Khamis, September 3

APA FAEDAHNYA KITA TERUS MEMBENCI...



Jangan kita pandang kekurangan, keburukkan dan kecacatan orang lain tapi kita pandang diri kita apakah sempurna zahir dan batin. Alangkah ruginya mempunyai sifat tercela ini, selalu menilai kelebihan diri sendiri daripada orang lain. Bukakanlah akal untuk banyak berfikir dan hati banyak berzikir.

Hadis Anas bin Malik r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki dan sindir-menyindir.

Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya

Hadis Sahih Muslim No: 1485

Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk,
janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu mem perdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain.

Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara

Hadis Sahih Muslim No: 1487

p/s:
virus yang sedang teruk menular zaman ini adalah virus penyakit hati, walau di mana kita berada dan dengan siapa kita dampingi virus ini berlegar di sekeliling kita. Punca dari virus ini adalah minda yang tak pernah berfikir kekurangan diri sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan