat fikirkan sesuatu dalam masa itu juga.
Solusinya kau perlu tahu bila minda kau perlu berehat dan dimanjakan. Manja bukan bermaksud kepada perkara yang merosakkan tetapi kepada yang mendatangkan kebaikan.
Cara yang paling mujarab untuk selesaikan ketika itu juga ialah menarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan untuk capai oksigen yang banyak, minum air masak (air mineral dan yang paling baik air yang mengandungi kandungan oksigen) siang2 camni jgn minum plak…bulan posa ni…nanti aku plak dapat dosa kering… untuk merangsang oksigen ke otak dan mengunyah kuaci untuk merangsang minda supaya aktif.
Ia mungkin bukan cara yang paling berkesan tetapi ia membantu dalam melatih otak kau berfungsi dengan baik walaupun dalam keadaan kecemasan (hehe).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan