Khamis, September 10

ANAKKU HARTAKU





Sememangnya semua ibu bapa menginginkan anak yang cerdik, pintar, bijak dan seterusnya berjaya dalam akademik. Terutama dalam situasi sekarang. Ibu bapa berlumba-lumba agar anak lebih cepat pandai membaca, menulis, mengira, membaca Al-Quran (4M) seawal mungkin. Ibu bapa akan timbul cemburu sekiranya terdapat anak-anak rakan atau jiran yang lebih terdahulu pandai 4M diatas berbanding anak mereka. Lebih-lebih lagi apabila melihat media mendedahkan terdapat kanak-kanak yang sudah pintar sains, matematik seawal umur 4 tahun dan 6 tahun. Dan ada pula kanak-kanak yang seawal umur 12 atau 13 tahun sudah memulakan pengajian di Oxford University.


Pastinya sebagai ibu bapa kita akan rasa tercabar serta terdorong untuk meletakkan anak-anak kita seperti situasi di atas.


Perubahan zaman bukan sahaja mengubah tahap kemodenan teknologi malah mengubah tahap kecerdikan dan kematangan manusia.


Sekitar 1950 hingga 1980an, di Tanah Melayu ketika itu kanak-kanak lingkungan umur 4 hingga 6 tahun, masih tidak mempunyai pelajaran formal. Malahan masih bogel berkejaran keliling rumah mahupun mandi di sungai ataupun berkubang di bendang. Pada zaman ini kanak-kanak pada umur tersebut masih seronok bermain dengan alam. Apa yang ada dalam benak fikiran mereka adalah 'bermain'. Celik sahaja mata, belum sempat terang tanah mereka telah mulakan agenda permainan mereka sendiri. Sehinggalah meningkat umur 12 tahun. Mereka terus bermain. Dan permainan mereka adalah lebih berbentuk alami; layang-layang, gasing, godam, galah panjang, tarik upih pinang, laga sepat, laga labah-labah, mandi sungai, mengail pelbagai lagi.


Pergi sekolah bawa 'spider' atau guli atau gasing atau apa sahaja permainan mengikut musim. Atau setidak-tidaknya waktu rehat berkejar di kawasan lapang atau lorong; bermain galah panjang. Setibanya di rumah, berkejar pula untuk main layang-layang, main bola atau apa sahaja permainan yang berbentuk komuniti.


Waktu cuti pula gelap tanah, baru muncul muka di rumah. Ke pantai, menjala tangkap ikan atau melanggai tangkap udang atau cari siput dan kerang. Adakalanya bergelumang lumpur dengan kerbau di bendang.


Main, main, main, main, mainnnnnnnnnn. ......... ......... ......... .....


Pada ketika ini tak pelik sekiranya masuk tahun 1 baru belajar nak membaca, menulis, mengira.
Tetapi kenytaannya, mereka yang dibesarkan pada zaman inilah yang mana sekarang sedang dan telah menerajui Malaysia. Yang mana bergelar VIP, VVIP, VVVIP, VVVVVVIP atau sekalian banyak V untuk IP mereka.


Teringat saya pada satu ayat iklan yang mengiklankan akhbar Berita Harian.
"Dunia dah maju, zaman dah berubah!."
Jadi, apa, kenapa dan mengapa?.

Adakah dengan perubahan zaman mengikut kemajuan teknologi; kita sebagai ibu bapa seenaknya boleh menafikan Fitrah kanak-kanak? .


Lebih mencabar jika kita sedang membesarkan anak-anak dalam situasi bandar. Fitrah bermain iaitu tujuan mencari hiburan yang sebelumnya bersifat alami bertukar kepada aplikasi teknologi. Dan pengaplikasian teknologi tersebut terdapat di Cyber Cafe serta pusat membeli belah. Ataupun dalam bentuk 'Play Station', 'electronic games' dan sebagainya yang boleh dimainkan di rumah.


Dalam pada masa yang sama ada juga kalangan ibu bapa yang menyempitkan ruang main anak-anak mereka. Seawal umur 3 atau 4 tahun sehinggalah 10 tahun, ruang bermain anak-anak ketika hari cuti disempitkan dengan kelas tuisyen, smart reader dan bermacam-macam kelas lagi. Semuanya dilakukan atas desakan bagi memastikan anak mereka 'bijak'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan