Sabtu, September 26

Ini falsafah bangau. Sentiasa menyalahkan pihak lain.

BANGAU OH BANGAU

Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan kenapa tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul, rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput, kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau, kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan, perut aku sakit.
Perut oh perut, kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah.
Nasi oh nasi, mengapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah, kayu api basah.
Kayu oh kayu mengapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah, hujan melimpah turun.
Hujan oh hujan, mengapa engkau turun?
Macam mana aku tak turun, katak panggil aku.
Katak oh katak kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku.
Ular oh ular, kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan, MEMANG MAKANAN AKU.

ye, mujurlah ular berhenti menyalahkan orang lain. kalau ular masih mencari alasan, tentu nama korang semua termasuk yang sedang membaca blog aku ni pon dia sebut skali pun masuk dalam lagu ni (nama ida, riza, kemboja, ainul mardhia, qalisya dll), dan pelbagai isu akan terlibat... globalisasi, dasar kerajaan, orientalis, jiran, suami, isteri, kecurangan, bab kesetiaan, bapa mertua, ibu mentua? siapa lagi dalam senarai pihak yang ingin kita salahkan?
cuba tgk, apabila ular mula mengambil tanggungjawab terhadap AKU iaitu dirinya sendiri, selesai polemik dan masalah di hutan. maknanye, masalah boleh menampakkan penyelesaian apabila kita akan mula bercakap tentang AKU, iaitu diri kita sndiri, aku, dan diri korang masing-masing. so, elok klu kita berhenti dr menyalahkan org lain. fikir-fikirkan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan