Selasa, September 29

CINTA SUCI IBARAT SINAR MATAHARI

CInta..menag seronok utk dihuraikan...cinta beso maknanya sepanjang kehidupan kita...kerana cinta antara ibu dan bapa...kita dilahirkan ke dunia ini...kerana keranc kitap ada insan2 yang kita sayang seperti ibu bapa, is3, anak-anak dan insan2 penting dlm hidup kita...kita sentiasa bersemangat untuk meneruskan kehidupan kita walaupun menghadapi masalah..dan rintangan..

...Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi, kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
...Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
...Cinta adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.
...Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
...Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
...Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
...Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas orang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.
...Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan. ...Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
...Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah jika cinta dibawa tersalah arah

Elakkan berdendam - Maafkan.

kita pernah dengar
SAYA MAAFKAN TAPI TIDAK AKAN MELUPAKAN. kenapa macam tu.apabila seseorang tidak mahu memaafkan , dia sebenarnya mengunci pintu yang satu hari nanti mungkin perlu dibuka.bila dia menyimpan dendam dan memendam perasaan.

SIAPA YANG PALING KITA SAKITI, DIRI SENDIRI.memang tidak berbaloi menyimpan dendam ,
juga tidak dapat diterima akal jika terhantuk beberapa kali. Pepatah ada menyatakan
ANDA MENIPU SAYA SEKALI.MALULAH ANDA.ANDA TIPU SAYA DUA KALI - MALULAH SAYA. menurut John Kennedy- Maafkan orang lain tetapi jangan lupa namanya
ini sekadar untuk memberitahu diri kita jangan ditipu kali kedua.

Moral Cerita
Itu mungkin sebahagian cerita yang ada sekeliling kita.
memaafkan orang bukan sesuatu yang datang dengan mudah.
kerana ini persoalan hati dan karektor
sejauhmana betul dan salahnya
AKU MAAFKAN KAMU
TAPI TIDAK AKAN MELUPAKAN..

Perjalan seribu batu bermula dari satu langkah..

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia,

biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.” “Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.”

“Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.”

“Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.” ”Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan. ”

“Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.” “Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam.” “Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.” “Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.”

“Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.” “Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.” “Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.”
“Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.”

“Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.” “Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.” “Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.”

Yang Hak...

sejauh mana benarnya perempuan kalau sudah jatuh cinta - dia sanggup meletakkan cinta itu di tempat paling luhur dan paling agung dalam hidup nya.

ini berdasarkan kajian ilmiah

suara, wajah, segalanya mengenai kekasih begitu rapat - amat rapat.
kajian menyatakan semasa percintaan - seluruh emosi bagai dihubungkan oleh suatu kuasa yang penuh magik dengan emosi kekasih.

PERSOALAN ADA LELAKI SUKA DENGAN SIKAP BEGINI.
bergantung kepada siapa kekasih dan kita kongsi pula yg ini.perempuan menjulang cinta sebagai kepentingan utama -

ada beberapa perubahan sikap ketara yang tidak disedarinya.
sentiasa menguasai hubungan, perhubungan dengan si dia perhubungan utama.
sanggup menghambakan diri pada percintaan.seandainya tahu kekasihnya dalam kesusahan - dia akan kecewa seandainya gagal membantu.
perempuan amat cekap membaca airmuka kekasih

seandainya tahu kekasih ada orang lain - dia akan menjadi pejuang yang hebat.
tidak akan teragak2 menghabiskan wang untuk kekasih, akan bercakap tanpa berhenti dengan kekasihnya, sentiasa merancang sesuatu tanpa pengetahuan kekasih

LELAKI PULA TAFSIRKAN BEGINI.
lelaki menganggap perempuan over !, bersifat berlebih - lebihan dan gelojoh
tidak sabar2, amat mendesak, terlalu mengikut perasaan
hendak tunjuk pandai, lelaki akan merasa tertekan, lelaki akan merasa rimas dengan perhambaan begini, lelaki merasa perempuan tidak boleh berdikari, lelaki anggap perempuan terlalu meminta2...

Pengajaran cerita
hidup ini untuk dinikmati... percintaan sesama jantina mungkin hanya sebahagian kecil dari keperluan dalam kehidupan, dia seakan menyendal kesempurnaan dalam hidup.
matikah hidup tanpa cinta.

hari ini -
dalam konteks mencari kehidupan (remaja terutamanya) :
terperangkap dengan fitrah sendiri.tak bercinta - dikatakan tak laku, kalau bercinta - begitulah kalau didasarkan pada kajian cukup untuk menyatakan :
jadikan cinta sebagai penyendal bukan sasaran utama

ADAKALANYA BERDIAM DIRI LEBIH BAIK DARI TERUS BERKATA-KATA...



Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang
sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )
* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:

* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.

* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..

* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia

Kisah...Doa seorang sahabat...


Sebuah kapal karam diterjang badai hebat. Hanya dua lelaki yang dapat menyelamatkan diri dan berenang ke pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat pergi ke daerah berasingan dan mereka tinggal berjauhan.

Doa pertama, mereka memohon diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yang lainnya tetap kosong.

Seminggu kemudian. Lelaki pertama merasa kesepian dan memutuskan berdoa agar diberikan isteri, keesokan harinya, ada kapal karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang terdampar di sisi pulau tepat lelaki pertama tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki ke dua tetap saja tidak ada apa-apa.

Segera saja, lelaki pertama ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap saja tidak mendapatkan apa-apa.

Akhirnya, lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar ia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.

Pagi siang hari mereka menemui kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan meninggalkan lelaki kedua yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya lelaki kedua itu tidak pantas menerima keajaiban tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan.

Apabila kapal siap berangkat, lelaki pertama mendengar suara dari langit, “Hai. Mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?”

“Berkatku hanyalah milikku sendiri, hanya kerana doakulah yang dikabulkan,” jawab lelaki pertama.

“Doa temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka ia tak pantas mendapatkan apa-apa,”
“Kau salah!” suara itu bertempik.“Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa.”

Lelaki pertama bertanya, “Doa macam apa yang dia panjatkan sehingga aku harus berhutang atas semua ini padanya?”.“Dia berdoa agar semua doamu dikabulkan”

Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? Banyak orang yang telah mengorbankan segalanya demi kebahagiaan kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai sesuatu hanya dari “yang terlihat saja.

APA YANG MEMBEZAKAN ANTARA PERCAYA DAN KEPERCAYAAN...?

kuasa percaya
Pernah diadakan satu perlumbaan yang begitu menakjubkan iaitu pertandingan menyeberang air terjun Niagara di Amerika. Peserta perlu menyeberangi air terjun dengan berjalan di atas seutas tali dan menggunakan sebatang tiang sebagai pengimbang

Sejak pertandingan bermula ramai perserta mencuba.dan gagal. Berbekal pengalaman, seorang lelaki berjaya menyemberangi air terjun dengan penuh keyakinan. Lelaki itu berjaya menarik perhatian ramai dengan keberaniannya. Tidak lama selepas itu - lelaki itu dicabar semula sebagai membukti kejayaannya tadi bukan kerana nasib semata-mata.

SEBELUM ITU LELAKI ITU MENGEMUKAKAN BEBERAPA SOALAN KEPADA PENONTON.saya akan menyemberangi air terjun sekali lagi.tetapi saya ingin bertanya adakah saudara2 semua percaya saya boleh melakukan.percaya.kata penonton, jika saudara2 percaya siapakah yang sanggup menyeberang bersama saya.

Semuanya terdiam sehingga seorang budak kecil menyatakan kesanggupan. AKHIRNYA LELAKI INI BERJAYA SEKALI LAGI MENYEMBERANGI AIR TERJUN INI BERSAMA BUDAK KECIL INI.
budak kecil itu ditanya oleh penonton selepas itu. kenapa adik mempercayai lelaki itu. KERANA DIA ADALAH BAPA SAYA

Dari Sudut Moral
terdapat perbezaan diantara percaya dan kepercayaan.penonton tadi digambarkan sebagai percaya.Budak kecil digambarkan sebagai satu bentuk kepercayaan.

PERCAYA
bermaksud penyerahan diri yang tidak lengkap terhadap apa yang kita percayai.hidup sekadar percaya tidak menuntut komitmen.

KEPERCAYAAN
penyerahan diri yang disertakan dengan komitmen dan penyerahan secara menyeluruh dan pasrah berasaskan kepada akal fikir.

DALAM KONTEKS KITA
kita percaya dalam banyak hal.Ramadan mesti puasa.Masuk waktu mesti sembahyang perempuan ( ada diantaranya ) keluar pekan pakai tudung.percaya ini negara islam
percaya ini negara orang melayu

HAKIKATNYA
bezanya diantara orang yg ada ' percaya ' dan ' kerpercayaan '
sebab itulah. Puasa tetap puasa - kedai nombor ekor penuh dengan orang yg puasa.
sembahyang diperkotak katikkan, tudung dipakai dimasa dan waktu yang dipilih.

kita fikirkan.
kerana itu sebahagian selingkar ilmu yang kadang2 kita abaikan.bezanya kita dan mungkin persekitaran kita bila membedakan di antara duanya. terutamanya hal2 yang dikaitkan dengan asas kehidupan.agama.

kerana kita dizahirkan atas dasar percaya. kepada diri sendiri.kepada agama dan seterusnya negara.

SEDIHNYA NASIBMU..CIKGU...

PUTRAJAYA - Masalah salah laku pelajar yang semakin meningkat telah mendorong Kementerian Pelajaran mengemukakan cadangan mewujudkan hampir 10,000 jawatan baru iaitu Guru Kanan Disiplin untuk ditugaskan di semua sekolah kebangsaan dan menengah tidak lama lagi.

Selain daripada tugas hakiki mengajar, mereka mempunyai tanggungjawab lain iaitu menjaga disiplin 5.5 juta pelajar di 9,844 buah sekolah kebangsaan dan menengah.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir. Wee Ka Siong berkata, jawatan baru itu adalah tetap dan guru yang dilantik akan mendapat Elaun Tanggungjawab serta pengurangan waktu mengajar.

Menurut Ka Siong, guru-guru terpilih juga dikecualikan daripada mengajar pada waktu pertama dan terakhir dalam jadual kelas sesi persekolahan agar mereka dapat memberi fokus terhadap urusan menjaga disiplin.

Dari Sudut Moral
saya bukan guru disiplin.tapi pernah melihat ratusan cerita pelajar @ remaja tidak berdsiplin.
Menurut Rakan2 yang terlibat di Universiti Kehidupan ( PLKN ).
ceritanya begini.
kalau di PLKN akan ada 3 pengambilan setiap tahun yang pertama- biasanya untuk best2student.Yang kedua-yang duduk di tengah2 - potensi untuk berjaya amat2 tinggi
yang ke tiga-plak BERKUMPUL LAH REMAJA 18 TAHUN yang cukup ' kaya ' dengan masalah dsiplin.

kalau ditanya : kenapa tak habis sekolah, jawpannya memang menakutkan kita....saya pukul kepala kawan2 cgu, saya pecahkan kereta cgu, saya termengandung cgu, cgu - jual CD lagi kaya, cgu - jual barang lagi cepat kaya, cgu - saya along, saya GRO - cgu nak !

KESIMPULAN
saya dah tak reti nak jadi orang kut.

KESIMPULAN SEBAGAI PENDIDIK @ PEMBIMBING.
( proses penambaikan harus terus dijalan )rata2 dapat disimbulkan.semuanya bermula dari didikan awal.ratanya pelajar yang berada dalam kelompok ini adalah makayah yang berada dalam ' kelas yg unik ', miskin harta, miskin akhlak & miskin kefahaman agama.
dan yang lebih parah lagi...miskin semua kefahaman untuk menjadikan berhak mendidik anak2..

hasilnya berjumpa lah kes.mak&ayah nak saman PLKN sebab suruh anak pakai tudung.
ayah tangkap mak buat hubungan sex dengan jiran sebelah.

TAHNIAH
kepada semua guru2 yang terlibat dalam proses ' pendidikan ' yang bukan mudah. kalau kerajaan nak bagi elauan lebih pun jangan dipertikaikan.tapi bersediakan cgu2...
kena maki dengan mak&ayah yang bodoh sombong,simpan duit elaun - ganti cermin kereta.
yang perempuan - tgklah gusti - mana2 ada skill yang boleh dipelajari.

KENALI PERSONALITI MANA YANG PALING SESUAI MENJADI PAKAIAN KITA DALAM PERGAULAN....

Wajah yang cantik - mudah membuatkan orang tertarik dan ingin berkenalan - ini dikaitkan dengan pengaruh. Tapi adakah ini satu penyudah dalam penyempurnaan satu hubungan sosial.kita mungkin biasa mendengar, KETAMPANAN FIZIKAL dan KETAMPANAN SOSIAL.

Mulut seseorang adalah aspek sosial yang amat penting pengaruhnya dari sudut aspek keupayaan menampat hati orang lain.kita biasa mendengar kerana mulut badan binasa.
satu kajian menyatakan begini, sesetengah orang memiliki wajah yg cantik tetapi gagal mendapat kekasih selayaknya disebabkan tidak suka dengan mulutnya. Sesetengah orang yang memiliki wajah sederhana - ramai kenalan..ini dikaitkan dengan kejelitaan sosial. Pakar2 psikologi menyatakan orang yang pandai berbahasa dipandang lebih tampan dari wajah mereka yg sebenar.

BAGI SESETENGAH ORANG - MUNGKIN DI LUAR KESEDARAN MEREKA SEDANG MENGGUNAKAN JENIS2 GAYA BAHASA YANG MEMBAHAYAKAN PERHUBUNGAN.

Gaya bahasa tuduhan, dihujung gaya bahasa ini akan mencetuskan rasa sakit hati ,
marah , perselisihan , pertengkaran. Kita kerap bercakap bahasa tuduhan apabila timbul masalah itulah...kenapa awak macam tu, ini semua sikap awak, awak sepatutnya tahu, saya dah kata awak.....awak.awak dan awak.gaya penuduhan mengandungi unsur
PENGHAKIMAN , HUKUMAN , KEPUTUSAN DAN TUDUHAN.

Bahayanya : orang yang mendengar akan menjadi defensif.

MORAL UNTUK KITA
Elakkan menggunakan ayat2 yang mengandungi tuduhan. Tuduhan tidak menyelesaikan masalah tuduhan akan dijawab dengan tuduhan balas. Kajian menyatakan wanita lebih kerap menggunakan ayat2 jenis ini jika dibanding dengan lelaki

KALAU SANGGUP...SILAKAN BAYAR

Manusia , daripada semua mahluk , dari segi fizikalnya paling tidak lengkap dalam dunia ini.Manusia tidak boleh terbang seperti burung , tetapi boleh dibunuh oleh serangga yang sangat kecil , tidak boleh berlari lebih laju daripada seekor harimau bintang. , tidak boleh berenang seperti seekor buaya , tidak boleh memanjat pokok seperti seekor monyet , tidak mempunyai mata seperti helang , dan tidak pulaklah dia mempunyai kuku dan gigi seekor kucing liar.

Dari segi fizikal , manusia tidak berdaya dan tidak berupaya mempertahankan diri.
Tetapi alam ini bertimbang rasa dan murah hati. Hadiah terbesar alam ini kepada manusia adalah kemampuan berfikir.Manusia boleh membentuk persekitaran sendiri ,
sedangkan haiwan menyesuaikan diri kepada persekitaran mereka.Yang menyedihkan pula , sangat sedikit individu menggunakan hadiah yg terbesar itu –kemampuan untuk berfikir – ketahab sepenuhnya.

Dari Segi Moral
Kegagalan hadir dalam dua cara --- mereka yang melakukan tanpa memikirkannya dan
mereka yang memikirkannya dan tidak pernah melakukannya.Menjalani kehidupan tanpa menggunakan kemampuan berfikir ibarat menembak tanpa membidik..
Kehidupan ini ibarat kaferia. Kita ambil dulang , pilih makanan kita dan bayar dihujungnya.Kita boleh mendapat apa – apa sahaja yang kita mahu asalkan kita sanggup membayar. Di dalam kafetaria , sekiranya kita menunggu seseorang hidangkan kita ,
kita akan menunggu buat selamanya. Dan itu lah hidup kita.Kita membuat pilihan dan membayar harganya. BERAPA HARGANYA - ITU KE KESANGGUPAN KITA.

KITA AKAN LEBIH DIHORMATI JIKA

Kita Tentunya Akan Disukai Ramai Sekiranya .

Bila anda mengucapkan "Selamat Pagi" atau "Assalamualaikum", anda mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.

Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.
Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.
Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.
Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.

Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan merengus.
Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.
Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.

Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.
Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.
Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.
Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.
Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.
Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.
Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi
(sama ada secara verbal ataupun unverbal).

Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka
yang ingin berkenalan dengan anda.
Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang.

Dari sudut moral
semuanya dikaitkan dengan urusan kita dengan orang lain. kerana kita mahluk sosial - kemahiran komunikasi yang berkesan akan mengujudkan impak yang besar dalam mana2 hubungan sosial.
saya yakin pada percaya : sebahagian besar dari ' kecomotan ' hidup kita hari ini adalah disebabkan ketidakmahuan kita untuk tahu.SKILL KOMUNIKASI HADAPAN yang berkesan.

SUSAH SANGAT KE NAK MULAKAN LANGKAH PERTAMA

dunia ini semakin menarik untuk dinikmati nikmatNya.
nikmati diberi ruang dan peluang.UNTUK mempastikan hari ini lebih baik dari semalam
ILMU...saya percaya kepada konsep itu.
tidak ada manusia yang bersedia untuk mengakui...ALANGKAH BAHAGIA NYA AKU TAK BAHAGIA.ini satu formula dari buku Law of Attraction-RAHSIA KEHIDUPAN (menarik buku ni - dikupas dan diulas dari sudut pandangan barat dan islam )kita berpeluang untuk mencipta apa jua kehendak berasaskan kuasa keinginan dan kuasa percaya.di mana nak mulakan MENGETAHUI APA YANG DIINGINKAN, MEMOHON UNTUK MENDAPATKAN, MERASAI BAGAIKAN DAN APA YANG DIINGINI SERTA TERBUKA DAN MENERIMA

MORAL CERITA
ini mungkin satu lagi jalan mudah untuk kita sama2 mencipta bahgia berdasarkan kepercayaan dan kehendak kita. kita akan menuai apa yang kita tanam.

KUASA TARIKAN
kita menarik apa jua yang kita berkehendak.kuncinya adalah kepercayaan

DALAM KONTEKS SEBAGAI SEORANG PELAJAR
kita sering banyak dihidangkan dengan pendekatan STUDY SMART NOT HARD di mana nak mulakan. Mulakan dengan keinginan yang dizahirkan samada dalam bentuk tulisan @ gambar.Dengan menggunakan kuasa semantik - kuasa memberitahu diri besar impaknya pada peningkatan motivasi diri. Dominasikan keinginan berterusan dengan penggunaan minda dibawah sedar berterusan.Ada tenaga yang akan mengalir membantu untuk menyempurnakan matlamat impian.

KITA MULAKAN LANGKAH SATU.
TARIK KEJAYAAN SEBAB ITU HAK KITA.

TUKAR JANJI KEPADA KOMITMEN





Apakah perbezaan di antara janji dan komitmen ?
Janji adalah kenyataan dari niat. Komitmen pula adalah janji yang akan ditunaikan.

KOMITMEN LAHIR DARI PERLAKU-BAIK DAN MENGHASILKAN KEYAKINAN.
bayangkan dalam dunia ini ini kalau tidak seorang pun mempunyai komitmen diantara satu sama yang lain ?apa akan terjadi kepada sepasang suami isteri, majikan, pekerja
ibubapa, dan anak2, murid2 dan guru2, rakyat dan negara, kekasih kepada kepada perhubungan yang tiada komitmen adalah rapuh dan tidak bererti.Ianya hanya kesenangan peribadi dan bersifat sementara.

DAN SAYA PERCAYA
diatas segala tindakan adalah komitmen yang pastinya akan datang beriring dengan disiplin.

BERMULA DARI SUSAH BARU LE RASA NIKMATNYA KESENANGAN...




mesti susah dulu
Menurut pakar2
mutiara yg mahal itu kononnya berasal dari sebutir pasir yg memasuki tiram yg terbuka. pasir yang masuk ini menimbulkan kesakitan yang luar biasa - untuk mengurangkan rasa sakit ,tiram membaluti pasir tersebut dengan air liurnya secara berterusan selama beberapa tahun.lama kelamaan - pasir yg bersalut air liur akan bertukar menjadi mutiara.CANTIK DAN MAHAL.

kejayaan mesti dimulai dengan kesakitan sebagaimana kata Billi Lim dalam bukunya DARE TO WIN tidak ada kegagalan , melainkan kejayaan yang ditunda. menurut Socrates- kehidupan yang tidak teruji adalah kehidupan yang tidak layak untuk dinikmati.

KISAH PERAK
perak perlu dibersih sebanyak tujuh kali sebelum sempurna. dipanaskan berulang2 kali untuk mengeluarkan kekotoran daripada asalnya.

PENGAJARANNYA
kesulitan dan kepayahan sering kita tafsirkan berdasarkan cerita kita sendiri.
kita kena renungkan yang matahari sentiasa tetap bersinar , seandainya seketika hari mendung bukan bererti matahari berhenti bersinar. mungkin itu adalah kesempatan untuk menikmati keteduhan.lambat laun mendung tetap akan berlalu dan matahari terus bersinar.

DAN BEGITULAH KITA.
semuga hari ini kita mulakan hari baru.kita berhak menentukan dimana bermula..
semula hidup kita dan dimana mahu kita sudahkan kerana kita yang menarik hidup ini bagaimana perjalanannya seterusnya.

Stress Dan Emosi Mengundang Pelbagai Komplikasi

Terlalu banyak yang kita perlu belajar tentang realiti sebuah kehidupan, ini adalah berkait rapat dengan asas kejadian manusia itu sendiri. Namun percaya atau tidak, kita tidak mampu harungi seluruh kehidupan ini seorang diri. Perlu ada peneman. Perlu ada petunjuk. Perlu ada penasihat.

Tetapi sejauh mana mereka benar ke atas kita? Ada sesetengah dari kamu mungkin fikir ia tidak penting tetapi bagi orang yang jenis aku ia penting untuk meneruskan hidup dalam suasana yang baik. Islam sendiri telah mengajar kita akan perihal berbuat baik sesama manusia, apa kamu fikir ianya tidak bersebab?

Itulah fitrah kejadian manusia. Dijadikan cukup sifat emosinya. Sedih. Suka. Gembira. Marah. Namun ia bergantung bagaimana ia dididik dan bergantung juga kepada faktor sekeliling seperti keluarga, rakan dan sahabat, saudara terdekat dan masyarakat. Jika keluarga dan masyarakat baik maka baiklah jadinya seseorang dan memiliki emosi yang baik juga.

Maafkan aku, emosi aku sering terganggu dan sekali lagi aku gagal mengawal sebaik mungkin. Tapi kadang-kadang setiap permasalahan ada pengajaran yang berguna di sebaliknya jika kita belajar dari setiap sudut..sebab musabab, kesan dan akibat dan langkah yang perlu diambil jika kita berhadapan ngan masalah yang hampir sama di masa hadapan nanti...aku pon manusia biasa yang kadang2 tu mengelabah gak ngan ujian yang diberikan oleh Ilahi..sedikit sebanyak masa ni kita nak tau tahap kekuatan dan kelemahan kita dalam menghadapi setiap situasi yang agak mencabar emosi dan segala benda positif yang kita bina sepanjang idup kita selama ini....

Senjata mukmin adalah doa. Tiada apa yang lebih bermakna selain doa untuk kesihatan aku dan dilimpahi selimpah limpahnya rezeki ke atas aku dan keluarga aku apatah lagi anak-anak aku.

MARUAH DAN HARGA DIRI....

maruah diri seorang ialah suatu yg sangat dipelihara oleh Islam. Kemulian maruah manusia yang dipelihara dengan baik oleh syariah , terjelma menerusi pelbagai peruntukkan syarak yang disandarkan dengan nas2 yg berautoriti. Ancaman utama kepada maruah seseorang ialah sesuatu yang menghina dan menjatuhkannya.

Cara untuk menjatuhkan maruah seseorang adalah dengan cara - mengintip , mengintai , meneropong , menyelidik , mengekori ,menyiasat kehidupan peribadi seseorang. MENCARI2APAKAH ARANG HITAM YANG BOLEH DICONTENG KE WAJAH EMPUNYA DIRI. bahan ini akan dijaja.

Maruah orang yg disasarkan akan di robek - robekkan , imejnya dicarik , ceritanya didedahkan dan aibnya diperkatakan. Dilumur nista , direjam dengan kata2 dan ditokok tambah adunannya. semua ini ditentang secara tegas oleh Islam Ibn Umar meriwayat dalam satu Hadis : Rasullah s.a.w. pernah berkata' wahai kelompok manusia yang telah memasuki Islam dengan lidahnya sahaja tidak dengan hatinya, maka jangan menyakitkan hati orang Islam yang lain.Dan jangan menaibkan ( menhina ) mereka dan jangan mengintip aurat mereka.Maka sesungguhnya , sesiapa yang mengintip aurat saudara Muslimnya , maka Allah akan membuka auratnya dan sesiapa yang dibuka auratnya oleh Allah maka Allah akan mendedahkan auratnya walaupun dia berada di kediamannya

APA YANG KITA INGINKAN DALAM HIDUP INI...
kita akan berpesta lagi.pesta membuka ' aurat ' masing2.ada sekelompok kita - memang menzahirkan secara praktikal kerjanya ada mencari dan menjatuhkan aib orang lain -dalam apa bentuk sekalipun dihujung....orang ini mesti diaibkan. dihujungnya apa yang kita akan dapat.

KEPUASAN DIRI DAN KELOMPOK
dihujungnya kita meranapkan satu lagi sistem. pastinya : kita masih dikiblat yang sama.

Isnin, September 28

PASTIKAN BAHAWA APA PERASAAN ANDA ITU..BETULKAH IANYA CINTA ATAU CUMA.....

Pertanyaan Untuk CINTA
Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi....
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

CUBA FAHAMI MAKSUD TERSIRAT...FAHAMKAH KALIAN?




Dan malam, bulan, bintang. Dan matahari serta angin.
Kenapa malam merindukan matahari ?

aku juga tak tahu. kenapa malam ingin melihat matahari. padahal, jika malam bertemu matahari siang akan menjadi fajar... bukan lagi malam. tapi malam tetap merindukan matahari, seperti hujan merindukan pelangi.

mungkin, malam sudah lelah. lelah untuk selalu jadi malam. malam yang diam, tak difahami. malam yang diabaikan. mungkin malam ingin menjadi siang, agar dapat bersama mentari. agar setelah hujan, ia dapat melihat pelangi yang tak mungkin dilihat saat malam.

atau mungkin, malam iri. iri pada angin yang dapat bermanja pada matahari. bermain di sela teriknya siang. rasanya akan begitu teduh. atau kerana angin selalu mendatangi malam, bercerita tentang senangnya ia bersama matahari. bermain di tengah terik matahari. malam tak begitu. malam dan matahari tidak pernah diciptakan untuk bersama, selalu diciptakan untuk berbeza.

dan malam menyerah. menyerah kerana malam tahu, dia tak dapat teruskan lagi. dia tak dapat melangkahkan kaki, untuk meraih matahari yang hanya akan membakar dirinya. malam tak mampu.

sedang bulan, sedang bintang. bulan selalu di sisinya. tapi tak termiliki. bulan hanya hiasan, hiasan yang menemani malam... melewati kesepian tanpa batas. dan bintang, bintang hanya meminjamkan sedikit cahaya, agar malam kuat berdiri tak terlalu pekat. tapi tak cukup terang.

malam, aku malam.
akulah malam yang merindukan matahari.
matahari yang pernah meminjamkan, setitis cahaya.
biarpun bukan CINTA

Ahad, September 27

LELAKI MENANGIS..HILANG KE KEJANTANANNYA...?



Jarang sangat kita melihat lelaki menitiskan air mata tetapi sebenarnya mereka pun menangis. Mungkin kaum lelaki selalu memikirkan egonya, apalagi ingin menangis di depan kaum perempuan sudah pasti tidak sanggup. Ramai lelaki tidak mengakui bahawa sebenarnya hati mereka mudah tersentuh, mata mudah bergenang, terharu dan tersendu. Mereka berpendapat bahawa lelaki yang menangis tidak macho atau jantan. Apakah benar tanggapan ini? Lelaki adalah manusia yang mempunyai emosi dan rasa sehingga akan menitiskan air mata apabila mereka mengalami kesedihan yang amat sangat.

Semua itu mereka tepis kerana kalau menangis mereka akan dilihat tidak macho. Emosi, suka, gembira, duka, patah hati sebenarnya tidak ada kaitannya dengan macho atau kejantanan. Lelaki juga berhak untuk menangis dan itu adalah sifat manusia yang punya hati dan perasaan sama ada untuk meluahkan kegembiraan atau kesedihan..Tetapi menangis adalah satu tindakbalas normal setiap manusia. Tidak kira lelaki ataupun perempuan, kedua-duanya memiliki hak yang sama untuk merasa sedih sehingga menitiskan air mata.

Ada bermacam-macam jenis `menangis’ dan semuanya memiliki kaitan dengan faktor psikologi, kimia dan komposisi hormon. Mata juga boleh bergenang, berair dan merembeskan air mata saat memotong bawang di dapur. Tetapi air mata mengalir keluar saat kita mengalami rasa sedih, terkilan atau sekadar mengenang kembali kenangan lama dan pengalaman pahit.

Air mata yang bergenang adakalanya diikuti dengan tangisan yang lebih kuat hingga tersedu-sedu seperti kanak-kanak. Dengan menangis maka perasaan tertekan akan terasa lega. Inilah yang dikatakan ‘tangisan yang berkesan’ kerana mampu memberi kesan yang baik pada emosi seseorang begitu juga saat kita gembira dengan ketawa. Jadi janganlah malu untuk menangis kerana itu tidak ada kaitan dengan kejantanan seorang lelaki. Kalau kita tidak ingin dilihat lemah oleh pasangan atau kawan, kita boleh lakukannya di bilik bersendirian. Jadi tidak ada yang tahu kan? So...kalau ingin menangis.. menangis lah...jangan dipendam dalam hati kerana menangis akan melegakan emosi dan memberikan suatu kepuasan untuk diri kita.

PERNAHKAH INI TERJADI PADA DIRI KITA?



Pernah ke anda menghadapi dilemma dalam membuat keputusan. Apakah pertimbangan yang boleh dijadikan sandaran dalam kita membuat pilihan…Setiap keputusan penting yang kita buat perlulah memohon bantuan dan petunjuk dari Allah agar setiap keputusan yang kita buat adalah sama dengan kehendakNya…
Contohnya jika kita ragu2 dalam membuat keputusan membina sebuah perhubungan. Kerana perhubungan yang ingin dibina bukannya untuk sehari dua..tapi perhubungan yang mungkin hingga ke hujung nyawa di badan….
Mohon dan sujudlah memohon petunjuk..agar setiap langkah dan keputusan yang kita ambil akan mendapat pertolongan dan keputusan yang terbaik yang pernah kita ambil dalam hidup kita…

YA ALLAH...
Seaindainya telah engkau catatkan,
Dia milikku tercipta untukku,
Satukanlah hatinya dgn hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi..

YA ALLAH YA TUHANKU YANG MAHA MENGASIHANI..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian sejahtera yang abadi,
Maka jodohkanlah kami..

TETAPI......

YA ALLAH..
Seandainya telah engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

YA ALLAH YA TUHANKU YANG MAHA MENGASIHANI
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangan jauh didada langit,
Hilang bersama senja merah,
Agarku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya..

YA ALLAH
Cukuplah engakau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat,
Dengarkanlah dari hambamu yang dhaif ini,
Janganlah engkau biarkan aku sendirian,
Didunia dan diakhirat,
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran,
Maka kurniakanlah kepadaku,
Pasangan yang beriman,
Agar aku dan dia dapat,
Sama-sama membina kesejahteraan hidup,
ke jalan yang engkau redhai,
Dan kurniakanlah kepadaku,
Keturunan yang soleh dan solehah..

YA ALLAH...
Berikanlah kami kebahagian,
Di dunia dan di akhirat,
Dan peliharalah kami didunia da diakhirat,
Dan peliharalah kami dari azab api neraka.....

- amin.....

sikap dan karektor...semua manusia pentingkan diri sendiri ke?




“Di Malaysia, walaupun hukuman mati sekalipun (dikenakan), pengguna jalan raya akan tetap melanggar undang-undang.” Begitu antara luahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang kecewa dengan peningkatan kes kemalangan maut khususnya pada musim perayaan di negara ini.

moral story
kita semua ada pengalaman yang mungkin boleh dikongsikan - menjadi pemandu.
di waktu mana sekali pun.ceritanya sama.bezanya bila menjelang hari raya : ada statistik di keluarkan. tidak ada bezanya dengan hari2 lain.
KITA LAJU AKAN LANGGAR ORANG.
KITA PERLAHAN AKAN DI LANGGAR ORANG.

kita fikirkan begini.
pemandu : adalah manusia yang dibekalkan kemahiran untuk memandu.dan tentunya : kita adalah manusia yang zahir dengan berbagai karektor yang boleh di jadikan perbandingan berbandingan dari gaya kita memandu.

dalam satu buku pembinaan karektor menyatakan.
orang yg memandu laju.Adalah orang yg bergerak dengan matlamat yang jelas.

orang yang memandu perlahan Adalah orang yang tidak berani mencuba ' benda ' baru.

DAN LAGI.Ada juga soal selidik mengenai cara kita mencuci kereta.
mana yang kita utamakan dahulu.

disebabkan kotor dalam @ luar kereta.
ADA ORANG YANG MENCUCI KERETA DISEBAB LUARNYA KOTOR
ADA YANG MENCUCI KERETA DI SEBABKAN DALAM KOTOR.
( dlm bukan persoalan sebab orang tak nampak )

adalah orang yang menjaga kepentingan luar - bagus dan cantik hanya sekadar untuk dipandang oleh orang lain.

DALAMAN ( dalam kereta ).
kita yang tahu.ada yang nak cuci sekadar untuk orang tgk -
dalam orang tak tengok - tak payah cuci !

ITULAH GAMBARAN KERETA DAN KITA.
sikap.
di jalan raya hari ini kita tgk macam2 kerektor.
semuanya dikaitkan dengan karektor dan sikap.
yang pastinya - kita hari ini seakan2 mempertarungkan ' nyawa ' memandu kereta dimana laluan pun...

SETIAP DARI KITA PERNAH MELAKUKAN KESILAPAN...TAPI DI SEBALIK DARI KESILAPAN TU..APA PENGAJARAN YANG KITA KUTIP...?



Wahai Pemilik Arsy
Wahai Pemilik Tunggal Alam Semesta
Wahai Zat yang tidak pernah tidur
Ku ketuk pelan pintuMu
Kerana Engkaulah ujung segala harapan
Tempat berlindung orang-orang yang zalim
Atas kezalimannya sendiri

Wahai zat yang tidak pernah menutup pintu
andai Kau tutup pintuMu bagiku
Ke manakah lagi aku harus mencari pertolongan
Ke manakah lagi aku harus mencari perlindungan
dari perbuatan burukku
dari kejaran masa lalu
dari kejaran bayangan dosa - dosa

PENGAJARANNYA
HASIL cotetan dan perkongsian rakan.. catatan seorang banduan yang diturunkan dalam bentuk ' pengkisahan ' cukup menarik.

kesimpulan.
setiap kita mampu kembali - seandainya kita tahu di mana jalan mulanya.
hanya bebalan dan keangguhan semasa sahaja yang memungkin kita menutup terus jalan kembali memang masih dibuka pada kita.
SEANDAINYA KITA TAHU.

BISANYA BILA MULUT BERBICARA



keganasan mulut:

Kita biasa mendengar keganasan fizikal -
tapi bagaimana dengan KEGANASAN MULUT.
KAJIAN MENYATAKAN TABIAT BANYAK MULUT ADALAH MASALAH SIKAP ,
BUKAN MASALAH KEPINTARAN.

APA ITU KEGANASAN MULUT
ini adalah sejenis kezaliman psikologi
boleh menyebabkan kecederaan psikologi

KAJIAN MENYATAKAN
2 jenis keganasan mulut
BANYAK MULUT
SERANGAN MULUT

orang yang banyak mulut sangat sukar diyakini dan sangat skeptis.mereka sentiasa tidak percaya kepada apa2 yang mereka dengar.jadi , fikiran dan pendapat mereka sukar diubah.ORANG BEGINI - suka bercakap lepas - asal dia menang.suka mempertikai cakap orang lain.suka membuktikan orang lain salah.Dapat membuktikan dirinya lebih pintar dari orang lain DAN LAGI mereka sentiasa tidak percaya kepada apa yang mereka dengar.fikiran dan pandangan sukar diubah.

RENUNG2KAN
sifat banyak mulut tiada kena mengena dengan IQ dan kelulusan, ini adalah persoalan sikap dan bagaimana kita.dalam kontek hubungan sosial ini merupakan satu kecelakaan.
Kita mahluk sosial : kesilapan dan ketidakmampuan kita untuk belajar menggunakan mulut merupakan satu kecelakaan yang serius.

KITA DIBERIKAN SATU MULUT
DUA TELINGA.
agar banyak mendengar dari banyak bercakap.

BETUL KE PEREMPUAN YANG BAIK HANYA UNTUK LELAKI YANG BAIK JE?



PEREMPUAN Yang Baik Untuk LELAKI Yang Baik Sahaja.
"Dirimu enggang dan aku hanyalah pipit, manakan boleh kita bersama"

Kebanyakan manusia sudah terlalu tenggelam dgn sifat dunia yg fizikal, kecantikan luaran menjadi titik tolak dalam memilih pasangan dan disebabkan oleh itulah manusia semakin lama semakin menghias diri. Yang menutup aurat pun seperti telanjang kerana siapa akan perasan pinggangku yg ramping dan dadaku yg montok jika aku memakai pakaian yg longgar, lelaki juga tidak ketinggalan tetapi dgn lebih kepada duit, pangkat dan harta.

Melalui tv dan filem manusia teruja dgn kecantikan fizikal, kebanyakan hero dan heroin semuanya hensem dan cantik2 belaka jadi disebabkan kesan hipnosis tv, manusia semakin lama semakin memandang kecantikan luaran. Budaya melayu sendiri menitik beratkan kecantikan fizikal pasangan, sebab itu pengantin dikatakan "bak pinang dibelah dua". Tetapi realitinya ada pasangan yg tidak sepadan rupa parasnya, adakah ukuran fizikal menjadi syarat untuk menjadi pasangan yg sesuai dan hidup bahagia? Walaupun mungkin ramai yg berkata "aku tidak memilih rupa dan harta", akan tetapi pada hakikatnya itu selalunya menjadi pilihan utama.

Badan kita terbina dari berpuluh trillion sel2, sel2 ini pula terbina dari molekul2, jika dikecilkan lagi akan sampai ketahap atom, apa yg tinggal selepas atom itu pula hanyalah tenaga. Ya.. kita hanyalah tenaga yg dizahirkan. Ilusi "fizikal"nya kita ini hanyalah didunia yg sementara ini sahaja. Tenaga ini boleh dinamakan "roh" yg akan hilang apabila kita mati. Umpama jam yg berhenti berfungsi apabila kuasa bateri atau springnya hilang. Tenaga yg dimiliki oleh badan anda itu pula mempunyai gelombang frekuensi tertentu yg tidak boleh dilihat oleh manusia tetapi boleh dirasai. Setiap apa yg kita fikirkan, setiap emosi yg kita rasakan, setiap perasaan baik atau buruk, kelakuan dan tingkah laku positif atau negatif yg akan mencorak gelombang2 tertentu dari diri kita ini. Kekuatan dan frekuensi tenaga diri kita ini juga berkait rapat dgn dosa dan pahala yg dimiliki. Jenis dan sekuat mana gelombang frekuensi yg kita miliki dan pancarkan itu akan menjadi sebagai "label" diri kita untuk bertemu dgn pasangan yg serasi.

Sebab itu ada kalanya bila kita bertemu dgn seseorang yg tidak dikenali, walau pertama kali jumpa kita sudah boleh berbicara dgn selesa kerana kita berada didlm frekuensi yg sama, seolah2 sudah lama kenal, "aku ngam la dgn dia". "Ngam" itu disebabkan oleh gelombang yg kita pancarkan dari diri kita ini serasi dgn sahabat yg baru dikenali tadi. Jadi didlm bab memilih pasangan juga akan mengikut gelombang apa yg kita sendiri pancarkan, yg mana tanpa kita sedari.

Kewujudan frekuensi ini sudah terbukti dibidang sains, contohnya EEG (Electroencephalograph) yang mana gelombang frekuensi otak diukur dgn meletakkan alat pengesan dikulit kepala. Satu lagi teknologi mengesan frekuensi ini adalah MEG (Magnetoencephalograph) yg mengukur gelombang magnetik yg terhasil oleh otak. Dari otak anda juga isyarat tersebut akan disampaikan kesegenap tubuh anda baik dari sistem saraf mahupun endokrin anda (kimia emosi). Bagi manusia kebanyakan, pengetahuan mengenai wujudnya gelombang fikiran ini amat terhad dan tidak dihebahkan dgn meluas, mungkin kerana tidak dapat dilihat kaitannya dgn kehidupan, akan tetapi salah satu misteri alam yg diketahui melalui quantum fizik menyatakan yg kita semua berkait (entanglement) dgn satu ruang tenaga (energy field) yg tidak boleh dilihat. Bagaimana kita berinteraksi dgn ruang tenaga ini adalah dgn gelombang yg terhasil dari diri kita ini.

Katakanlah anda sedang mencari pasangan dan anda memilih ciri2 fizikal iaitu rupa, pangkat dan harta sebagai syarat utama, katakanlah anda mempunyai gelombang X (1), anda bertemu dgn insan Y yg mempunyai frekuensi yg sama, apabila anda bertemu (2), gelombang yg terhasil menjadi semakin kuat (3). Sebab itulah pasangan yg bercinta ingin sering bertemu, ketika inilah amat terasa hebatnya percintaan dan semuanya indah2 belaka, apa yg buruk pada pasangan pada ketika itu tidak kelihatan kerana frekuensi untuk rupa dan harta menjadi lebih dominan.

Bagaimana pula jika anda bertemu dgn insan yg memilih ciri yg zahir iaitu keimanan dan ketakwaan dan anda tidak? Gelombang A & B apabila bertemu ianya menidakkan antara satu sama lain (3), tidak memberi makna. Sebab itu ada ketikanya anda bertemu dgn insan yg menarik fizikalnya tetapi anda tidak berkenan dihati. Bagaimana pula jika anda bertemu dgn insan yg beriman dan anda tidak berkenan? Mungkinkah keimanan anda tidak sama dgn dirinya?

Didalam AL Quran Surah An Nur, Allah berfirman bahawa lelaki yg baik untuk wanita yg baik sahaja adakah ia bermaksud baik dgn tingkah laku yg boleh dinampak sahaja? Contohnya bila berhadapan dgn seseorang yg kita ingin menjadikan pasangan, selalunya kita akan berkelakuan baik dan sopan, sedangkan perangai kita sebenarnya tidak (berpura2). Jika kita memilih paras sebagai ukuran, pasangan yg meminati kita juga akan mempunyai pemikiran yg sama. Sebab itu kebanyakan pasangan begini berakhir dgn perceraian kerana bila sudah kahwin dan kecantikan menjadi sudah serasi, baru sedar yg sifat dan sikap tidak serasi.

Rupa paras, pangkat dan harta adalah ciri2 fizikal yg apabila kita sudah lali dgnnya maka ia tidaklah lagi sesuatu yg dapat dirasai lagi. Umpama pertama kali anda memandu kereta baru, terasa canggihnya berbanding kereta lama, lama kelamaan sudah menjadi benda yg biasa. Begitu juga apabila mencari pasangan, kegembiraan yg dirasai diawal perkahwinan (memilih rupa dan harta) lama kelamaan akan luntur dan yg sifat2 yg buruk makin lama akan menyerlah. Sebab itu tahun awal2 perkahwinan dikatakan zaman toleransi, cuba bertolak ansur dan cuba saling memahami. Akan tetapi dizaman yg penuh keegoaan yg mana banyak ilmu rumah tangga dipelajari dari media TV dan filem, lancangnya mulut menjatuhkan talak atau menuntut cerai bukanlah perkara yg asing lagi.

Perceraian adalah sesuatu yg dibenci oleh Nabi, kerana apa? Kerana anak2 yg akan menjadi mangsa. Anak2 yg membesar dgn keadaan terbiar dan kurang perhatian tidak akan membesar menjadi insan yg hebat, mungkin tidak semua akan tetapi majoritinya golongan anak beribu bapa tunggal inilah yg akan selalu mempunyai jiwa dan kehidupan yg tidak bahagia apabila dewasa. Jadi disebabkan pentingkan diri sendiri dan ego baik lelaki dan wanita, anak2 yg menjadi mangsa. Anak2 ini yg menjadi generasi masa depan dan mereka juga akan cenderung kearah yg sama, kahwin dan cerai. Makin lama rosaklah generasi manusia itu sendiri.

Di dalam hadis Nabi berpesan, pilihlah pasangan dari segi rupa, pangkat, harta dan agama, akan tetapi pilihlah agama dan kamu tidak akan rugi (Sahih Bukhari). Rupa, pangkat dan harta adalah ciri2 fizikal duniawi yg boleh dilihat dan dinikmati akan tetapi keimanan adalah sesuatu yg terlindung. Kita boleh nampak sidia itu kelihatan baik tetapi bagaimana pula dgn isi hatinya? Tanamkan niat memilih agama sebagai pilihan utama dan berbahagialah dunia dan akhirat.

Kita akan tertarik dgn insan yg mempunyai frekuensi gelombang yg sama dgn diri kita sendiri. Minda sedar mungkin berkata yg saya inginkan pasangan yg baik, jujur, berakhlak mulia dan sebagainya tetapi besar kemungkinan minda separuh sedar kita inginkan rupa, harta dan pangkat. Ini ditanam secara halusnya kedalam minda separuh sedar ketika manusia berada didlm keadaan ter"pukau" (hypnogogic trance) semasa menonton TV dan filem. Seseorang itu boleh berkata "aku tidak memilih rupa dan harta" akan tetapi minda separuh sedar besar kemungkinan tidak. Jika minda separuh sedar berpuluh2 ribu kali lebih hebat dari minda sedar, adakah pasti pilihan kita itu dari minda sedar yg inginkan agama berbanding rupa dan harta? Ada pasangan artis yg terkenal apabila ditanya wartawan, adakah rupa dan harta menjadi penentu, selalunya dinafikan, akan tetapi jika kedua2 mereka tidak berada didlm frekuensi gelombang yg sama, mereka tidak akan bersama. Yg sedihnya pasangan yg menjadi ramai peminat itu bercerai akhirnya, satu contoh yg tidak baik untuk peminat2 semua.

Semak diri sendiri gelombang frekuensi apa yg kita miliki? Layakkah kita bersama insan yg baik dan jujur jika kita sendiri tidak? Sebelum menyenaraikan ciri2 pasangan yg ingin dimiliki, senaraikan juga sifat2 diri sendiri, berusaha mengubahnya agar menyamai ciri2 pasangan yg di inginkan dan ini lebih memberi jaminan untuk kekal bahagia. Jika perkahwinan sekarang sedang goyah, ingat kembali atas dasar apa perkahwinan dahulu? Kita boleh berbohong dgn manusia lain dan berlakon berlagak baik lain tetapi tidak pada diri sendiri. Adakah insan yg kita cintai dahulu sudah berubah atau rupa, pangkat dan harta yg anda pilih dahulu sudah menjadi biasa lantas keburukan yg menyerlah?

Rupa paras, pangkat dan harta belum tentu menjamin kebahagiaan, hanya keimanan dan amal perbuatan yg baik sahaja yg akan berkekalan. Umpama dosa dan pahala yg tidak boleh dilihat, gelombang tenaga baik atau buruk yg dimiliki itu tidak boleh ditutupi dgn kepura-puraan. Inilah janji Allah bahawa lelaki yg baik itu hanya untuk wanita yg baik sahaja (dan sebaliknya), akan tetapi bukan baik dari satu sudut sahaja tetapi baik secara keseluruhan, dari gelombang tenaga yg dimiliki. Ikutlah pesanan Nabi agar memilih agama agar anda menjadi golongan yg beruntung, tetapi ini tidak bermakna pasanganku mesti insan yg solat lima kali sehari tetapi aku tidak.

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS....CIKGU


Esok maka semua warga pendidik akan bangun lebih awal dari biasa. Terutama kepada yang ramai gerabak. Bangun awal memang banyak kelebihan. Kalau nak dilayan tidur tak pernah puas. Ada benda lain yang boleh puas ke?
Ada ramai murid2 yang dahagakan ilmu yang perlu kita penuhkan dadanya dengan ilmu dan kasih sayang agar....diri mereka membesar dengan penuh ilmu di dada dan seimbang dengan kasih sayang dan terkawal dari segi emosi dalam menyelesaikan setiap permasalahan harian...

Esok jugalah hampir semua guru perlu menyesuaikan diri dengan mood mengajar sbb dah seminggu cuti...masih lagi dalam mood raya...duit raya pada anak-anak murid dah bagi ker...hehehe..Walau apa2 pon masalahmu sahabat2ku..kita sebagai warga pendidik..kita sentiasa berhadapan dgn klien kita yang masih kecil..(murid2) kenelah kita mengawal emosi semasa..kenelah stabilkan emosi kita jgn sampai kita melakukan tindakan atau melepaskan segala masalah kita kepada murid2 kita yg tidak bersalah..sian mereka..., ini paling tension. Tapi sebagai guru dalam era moden ini, kebolehan mengawal emosi amat penting. Biar kita yang mengawal keadaan jangan keadaan mengawal kita.

SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI PENDIDIK. MULAKAN HARI PERTAMA MENGAJAR DI BULAN SYAWAL INI DENGAN CERIAAAAAAAAA.

Sabtu, September 26

Di antara CINTA dan PERSAHABATAN….




Andainya ku diberi pilihan untuk memilih di antara kedua-duanya,
Akan ku pilih kedua-duanya,
Kerna bagiku ia sama bererti dalam hidupku.

Cinta,
Suatu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya,
Kerna disebalik keindahan cinta itu,
Tersirat seribu kepahitan,
Yang pastinya merentap kedamaian jiwa,
Seorang pencinta setia,
Tatkala ikatan diundang kekecewaan.

Namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa,
Yang punyai hati dan perasaan,
Hakikat yang tersimpan di sebalik anugerah ini,
Tak terungkai dengan bicara di bibir,
Tak tergambar dengan lakonan,
Begitu syahdu kurniaan ilahi.
Lahirnya dari hati seorang insani,
Berakal, beremosi, penyanyang dan berperasaan.

Persahabatan,
Satu ikatan yang lahir dari hati,
Keinginan yang ikhlas,
Bagi berkongsi tangis, tawa, kasih sayang, serta keakraban,
Sesungguhnya, sahabat tempat berbicara setulusnya,
Tentang impian dan pengertian hidup ini.
Persahabatan yang murni dan suci,

Adalah sebuah perhubungan yang disulami benang kejujuran,
Diwarnai dengan keikhlasan,
Dicurahi dengan kasih sejati,
Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan,
Robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan.

Teman yang budiman,
Mengertilah maksudku ini,
Sesungguhnya apa yang tersimpul di hati kecilku ini,
Sejak perkenalan kita.
Kita bina tugu persahabatan,
Di pagari besi kedewasaan,
Yang teguh megah dilaman hati kita,
Tak tumbuh dek rintangan,
Hanya satu pintaku,
Agar dikau sentiasa mengingati diriku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
wahai CINTA...AKU tahu kau ada di mana2
wahai PERSAHABATAN...AKU rindu persahabatan yang sejati...

Mudahnya mendapat yang soleh / solehah jika...




‘Jadilah lelaki yang soleh, insyaAllah akan muncul seorang yang solehah sebagai pasangan hidupmu’

Wanita yang solehah tetap menjadi idaman semua lelaki, walau jahat sekalipun tetap mendambakan pasangan yang soleh buatnya.

Betapa sukarnya mencari wanita yang solehah. Tak perlu nak highlight kan lagi ciri-ciri nya, yang penting pastikan bukan luar saja yang cantik tapi sifat dalaman sekali.

Tapi menilai pada luaran belum tentu lagi isi dalamnya juga baik. Susah nak mengukur dan meneropong iman dan taqwa orang lain.dalam buku ni saya ketemu cara yang mudah iaitu jadikan diri anda soleh dahulu maka akan hadirlah yang solehah yang diidamkan. Persoalannya, apakah kita telah menjadi seorang yang soleh atau sedang berusaha menjadi soleh? Padankah sifat-sifat yang soleh dengan diri sendiri?

Kaedah yang paling tepat untuk mendapat kan yang soleh/solehah kuncinya terletak pada diri kita sendiri. Malulah dengan Allah kalau kita ni sering berharap agar diketemu dengan jodoh yang baik tapi diri kita tidak baik.

Jadi, untuk menamatkan penantian akan kedatangan wanita/lelaki soleh itu dengan cara pembinaan ciri-ciri seorang yang soleh pada diri, insyaAllah akan tiba jua nanti.jika kita menjadi soleh, maka solehah akan muncul dengan sendirinya. Jadilah soleh bukan carilah solehah!.

Ubahlah diri untuk merubah orang lain.
“..dan wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik…”(An-Nur:26)

Namun kalau belum ketemu, bisikkanlah ke dalam hati..
“Aku belum lagi menjadi soleh, sebab itu Allah belum kurniakan aku seorang wanita yang solehah sebagai isteri”

Tips mendapat isteri solehah solehah :

Jadikan diri calon suami yang soleh
Bina sahsiah lahiriah seorang lelaki soleh, muhasabah soal hati-ukur iman dan takwa
Jaminan Allah-lelaki mukmin untuk wanita mukminat
Letakkan piawaian yang tinggi buat diri sendiri
Permudah dan rendahkan sedikit penilaian terhadap calon isteri kerana dia boleh dibentuk dengan pimpinan suami setelah berkahwin.

tips untuk mendapat suami yang soleh juga..:)
ringkasan daripada buku satu hati dua rasa

APA PERASAAN ORANG KAYA BILA MELIHAT KEMISKINAN ORANG LAIN...?

beza orang ada-ada dan orang berada....

rumah orang yang tersangat kaya, yang bernilai RM 20juta

rumah orang miskin yang harganya kurang RM 200
ORANG ADA-ADA
Kalau pakai jam tangan yang branded pasti orang cakap, "hulamak..! Tu mahu tiga empat ribu harga jam tu.."

ORANG TAK BERAPA NAK ADA
Kalau pakai jam tangan yang branded orang akan tanya.." pasar malam mana kau beli ni man..?"

ORANG ADA-ADA
Kalau pakai kete Kancil orang akan cakap.." Tu..kete pegi pasar buat beli ikan je tu.."

ORANG TAK BERAPA NAK ADA
Kalau bawak kete mewah orang akan cakap..., " Janganlah berlagak la man...kete mewah ni boss punya kan.."

ORANG ADA-ADA
makan kat kedai minum air suam je..orang akan kata.." nak jaga kesihatan la tu.."

ORANG TAK BERAPA NAK ADA
makan kat kedai tapi minum air mahal orang akan kata...." Man, kau baru dapat gaji ker..?"

ORANG ADA-ADA
bila shopping sikit je orang mesti cakap..." tengok tu beg shopping tu pun dah tahu isinya mahal.."

ORANG TAK BERAPA NAK ADA
bila shopping sampai tak cukup tangan..., orang akan cakap.. tu ada sales..sebab tu kau borong sakan kan man..."

Fakta tentang sebuah ciuman

entry ni just untuk suka-suka. jgn jadikan sebagai rujukan pulak. btw ciuman-ciuman ini pun hanya boleh pada mereka-mereka yang dah berkahwin wokey. yang belum kahwin tu, no, no, no.....bukannya ada apa2 pon aku bukannya ahli tenung nasib..cuma utk bagi motivasi dan semangat kepada insan2 yang berkenaan...suka2 je..hehe sbb aku dah xde idea nak tulis apa2 sejak akhir2 ni...

Aquarius
Sesuai dengan lambangnya, air, warga Aquarius ternyata memiliki ciuman yang basah dan agak serabutan. Selain itu, pada saat ciuman berlangsung mereka umumnya cenderung membuka mata lebar-lebar.

Pisces
Orang-orang dengan bintang berlambang ikan ini memiliki gaya berciuman pandangan mata tajam, penuh nafsu dan ghairah, serta wow… berlangsung cukup lama! Bagaimana, apakah gaya berciuman Anda ternyata sesuai dengan bintang anda

Capricorn
Ciuman-ciuman yang didaratkan oleh orang-orang berbintang Capricorn khabarnya sangat-sangat romantis. Bahkan saking romantisnya, ciuman ala mereka kerap menjadi ubat pembunuh stress!

Aries
Orang-orang Aries ternyata memiliki gaya berciuman yang cepat dan penuh dengan nafsu. Tapi sayangnya ciuman dahsyat tersebut biasanya cepat pula selesainya.

Taurus
Berbeza dengan mereka yang berada di bawah naungan Taurus, dimana ciuman mereka umumnya berlangsung sangat perlahan, tidak tergesa-gesa, tenang,penuh kemesraan dan berlangsung terus… terus… dan terus.

Gemini
Orang-orang Gemini konon mempunyai peribadi yang hangat dan ceria. Tidak heran jika gaya berciuman mereka kekadang diselingi oleh senyuman bahkan juga tawa lebar. Asyiknya, sifat warga Gemini yang terkenal gemar melakukan sesuatu yang baru itu pun dilakukannya dalam melakukan ciuman. Jadi banyak kejutannya!

Cancer
Warga Cancer memang terkenal dengan sikapnya yang hati-hati, agak tertutup dan cenderung ingin selalu dilindungi. Tak heran jika dalam urusan berciuman mereka lebih suka melakukannya dengan lembut, hangat, dan seperti tidak mau lepas saja!

Leo
Orang-orang Leo yang terkenal keras dan tegas ternyata memiliki gaya berciuman yang liar, tanpa malu-malu, bahkan tidak segan- segan untuk menggigit dan mencakar! Pun warga bintang berlambang singa ini ternyata sangat senang jika mendapat pujian dari pasangannya, utamanya pujian atas ghairahnya yang luar biasa.

Virgo
Warga Virgo memiliki gaya berciuman yang halus, lembut, rapi,sampai sang pasangan pun bakal terkesima dibuatnya.

Libra
Gaya berciuman warga Libra konon kurang hangat! Kenapa? Kerana mereka pada umumnya terlalu khuatir dengan urusan di luar hasrat mereka. Belum lagi, mereka gemar menghela nafas di tengah-tengah ciuman.

Scorpio
Percaya atau tidak, orang-orang di bawah naungan Scorpio rupanya tidak terlalu suka dengan ciuman. Kerananya, jangan kaget apabila dalam sebuah hubungan intim mereka kerap melewatkan aktiviti yang satu itu dan lebih suka langsung menuju sasaran.

Sagitarius
Hmmm… berbahagialah Anda yang berbintang Sagitarius atau pun yang memiliki pasangan dengan bintang ini. Pasalnya, mereka yang berbintang dengan lambang busur panah ini memiliki gaya berciuman yang mengejutkan, spontan, dan… mengghairahkan. Tak heran jika konon banyak orang yang menanti-nanti ciuman ala si Sagitarius ini.

Ini falsafah bangau. Sentiasa menyalahkan pihak lain.

BANGAU OH BANGAU

Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan kenapa tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul, rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput, kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau, kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan, perut aku sakit.
Perut oh perut, kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah.
Nasi oh nasi, mengapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah, kayu api basah.
Kayu oh kayu mengapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah, hujan melimpah turun.
Hujan oh hujan, mengapa engkau turun?
Macam mana aku tak turun, katak panggil aku.
Katak oh katak kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku.
Ular oh ular, kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan, MEMANG MAKANAN AKU.

ye, mujurlah ular berhenti menyalahkan orang lain. kalau ular masih mencari alasan, tentu nama korang semua termasuk yang sedang membaca blog aku ni pon dia sebut skali pun masuk dalam lagu ni (nama ida, riza, kemboja, ainul mardhia, qalisya dll), dan pelbagai isu akan terlibat... globalisasi, dasar kerajaan, orientalis, jiran, suami, isteri, kecurangan, bab kesetiaan, bapa mertua, ibu mentua? siapa lagi dalam senarai pihak yang ingin kita salahkan?
cuba tgk, apabila ular mula mengambil tanggungjawab terhadap AKU iaitu dirinya sendiri, selesai polemik dan masalah di hutan. maknanye, masalah boleh menampakkan penyelesaian apabila kita akan mula bercakap tentang AKU, iaitu diri kita sndiri, aku, dan diri korang masing-masing. so, elok klu kita berhenti dr menyalahkan org lain. fikir-fikirkan....

Khamis, September 24

MASIHKAH ADA PELUANG KITA BERTEMU RAMADHAN TAHUN 2010




Hari-hari main bungapi,
Main bungapi terbakar jari,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Dari saya untuk saudara saudari.


Assalamualaikum…
Alhamdulillah kita dah selamat menjalani ibadah puasa di sepanjang Ramadhan yang baru berlalu. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadhan akan datang.

Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadhan ini mampu menjadikan kita orang yang bertakwa. Inilah intipati dari Ramadhan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadhan. Kita inginkan keberkahan Ramadhan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya sebulan saja.

Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Nabi Muhammad saw. bersabda "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Sayugialah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan Ramadhan.

Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid, puasa Sunat 6 hari dalam Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha' di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat. Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah. Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha' puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajiban yang telah kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat di hati kita?

Natijah dari amalan puasa ialah taqwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat kepadaNya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun sebaik mana pun ianya tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.

Di antara tanda kita mengasihi akan Allah ialah mulut sentiasa berzikir (mengingati / menyebut) Allah, hati tidak lalai mengingati sesuatu selain Allah. Setiap amalan yang dilakukan diperiksa terlebih dulu adakah untuk nafsu atau Allah. Mana yang dirasakan untuk Allah diteruskan. Apabila melihat sesuatu hati terus teringat kepada Allah yang menjadikannya. Selain itu, sentiasa mendampingi orang alim (ulama) kerana mereka ialah pewaris nabi. Kita sedar kita adalah bersama orang yang kita cintai di akhirat nanti. Jika hati menyintai nabi dan para ulama, insyallah kita bersama mereka di akhirat . Bagaimana pula agaknya kalau kecintaan beralih kepada para artis dan penyanyi? Nauzubillah. ..

Sebagai akhirnya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dapat bertemu Ramadhan tahun depan dan seterusnya.

"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya. ." Ameen

Rabu, September 23

Ego jadikan umat keras hati, kasar, sukar mengalah

EGO atau sombong adalah sifat mazmumah (keji dan tercela) yang wajib ditinggalkan. Ia bermaksud tidak mahu menerima kebenaran, menganggap diri lebih tinggi dan mulia daripada orang lain. Jika ditanya adakah kita tergolong dalam golongan orang yang ego atau sombong, tentu ramai mengatakan tidak.

Sebenarnya kita perlu menilai diri dan menjawab sejujur-jujurnya, sejauh manakah keegoan atau kesombongan dalam hati selama ini. Pernahkah kita mengatakan orang lain sombong? Kadangkala perkelahian dan perselisihan pendapat menyebabkan kita tidak bertegur sapa untuk beberapa hari. Dalam hal ini, adakah kita mulakan salam kepadanya atau menunggu dia memulakan dulu? Jika kita enggan menegur dulu, bermakna kita sombong dan ego. Orang yang merendah diri akan berbaik semula dengan temannya, tanpa menghiraukan maruahnya tercemar atau menampakkan dia yang bersalah. Sebenarnya orang yang mengatakan orang lain itu sombong atau ego menunjukkan dirinya yang ego. Bukankah Islam menuntut umatnya saling bertegur sapa dan mengeratkan hubungan silaturahim. Orang yang ego selalu mengiyakan pendapat atau pandangan orang lain apabila berhadapan dengan orang ramai. Di belakang mereka, dia akan mencaci dan menganggap pendapat itu tidak bernas, malah merendahkan personaliti orang berkenaan. Orang sombong juga enggan mengalah walaupun dia bersalah. Dia sanggup bertegang urat asalkan dia menang. Mereka yang sebegini akan berasa puas apabila melihat orang lain diam dan hanya mengiyakan kata-katanya. Dia langsung tidak menghiraukan larangan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan taatilah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.” (Surah al-Anfal, ayat 46) Antara sifat sombong atau ego ialah tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadapnya. Bagaimanapun, apabila dia melakukan kesalahan tidak pula berasa kesal di atas perkara yang berlaku.Allah berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah) tiadalah Kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat; dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustamu itu wahai Muhammad) serta layan mereka dengan cara yang elok.” (Surah al-Hijr, ayat 85) Satu lagi sifat ego ialah suka ‘pilih bulu’ dalam pergaulan. Jika kita daripada jemaah A, kita tidak mahu bercampur dengan jemaah B atas alasan dasar perjuangan berbeza.Kadangkala, kita juga hanya bergaul dengan mereka yang difikirkan setaraf dari segi kemewahan dan pangkat serta pendidikan. Ada juga menganggap diri cukup ilmu agama, hingga enggan bergaul dengan mereka yang kononnya cetek dan tidak mengamalkan Islam sepenuhnya. Ada juga golongan yang suka mengasingkan diri daripada mereka yang miskin dan susah. Mereka bimbang orang miskin itu akan menyusahkan mereka. Dalam kehidupan, tanpa disedari kita selalu berkasar dengan orang di sekeliling. Di rumah, seorang ibu atau ayah menunjukkan keegoannya dengan memarahi anaknya, biarpun anak hanya melakukan kesilapan kecil. Perkataan seperti ‘anak degil’, ‘tidak guna’ dan ‘keras kepala’ menjadi amalan biasa. Natijahnya, tidak hairanlah jika dilihat apabila anak bergaduh sesama mereka, perkataan yang sama akan dilafazkan.Apabila anak meningkat dewasa, mereka tidak lagi menghormati ibu bapa. Puncanya kerana sewaktu kecil kita menganggap kehadiran mereka menyusahkan dan tidak menghormati mereka sebagai anak.Allah memerintahkan hamba-Nya agar sentiasa bercakap dengan lemah lembut dan tidak kasar dalam berbahasa. Allah berfirman yang bermaksud: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari daripada kelilingmu. Oleh, itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya.” (Surah Ali Imran, ayat 159)

Sejauhmana kita mengunakan masa 24 jam

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan..
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikanTuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Selasa, September 22

Petua Cantik

NASIHAT YANG. AMAT BERGUNA UNTUK WANITA &
UNTUK PENGETAHUAN KAUM LELAKI JUGA.

*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. *Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia.Karena di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

APA YANG ADA DI FIKIRAN KITA BILA BERCERITA TENTANG SEPASANG SELIPAR



Selipar. Teringat masa kecik-kecik dulu ada tajuk karangan yang cikgu minta tulis, Aku sebatang pensel, Aku sebiji bola, Aku sebuah pasu bunga dan macam-macam lagi. Bila timbul isu selipar, inilah antara yang timbul di benak yang harap-harapnya tak jadi benak. Rasa macam nak tulis karangan "aku sepasang selipar". Tapi coretan ini tidak ada kena mengenanya dengan ehwal semasa yang berlaku. Hanya sekadar suka-suka memandang dari sudut yang tersorok berkenaan selipar yang mahu dikalungkan.

Mulia
Jelasnya selipar dipandang hina dalam isu yang timbul baru-baru ini. Apalah salahnya selipar itu sehingga di pandang hina sedemikian rupa. Kasihan selipar. "Tidak ku pinta lahir ke dunia, tidak ku pinta jadi selipar..." nyanyian isi hati selipar kalau punya hati dan perasaan. Walaupun selipar letaknya di kaki, tempat yang paling bawah. Dipijak-dipijak menjamah bumi. Hakikatnya, selipar banyak berbakti. Tanpa selipar, kaki manusia yang terpijak najis, akan terkenalah pada kulit. Tanpa selipar, kulit-kulit kaki yang tebal akan sakit juga bila berjalan di batu-batuan tajam. Selipar juga berguna, buat mengalas kaki dilantai tandas yang penuh pepak dengan kotoran baik tampak mahupun seni. Pendek kata, selipar layak dapat pingat bakti. Kalau tidak ada yang sudi menjadi selipar, dunia jadi tidak sempurna. Habislah kaki-kaki sebuana dicemari. Kecacinganlah nanti manusia-manusia yang menapak dibumi tanpa selipar. Gelilah segenap kaki-kaki menjejak dasar bilik air lagi-lagi yang tidak dicuci. Justeru, janganlah dihina selipar kerana letaknya di kaki. Setiap yang ada punya fungsi diri. Nampak hina, tapi mulia.

Hina
Atas kemuliaannya, alangkah indahnya selipar jika dikalungkan. Tentu selipar gembira tidak terkata. Mendapat tempat di hati insan sehingga mahu diambil menjadi hiasan. Namun, itu sangkaan sahaja. Mungkin selipar pun tidak setuju dipandang sebagai kalungan. Kemuliaan selipar bertukar hina bila digelonggangkan. Biarlah selipar, menjadi alas selama-lamanya. Kerana selipar tahu akan fungsinya. Lari fungsi bermakna, hina. Tak berguna. Di maki hamun nanti. Begitulah adanya. Melanggar fitrah kejadian namanya. Selipar yang dikalungkan ke badan manusia itu merosakkan. Rosakkan pemandangan dan hancurkan konsep kejadian. Tidak adil istilah selipar yang mahu dikalungkan itu. Zalim. Tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tegakkan keadilan kepada semua. Perjuangkan nasib selipar. Hidup Selipar! Hidup Selipar!

Adil
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat" (Annisa'(4):58)

Rendah Gunung, Tinggi Harapan..




Hari ini saya ingin kongsikan satu cerita tentang seorang ibu tunggal. Suaminya telah hampir setahun menceraikannya atas alasan tidak serasi. Anak-anak sejumlah 5 orang memutuskan untuk hidup bersama emak mereka. Bagi mereka, bapanya sudah tiada lagi. Emaklah tempat mereka berteduh, menakung limpahan kasih sayang berkongsi bersama adik-beradik. Yang paling tua ialah lelaki berumur 14 tahun. Angahnya perempuan darjah 6 disusuli adik lelakinya berumur 7 tahun. Selebihnya belum bersekolah, yang lelaki berusia 5 tahun ditemani adik perempuan bongsunya berumur 3 tahun.
Ibu mereka hanyalah seorang cleaner. Pendapatannya tidak mencukupi untuk menyara keluarga sehingga menyebabkan anak sulungnya memutuskan untuk berhenti belajar bagi menambah pendapatan keluarga. Masa berlalu, keputusan anaknya membantu mengurangkan beban kurang berhasil. Kehidupan mereka sulit sekali. Serba tidak cukup. Seringkali kedengaran raungan nangisan anak yang terkecil kerana bekalan susu kehabisan. Bantuan-bantuan dari jiran-jirannya yang memang prihatin dengan nasib sekeluarga itu diterima dengan berat hati kerana malu. Lebih-lebih lagi jika yang menerima itu anaknya sendiri. Dia seperti tidak sanggup untuk hidup lagi. Dia sudah mula penat. Lelah dengan nasib yang menimpa. Dia tidak mahu anak-anaknya dibesarkan sedimikian rupa. Membesar dengan menagih simpati. Bantuan-bantuan yang dihulurkan oleh jiran-jiran menjadi igauan hariannya. Igauan yang mula mengocak-ngocak norma keharmonian akal fikiran kemanusiaannya. Kacau bilau dan besimpang-siur laluan isyarat elektrik dan kimia dalam organ terhebat manusia kurniaan tuhan kesan daripada gempa bumi di mindanya. Gugatan itu mendorong nalurinya ke arah satu titik. Titik noktah hayat insan. MATI. Dia tekad dan nekad untuk mati. “Bila aku mati nanti, anak-anak aku pasti akan dimasukkan ke rumah anak-anak yatim, lebih bagus mereka dibesarkan di sana berbanding dengan aku. Selalu menagih dan menerima simpati” Begitulah fikir minda berkeceramuknya. Dia sayangkan anak-anak. Tetapi pada saat gawat itu dia merasakan itulah pilihan paling tepat. Botol klorox yang berisi sodium hipoklorit terpilih bagi menunaikan hajat ketemu mati. Sebotol penuh diteguknya. Dia lantas terbaring dengan keadaan mulutnya mula mengeluarkan buih-buih abnormal. Anak sulungnya menyedari hal itu, segera menghampiri kujur tubuh ibunya. Berteriakan memangku dan menatap wajah ibunya “Mak, mak jangan mati lagi. Jangan tinggalkan kami. Kami mahu mak, kami perlukan mak, kami nak kasih sayang mak. Kami tak kisah hidup susah, tapi kami tak sanggup kehilangan mak” Jeritan itu diikuti dengan gegasan anak tertua itu meminta bantuan jiran. Dia dibawa ke hospital. Alhamdulillah, setelah beberapa hari dia dirawat akhirnya tubuh badan yang menyerap klorox 500ml itu berjaya disembuhkan. Mungkin pulihan itu atas dorongan kuasa kata-kata anak yang sempat masuk ke gegendang telinganya.

Kisah di atas adalah contoh senario yang mungkin berlaku dalam norma kehidupan hari ini. Apa yang saya cuba singgung kali ini berkisar dengan harapan dan putus harapan Dari cerita tersebut, jelas bahawa manusia yang putus harapan boleh mendorongnya bertindak luar dari batasan kewarasan kemanusiaan. Justeru, adalah penting untuk kita memahami tentang harapan agar terus bersambung. Tidak putus.

Kronologi
Semua manusia mempunyai harapan. Manusia yang hidup tetapi tidak mempunyai harapan itu boleh diibaratkan seperti sudah mati. Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Einstein dalam kata-katanya "Ramai manusia yang mati sejak berumur 25 tahun tetapi dikebumikan ketika umurnya 75tahun". Anak kecil biasanya mengharapkan gula-gula ataupun aiskrim. Bila sudah sekolah mahukan basikal. Harapannya lulus UPSR. Meningkat remaja, mula pandai bercinta-cinta, lantas harapannya ingin punya kekasih hati. Bila meningkat dewasa, impiannya untuk berumahtangga. Bila dah tua harapannya nak beramal ibadat menyiapkan diri agar bersedia untuk mati. Itu contoh-contoh kebiasaan harapan, Memang ada macam-macam harapan jika nak ditulis di sini. Yang paling banyak mungkin harapan yang tinggal harapan. Ada harapan yang jadi realiti, tak kurang harapan yang kekal fantasi.

Muhasabah
“Apa harapan terbesar kamu?” Apabila soalan begini dikemukakan, bebola mata bergegas mencari langit untuk ditatap. Merenung jauh ke atas, walaupun jawapannya tidak ada di situ. Merenung dalam-dalam sebelum memberi jawapan takut-takut ditolak markah kerana salah. Lantas ramai manusia akan memberi jawapan-jawapan piawai orang-orang awam zaman sekarang “ Saya nak anak 8 orang, mahu hidup di rumah banglo atas bukit tempatan, risaukan bukit antarabangsa roboh lagi, emm kereta nak pakai bmw 7 series, kalau tak dapat, brabus pun jadi lah, sebelum mati saya mahu lihat anak-anak saya semua berjaya di dunia dan akhirat” Harapan ini sememangnya bagus dan tidak ada salah atau cacat celanya pun. Harapan setinggi ini. Jika jadi kenyataan memang membanggakan terutamanya ‘orang-orang kita’. Namun, jika direnung ke langit lagi, adakah tepat jawapan itu. Adakah langit yang luas itu setuju dengan hamburan suara itu?

Anda setuju?


"Orang yang bijak pandai tak semestinya berjaya.

Tapi orang yang rajin, pasti akan berjaya."

Orang yang merasa dirinya bijak selalunya ego ngan kepandaiannya dan sering malas berusaha kerana selalu cepat berpuas hati ngan kepandaiannya. Jarang sangat kita lihat dan temui orang bijak pandai yang rajin dan sentiasa improve kemahiran yang dia ada...besenya orang yang bijak pandai suka keje ngan orang...makan gaji..heheh betul ker..sbb mereka ini takut menghadapi risiko dan sentiasa mahu dibayar segala perkidmatannya..betul ker..fakta nie..

Orang yang rajin pula biasanya xdelah pandai sangat orangnya...tapi biasanya orang yang rajin selalu muhasabah diri tentang kelemahan dan kekuatan diri..besenya orang yang rajin biasanya kehidupannya lebih berjaya dalam kehidupannya berbanding ngan orang yang bijak pandai...biasanya orang yang rajin besenya akan keje sendiri..usahawan, berniaga dan apa je keje yang berkaitan ngan usaha lebih akan untung lebih...

Aku ni golongan mana ekk..ada gak sifat2 rajin dalam diri aku...bijak tu ada gak..mungkin aku ni gabungan kedua2 sifat tu...ada gak impian untuk jadi usahawan..tp dalam bidang apa ekk..tp bio le aku je yang tau dulu...mana tau suatu ari nanti aku jadi usahawan berjaya..hehehe ..usahawan yang dermawan dan baik hati hehehe ameen...awk semua camne plak...fikir le sendiri ekkk

ADAKAH KITA TELAH DAN SEDANG MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAIKNYA?



Empat golongan lelaki yang ditarik oleh wanita ke neraka
Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda... kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang
atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab. AMIN..... YA RABBALALAMIN.