Ahad, Januari 31

Jenis-Jenis Perangai Manusia.....Di Sekolah dan Di Mana-mana




Ada orang kata...kita ni rambut sama hitam tapi hati lain sangat antara satu sama lain...masalahnya kita xleh nak baca apa yang sedang orang lain pikir tentang diri kita....termasuk le sahabat baik kita sendiri....kalulah Allah bagi peluang kita boleh membaca apa yang orang lain pikit tentang diri kita tentu kita xsenang duduk sebab banyak benda yang kita buat bukannya semua orang lain suka termasuklah insan2 rapat dan yang kita sayang...cuma mereka xmeluahkan apa yang mereka rasa demi menjaga hati dan perasaan kita....Oleh itu di bawah ini antara jenis-jenis manusia yang boleh kita pilih yang mana satu mewakili diri kita...kalu ada persamaannya..dan kita dapati banyak yang xbaik dalam diri kita...boleh le kita ubah atau perbaiki diri demi mencapai keunggulan keperibadian kita...sebab insan yang unggul ialah manusia yang sentiasa berusaha memperbaiki setiap kelemahan diri dari semasa ke semasa....
1. Adventurous
- Manusia jenis ini suka mencuba perkara yang berbeza-beza dan juga perkara yang menarik, walau pun membahayakan diri sendiri.
- Tak banyak manusia jenis ini di sekolah, contohnya kalau P & P tu....dok ulang kaedah lama dari dulu, kini dan selamanya. Macam mana anak murid nak minat belajar....mengajar dah 15 tahun, modul satu apa pun tak buat....lepas tu dok mengaku bagus mengajar. Bagus tahik kucing.....Kalau pelajar tak dapat menguasai apa yang di ajar....mula lah nak salahkan pelajar. Ingat "Customer is the king". Kalau spesis cikgu-cikgu lama...nak mengajar menggunakan TMK jangan harap...dah la tak tahu....malas pulak nak belajar.....pelajar dah maju ke depan....cikgu masih terhegeh-hegeh.....

2. Aggressive
- berkelakuan atau bersikap mudah marah dan sentiasa ingin bergaduh.
- Contoh terbaru....guru bergaduh dengan guru....guru tampar pelajar....pelajar tampar guru....ibu tampar guru.....
- lepas ini....jangan ada pulak guru tampar guru besar.....guru besar tampar guru.....

3. Artistic
- sangat bagus dalam hal-hal berkenaan lukis melukis dan unsur2 kesenian. Mempunyai daya imaginasi yang tinggi.
- biasanya guru Pendidikan Seni Visual....jadi mangsa untuk buat Mural di dinding bangunan sekolah.

5. Calm
- Sangat tenang, daya kesabaran yang tinggi dan sukar marah.
- Ramai jugak di sekolah jenis ini....yang dia tahu mengajar aje....kelas 'out of control'....anak murid di belakang lintang pukang.....dia tak kisah.....tenang....hinggakan cikgu di kelas sebelah ingat guru tidak ada dalam kelas tersebut.....intai-intai rupanya ada....sungguh calm guru tersebut. Kelas kotor pun, dia buat tak tahu jugak....mengajar...dan mengajar. Gua tabik....gua tabik betul dengan guru jenis ini!

7. Cheerful
- Sentiasa gembira, senyum dan ramah tamah.
- Jarang ada....kalau ada pun terlebih Cheerful...tak tahu apa benda yang dibuat di sekolah...yang dia tahu gelak....lepas tu ketawa...lepas tu gelak lagi....macam kat hospital sakit jiwa. Kerja habuk pun tak jalan....

8. Conceited
- Terlalu yakin dengan kebolehan dan pencapaian diri sendiri@Perasan Bagus
- Spesies masuk "bakul angkat sendiri". Buat kerja tidak perlu bantuan orang....buat senyap-senyap aje, tak nak orang tahu....takut-takut orang lain tiru idea dia. Spesies jenis ini, kalau pindah sekolah, dok jaja satu sekolah tentang kebaikan dan kebagusannya di sekolah lama....nak muntah kalau dengar ceritanya...kalau lu buat kerja bagus....lama2 orang tahu jugak, tak payah nak bangga diri.

9. Critical
- Selalu bersangka buruk dengan kerja-kerja yang dibuat oleh orang lain atau apa sahaja yang dikatakan oleh lain
- Ada la seorang dua...semua kerja orang lain buat tak bagus, hanya kerja dia aje yang baik. Mulalah nak komen kerja orang itu...orang ini. Kalau dalam mesyuarat tak ada pulak nak bagi komen, tapi selepas mesyuarat....mulalah dicanang satu sekolah...program ini tidak bagus...program ini tidak sesuai....dasar hati busuk.

10. Cruel
- Dengan senyaja, menyakitkan hati orang dan membuat orang marah.
- Jenis ini suka mengenakan orang...."Siap, dalam mesyuarat nanti aku akan hentam Bos, GPK dan siapa saja, asal aku puas hati...". Tapi kalau bos nak tukar manusia jenis, marah la pulak...kata bos kejam...bos tak sebulu dengan dia...wah hal...dia yang banyak komplen pasal bos...pelik..pelik.
- Bos pun, kadang-kadang kejam jugak....ada ke patut, sebut terang-terang nama individu yang buat kesalahan tak seberapa....macamlah dia tidak pernah jadi guru biasa....bertimbang rasa dan berbudi bicara la sikit....tak rugi pun.

11. Energetic
- sangat aktif dan boleh melakukan banyak kerja tanpa rasa letih dan jemu.
- Kalau ada jenis ini, bertuah sekolah tapi payah nak dapat...buat kerja sikit komplen....asyik aku je kerja lebih...cikgu lain dok goyang kaki.
- Kalau dapat jenis ini, bagi APC tiap-taip tahun tak apa.....ini nak APC, kerja malas nak mampus, tak dapat...mula lah jaja cerita satu sekolah.....GPK dan BOS tidak adil....pilih KRONI aje...

12. Fussy
- Cerewet.
- Cerewet aje tak apa, ini jenis cerewet nak mampos....sorry bahasa kasar sikit.
- semua nak perfect....biasanya BOS la bersikap macam nie...tambah-tambah lagi kalau jenis perempuan...kalau buat surat tu, silap satu perkataan pun...suruh diperbetulkan balik....
- Ideanya aje yang betul....idea orang macam sampah. Kalau dapat BOS jenis cerewet tahap tinggi, bukan sahaja guru yang menyampah....bah kan tukang sapu, tukang kebun dan makcik kantin tak suka....waima...kucing pun tak suka. Ada ke patut, hari ini tanam bunga kat sini....esok-esoknya diarah tukang kebun pindah kat lain....contoh cerewet tahap tinggi.

BOLEH KE KITA BERTENGAR TANPA ADA RASA PANAS DI HATI...



Kalau sebut sahaja perkataan bertengkar, sudah pasti pelbagai persepsi negatif akan bermain di fikiran. Namun di dalam kehidupan berumahtangga atau dengan kekasih hati, ia adalah satu perkara yang normal. Maklumlah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri atau pasangan kekasih.

Memandangkan semua pasangan pernah melaluinya, maka adalah penting untuk kita menghadapi pertengkaran dengan cara yang betul. Perkara pertama yang perlu diawasi ialah kata-kata yang keluar daripada mulut. Ini kerana ketika bertengkar, fikiran rasional telah menghilang dan biasanya kata-kata yang keluar sangat menyakitkan hati dan bertujuan untuk memuaskan hati masing-masing tanpa memikirkan perasaan pasangan.

Lebih buruk jika tiada pihak yang mahu beralah. Perselisihan faham atau pertengkaran tersebut boleh berlanjutan dan tidak mustahil ia mampu meranapkan sebuah ikatan perkahwinan atau ikatan kasih yang baru hendah dibina.

Untuk itu, melalui buku 'The Happiness Project' yang ditulis oleh Gretchen Rubin, dia membantu anda untuk bertengkar atau berdebat tanpa mencetuskan emosi yang mendalam.

Di sini diperturunkan beberapa kalimat yang perlu anda gunakan ketika menghadapi pertengkaran.

1. "Saya cuma mahu meluahkan isi hati saya."
Kebanyakan wanita hanya mahu menceritakan masalahnya tetapi seringkali disalah erti oleh pasangan. Suami menganggap isteri meminta dirinya membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Lalu dia akan mula memberi jalan penyelesaian. Bila langkah yang disarankan itu tidak diterima, maka timbullah pertengkaran. Oleh itu, ayat, "Saya cuma mahu meluahkan isi hati saya" pastinya dapat memberi ketenangan kepada suami. Suami akan lebih memahami dan memberikan kata-kata semangat agar isteri lebih tabah menghadapi masalahnya itu.

2. "Tolong fahami pendapat saya."
Salah satu perkara yang sering dilupakan ketika berdebat atau bertengkar ialah empati. Maklumlah masing-masing cuba menegakkan hujah mereka. Anda kena faham, semakin banyak perbezaan pendapat, itu bermakna semakin sempit cara anda berfikir.

Sebaiknya anda katakan kalimat ini sebelum anda memulakan percakapan. Ia penting supaya anda berdua dapat meluahkan masalah yang dihadapi dan dalam masa yang sama tetap memahami serta prihatin terhadap perasaan masing-masing.

3. "Perkara ini penting untuk saya. Tolonglah dengar."
Apabila bertengkar dengan pasangan, sesiapa pun jua cenderung untuk tidak mendengar dengan teliti apa yang cuba disampaikan oleh pasangan. Sebaliknya anda sibuk berfikir apakah yang perlu anda katakan untuk membalas kembali apa yang diperkatakan oleh pasangan anda.

Jalan terbaik, sebelum anda meluahkan perasaan anda, katakan dulu kalimat ini agar pasangan anda lebih prihatin dan dapat memberi lebih tumpuan kepada apa yang cuba anda sampaikan.

4. "Saya juga bersalah."
Apabila wujud sesuatu masalah di dalam hubungan suami isteri, kita cenderung untuk menyalahkan pasangan di atas segala perkara yang berlaku. Pada pendapat anda, anda berada di pihak yang benar dan perlu mempertahankan pendirian anda.

Itu bukan caranya kerana di dalam setiap perhubungan, sudah pasti akan berlaku kesilapan di sana sini. Sebagai pasangan, anda perlu bersedia untuk bersama-sama memikul segala kesalahan yang berlaku.

Jika anda mampu melakukannya, sudah pasti hubungan rumahtangga anda akan terjalin dalam suasana yang harmoni dan romantis. Ini kerana anda bijak untuk mengawal pertengkaran agar tidak terus melarat.

5. "Nampaknya kita sudah keluar dari topik."
Apabila bertengkar seringkali apa yang diperkatakan akan berlanjutan kepada perkara-perkara yang tidak perlu atau bersangkutan. Lebih bahaya jika apa yang dikatakan itu seakan-akan mengungkit kerana ia mampu meremukkan hati pasangan maisng-masing.

Jalan terbaik, segerakan luahan kata-kata ini agar pertengkaran akan kembali ke perkara asal yang harus diperbincangkan. Tiada gunanya membebel untuk perkara yang tidak perlu kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi suasana.

6. "Ini masalah kecil dan kita mampu selesaikannya."
Perkara kecil mampu menjadi besar serta menggugat ikatan perkahwinan sekiranya ianya tidak dikawal dengan segera. Lebih membimbangkan jika perkara tersebut menimbulkan rasa tidak puas di antara pasangan.

Sebelum hal kecil tersebut menjadi lebih besar, apa kata anda berterus terang sahaja dengan pasangan. Ajak dirinya berbincang dan bertanya mengapa perkara tersebut harus berlaku.

Seterusnya cari penyelesaian terbaik kerana sebagai suami isteri hanya anda berdua yang lebih tahu tentang semua perkara yang berlaku di dalam rumahtangga anda.

7. "Kita sebenarnya perlukan masa untuk berfikir."
Ketika bertengkar, kita selalu terbawa-bawa dengan emosi yang panas dan akhirnya akan mengeluarkan kata-kata kesat. Jika anda merasakan anda masih tercari-cari kata-kata yang boleh menyakitkan hati pasangan anda, apa kata anda ambil keputusan untuk berdiam diri sahaja.

Rasanya itu adalah cara terbaik agar pertengkaran yang berlaku tidak berlanjutan. Beri waktu untuk anda dan pasangan berfikir. Tanya pada diri sendiri sama ada apa yang anda lakukan itu betul atau tidak. Hentikan perdebatan dan ajak pasangan anda berbincang pada masa lain iaitu ketika anda berdua tidak dikuasai oleh emosi.

8. "Saya sayangkan awak."
Perasaan marah ketika bertengkar pastinya akan luluh apabila mendengar kata-kata ikhlas daripada anda yang menyatakan rasa sayang kepada pasangan masing-masing. Ia ibarat kalimat sakti dalam pertengkaran. Anda akan menyedari bahawa pasangan anda amat bererti kepada anda dan tidak mahu ikatan yang terjalin musnah hanya kerana sedikit salah faham yang berlaku.

Anda perlu sentiasa positif dan fikirkan bahawa tiada manusia yang sempurna. Maafkan kesalahan pasangan masing-masing jika benar anda masih memerlukannya dalam hidup anda.

PENGAJARAN BUAT PENYAMPAI FITNAH N KABAR ANGIN TERMASUK PENDENGAR KABAR ANGIN....



Pada Zaman Yunani kuno, Dr. Socrates adalah seorang terpelajar dan intelektual yang terkenal reputasinya kerana pengetahuan dan kebijaksanannya yang tinggi.
Suatu hari seorang lelaki berjumpa dengan Socrates dan berkata,
"Tahukah anda apa yang baru saja saya dengar mengenai salah seorang teman anda?
""Tunggu sebentar," jawab Dr. Socrates.
"Sebelum memberitahukan saya sesuatu, saya ingin anda mengikuti sebuah ujian kecil.
Ujian tersebut dinamakan Ujian Saringan Tiga Kali."Saringan tiga kali?"
tanya lelaki tersebut."Betul," lanjut Dr. Socrates. "Sebelum anda mengatakan kepada saya mengenai teman saya, mungkin merupakan idea yang baik untuk menyediakan waktu sejenak dan menyaring apa yang akan anda katakan.

Itulah kenapa saya sebut sebagai Ujian Saringan Tiga Kali.

Saringan yang pertama adalah KEBENARAN.
Sudah pastikah anda bahawa apa yang anda akan katakan kepada saya adalah benar?
""Tidak," kata lelaki tersebut,"sesungguhnya saya baru saja mendengarnya dan ingin memberitahukannya kepada anda". "Baiklah," kata Socrates. "Jadi anda sungguh tidak tahu apakah hal itu benar atau tidak.

"Sekarang mari kita coba saringan kedua yaitu : KEBAIKAN
Apakah yang akan anda katakan kepada saya mengenai teman saya adalah sesuatu yang baik ? "Tidak, sebaliknya, mengenai hal yang buruk"." Jadi," lanjut Socrates, "anda ingin mengatakan kepada saya sesuatu yang buruk mengenai dia, tetapi anda tidak yakin kalau itu benar.

Anda mungkin masih bisa lulus ujian selanjutnya, yaitu: KEGUNAAN
Apakah apa yang anda ingin beritahukan kepada saya tentang teman saya tersebut akan berguna buat saya ? "Tidak, sungguh tidak," jawab pria tersebut."Kalau begitu," simpul Dr. Socrates, " jika apa yang anda ingin beritahukan kepada saya...
tidak benar, tidak juga baik, bahkan tidak berguna untuk saya, kenapa ingin menceritakan kepada saya ?"

KITA PADANNYA DALAM KEHIDUPAN
SEHARIAN KITA, zaman fitnah, adakah semua yang disampaikan...melalui cerita @ media
betul, benar, berguna KEPADA KITA.

Jumaat, Januari 29

SABO JELAH CIKGU2 EKK



Percaya atau tidak, hakikatnya aku seringkali diajukan dengan pertanyaan sebegini
" Eh, mesti senang kerja ko kan sebagai guru, balik pukul 2, tak de stress" Aku fikir kalian pun sudah dapat mengagak, kerana kalian yang membaca setiap catatan entri ini pun kadangkala mempunyai persepsi yang agak stereotaip seperti
begini

" byk toii dugaan seorg guru nie.sblm ni saya dok pikir jadik guru laa kerja yg paling senang..." Tidak boleh untuk disalahkan. Kerana setiap kali aku diajukan komentar atau pandangan yang sangat prejudis sedemikian, aku hanya mampu mendiamkan diri, berteka-teki dalam kepala, sambil mengharapkan orang-orang sebegini…just go away from my sight, or from my life….

Tentu sahaja kalian pun mempunyai anggapan sedemikian rupa" Alah, cuti cikgulah yang paling banyak, budak cuti, cikgu pun cuti"" alah, dalam kelas ada 30 orang je, tak lah susah nak ajar" " senanglah ajar budak sekolah rendah, ajar subjek yang senang"

Komentar-komentar yang sungguh menjengkelkan ini acapkali aku dengar. Ini semua adalah kerana hasil jurisdiksi yang tidak matang, berat sebelah, dan paling dangkal, mereka sendiri tidak memahami "dunia sebenar"seorang guru di sekolah.

Jadi, biarlah aku terangkan sedikit sebanyak Cuti Panjang Sekolah Bukan Milik Cikgu
Berapa kali sudah aku terangkan kepada teman-teman aku, cuti panjang sekolah bukanlah untuk cikgu, tetapi untuk murid. Cikgu hanya menumpang. Walaupun cuti telah bermula, masih ramai lagi cikgu datang ke sekolah menyiapkan tugas-tugas dokumentasi. Ada yang terpaksa melewatkan cuti, seperti menjadi pengawas peperiksaan awam UPSR, SPM dan STPM. Ada juga, pada waktu cuti mengorbankan masa menjadi pemeriksa kertas-kertas tersebut. Seperti seorang guru di sekolah aku, yang tarikh pemeriksaan kertas Bahasa Inggeris UPSR jatuh pada hari kedua Hari Raya Aidil Fitri. Bayangkanlah. Cikgu-cikgu di seluruh Malaysia berhak diambil cuti mereka 1/3 cuti mereka untuk datang bertugas ke mana-mana tanpa sebarang alasan!

Untuk rekod, cuti panjang November dan Disember tahun lepas, aku hanya dapat bercuti selama dua minggu sahaja! Yang lainnya, aku boleh membuat senarai panjang apa yang telah aku buat di sekolah.

Sekolah Rendah Paling Asas Pendidikannya
Buat aku yang kini telah mempunyai dua pengalaman berbeza, kerana aku pernah bertugas di sekolah perkampungan orang asli, dan kini aku bertugas di sekolah rendah di pekan memang terasa peritnya seorang guru...semuanya kene buat perkara2 yang asas, wp pon asas tp sangat mencabar contohnya mengajar sesuatu perkara baru bagi org yg xtau apa2 tentang perkara tu..ingat mudah ke?. Kadangkala, aku hairan bagaimana sesetengah guru di sekolah menengah pun mampu membuat telahan bahawa guru-guru di sekolah rendah, mempunyai tugas yang senang dan mudah.

Pertamanya, guru-guru di sekolah rendah ibarat ibu dan bapa di sekolah. Ada banyak peristiwa yang seringkali menyedarkan aku betapa banyak pengajaran yang boleh diambil. Bagaimana seorang budak tahun satu tidak mampu membuka botol mineralnya? Bagaimana seorang murid telah buang air besar dalam seluar kerana gementar dalam perhimpunan sekolah? Bagaimana mahu memujuk murid-murid yang malas membaca? Atau, bagaimana mahu mengajar murid-murid yang masih gagal dalam menulis dan membaca sungguhpun telah diajar berpuluh-puluh kali.

Ini mengingatkan aku kepada SAHABAT aku yang mempunyai ijazah master tetapi mahu mencuba menjadi seorang guru. Pada hari pertama, dia masuk ke tahun satu, diuji dengan pelbagai masalah. Akhirnya, pada hari itu sahajalah dia bertugas, dan terus berhenti!

Percayalah, tiada ijazah atau master atau phd yang boleh menyelamatkan anda. Ada manusia yang memang telah dilahirkan menjadi seorang guru. Aku pasti pemegang ijazah master atau phd ini tidak mampu mengajar murid tahun satu walaupun untuk 30 minit!

Cikgu Bukan Cikgu
Cikgu di sekolah berurusan dengan " manusia ", bukan dengan mesin komputer atau sebagainya. Cikgu itu mungkin telah menjadi seorang jururawat. Cikgu itu mungkin telah seorang ahli psikologi, sedangkan aku baru sahaja bercerita satu atau dua kisah yang meibatkan perasaan aku dan perasaan anak murid aku! Berapa banyaklah lagi, kisah aku yang telah mendalami dunia psikologi kanak-kanak. Cikgu itu telah menjadi jurulatih sukan. Kaunselor, Ahli pekerja sosial masyarakat malah paling orang tidak faham ialah, cikgu hampir menjadi " ibu bapa".

Kalau anda di jabatan korporat swasta yang anda banggakan itu, sekiranya anda diberi tugas yang bukan tugas anda. Anda boleh sahaja berkata " that is not in my jobscope "

Tetapi, dalam dunia pendidikan. Bersedialah. Anda mungkin terpaksa membersihkan seluar anak murid anda daripada najisnya!

Betapa SERIUSnya kerja cikgu. Aku seringkali mengingatkan diri aku sendiri. Jika kalian mengatakan kerja aku melibatkan banyak pahala. Tetapi, aku sering mengingatkan diri aku tentang betapa mencabarnya menjadi seorang guru.

Bagaimana jika ada seorang, yang aku tidak ajar sepenuh hati aku? Aku berdosa.
Bagaimana jika salah seorang murid tidak memahami apa yang aku ajar? Aku berdosa.
Bagaimana jika ada yang tidak aku berikan perhatian sewajarnya. Aku berdosa.
Bagaimana sekiranya aku mengajar “fakta” yang salah? aku berdosa.

Seorang budak mungkin kemalangan ketika aku membawanya ke satu pertandingan di luar sekolah. Seorang budak perempuan mungkin diganggu seksual ketika dalam perjalanan balik ke sekolah. Kisah seorang budak tanpa ayah dan ibu, hanya tinggal dengan nenek yang tua.

Dalam dunia pendidikan, masalah hanya bertambah menjadi semakin dalam dan mendalam. Kadangkala, anda sebagai seorang guru, sudah mencampuri urusan rumahtangga orang, dan anda dituduh dengan pelbagai tuduhan.

Masalah yang melibatkan manusia. Tetapi, guru harus membangunkan manusia. Kerana manusia itu tonggak sesebuah negara.

Banyak pahala seorang guru, mungkin jika tersilap ajar, maka banyaklah dosa seorang guru. Dan, gaji seorang guru tidaklah sebanyak mana! Pernah seorang guru berpesan kepada aku, kerja cikgu ni kalau silap sikit boleh banyak dosa daripada pahala!

Semuanya salah CIKGU
Ibu bapa, masyarakat, malah setiap ahli masyarakat secara umumnya menyalahkan apa yang tidak betul, tidak kena, semuanya kepada guru. Bayangkanlah, budak tidak cemerlang, cikgu yang salah. Budak keracunan makanan, cikgu jugalah yang salah. Budak kemalangan hadapan sekolah, cikgu juga yang salah.

Malah, masalah yang melibatkan negara pun cikgu jugak yang salah. Contohnya, masyarakat tidak ada kesedaran sivik. Cikgu jugak yang salah. Maka terciptalah subjek Pendidikan Sivik. Kemalangan jalan raya semakin berleluasa, maka terciptalah Kesedaran keselamatan Jalan Raya sebagai mata pelajaran baru.

Cikgu di sekolah berhempas pulas dengan kelas tambahan, dapat 5A, ibu bapa kata anaknya cemerlang kerana tusyen di luar sekolah. Bukan faktor kejayaan cikgu di sekolah. Hmm alahai.

Sepertimana pujian dan komen kalian di blog ini, banyak lagi cacian, makian dan yang aku terima. Ya, . Sepertimana kini, gagalnya pelaksanaan Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di sekolah sekarang.

Tuntasnya, jika kalian fikir mahu menjadi seorang guru. Fikirlah dengan semasak -masaknya. There is no turning point. Anda mungkin menjadi seperti AKU, yang sudah masuk ke dalam gaung yang sedalam-dalamnya. Mungkin, aku sudah tidak boleh mengubah kerjaya aku lagi.

Tuntasnya juga, jika kalian membuat komen bahawa kerja seorang guru itu " mudah" di hadapan aku. Please, just go away from my sight, and just go and fly kite lah.

Khamis, Januari 28

PERNAH KE KITA BUAT SOAL SELIDIK APA PENDAPAT MURID-MURID TENTANG "KITA"





Diam tak diam, kelip mata hari demi hari. Tinggal beberapa hari je kita nak masuk ke bulan Feruari 2010. Banyak benar urusan kerja perlu diuruskan. Sungguhpun agak lega, namun saban tahun bercampur perasaan sebak, sedih dan terharu.

Mengapa?, kerana saban tahun setiap anak-anak aku yang di tahun 6 akan melangkah pergi, dan wajah-wajah yang sentiasa aku lihat, akan hilang dan lenyap bersama alam keremajaan dan kedewasaan.

Ia persis melepaskan anak kandung sendiri, melangkah mencipta dunia kehidupan baru. Setelah penat lelah mengasuh dan mendidik, aku tahu dan sedar anak-anak aku akan pasti melihat dengan dunia dan persepsi yang berbeda.

Kelmarin, aku meminta mereka menulis sesuatu yang tulus daripada hati mereka. Aku pinta mereka menulis lima kebaikan atau kekuatan aku sebagai guru mereka, dan aku juga meminta mereka menulis lima kelemahan dan kekurangan aku sebagai seorang cikgu. Aku juga meminta mereka tidak menuliskan nama mereka. Maka, tulislah kamu daripada isi hati kamu.

" Cikgu tak kan marah, dan cikgu takkan tahu daripada siapa yang menulisnya "

Mengambil kertas kosong, dan sebatang pensil lalu cuba menulis. Inilah kali pertama aku melihat mereka begitu sukar untuk mengilhamkan dan meluahkan isi hati mereka. Setelah lama menunggu, aku pun membacanya satu persatu. Maka, inilah keputusannya

Kebaikan/Kekuatan
Cikgu suka belanja
Cikgu suka senyum
Cikgu suka memberikan motivasi
Cikgu seorang yang pemurah
Cikgu mengajar kami dengan bagus
Cikgu sayangkan kami
Cikgu selalu datang awal ke sekolah
Cikgu selalu mengajar hal-hal yang baik
Cikgu suka buat lawak jenaka
Cikgu lain daripada cikgu yang saya kenal
Cikgu pernah menolong saya ketika saya sakit
Cikgu selalu berikan gula2
Cikgu mengajar dengan cara yang betul
Cikgu sangat menyayangi anak-anak muridnya

Itulah antara isi-isi yang ditulis berkenaan hal-hal yang mereka katakan tentang kekuatan diri aku sebagai seorang cikgu. Banyak hal yang mengejutkan aku terutamanya, anak-anak aku memang menyedari tentang kehadiran awal aku ke sekolah pada setiap jam 7.00 pagi setiap hari. Membaca catatan ini menyebabkan aku sebak dan terharu seketika, kerana mereka jujur dalam dan paling penting "they see me".

Baiklah, sekarang mari kita lihat apakah pula yang mereka tuliskan kelemahan/kekurangan aku sebagai seorang cikgu.

Kelemahan/Kekurangan

Cikgu slalu xmasuk kelas bile sibuk ngan budak tahun 6
Cikgu pernah cubit bila saya xsiap keje umah
Cikgu garang
Suara cikgu kuat dan lantang
Cikgu mesti kacak lagi
Cikgu tegas sangat
Cikgu seorang yang garang
Cikgu seorang yang tegas, garang
Cikgu tak de kelemahan
Sebenarnya cikgu tak sanggup marah dan garang, tapi terpaksa kerana mahu mengubah kami
Walaupun cikgu garang, saya sukakan cikgu sebab cikgu juga suka buat lawak
Cikgu tiada kelemahan lagi

Tatkala membaca catatan ini pula, aku mcm pun menitiskan air mata. Tidak tertahan rasanya. Terutamanya pabila membaca tulisan ini

" Sebenarnya cikgu tak sanggup jadi marah dan garang, tapi terpaksa kerana mahu mengubah kami "

Sebetulnya, aku memang sudah maklum perihal karakter aku sebagai guru yang mudah mesra ngan bebudak tapi bile time mengajo aku jadi serius dan tegas. Tetapi, aku maklumi juga, mereka juga arif bahawa garang dan tegas aku itu adalah hanya gaya mengajar, namun aku tahu mereka juga tahu aku seorang yang mengambil berat dan menyayangi mereka.

Akhirnya aku menjawab satu persatu komen mereka di hadapan mereka, menerangkan mengapakah aku bertindak sedemikian

" Hah, kenapa cikgu cubit kamu? "
" Sebab cikgu sayangkan kamu. Cikgu sentuh diri kamu, supaya kamu tahu cikgu sayangkan kamu. Cikgu mahu kamu tahu semua tu sampai bila-bila. Cikgu sayangkan kamu. Kamu tahukan sebelum cikgu rotan kamu, cikgu akan beritahu kamu perlahan-perlahan,cikgu buat ni sebab cikgu sayangkan kamu, bukan? "

Semua mengangguk tanda setuju.
" Baiklah, cikgu ni tegas dan bukannya garang. Cikgu tidak suka perkataan garang. Sama juga seperti kamu. Kamu bukannya jahat. Jahat itu seperti mencuri, merompak. Kamu tu nakal. Sebab itu cikgu tidak pernah panggilkan kamu jahat. Cikgu hanya gunakan perkataan nakal sahaja. "

" Baiklah, cikgu nak tanya kamu ni, siapa yang ada adik lagi? "
Beberapa orang mengangkat tangan." Pernah tak kamu disuruh oleh mak atau ayah kamu, suruhkan jaga adik kamu?" Mereka mengangguk." Pernah tak mak kamu suruh tengokkan adik kamu. Contohnya, mandikan mereka? " Mereka mengangguk lagi.

" pernah tak kamu marahkan adik-adik kamu sebab tak ikut cakap kamu. Kamu rasa nak cubit je sebab geram sangat adik kamu degil tak mahu dengar cakap kamu? "
Mereka mengangguk. " tapi, kamu tahu kamu sayangkan adik kamu dan bukannya bencikan adik kamu kan, walaupun kamu marah-marah, bukan? "

Mereka mengangguk lagi. " Kalau macam tu, macam tu lah perasaan cikgu. Cikgu marah ke, cikgu garang ke, cikgu denda kamu ke, semuanya cikgu buat bukan sebab cikgu bencikan kamu. Cikgu buat untuk disiplinkan kamu. Dan,paling penting, sebab cikgu syaangkan kamu. "

" Nanti, apabila dah dewasa dan matang, kamu akan ingat cakap dan nasihat cikgu ni "
Semua diam membisu. Ada yang sudah menitiskan air mata terutamanya murid perempuan.
" Cikgu ucapkan terima kasih sebab berikan komen-komen. Cikgu simpan sebagai kenangan dan juga panduan, supaya cikgu tahu cikgu ni, macam mana orangnya berdasarkan pendapat kamu "

Saban tahun, soal selidik inilah yang aku pinta daripada mereka (murid-murid tahun 6 pada awal-awal tahun persekolahan). Mungkin guru besar atau pengetua, atau masyarakat boleh menilai kredibiliti seorang guru tetapi pada akhirnya, hanya murid/pelajar sahaja yang boleh menilai seorang pendidik.

Ini satu cara muhasabah aku. Dan, tahun ini, catatan ini adalah favourite aku
" Sebenarnya cikgu tak sanggup marah dan garang, tapi terpaksa kerana mahu mengubah kami. Walaupun cikgu garang, saya sukakan cikgu sebab cikgu juga suka buat lawak "
Ia benar-benar menceritakan sikap aku. Bukan mudah menjadi cikgu tegas dan pandai berjenaka pada masa yang sama. I will take that as compliment.

MURID-MURID AKU PUNYA IMPIAN...




Bila aku masuk kelas, gantikan guru-guru yg bercuti atau gi kursus..aku akan habiskan masa ngan bercerita ngan murid-murid tentang impian mereka, adalah satu ari tu aku suruh diaorg buat satu karangan pendek tentang satu perkara.....Jika aku seorang jutaan..apa yang akan....so bebudak tu citelah mcm2..kadang tergelak beso baca impian mereka...ada yg mcm kelako, mcm mustahil nak dibuat....tp kita xdpt meramalkan apa yg akan berlaku mungkin 15thn akan datang...mana tau ada di kalangan bebudak ni yang bebetul jadi jutaaan....xde benda mustahil dalam dunia ni ..kalu ada usaha dan kesungguhan...insya Allah semuanya boleh dicapai dalam hidup ni.....

Korang baca le...impian bebudak2 kecil yang berimpian beso-sebeso2nya....berimpian le setinggi langit...dan berusaha sehabis baik demi mencapai impian..cikgu sentiasa berdoa moga semua impian murnimu menjadi kenyataan.....

Murid Nombor 1
Jika aku seorang jutawan dan hartawan aku akan membuat sebuah kilang Pizza Hut untuk diagih-agihkan ke seluruh negara. Kalau aku seorang jutawan aku akan menderma kepada anak-anak yatim. Aku juga akan membuat satu roket untuk ke bulan untuk menyacak bendera Malaysia di bulan untuk mengharumkan nama negara Malaysia. Aku juga akan membuat beberapa bisnes untuk menambahkan lagi kekayaan aku lagi. Kita jangan berangan untuk menjadi kaya seperti aku kita hendak berusaha dengan gigih

Murid Nombor 2
Jika aku jutawan dan hartawan aku juga boleh membeli kereta yang murah sahaja kerana aku tidak mahu muflis atau pun bapa kedana, sebat itulah aku berjimat cermat walaupun aku jutawan dan tidak semesti aku boleh membelanjakan semua duit yang ada

Murid Nombor 3
Kita haruslah menderma kepada tabung gempa bumi di Indonesia. Mereka dalam kesusahan kerana tidak tahu hendak tinggal di mana dan mereka dalam kelaparan. Sekian terima kasih.

Murid Nombor 4
Jika aku seorang jutawan dan hartawan aku akan membina seribu kilang bebola ikan, bebola ayam dan bebola sotong. Aku akan membina kilang pembekal daging burger.Aku juga akan menderma darah kepada orang-orang yang memerlukan darah.

Murid Nombor 5
Jika aku seorang jutawan dan hartawan aku akan menjadi lebih seronok kerana dapat menangkap gambar orang seperi menghisap dadah, merempit dan merompak banyak lagi kegiatan yang aku tidak tahu.Aku juga boleh menolong polis menangkap gambar penjenayah yang polis sedang cari. Pihak polis suruh aku menangkap gambar untuk dipenjarakan selama-lamanya.

Murid Nombor 6
Jika aku seorang jutawan dan hartawan aku akan berasa bangga kerana aku menjadi orang paling kaya raya di kampung.Aku ingin membantu warga emas memberi mereka pakaian, wang dan makanan. Masa itu aku sangat kaya jadi suka hati akulah untuk belanja siapa-siapa.

Murid Nombor 7
Jika aku seorang jutawan dan hartawan aku akan meminang puteri yang kaya dan cantik di dunia. Aku hadiahkan berguni-guni emas, permata dan alat solek. Alat solek penting untuk mencantikkan isteri aku. Aku akan belikan bulu mata palsu yang banyak sebanyak satu almari dan bedak satu bilik. Aku tidak mahu dia menjadi puteri terhodoh seperti dalam cerita dongeng.

Murid Nombor 8
Jika aku seorang jutawan aku akan belikan telefon bimbit untuk semua orang kampungku. Aku akan bina sebuah restoran paling mahal di dunia untuk belanja orang kampung ku.

Murid Nombor 9
Jika aku seorang jutawan dan hartawan aku akan membina sebuah stadium yang besar dengan harga yang murah. Aku akan bermain bola di stadium itu siang dan malam tanpa gangguan.

Murid Nombor 10
Jika aku seorang jutawan dan hartawan aku akan mengambil sepuluh orang gaji untuk menjaga ahli keluargaku. Seorang ditugaskan di dapur, di ruang tama dan lain-lain lagi.Tetapi aku insaf akan harta aku dan aku tidak akan menunjuk-nunjuk akan harta aku yang banyak.Pada selang tahun, aku akan menghantar ibuku ke tanah suci Mekah untuk menunaikan haji. Aku buat semua ini tanda aku sayangkan mereka. Setiap bulan Ramadhan aku akan sedekahkan sejumlah wang untuk mereka yang memerlukan. Itu tandanya aku bersyukur dengan nikmat yang diberi. Harta itu bukan aku punya tetapi hak orang lain juga. Aku akan berjanji di sini untuk membina masjid . Aku tidak akan mengkhianati agama aku. Aku akan membantu semua orang Islam. Aku akan membuka klinik percuma untuk semua orang miskin.Aku akan berikan perubatan percuma semua untuk mak cik-mak cik walaupun ada antara mereka yang suka mengata aku. Lagipun , aku melakukan semua ini untuk agama aku dan bukan untuk bermegah-megah.

Sebagai seorang guru, aku tertawa dan geli hati pabila membaca karya-karya mereka yang kreatif atau kadangkala tersasar jauh rasa kreatifnya. Ada yang sekadar mahu membina kilang bebola ikan atau membina sebuah stadium. Kadang-kadang juga, aku berasa sebak dan terharu dengan kematangan anak murid aku yang sungguh murni dan tulus mahu menjadi jutawan yang ingat akan usul agamanya. Mudah-mudahan pabila besar nanti bakal menjadi jutawan dan hartawan seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang terkenal dengan sifat dermawan dan murah hatinya itu.

Ahad, Januari 24

KEMAHIRAN MENJAWAB SEGALA PERTANYAAN DEMI PERTANYAAN ANAK2 KITA

ANAK YANG RAJIN BERTANYA
kadang-kaang sampai kita rasa rimas dan letih untuk mejawab soalan yang kita anggap remeh tapi perkara penting untuk perkembangan akal mereka. Betul ke tindakan kita marah2 jika anak2 kita sering bertanya soalan yang sama sepanjang masa...kadang-kadang jawapan yang kita beri tidak mengambarkan jawapan yang sebenar semata-mata nak mamatikan segala pertanyaan anak2...keadaan ini akan membiarkan anak-anak dengan jawapan yang salah dan akan kekal sepanjang hidupnya...

APA KEPUTUSAN YANG BIASA KITA BERIKAN.
diam.

ADAKAH ITU JAWAPANNYA.
tapi kenapa anak2 suka bertanya

FITRAH
memenuhi sifat ingin tahu.ini juga satu cara untuk mempelajari sesuatu.
anak2 akan terus bertanya sehingga dia berpuas hati.
inilah yang lazimnya menjadi masalah kepada ibu bapa.
MINAT
kadang ibu bapa rimas dengan soalan yang sama bertalu2.
terutamanya dalam bab yang menjadi minat kepada anak2.
disinilah secara tidak sedar ibu bapa sebenarnya telah bersikap
pentingkan diri sendiri di hadapan anak2.
INGIN TAHU
diamkan diri.tidak mahu menjawab
bermakna kita akan menyekat kreativiti dan keyakinan anak2.
anak2 mengenali , memperoleh dan mengumpul maklumat
melalui pertanyaan.
KASIH SAYANG
menjawab soalan kepada anak2 dikaitkan
dengan kasih sayang.
mereka rasa dihargai
KEYAKINAN
kalau soalan mereka dipinggirkan
mereka akan terasa dipinggit.mereka akan merasa tidak penting.
JAWAPAN
suka bertanya
tidak ada perancangan.pantang ada yang menarik perhatian mereka.
pertanyaan biasanya tidak akan bertangguh.
JADILAH BIASALAH UNTUK MENJAWAB.

Moral Cerita
hidup membesar dizaman rambut afro.bayang bagaimana persekitaran makayah masa tu.
DIAM LAH. budak pi main jauh. hari ini persekitaran terlalu jauh berbeza.

KAJIAN MENYATAKAN.
cara kita mendidik anak2 berdasarkan apa yang ' dinampakkan ' masa kecil kita.

Sabtu, Januari 23

SUSAH KE NAK SENYUM TU.....




Salam buat sahabat-sahabat n pembaca2 blog aku nie...diharapkn hari-hari yang kita lalui dipenuhi dengan rahmat ALLAH s.w.t...dalam aku menguruskan kehidupan aku ..rupa-rupanya senyuman mampu memberi impak yang mendalam...jadi, digalakkan kita semua menghadapi hari-hari dengan senyuman...jgn masam muka...nnt tak manis...kurangkan manisan dalam minuman & makanan...dan tambahkan manisan dalam senyuman....jgn plk terlebih senyum...nnt org kata pe plk..gile ke....dah buang tebiat ke...aku minta selama pembaca ambil masa untuk habiskan membaca entry kali ini...baca sambil senyum yea...

Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan ebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormone ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

Senyum pada hakikatnya adalah salah satu anugerah indah dari ALLAH Yang Maha Agung...ALLAH menganugerahkan senyum sebagai sebahagian dari keindahan manusia...Sayang, anugerah indah ini, tidak banyak ditemui di wajah banyak manusia...Dunia akan jauh lebih indah bila penduduknya gemar tersenyum.

Hidup dan kehidupan manusia pun akan lebih indah dan menenteramkan bila kita menemui banyak senyum di sekeliling kita...Terutama sang senyum dari wajah kita sendiri. Bukankah sangat enak bila kita menerima senyum? Dan bukankah jauh lebih enak bila kita lah yang memberi senyum?

KEKUATAN CINTA.....




“Mengapa setelah mengikuti seminar motivasi, motivasi tidak bertahan lama?” Pada artikel lain saya sudah membahas bahwa motivasi memang BOLEH TURUN DAN NAIK macam pasaran saham. Menyangka motivasi itu permainan @ tidak penting, adalah kesalahan yang pertama. Alasan kedua ialah kita akan kehilangan motivasi jika kita hanya mengharap motivasi dari luar. Sebab motivasi terkuat datang dari diri sendiri.

Dalam berbagai buku NLP disebutkan bahwa hanya ada dua faktor motivasi iaitu mengejar kenikmatan dan menghindari kesengsaraan atau rasa sakit. Namun jika saya kecilkan lagi skop perbincangan, hanya ada satu faktor motivasi, iaitu cinta. Semakin besar cinta kita, akan semakin besar motivasi yang bangkit.

Lihatlah, banyak orang yang sampai nekad bunuh diri karena putus cinta. Ini menggambarkan bahwa cinta memiliki kekuatan untuk menggerakkan diri kita, bahkan untuk hal-hal yang buruk dan tidak masuk akal. Mungkin Anda sudah banyak mendengarkan kisah cinta , apa pun dilakukan “kerana cinta”.

Joe Vitale menyadari kekuatan cinta sebagai motivator utama setelah dia melihat film 50 First Dates (2004) (50 Kencan Pertama) yang menggambarkan usaha seorang lelaki yang setiap hari berusaha membuat seorang wanita jatuh cinta kepadanya. Usaha ini dilakukan setiap hari, kerana sang gadis pujaan memiliki ingatan yang mampu mengingat cuma 1 hari. Ini hanya salah satu dari sekian kisah cinta dalam film.

Anda boleh memanfaatkan kekuatan cinta ini untuk mendapatkan motivasi diri. Tentu saja, tidak terbatas cinta terhadap lawan jenis, tetapi cinta kepada hal lainnya juga. Ketika Anda mencintai pekerjaan Anda, Anda akan memiliki motivasi yang cukup merasa keseronokan bekerja. Lihatlah pemain sepak bola, di tengah jadual yang ketat, mereka tetap enjoy bermain bola i padang, kerana mereka mencintai profesionnya sebagai pemain bola sepak.

Namun, ada cinta yang paling kuat. Saat Anda tidak memiliki cinta ini, sungguh Anda sudah menyia-nyiakan hidup Anda. Inilah cinta yang paling besar, yang memotivasi para mujahid di medan perang. Tidak takut mati, tidak takut rasa sakit, tidak takut apa pun, demi cinta ini. Cinta ini tiada lain, cinta kepada Allah.

Kerana bekerja adalah bahagian dari ibadah. Begitu juga bisnis adalah bahagian dari ibadah. Dan, ibadah adalah sebagai cinta kita kepada Allah, maka kerja dan bisnis kita juga adalah perwujudan cinta kita kepada Allah. Seharusnya, saat kita bekerja dan bisnis, kita akan memiliki motivasi yang tinggi.

Mari kita tetapkan niat kita, bahawa kerja dan bisnis kita untuk beribadah. Marilah kita pupuk kesedaran kita, bahawa bisnis dan kerja kita adalah salah bentuk wujud cinta kita kepada Allah.

Adakah perasaan cinta kita kepada Allah? Jika terasa kurang, maka iman kita harus ditingkatkan lagi. Sebab cinta kepada Allah hanya dimiliki oleh mereka yang beriman.

Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. (QS Al Baqarah:165)

APA YANG MEMBEZAKAN KITA DENGAN INSAN-INSAN YANG TELAH BERJAYA DALAM HIDUPNYA...



T.C Hamlett bercerita mengenai kisah dua ekor katak yang jatuh ke dalam satu tempayan susu lembu segar. Dinding tempayan itu licin dan curam , manakala susu lembu di dalamnya begitu sejuk‘ alamak macamana ni ?

Kata katak pertama.
‘ Ini takdir , tiada ada orang yang akan menolong kita. Selamat tinggal sahabatku.
Selamat tinggal dunia yang menyedihkan ‘ . Katanya lagi sambil menangis dan akhirnya dia pun tenggelam. Tetapi , katak yang kedua it terus mengayuh kakinya dan mula berenang.

Sesekali dia berhenti bagi menyapu mukanya dan menyeringkan matanya yang penuh dengan susu.‘ Biarlah aku berenang sekejap. Tidak ada gunanya sekiranya seekor lagi katak mati ‘Jadi si katak pun terus berenang.Selama beberapa jam dia menendang dan berenang itu , tidak sekali pun menyeluh. Kayuhan kaki katak yang tidak berhenti2 itu akhirnya susu lembu di dalam tempayan it terus menjadi keras.

Selepas susu berubah menjadi mentega , katak itu pun melompat keluar daripada tempayan dan berjaya menyelamatkan diri.

Moral Cerita...
Satu perkara yang membezakan antara kedua katak tadi adalah :
cara mereka melihat dunia di sekeliling mereka dan bagaimana mereka bertindakan terhadap dugaan dan cabaran yang di hadapi. BAGAIMANA KITA MELIHAT MASALAH @
CABARAN ITU YANG MEMBEZAKAN KITA. Apa yang membentuk pemikiran kita untuk menafsirkan cabaran tersebut :

persekitaran yang datang daripada SIKAP kita yang terbentuk daripada persekitaran,
pengalaman, pendidikan( sebab itu dikatakan – untuk melihat siapa kita 5 tahun akan datang lihat buku apa yang dia baca hari ini ).Menurut Stephen Covey ‘ sekiranya kita melihat sesuatu masalah dan dugaan itu berpunca daripada diri kita ,
maka sebenarnya diri kita sendirilah yang sedang bermasalah

Pepatah Cina ada berkata
daripada menyalahkan kegelapan , lebih baik ambil sebatang lilin dan menyalakan

WANITA......BAGAIMANA PERSONALITIMU....

Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang strees, cemas, gelisah dan merasa senang hati ketika mahu bermanja. Jika anda merupakan wanita bujang atau bergelar isteri, jangan pula tunggu sampai melahirkan anak baru hendak
menonjolkan sikap keibuan.

Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
Apapun, berikut ialah ciri-ciri yang memungkinkan anda disukai lelaki:

Memahami
Sikap memahami wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat
untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang memahami tidak terus menghamburkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan, sebaliknya cuba mengerti letak duduk persoalan.

Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki ialah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan kaum wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah mempunyai tiga anak?

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita,
wanita tersebut dapat mengimbanginya.Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.

KAUM wanita yang bersikap memahami akan membuatkan lelaki rasa dihargai.
Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

Bersikap keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.Tetapi, tentulah ia bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati sebaliknya sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelelakian seorang pria. Wanita yang ceria membuat lelaki lebih ghairah.

Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar. Malah, cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan serta tahu baik dan buruk. Jadi, dia tahu apa yang dia inginkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah,
sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu.Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Kecantikan dalaman dirinya memancar keluar dengan indah dan mempesona.

Jumaat, Januari 22

BETUL KE PENDAPAT MENGENAI MAKNA YANG TERSIRAT DALAM PERCAKAPAN SEORANG WANITA....


Kepada yang lelaki, kalau perempuan cakap macam ni, so korang kena paham-paham la apa yang dorang maksudkan ye. Perempuan ni penuh dengan ayat yang tersurat dan tersirat. Ye lah, perempuan kan… ;))

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nakmasak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

BETUL KE PENDAPAT MENGENAI MAKNA YANG TERSIRAT DALAM PERCAKAPAN SEORANG WANITA....

Kepada yang lelaki, kalau perempuan cakap macam ni, so korang kena paham-paham la apa yang dorang maksudkan ye. Perempuan ni penuh dengan ayat yang tersurat dan tersirat. Ye lah, perempuan kan… ;))

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nakmasak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

BETUL KE PENDAPAT MENGENAI MAKNA YANG TERSIRAT DALAM PERCAKAPAN SEORANG WANITA....

Kategori: Lelaki Cinta | 99 Ungkapan Cinta
Kepada yang lelaki, kalau perempuan cakap macam ni, so korang kena paham-paham la apa yang dorang maksudkan ye. Perempuan ni penuh dengan ayat yang tersurat dan tersirat. Ye lah, perempuan kan… ;))

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nakmasak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

20 Faktor Si Dia Boleh Dipercayai


Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.

Faktor 1 – Konsisten
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh ‘menjerat’ kamu. Siapa tahukan!

Faktor 2 – Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh ‘mengawal’ dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.

Faktor 3 – Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.


Faktor 4 – Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Faktor 5 – Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.

Faktor 6 – Perlu dimengertikan
Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.

Faktor 7 – Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.

Faktor 8 – Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!

Faktor 9 – Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.

Faktor 10 – Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.

Faktor 11 – Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.

Faktor 12 – Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh ‘menangkap’ adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.

Faktor 13 – Tak selalu didampingi
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.

Faktor 14 – Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.

Faktor 15 – Persamaan
Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.

Faktor 16 – Tak saling menyalahkan
Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan ‘bergegar’ jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.

Faktor 17 – Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

Faktor 18 – Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm… hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.

Faktor 19 – Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu ‘pokai’ dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.

Faktor 20 – Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?

Isnin, Januari 18

Haruskah blog ini terus bernafas?????




kadang2 agak payah menguruskan blog ini bersendirian. So mgkn blog ini akan memperlahankan denyutan nadinya xlama nnt (mungkin juga akan terhenti) Teeeetttttttttttttttttttttttttttttttttt........................... hehehe

best kalau kita ada sebuah blog yang indah,itu menjadi satu kepuasan buat diri kita apatah lagi kalau itu mampu membuat orang ketawa walaupun kita sedih~

Thanks pada semua Visitors yg selama ney xhenti keluar masuk blog ni. Dimulakan dengan januari,perlukah blog diakhiri dengan januari?owh.. tidak sayangnya aku kt blog ney ibarat spongebob sayangkan patrick.. :-(

secara umumnya ney blog pertama aku dr 3 blog yg aku ada.
Hampir genap setahun aku post benda merepek dlm blog ney untuk buat korg tersenyum kalau xtersenyum jgk xtawu la..boleh geng dgn raja kapur..xpenah senyum..muahaha oopsssss...hehe

terima kasih buat semua yg menyokong blog yg xseberapa ney n Tq jgk buat visitor dr mana pun korang berada....aku hargai sokongan dan kerjasama korang dlm usaha membuat aku terus brkarya...termasuk insan2 yang yg xku sebut.. aku tawu sape korg..hehe tQ la jd pengunjung tetap ya~& yg paling istimewa buat follower blog ney...I luv u all~

lepas ney aku aku ada tanggungjawab besar nk pikul dan xterpikul..hehe keja & kerja & kerja ...insyaallah.. kalau ikut perancangan mulai bulan ni aku dah mula sibukngan kerja yang bertimbun2,then makin btambah10x bz la jawabnya.. coz aku cemburu dengan seseOrang..hah?seseOrang?hehe

haritu aku ada terbaca dlm 1 blog, dia pn nak tutup blog jugak... sebabkan aku minat ayat dia tulis,aku copy n paste kat blog ney tanpa izin dia. Tawu kenapa?sbb dia da tutup blog mcm mana nk minta izin dia??haha:

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh...

PERHATIAN!!!
PERHATIAN !!!
PERHATIAN!!!

kepada semua:
pembaca2...peminat2 ...pengikut2...pengunjung gelapku...
dengan ini, saya, selaku tuan punya hak milik terpelihara blog ini ingin mengumumkan PENUTUPAN BLOG mungkin secara sementara (mungkin selama-lamanya)mulai dari tarikh dan masa post ini dibuat...

tetapi....
tetapi anda semua jangan risau...saya tidak akan hampakan kalian semua...
saya masih akan menulis blog saya secara suka hati saya...dan secara suka hati kalian juga...

aku mungkin akan terus post entri kt blog ney
tentang apa yg aku nk tulis tp mungkin jarang-JARANG..hehe ..okla.. thnks untuk semua n org yg pernah bantu aku buat blog ni..hope korg pernah tersenyum sekurang2nya sekali..masa berkunjung ke blog yg xseberapa ney...

Salam~ (^_^)

Kecantikan Itu untuk Siapa?


Apabila kita berdiri di depan cermin, berpusing-pusing; depan, belakang, sisi, depan, belakang, sisi ... entah berapa kali, kita tidak berasa apa-apa walaupun kita tergolong dalam manusia yang cantik. Perasaan bangga ada kerana dilahirkan cantik dan sempurna anggota, namun perasaan itu tidak sehebat mana. Akan tetapi apabila kita berdiri di depan orang (berpusing depan dan belakang?), orang memuji kita cantik, kita akan berkata: "Elehhh, biasa aje!" Sedangkan dalam hati gembira bagaikan nak gila.

Apabila kita beli pakaian baru, ada orang memuji pakaian kita cantik, kita akan berasa seronok dan gembira. Apabila kita memakainya ke pejabat, orang memuji lagi, kita bertambah gembira. Satu kepuasan menjelma di lubuk hati.

Apabila kita memasak, orang yang memakan masakan kita memuji masakan kita sedap, nombor satu dan tidak mungkin dapat dilupakan, kembang hati kita dibuatnya. Sekuntum senyuman manis terukir di bibir.

Apabila kita membuat bekerja, orang memuji hasil kerja kita bagus, siap mengikut tempoh masa, rapi dan kemas, semestinya membanggakan kita. Kerja dia yang tertangguh mungkin sanggup kita siapkan kerana pujian tersebut.

Apabila kita bercakap, orang memuji kita tinggi budi bahasa, sopan budi pekerti, pastinya amat membanggakan kita. Apabila kita berjalan, orang memuji menariknya lengguk pinggul kita, suka hati sekali kita mendengarnya. Apabila kita senyum, orang memuji senyuman kita manis bak madu, seminggu kita tidak dapat melupakan orang itu.

Pendek kata semua ungkapan yang keluar dari mulut orang yang memuji kita akan melahirkan satu kebanggaan, keseronakan, dan kegembiraan yang mendalam di hati kita. Akan tetapi kita harus beringat, pujian yang menggunung bisa merebahkan kita.

Sebenarnya kita hidup untuk diri sendiri atau untuk orang lain?

HOBI ORANG-ORANG KITA...



Manusia Malaysia kini ada satu penyakit yang sukar diubati. Penyakit ini tidak membunuh tetapi lebih berbahaya daripada kanser payu dara, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis atau HIV Aids kesan kesan sampingannya menggerunkan. Manusia akan jadi bodoh, dungu, dan fikiran membeku akibat penyakit ini. Kalau tidak diubati penyakit ini akan merebak dan menjadi penyakit berjangkit dari generasi ke generasi.

Penyakit yang dimaksudkan ialah penyakit malas membaca. Penyakit ini bakal membawa rakyat Malaysia mundur ke belakang.Dalam setahun, berapa buah buku anda baca? Kalau anda membaca 5 buah buku setahun, bermakna anda lebih rajin daripada mahasiswa.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Media, Universiti Malaya, mahasiswa Malaysia hanya membaca 4 buah buku setahun. Sedangkan mahasiswa Australia membaca 180buah buku setahun, India (130), Indonesia (94), Thailand (56) dan Brunei (26).

Patutlah rakyat kita mudah percaya khabar angin, berita kelentong, maklumat omong, dan mudah pula diperkotak-katikkan fikirannya.

Penyakit malas membaca ini selain berbahaya, amat memalukan jiran tetangga.

LELAKI VS WANITA...siapa yang salah..sapa yang betul jika ada permasalahan berlaku...?


Seorang lelaki berkata:
Perempuan sukar difahami,
sukar daripada segala-galanya,
wajah ceria, hati entah hitam atau putih,
semalam mengaku cinta, hari ini lupa.

Seorang wanita berkata:
Lelaki sukar dipercayai,
sukar daripada segala-galanya,
mengaku bujang, padahal suami orang,
mulut manis memperdaya,
pandai bermain kata-kata,
niatnya menghirup madu cinta.

Aku berkata:
Lelaki dan wanita dua kali lima. Cinta kedua-duanya umpama pedang yang sebelahnya tajam dan sebelah lagi tumpul. Terpulang belah mana yang mahu digunakannya. Kalau belah tumpul digunakan, lukanya tidak ada, melainkan lebam kebiru-biruan. Tetapi kalau belah tajam digunakan, maka lukanya merobek ke tulang.

Anda pernah melihat cinta dipancung? Atau anda pernah memancung cinta, atau cinta anda pernah dipancung?

Oh, dahsyat sekali! Dalam keadaan tertentu cinta harus dipancung untuk menyelamatkan nyawa. Nyawa siapa? Nyawa orang yang dicintai atau barangkali nyawa orang yang mencintai. Atau mungkin nyawa kedua-duanya; orang yang mencintai dan dicintai. Tiada siapa yang memancung cinta tanpa sebab.

Adakala cinta dipancung kerana cinta. Cinta kepada suami atau isteri orang misalnya, harus dipancung demi cinta yang lebih murni. Cinta kepada orang yang tidak direstui ibu bapa juga mesti dipancung untuk memelihara cinta orang yang melahirkan dan membesarkan kita. Cinta nafsu juga wajib dipancung untuk meraih cinta suci.

Namun, jangan pula memancung cinta semata-mata kerana terpikat dengan cinta baru. Cinta tiga segi selalu menyebabkan cinta dipancung. Silap pancung, diri sendiri teraniaya. Cinta bermadu seringkali mendorong individu memancung cinta abadi. Cinta bermadu ini biasanya menyembunyikan racun di dalamnya. Sebab itulah ia mudah menyebabkan individu terlena kerana manisnya yang memabukkan.

Oleh itu, apabila anda mahu memancung cinta, berfikirlah beberapa kali agar tidak tersilap pancung. Dan seandainya anda terpaksa memancung cinta - demi kebaikan orang yang dicintai - pancunglah walaupun dengan deraian air mata kerana itu tandanya anda bukan manusia yang mementingkan diri! ....PERTANYAAN BAGI INSAN2 YANG CUKUP MENGENALI AKU....apakah tindakan aku betul, aku xsuka memancung mana2 Cinta...aku akan pelihara setiap apa yang aku ada...walaupun apa yang terjadi....deritanya biar le aku sahaja yang tau...xperlu org lain memahami aku...aku tetap aku sampai bile2...

Memaafkan Diri Sendiri



Anda pernah membuat kesalahan? Yah, semua orang pernah membuat kesalahan. Kita bukan malaikat yang selalu benar, kesalahan adalah hal yang manusiawi. Dari kesalahan kita BOLEH MERASAI hikmah, namun tidak sedikit orang yang menjadi SANGAT SEDIH kerana kesalahan di masa lalu yang menimpanya. Hilang semangat dan merasa tidak berdaya. Inilah kenapa kita perlu memaafkan kesalahan yang sudah kita lakukan.

Banyak orang yang tidak memperdulikan kesalahan diri sendiri. Padahal saat kesalahan kita membekas, memberikan pengaruh besar kepada kehidupan Anda, atau berakibat buruk, kesalahan ini bisa mempengaruhi kehidupan Anda secara keseluruhan. Secara tidak sadar pikiran bawah sadar kita mengatakan bahwa kita adalah orang yang salah, tidak bertanggungjawab, tidak berdaya, dan berbagai pikiran negatif lainnya.

Pikiran negatif terhadap diri sendiri akan menyebabkan kita rendah diri. Seperti dijelaskan dalam Video The Confidence Secret (percaya diri), rendah diri bila dibiarkan akan seperti bola salju, semakin lama semakin membesar. Saat rendah diri sudah menggunung, Anda sudah merasa tidak bisa apa-apa lagi sehingga tidak ada usaha memperbaiki diri sendiri. Ini gawat!

Kesalahan-kesalahan masa lalu bisa membuat diri kita menyesal. Marah pada diri sendiri. Hal ini akan menyebabkan sebuah luka, luka emosional pada diri sendiri. Saat kita memiliki luka, kita akan melakukan usaha ekstra melindungi bahagian yang terluka, sebab luka di atas luka itu lebih menyakitkan. Perlindungan ekstra ini seringkali menjadikan diri kita menjadi penakut dan mudah tersinggung. Akhirnya emosi negatiflah yang selalu mengiringi kita.

Rendah diri dan emosi negatif adalah tidak baik bagi kehidupan kita. Kita tidak lagi memiliki motivasi, kebahagiaan, dan pencapaian-pencapaian yang tinggi. Oleh kerana itu, untuk menghindarinya ialah dengan memaafkan kesalahan-kesalahan yang telah Anda lakukan. Tentu saja setelah meminta maaf kepada orang lain jika terlibat dan memohon ampun kepada Allah SWT jika kesalahan Anda juga berdosa.

Tentu saja, kita perlu menghindari kesalahan. Namun sebagai manusia kesalahan selalu saja terjadi. Tidak apa-apa, yang penting ialah kita segera memperbaiki kesalahan kita dan perbaikan akan berjalan efektif jika kita telah memaafkan kesalahan kita. Mencuba memperbaiki kesalahan, sementara Anda berada dalam keadaan rendah diri dan mengutuk diri sendiri, perbaikan itu tidak akan memberikan hasil yang optimal, bahkan bisa saja sama sekali tidak berhasil.

Langkah-langkah memaafkan diri sendiri

Fahami bahwa memaafkan berbeza dengan melupakan. Sebuah peristiwa yang melibatkan emosi sulit untuk dilupakan, tetapi boleh dimaafkan.
Terimalah bahwa Anda melakukan kesalahan. Ini manusiawi. Katakanlah “Meskipun saya melakukan kesalahan, namun saya menerima diri saya seutuhnya.”
Mintalah maaf kepada orang lain yang terlibat. Dimaafkan atau tidak, yang penting Anda sudah minta maaf.
Mintalah ampun kepada Allah SWT jika kesalahan Anda berupa dosa.
Sekarang… maafkanlah diri Anda. Katakan saja “Saya memaafkan diri saya seutuhnya.” Katakanlah berulang-ulang dengan penuh konsinterasi, silakan katakan di dalam hati saja, namun harus diikuti dengan kesungguhan. Allah SWT Maha Pengampun, kenapa kita tidak mau memaafkan diri sendiri?”
Ambillah hikmah dari kesalahan Anda. Bersyukurlah bahwa Anda sudah mendapatkan hikmah yang berharga.
Cubalah untuk memaafkan diri sendiri, Anda akan hidup lebih ringan, lebih bahagia, dan lebih bersemangat. Insya Allah

KALIAN JUGA BERHAK UNTUK BERJAYA




Hari Jumaat lepas, aku dapat kelas ganti klaz 6 Al Razi...kelas yang paling corot dlm 4 kelas di skolah aku..aku rasa mcm kosong je..nak cite pasal apa ekk kat diaorg semua ni...nak ajo matematik..jap lagi 1jam masa aku ajo matematik ngan diaorg...bagi le diaorg free sikit...rehatkan minda...cian diaorg ni..bukannya boleh dipaksa belajo gile2 sgt...kan lagi bagus kita wujudkan perasaan dihargai dan terima hakikat bahawa mereka xsebagus rakan2 mereka yang lain dalam pendidikan...walaupun camtu ini xbermakna mereka tidak bole berjaya..kita cubalah pelan2, kene sabo, wujudkan raa minat belajo kat mereka, rasa minat datang ke sekolah, aku rasa mereka akan berjaya sbb diaorg ni xdelah nakal atau kurang ajo..
aku suka ngajo kelas diaorg ni...nakal sikit2 tu beselah nama pun bebudak...nama yang paling glamour kat klas tu ialah taufiq( anak yatim..mak dia dah meninggal), afiq ketua klaz, saifuddin( cian budak ni ada potensi nak berjaya, muka hensom, tapi slalu xdtg sekolah sbb malu dirinya sengau), semuanya ada 17org. Sebenonya aku berazam pada diri sendiri...tahun ini aku akan pastikan mereka2 ni sekurang2nya lulus dalam subjek matematik....insyaAllah...

Akhirnya aku dapat idea camne nak buat ngan budak2 ni utk memenuhi masa realif aku kat klaz ni...puas menunggu pelajar2 saya memikir apa yang baiknya tentang diri mereka, aku pun menukar strategi.


aku edarkan 3 helai kertas A4 setiap seorang
pelajar lelaki ada 11 orang, pelajar perempuan ada 6 orang


"lipat kertas kepada 8 petak, kerat/potong menjadi 8 segiempat tepat.
pada setiap helai kertas segiempat kecil itu tulis 1 nama rakan kamu dalam kelas. Setiap rakan dalam kelas ini, namanya akan kamu tulis pada setiap helai kertas kecil itu. Semua rakan. Jangan tertinggal satu pun. Lelaki tulis nama kawan2 lelaki sahaja, perempuan tulis nama kawan perempuan sahaja. Nama kamu sendiri tak perlu"

sibuklah masing-masing melipat dan mengerat.

"Ok. dah tulis nama kawan2 dalam kelas ni?"
"Sudah....cikgu"

"Baiklah, saya mahu kamu tulis 1 perkara yang baik atau yang kamu suka bagi setiap nama yang terdapat pada kertas segiempat yang kecil itu. Dah tulis, lipat, jangan beri orang lain baca"

Setiap pelajar lelaki ada 21 helaian kertas segiempat kecil yang perlu ditulis 1 perkara baik tentang setiap rakannya dalam kelas.
Yang perempuan pula ada 13 helaian kecil.

Saya terbaca satu darinya.
Nama rakannya: Black
perkara baik tentang Black: cool

Bila sudah siap, masing-masing perlu memberi kertas yang bertulis, pada pelajar yang namanya tertera.

Waktu ini, suasana agak riuh sedikit di kelas.
Pelajar-pelajar ke sana sini , mencari rakannya untuk diberi kertas bernama mereka.

Saya lihat ramai yang tersenyum bila membaca helaian kertas yang diterima khas untuk diri sendiri. Membaca apa yang baiknya tentang diri mereka dari kaca mata rakan mereka sendiri.

Kalau yang lelakinya, mereka terima 10 perkara yang baik tentang mereka,
yang perempuan pula ada 5 perkara baik tentang diri sendiri.


Saya pasti ramai antara mereka tidak pernah dipuji, malah tidak tahu pun kelebihan diri masing-masing.

Ramai yang tersenyum. Seolah membaca surat cinta dari kekasih hati.

"Boleh saya baca?"
"Tak boleh lah cikgu, rahsia" beritahu pelajar yang tidak ingin bersikap riak sebentar tadi.
Tapi bibirnya mengukir senyum sambil mengulang-ulang baca setiap kertas yang tertulis apa yang baik tentang dirinya.

Saya berpendapat, peringkat remaja yang penuh dengan kecelaruan identiti, memerlukan kata putus dari rakan sebaya untuk membenarkan sesuatu yang baik untuk diri. Jika rakannya menyatakan beliau cool, itulah yang dipercayainya.

Kata-kata saya sebagai guru tidak diterima secara putus andai rakannya tidak bersetuju. Ini kerana mereka tidak yakin dengan keunikan diri sendiri, tetapi ingin lari dari kelompok pelik supaya dapat bersama-sama serta diterima oleh rakan sebaya.

Saya juga begitu dulunya. Hanya sekarang ini barulah saya mengerti bahawa saya juga punyai sifat tersendiri yang patut saya berbangga dari dulu.

Kembali semula ke kelas......

Apabila loceng balik berbunyi, saya lihat beberapa pelajar lelaki yang pada firasat saya, pelajar-pelajar yang agak nakal, melipat helaian-helaian kertas tentang diri mereka dengan cermat dan menyimpan dalam poket baju.

Pada saya menyimpan di poket baju seolah-olah menyatakan bernilainya isi kertas tersebut, berbanding menyimpannya di poket seluar.

Semasa menuruni anak tangga, saya juga tersenyum seperti mereka. Mereka pon mahu dihargai dan difahami dan sedang mencari kelebihan, kebaikan yang ada pada diri masing-masing yang diiktiraf oleh rakan2 dan insan2 yang rapat ngan diri mereka..seperti kita..apa salahnya kita cuba memahami mereka..terima mereka seadanya...

Ahad, Januari 17

AKU DAH BERUBAH KE...? POSITIF KE NEGATIF?




Hukum Alam menyatakan semua makhluk berubah

yang tidak berubah hanya Allah s.w.t.
YANG TIDAK BERUBAH HANYALAH PERUBAHAN

Ada 2 bentuk perubahan
ke arah lebih baik dan sebaliknya.
Orang Berjaya berubah dengan pilihan yakni dengan memilih untuk berubah.tidak berubah atas faktor paksaaan.

DIMANA HENDAK MULAKAN
Perubahan harus bermula dari dalam diri sendiri.
3 faktor besar yang menentukan bagaimana perubahan itu berlaku.

AKAL.HATI DAN NAFSU.
ini akan membentuk sistem nilai.keyakinan.paragdigma.tindaklaku dan sikap seseorang.
RAJA.BENDAHARA DAN PENJAHAT DALAM DIRI. Hati – raja pada segalanya dalam diri kita.
Akal – bendahara kepada raja semua ‘ nasihat ‘ datang daripadanya.
akallah yang member input.untuk mendapat hati yang baik –akal mesti baik.
Nafsu –nafsu secara tabii adalah jahat.Nafsu jika tidak dikawal akan mempengaruhi hati dan akal.

bolehkan nafsu di hilangkan !
nafsu amat penting : ini cabaran buat kita untuk mendidik ,melatih dan menguruskan hati.

menurut iman al- ghazali
nafsu umpama nafsu sebagai kuda liar – jika mampu dijinakkan , ia akan menjadi kuda tunggangan yang baik.DAN LAGI....HATI – pemandu, AKAL – konduktor& NAFSU – penumpang
DAN LAGI2....Untuk mengubah semuanya mesti melalui melalui tiga proses.

AKAL
mestilah diproses agar tahu.untuk tahu akan perlukan ilmu.ilmu tidak akan menjadi apa – keharusannya ditanam dalam akal.

HATI
ilmu sahaja tidak mencukupi sebagai agen perubahan seandainya tidak diiringiri dengan ‘ kemahuan ‘ faktor kemahuan lebih kuat dari pengatahuan @ ilmu.
untuk itu hati harus dididik dengan keyakinan agar mahu berubah. untuk mahu hati diberi input keyakinan.

Setelah TAHU dan MAHU – nafsu perlu dilatih dan dibiasakan dengan rutin perubahan – keharusan hati dididik agar mampu melaksana perubahan.

Moral Cerita
semua orang bercakap soal perubahan tapi hari ini. orang yang bercakap soal moral
DIALAH TIDAK BERMORAL, orang bercakap soal rasuah..DIA LAH PERASUAH
orang bercakap soal keadilan..DIALAH PERAKUS KEADILAN..orang bercakap pasal kehidupan beragama...DIALAH MERUBAH SISTEM.
dan kita....BERCAKAP SOAL PERUBAHAN...mungkin sekadar cakap2....ini soal hati.
Aku plak camne ekk..adakah aku mempunyai hati yang baik, akal yang waras dan dapat mengawal nafsu ke arah yang lebih positif...aku sedang berusaha ke arah itu...anda semua bagaimana....?