Sabtu, September 5

MENEGUR DAN DITEGUR

Dalam membudayakan sifat memberi dan menerima dalam konteks memajukan diri dan organisasi, ada dua sudut yang perlu dilihat.

PERTAMA: orang yang menegur atau menasihati
KEDUA: orang yang ditegur atau dinasihati.

Orang yang menegur hendaklah sentiasa ikhlas dalam menegur atau menasihati sesiapa. Janganlah teguran ini disebabkan konflik peribadi. Ingat, teguran bukan HENTAMAN. Teguran yang ikhlas dari hati, pasti akan memberikan kesan yang membekas di hati, insha Allah. Orang yang menegur juga sebaik mungkin mencari jalan yang terbaik untuk menasihati orang yang hendak dinasihatinya supaya nasihat itu dapat disampaikan dengan berkesan.

Bagi orang yang ditegur, terima sesuatu teguran dan nasihat secara positif dan konstruktif. Analisalah setiap teguran dan nasihat yang diterima. Percayalah, kita tidak rugi sesenpun sekiranya berubah untuk memajukan sendiri. Cuma kadang-kadang ubat yang mujarab biasanya agak pahit, tetapi kesannya SUPERB!

Bagi seorang Muslim, teguran jujur dan baik yang diterima oleh seseorang itu adalah tanda kasih sayang Allah. Janganlah berdendam kepada orang yang menegur dan menasihati kita dan sekiranya teguran tersebut dirasakan tidak betul, anggaplah orang yang menegur itu punya niat yang baik walaupun tersalah. Hakikatnya kita manusia; nobody is perfect!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan