Selasa, September 8

Cinta, Apakah Yang Membuatkan Si Dia Terlalu Istimewa?



Wah, kali ni nak bercerita atai mungkin juga boleh katakan sebagai sesi perbincangan dengan pembaca dan rakan blogger yang lain. Yang pasti cinta itu terlalu subjektif, tiada tetapan sebagai rujukan khas apa itu cinta.

Sebab itulah wujud istilah-istilah seperti cinta itu buta, cinta tak kenal siapa, cinta tak kenal usia dan macam-macam lagi. Huh belum apa-apa lagi dah berpeluh ni, isu agak berat! Terasa macam bagus pula (kah3).

Namun apa yang kita cuba bincang hari ini ialah berkenaan apakah yang membuatkan si dia terlalu istimewa buat kamu?

Sudah pasti ada alasannya yang tersendiri kenapa si dia istimewa buat kamu. Kalau tanya pada orang yang sedang asyik melayan perasaan sudah pasti dijawab dengan angaunya. Tak gunalah!

Aku bukan orang yang pandai untuk membicarakan soal cinta tetapi aku berani kata aku punyai pengalaman yang mungkin berguna untuk aku dan untuk dikongsikan dengan orang lain. Apatah lagi dapat dikongsi disini bersama pandangan dari rakan lain.

Untuk sesetengah dari kamu mungkin perkara ini enteng dan tidak perlu dibawa berbincang keranan ianya peribadi. Dan bagi sesetengah orang pula ianya boleh dijadikan sebagai simbolik kekuatan hubungan antara pasangan masing-masing. Kalau dah istimewa tu macam-macam yang tak kena termasuk simpan bungkusan gula-gula yang diberinya pada kali pertama (kah3).

Mungkin apa yang dicatatkan disini adalah antara penyebab si dia istimewa buat kamu,

Memahami. Mungkin si dia mulai memahami diri kamu. Ini termasuklah hal kerjaya, keluarga, rakan-rakan dan perkara-perkara yang berkenaan dengan kamu. Ini akan membuatkan kamu rasa lebih selesa dan tidak terlalu dikongkong dan lebih membentuk keyakinan terhadap si dia. Perasaan kamu yang menerima si dia seadanya bakal menguatkan sikap memahami antara satu sama lain.

Menghormati. Si dia bukan sahaja menyayangi kamu malah memberi ruang apa sahaja yang kamu lakukan. Kamu merasakan lebih selesa kerana tidak dipandang rendah dalam sesuatu keadaan. Ruang yang diberi si dia kamu gunakan dengan sebaik-baiknya. Jangan pula disalah gunakan!

Pengorbanan. Si dia sanggup lakukan apa sahaja untuk kamu. Tetapi tidak sampai kebilik tidur (ha3). Cukup sahaja apa yang kamu rasa berkaitan dengan rutin kamu. Apatah lagi setiap pengorbanan yang dilakukan atas keikhlasan hatinya. Kamu sendiri secar automatik akan menghargai dan mengingati setiap pengorbanan. Nah! Bukankah ia menambahkan lagi ikatan kasih sayang antara kamu berdua?

Jujur, setia dan percaya. Mungkin agak sukar untuk mengetahui secara menyeluruh bagaimana hendak mengukur setiap perlakuan tersebut tetapi sudah cukup jika ia berlaku dalam keadaan tidak terlalu menekan. Apa yang kamu tanya dan hendak tahu si dia menjawab dengan tenang tanpa kamu merasa syak!

Cukup untuk kali ini, perkara-perkara yang dicatatkan adalah dalam bentuk topik yang tidak menyeluruh. Ianya adalah perkara asas yang perlu ada pada si dia yang mungkin menjadi si dia istimewa buat kamu.

Selebihnya eloklah jika dibincangkan bersama dengan apa yang telah kamu alami, mungkin dari pengalaman kamu. Usah segan usah malu kita cuba dalaminya. Mungkin bakal menjadi rujukan kepada mereka selepas kamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan