Isnin, September 7

Psikologi : Anda Dan Pasangan

Sebagai manusia biasa yang dikurniakan hati dan perasaan dan dicipta berpasang-pasangan, sudah pasti kita tidak lari dari perkara sebegini. Bila dah hidup berpasangan, mula lah kita nak pasangan kita mengikuti apa yang kita suka atau tidak. Perkara sebegini yang menjadi punca keretakan sesebuah perhubungan.
Namun sebenarnya dalam mencapai kebahagian bersama ada beberapa perkara yang kita tidak mampu diubah. Antaranya seperti :
Bakat
Semulajadi. Jangan sesekali memaksa pasangan mengubah untuk mengikut bakat yang kita miliki. Setiap orang punyai bakatnya sendiri. Apa yang patut kita lakukan adalah menikmati kegembiraan bakat masing-masing bersama.
Hati
Nilai-nilai dalam hati adalah aspek yang tak mungkin dapat diubah atau diganggu. Ini adalah kerana nilai-nilai positif mahupun negatif telah ditanam oleh ibubapa sejak kecil bergantung cara didikan yang diterima.
Karier
Perkara yang tidak harus digugat atau dipaksa untuk berubah oleh orang lain. Malah sepatutnya kita memberi galakan dan menyokong secara positif.
Emosi
Sebenarnya kita dikurniakan tahap emosi yang berbeza-beza antara sati sama lain. Contohnya ada sesetengah orang bersikap tenang apabila tertekan an begitu juga sebaliknya. Tugas kita adalah mengimbangi tahap emosinya dan jangan menaikkan lagi kemarahannya jika berada dalam keadaan marah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan