Isnin, Ogos 31

SERONOK KE BERISTERI 4

Boleh dikatakan hampir semua lelaki setidak-tidaknya pernah terfikir enaknya kalau berkesempatan atau diizinkan beristeri empat. Bak kata dari filem Madu Tiga, "dunia ini ana yang punya!". Apa tidaknya tiap-tiap hari boleh dapat. Kalau nombor 4 tak boleh, ada 3 lagi menunggu untuk memberi. Kalau satu merajuk, ada 3 lagi menunggu untuk memujuk. Kalau satu tak nak masak, ada 3 lagi tunggu bukan setakat masak malah siap suap sekali. Hah! seronok bukan.

Ish...ish...ish. Itulah seronoknya ada 4 isteri. Tambah seronok lagi bila dengar cerita ini.

AKU ada 4 orang isteri. Sudah semestinya isteri yang paling AKU sayang ialah isteri yang paling muda, paling bergetah, paling bertenaga dan paling 'gagah'. Ketika AKU letih dialah yang mengembalikan tenaga KU. Dia tidak pernah kenal letih mahupun lesu. AKU berasa sungguh bangga dan bertuah punyai isteri semuda ini. Dialah isteri yang KU puja serta yang senantiasa AKU dambakan kasihnya.

Namun isteriKU yang ketiga juga turut hebat. Cantik, manis, lansing bahkan mengiurkan. Ditambah lagi dengan gayanya yang pandai berhias dan bersolek. Bijak pula memperaga diri dan bergaul di dalam majlis. Pasti sesiapa saja lelaki yang memandang akan terpesona.

Dialah yang selalu KU usung kemana saja terutama majlis-majlis melibatkan orang kenamaan. Aku amat bangga bila meperkenalkan dirinya kepada teman-teman.

Isteriku yang kedua juga turut punyai kelebihannya. Walau wajahnya tak secantik serta tak bertenaga seperti isteriKU yang ketiga dan keempat. Tapi ia punyai akal yang cerdas dan pintar. Dialah yang banyak menyelesaikan masalah ketika AKU kebuntuan. Dia tempat AKU mengadu masalah. Kerana AKU pasti setiap masalah yang AKU adukan pasti ada buah fikiran dan penyelesaian darinya.

Tapi lain pula terhadap isteri KU yang pertama. Sudahlah rupa tak ada, tenaga pula sudah dimakan usia. Akal pula biasa-biasa sahaja. Maaf kata, hadirnya tak menambah; hilangnya mengurang. Pernah terfikir untuk diceraikan sahaja.....ehem, bolehlah tambah baru. Tapi tak sampai hati. Isteri tualah katakan, jadi serba tua lah!.....

Hidup KU riang dan ceria disamping tiga orang isteri yang KUsayangi. Mereka sentiasa membelai, memanja serta menyelesaikan masalahKU.

Suatu hari ketika AKU bersama isteri yang ke-3 dalam satu majlis utama syarikat. AKU rebah secara tiba-tiba.

Dua puluh empat jam AKU koma. Sebaik sahaja AKU sedar dari koma, Doktor Pakar memberitahu ku bahawa AKU mengidapi barah otak yang kritikal dan secara teorinya hayatKU hanya boleh bertahan selama 7 hari. AKU hanya bertahan dengan ubat penahan sakit.

Bagaikan disambar halilintar. AKU perlu terima hakikat bahawa AKU akan pergi buat selamanya. Mujurlah mulut masih boleh berkata-kata. Lalu KU panggil seorang demi seorang isteriKU. Ingin KU temui mereka dan meluahkan resah dan takut di dada ini.

Sudah pasti isteriKU yang keempat yang sangat KU sayangi mendahului.

" Sayang!, abang akan pergi tidak lama lagi. Sudikah sayang mati bersama abang untuk menemani abang di alam barzakh sana?" tanyaKU dengan nada manja sambil mengusap-ngusap tangannya.

"Bang! bukan saya tak sayang dekat abang. Tapi bab mati jangan dibuat bergurau bang!. Abang pun tahukan, saya masih muda lagi. Abang mahu saya mati sama?. Maaf Bang! fahamilah situasi saya. Jika abang mati, relakanlah saya menjalani kehidupan dengan lelaki lain. Sampaikah hati abang membiarkan saya yang muda ini hidup mejanda."

Terlepas tangannya yang KUpegang. AKU renung matanya untuk kepastian. Sememangnya sinar matanya membuktikan jawapanya adalah pasti dan muktamad. Jika AKU mati, dialah isteri yang paling awal mengakhirkan zaman janda. Janda muda, sememangnya ramailah lelaki terliur.

Seketika kemudian isteri ketiga KU pula memasuki kamar KU. Aku masih mampu membalas senyumannya yang manis. Melihatkan wajahnya yang cantik dan rupawan itu, berat sungguh hatiKU untuk meninggalkannya.

"Darling, hayat abang sudah tidak panjang."

" Ya bang!, sebak sungguh bila saya memikirkan hidup tanpa disisi abang nanti. Abang ada apa-apa hajatkah yang boleh saya tunaikan?."

"Ah! ada harapan" bisikKU dalam hati.

" Darling, sudilah sekiranya temankan abang di barzakh nanti, sebagai bukti cinta kita."

Dia tersentak, matanya yang bak bintang itu terbeliak besar. Lehernya yang jinjang menggeleng-geleng perlahan.

"Bang! fikirlah secara rasional. Kecantikan saya memang untuk abang. Tetapi setelah abang mati, saya perlu teruskan hidup. Kecantikan saya inilah aset berharga saya selain dari harta yang abang tinggalkan. Saya rasa abang faham. Maafkan saya bang!."

Oh! dia juga serupa. Seksanya bila mengenangkan kecantikannya yang AKU jamah selama ini akan dijamah lelaki lain pula. HarapanKU padanya hancur.

Harapan KU terakhir adalah pada isteri ketiga KU. Yang selama ini sentiasa menyelesaikan segala masalah KU.

"Ada apa-apa masalah abang yang boleh saya bantu untuk selesaikan?" tanya isteri kedua KU itu sebaik sahaja kami bertentangan mata.

"Ya sayang, kaulah tempat abang bergantung!."
"Abang janganlah bimbang, saya akan sedaya upaya menyelesaikan masalah abang dengan lancar...."
"Dengan lancar?."

"Ya, soal pembahagian harta pusaka akan saya uruskan dengan baik dan teratur. Perniagaan abang pun telah saya semak semua hutang piutang. Insyallah perniagaan akan dapat diteruskan."

"Janganlah abang runsing. Batu nisan yang mahal telah pun saya tempah. Begitu juga dengan tanah perkuburan. Imam, jemaah dan masjid untuk solat jenazah semuanya sudah diatur."

"Bukan itu masalah abang. Abang perlukan dirimu untuk menemani abang dibarzakh nanti sayang."

Isteri kedua KU terkejut lalu berlalu keluar.
Harapan Ku hancur, semua isteri yang disayangi sudah tidak sudi dengan permintaanKU.

Tiba-tiba......"Assalamualaikum bang!."
Terperanjat aku melihatkan bila isteri KU yang pertama menghapiri KU. Kerana AKU sudah meanggapnya seperti tiada.
"Waalaikum salam," jawabKU hambar. AKU tidak mengharap apa-apa daripadanya. Aku tak akan mengajukan apa-apa permintaan, justeru AKU perlu malu untuk meminta apa-apa daripadanya. Mustahil dia yang sering AKU tinggalkan sudi menemaniku.

"Terima kasih kerana abang masih sudi menerima saya," katanya sebaik bersalaman.

Isteri tua KU merenung mataKU. Matanya bersinar jernih dan ketenangan tidak tercabut daripada cahaya pandangannya walaupun usianya sudah lanjut.

"Abang! saya sanggup menemani abang kemana sahaja. Di mana jua. Saya sanggup menemani abang sekalipun terpaksa mati bersama. Jika ditakdirkan, saya sanggup menemani abang di alam barzakh."

Ah! alangkah gembiranya hatiku. Rupa-rupanya dia yang sering aku pinggirkan itulah yang setia dan berguna. AKU terharu dengan keikhlasannya. Dialah hakikat isteri sejati dan hakiki walaupun tidak ada tenaga, rupa mahupun idea.

Inilah kisah keseronokan beristeri 4. Kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari.

Siapakah AKU dalam kisah ini. Dato', Tan Sri, Datuk Seri atau mana-mana VIP.

Elakkan dari menunding jari kepada orang lain. AKU itu ialah kita.

Kitalah yang punyai 4 'isteri'!.

Isteri keempat ialah jasad dan tubuh kita. Daripadanya kita dapat kekuatan dan tenaga. Justeru 'dia' kita jaga sepenuhnya. Diberi makan dan minum dan dilindungi dari penyakit. Tak cukup dengan itu kita hiasi dan soleknya. Masa, harta dan perhatian kita kekadang dihabiskan sepenuhnya dan seluruhnya untuk membelai anggota badan kita. Jangan sakit, cacat dan lemah. Pelbagai makanan tambahan, ubatan serta rawatan kita usahakan untuk kembali bertenaga.

Isteri ketiga kita ialah harta. Siang malam kita memikirkan untuk menambahnya. Bagaimana meningkatkan kewangan justeru menambah kemewahan. Tidak cukup dengan kerja sedia, kita usahakan kerja tambahan. Apabila wang bertamnbah, simpanan meningkat, kita belikan aset. Kita bangga 'memperagakan' rumah, kereta dan segalanya. Seolah-olah nilai kita terletak pada kemewahan yang kita miliki.

Isteri kedua kita ialah ana, isteri, sanak saudara dan sahabat-sahabat kita. Pada merekalah kita meluahkan masalah. Pada merekalah kita harapkan pandangan, nasihat, teguran dan jalan penyelesaian. Merekalah yang kita temui, jemput dan raikan dalam hidup. Kita berasa sepi tanpa mereka disisi.

Isteri pertama kita ialah amal ibadah yang ikhlas kepada Allah. Itulah yang sering kita lupakan. Kita pinggirkan. Bila nak menambah amal!, nanti esok masih ada. Bila hendak taubat?. Tunggu, usai masih muda. Segala kebaikkan samada hubungan manusia mahupun dengan Allah Rabbuljalil sering tak dapat keutamaan. Segalanya seperti isteri tua. Tidak mengghairahkan dan tidak menggiurkan lagi.

Namun, fahami dan yakinlah bahawa pasti tiba masanya

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS..CIKGU

Apabila guru mempunyai persepsi yang kurang tepat terhadap sekolah, kelas, dan pelajar maka sukar untuk mereka bermotivasi dalam mengajar dan mengatasi cabaran sebagai seorang guru. Berikut adalah beberapa contoh persepsi yang wujud:

Sekolah ini sekolah kampung, pelajar-pelajar di sini pastinya rendah kualitinya.
Sekolah ini untuk anak-anak orang kaya dan ternama, pelajar-pelajar di sini pasti bermasalah.
Kelas ini memang kelas tercorot, buat apalah menyediakan bahan-bahan yang banyak dan bersungguh-sungguh,mereka bukannya boleh buat.
Pelajar ini memang bermasalah, nasihat pun tidak berguna.
Pelajar ini mengadu pada ibu bapanya hinggakan mereka datang buat kacau di sekolah, janganlah pedulikan dia.
Malah pelbagai lagi persepsi yang wujud dalam fikiran seorang guru. Persepsi menentukan fokus dan emosi mereka. Apabila guru fokus kepada masalah mereka menjadi kurang bermotivasi. Sebaliknya apabila guru fokus kepada penyelesaian mereka pasti bermotivasi mencari jalan dan melihat pelbagai alternatif yang boleh digunapakai.

Mari kita hayati kisah di bawah:

Satu hari seorang Profesor telah datang ke sebuah sekolah dan menawarkan khidmatnya untuk meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Pengetua sekolah itu telah memberikan persetujuannya. Profesor lalu bertanya apakah kriteria yang digunakan bagi menentukan pelajar-pelajar untuk memasuki sesuatu kelas. Pengetua lalu menyatakan bahawa pelajar-pelajar ini ditentukan kelasnya berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan mereka. Lalu Profesor mencadangkan agar pelajar-pelajar diasingkan mengikut tahap IQnya dan bukan pencapaian peperiksaannya. Satu ujian IQ telah dijalankan untuk semua pelajar-pelajar dalam sekolah itu. Soalan ujian IQ ini telah disediakan oleh Profesor sendiri dan dia jugalah yang menentukan kelas pelajar-pelajar hasil daripada ujian IQ tersebut.

Hasilnya, satu rombakan besar-besaran terpaksa dilakukan. Ada pelajar dari kelas tercorot telah naik ke kelas pertama dan begitu juga sebaliknya. Profesor telah berpesan kepada semua guru-guru bahawa mereka perlu sabar menghadapi pelajar-pelajar yang tinggi IQnya sebab itu memang tingkahlaku mereka. Guru yang mendapat pelajar-pelajar yang tinggi IQnya cukup bermotivasi dan seronok. Maklumlah pelajar-pelajar dalam kelas itu pandai-pandai belaka. Guru ini telah lakukan segala-galanya, mengajar bersungguh-sungguh dan menyediakan pelbagai bahan tambahan. Apabila ada cabaran yang terlalu besar, Profesor tetap ingatkan guru ini, pelajar yang tinggi IQ memang begitu. Guru ini percaya.

Setelah beberapa bulan berlalu satu ujian pencapaian telah dilakukan dan menakjubkan pelajar dalam kelas pertama dan kedua telah menunjukkan pencapaian yang mebanggakan. Malah pelajar yang di kelas tercorot juga meningkat pencapaiannya. Guru-guru gembira dan Pengetua rasa terhutang budi dengan Profesor. Profesor lalu dijemput semula datang ke sekolah dan dimaklumkan tentang hasil pencapaian tersebut.

Ketika Profesor memberikan ucapan di hadapan Pengetua dan guru-guru dia lalu berkata:

“Guru-guru yang saya hormati sekalian. Hari ini saya mahu nyatakan satu rahsia. Sebenarnya pelajar-pelajar di sekolah ini tidak ditentukan melalui ujian IQ yang telah mereka jalani. Ujian IQ itu sekadar gimik semata-mata. Saya hanya memilih secara rambang setiap pelajar dan tentukan kedudukan kelas mereka. Saya ambil pelajar-pelajar yang asalnya dari kelas tercorot dan saya masukkan ke kelas pertama, kedua dan ketiga. Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang lain. Saya lakukannya tanpa melihat ujian pencapaian atau ujian IQ mereka. Tetapi apa yang berlaku ialah persepsi anda sebagai guru telah berubah. Anda percaya dengan apa yang telah saya katakan dan anda percaya pelajar-pelajar anda mempunyai IQ yang tinggi. Apabila persepsi anda berubah maka cara anda memberikan layanan dan mengajar mereka juga berubah. Mereka akhirnya memperolehi pencapaian mengikut apa yang telah anda dan mereka jangkakan. Malah kelas yang tercorot juga mendadak pencapaiannya sebab pelajar-pelajar di situ sememangnya saya letakkan yang berkebolehan dan mempunyai estim diri yang tinggi. Mereka tidak tergugat apabila diturunkan kelas malah mereka mahu buktikan yang mereka boleh lakukan. Maka inilah hasil yang kita perolehi sekarang dengan mengubah persepsi dan jangkaan kita sendiri”.

Semua terdiam dan tergamam.

Ahad, Ogos 30

APA PERASAAN KITA ?





Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?"
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..


Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

CUBA FAHAMI..DAN CUBA HAYATI..APA YANG YANG TERSURAT DAN TERSIRAT


SYURGA ITU ADALAH RUMAHKU

Kata orang rumah adalah syurga bagi penghuninya. Benarkah? Kenyataan itu sungguh subjektif. Syurga yang bagaimana yang diimpikan oleh penghuninya?

“Syurga itu adalah rumahku. Akan aku hiasinya dengan rahmat dan berkat dari Allah s.w.t. Syurga itu dapat kucapai jika ahli keluargaku berpaksi kepada tiang agama, menjadikan al-Quran sebagai pegangan dalam melayari badai kehidupan. Akan ku hiasi syurga ini dengan senyuman yang manis dan kesabaran yang tinggi dari bidadari-bidadariku [isteri dan anak-anak perempuan]. Akan ku harumi syurga ini dengan wangian dari nilai-nilai mulia yang kami amalkan. Akan kupelihara syurga ini agar generasiku dalam menghayati keindahannya, kenikmatannya serta kebahagiannya.”

“rumahku adalah syurgaku. Apa yang aku lakukan adalah kehendakku. Sesiapa pun tidak berhak menghalang apa yang ingin kulakukan. kerana ini adalah syurgaku. Perempuan yang menemaniku setiap masa adalah bidadariku. Tiada orang yang mengganggu itulah impianku dalam mengindahkan lagi syurga ini. Syurga ini akan kupenuhi dengan perkara-perkara [arak, dadah, perempuan] yang boleh melupakan aku dengan kepenatan, kesengsaraan.”

Kedua-dua dialog di atas menggambarkan dua situasi yang berbeza yang menunjukkan perkataan syurga sendiri mempunyai konotasi yang pelbagai kepada setiap individu. Tanpa kewarasan fikiran, syurga manakah yang layak buat kamu?

PUNCA TIDAK BAHAGIA DI DALAM HATI


MAZMUMMAH DIDALAM HATI.Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..

2. Pendendam
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad
dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak
orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...

8. Riak
terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklahh padahnya

Sabtu, Ogos 29

KERANA SETITIK MADU


Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah....

Tikus yg sedang mengigit tali........

Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

1 minit untuk mengingati Allah

Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN

Step 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan

Step 3:
Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang sahabat anda.

Result 1:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa.

Result 2:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam.

Result 3:
Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan diAMIN oleh para Malaikat INSHA'A'LLAH Oleh itu... duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang di redhoiNya Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di nikmat kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan seharian dalam apa jua yang kita.

Khamis, Ogos 27

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA


Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan, bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.

Kita inginkan hari yang lebih cerah, tetapi Allah lebih tahu hakikatnya hujan perlu diturunkan.
Kita sering mahukan keseronokan, jauh sekali kesusahan, tetapi Allah lebih tahu kesusahan itu mengajar kita erti kehidupan.
Kita sering inginkan ketenangan, hakikatnya diri ini penuh dengan dosa dan kejahatan. Tetapi manusia tidak dpt lari dari kesilapan.

Yang Terbaik Untuk Anda
"Sebaik-baik harta yang anda miliki adalah yang mendatangkan manfaat,seagung- agungnya ilmu yang anda miliki adalah yang meninggikan darjat,sebaik- baik rumah adalah yang memberikan keluasan dan sebaik-baik sahabat adalah yang sering menasihati anda"

doa....

Bila Allah cepat makbulkan doamu, Dia menyayangimu,
Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia mengujimu,
Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...

Kawan? Siapa yang dikatakan kawan bagi kita?


Apa peranan kawan kepada kita?
Bercakap soal kawan, mengingatkan saya tentang sahabat-sahabat saya di alam persekolahan suatu seketika dahulu. Betapa indahnya nilai ukhuwah antara kami yang sehingga kini tiada bandingan. Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, biarlah doa pengikat ukhuwah sentiasa bersama walaupun hakikatnya, jasad tidak bersama.

Namun, ada juga duka bersama sahabatku yang tak dapat kutemui walaupun berada di depan mata. Itulah dunia yang kejam bagi diriku. Akhir zaman menyaksikan pelbagai jenis raga manusia. Biarlah hari ini kawan yang menjadi saksi bagi kita sepanjang bersamanya. Hakikatnya, penilaian telah dibuat oleh Yang Maha Kuasa sejak azali lagi…

Beginilah ragam kawan dan sahabat di akhir zaman ini…

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki diri nya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya..

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli profesyenal yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan profesyennya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yang sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan ‘sunnah’ barat
Yang melupakan kehidupan akhirat

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya
Yang menjadikan komplek tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyanyian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan dijadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak ditempuh

(p/s : berhati-hati dalam memilih kawan)

ADAKAH KAU LUPA

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

11 KEPERCAYAAN SAYA

Di sini saya berkongsi 11 kepercayaan saya;

Pemimpin DIBENTUK MAHIR bukannya terus DILAHIR
KEMAHUAN umpama pemerintah! Kita dicipta secara fitrah untuk membuat apa yang kita suka.
KEPERCAYAAN adalah asas dalam kepemimpinan. SIKAP membentuk kepercayaan dan KEPERCAYAAN memperkasakan kepimpinan
Sentuh hati dahulu sebelum menuju kepada minda seseorang.
Kuasa memimpin tidak datang bila kita dilahirkan. Ia datang dari dalam diri melalui sikap dan pemikiran yang perlu dibentuk dan dibina.
Anda MEMIMPIN manusia dan MENGURUS benda
Pemimpin hanya jadi EFFEKTIF bila mereka fokus pada KEKUATAN
Kepemimpinan adalah PILIHAN!
Kepemimpinan adalah PENGARUH, bukannya KEDUDUKAN
Kepemimpinan adalah TANGGUNGJAWAB, bukannya KEMULIAAN
Anda perlu kuasai KEMENANGAN DIRI sebelum menguasai KEMENANGAN ORANG LAIN
banyak lagi info2 yg boleh kita hadam dan pelan-pelan aplikasikan dlm diri utk terus membina JAti diri, bukan menenggelamkan sinar Cahaya dlm diri kita. ’sucess is not a destination.. but a JOurney!. memerlukan kita menongkah arus, meredah onak duri berliku, lelorong yg bengkang-bengkok..ehehe.. (kalu lalu highway, kena bayar toLl daa..ehehe..)

okeylaa.. nnti dah mengomel je penaip ni. irosnisnya, bukan senang nk jadi sEnang.. bukan SUsah nk jadi Susah.. fikir dan thingking.. (”_)

INI BETUL-BETUL KE KEBETULAN JE....

INDAHNYA MATEMATK
Apaa kabo sahabat sekelian....mula-mula saya dapat nombor ni saya cuba...pasti saya berfikir..indahnya matematik...penemuan dan susunan nombor menjadikan ianya amat menarik..kalu kita cuba tunjukkan pada pelajar2 kita di sekolah..pasti budak-budak tu suka...selama ni matematik sering dianggap susah, membosankan, cikgunya garang, skema...cam cikgu matematik kita zaman dulu...
semua tu dah jadi sejarah...pendekatan seharusnya semakin baik dalam membetulkan sebarang tanggapan tentang matematik...kalu diajar secara lebih mesra, menarik dan lebih memahami masalah dan keperluan pelajar dalam kehidupan seharian...masukkan sedikit permainan nombor seperti di bawah ni..menarik bukan...

cubalah buat...jawapannya akan mengasilkan susunan nombor yg indah..

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Brilliant, isn ‘ t it?
And look at this symmetry:
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=12345678987654321

Rabu, Ogos 26

SEDAR LE DIRI SIKIT OOI....

ASSALAMUALAIKUM semua.

Hari ni saya saja-saja nak kongsikan sedikit perkara yang sedang bermain-main di fikiran ni. Terutama bila melihat wajah di cermin setiap pagi. Walaupun saya masih rasa wajah saya takdelah mencerminkan usia saya yang sebenar, hehe (ehem, jangan marah ya...) tapi diri tetap sedar yang usia kini semakin meningkat. Bila membaca doa melihat cermin, selalu terfikir adakah akhlak diri ni secantik atau seceria wajah yang terpancar di cermin tersebut. Bimbang juga maksud di sebalik doa tersebut tidak tercapai.

Kawan-kawan pun tahu kan, saya dah pun berusia 30an . Kalaupun terasa diri masih berjiwa remaja dan gila-gila sikit tapi saya sedar terlalu banyak diri ini kurang dari segi bekalan untuk dibawa menghadap YANG MAHA PENCIPTA di kemudian hari. Bila tengok diri dalam cermin, yang mata kasar nampak ialah bentuk wajah, kulit muka ada jerawat atau tidak, kulit dah berkedut ke belum... muka nampak kusam atau nampak ceria dan tegang... dan macam-macam lagi. Tapi kalau dilihat dengan mata hati, terasalah, "aku ni dah 30an tahu dah... apalah yang aku dah buat sepanjang usia banyak ni?". "Agaknya kalau Allah panggil pulang sekejap lagi, entah apalah sangat yang dapat dijadikan saksi." Hmm... terasalah yang diri ini masih terlalu jauh dari menjadi hambaNYA yang soleh.

Sepanjang 24 jam sehari ni, saya boleh jamin, terlalu sedikit masa yang saya peruntukkan untuk menolong iman dan agama Allah. Yang banyaknya ialah kerja, kerja, buang masa, shopping, sembang, main-main dan macam-macam lagi. Waktu yang wajib untuk menghadap ALLAH pun rasanya kalau dikumpulkan tidak sampai pun 1 jam sehari. Kenapalah sikit sangat masa diri ini peruntukkan untuk TUAN sendiri? Walhal nanti saya akan menghadapi EXAM yang lagi besar dan sukar.

Hari ni, bila sedang bersiap memakai pakaian untuk pekse PTK sempat juga dan merenung dalam diri, melihat kemasnya diri di dalam cermin untuk keluar menjalankan kewajipan dan amanah, sekali lagi pertanyaan itu datang,

"SUDAHKAH AKU CAPAI MATLAMAT SEBENAR HIDUP INI?"

SALAH KE PUNYA TULANG RUSUK LEBIH DARI SATU?

Good reading...

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, AllaH mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.

Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat... .

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Selasa, Ogos 25

TOLONG INGATKAN SAYA ANDAI SAYA JAUH TERPESONG, TERSASAR FOKUS DAN HALA TUJU SEBAGAI SEORANG MUSLIM

Assalamualaikum sahabat-sahabatku…

Nak minta tolong sikit boleh tak?
Tolong ingatkan saya,
Andai saya terlupakan tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan saya,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.

Tolong ingatkan saya,
Dengarlan dan bacalah Al-Quran,
Tika radio penuh hiburan,
Tika tv penuh Hindustan.

Tolong ingatkan saya,
Di mana silamnya zahirku,
Jika aurat didedahkan disingkat,
Diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan saya,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan saya,
Kalau bercinta biarlah keranaNya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan saya,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan saya,
Diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya,
Jiwa diserahkan segala-segala,
Dialah tumpuan.

Tolong ye ingatkan saya

DAH SEDIAKAH KITA....?

Perjalanan yang tidak diduga...


Tiba2 anda dijemput dan dihadiahkan satu tiket iaitu KEMATIAN.. Tanpa anda duga dan tanpa anda minta. Anda tidak perlu membayar tiket pelayaran itu kerana ia percuma. Kenderaan anda akan disedia iaitu satu tempat duduk sebuah KERANDA.

Anda tidak perlu gusar berapa lama dan berapa jauh kerana ia tetap akan tiba ke sebuah DESTINASI yang telah tersedia. Anda juga tidak perlu menyediakan pasport dan visa perjalanan kerana itu bukan pakej pelancungan.

Anda tidak perlu membayar wang kerana kerana ia bukan tujuan. Di sana anda akan disambut oleh dua malaikat iaitu MUNGKAR dan NAKIR bukannya imegresen maupun pramugari. Buku catatan anda akan dibuka bukannya pasport dan visa perjalanan. Anda tidak perlu risau kerana tempat anda telah disedia.

Tempat tidur anda bukanlah hotel lima bintang tapi di dalam kubur sebuah liang. Anda akan dihidangkan dengan suara2 malaikat-Nya bukannya lagu2 merdu suara primadona negara..Kawan2 anda bukan lagi anak2 dan teman2 tapi kala jengking yang gigitannya 1000 tahun tidak mungkin hilang ...

Anda tidak ditanya berapa banyak harta yang ditinggalkan, tapi amalan dan kebajikan untuk menjadi teman dalam PERSEMADIAN...........

TIP MENAWAN HATI ANAK-ANAK

Tips:
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya..

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

khas buat sahabatku Riza

ADAKAH DIRIMU HANYA KAWAN ATAUPUN SABABAT SEJATIKU

Terdapat perbezaan di antara kawan dan sahabat;

Pertama, kawan adalah seorang yang namanya kau ketahui, yang kau lihat berkali-kali, yang dengannya mungkin kau miliki persamaan, dan kau berasa gembira bersamanya. Ia adalah orang yang dapat kau undang ke rumah mu dan dengannya kau bergurau. Namun, kau tidak akan memberikan hidupmu kepada mereka kerana kadang-kala tindakan-tindakan mereka tidak dimengerti kerana kau kurang mengenali mereka.

Sebaliknya, seorang sahabat adalah seseorang yang kau cinta, bukan kerana kau jatuh cinta padanya, namun kau mengambil-berat tentang dirinya, dan kau memikirkannya ketika dia tiada di sisi mu.Sahabat adalah orang yang kau ingat ketika kau melihat sesuatu yang mereka sukai kerana kau amat mengenali mereka.Mereka adalah orang yang gambarnya kau miliki dan wajahnya selalu didalam benakmu.

Mereka adalah orang yang kau lihat dalam fikiran mu ketika kau mendengar lagu kerana mereka membuat dirimu berdiri untuk menghampiri mereka,mungkin mereka pernah memijak jari kakimu atau sekadar menempatkan kepala mereka di bahumu.Mereka adalah orang-orang yang diantaranya kau merasa tenang kerana kau tahu mereka mengambil berat terhadapmu.

Mereka menelefon hanya untuk mengetahui apa khabarmu, kerana sahabat sesungguhnya tidak mengharapkan suatu alasan pun. Mereka berkata benar - pertama kali - dan kau melakukan hal yang sama. Kau tahu bahwa jika kau memiliki masalah, mereka akan bersedia mendengar.

Mereka adalah orang-orang yang tidak akan mentertawakanmu atau menyakitimu, dan jika mereka benar-benar menyakitimu, mereka akan berusaha keras untuk memperbaikinya. Mereka adalah orang-orang yang kau cintai dengan sedar ataupun tidak.

Mereka adalah orang-orang dengan siapa kau menangis.Mereka adalah orang-orang yang pada saat kau peluk, kau tak akan berfikir berapa lama memeluk dan siapa yang harus lebih dahulu mengakhiri. Mungkin mereka adalah orang yang memegang cincin pernikahanmu, atau orang yang menghantarkan atau mengiringmu pada saat pernikahanmu, atau mungkin adalah orang yang kau nikahi.

MUHASABAH DIRI...

Rasulullah telah mengkategorikan penuntut ilmu kepada 3 golongan dan membandingkan mereka kepada keadaan tanah.

1. Tanah yang gembur yang apabila menerima air hujan, tanah ini akan menyerap air tersebut dan daripadanya tumbuhlah pelbagai jenis tanaman yang menghasilkan buah-buahan yang manis dan enak dimakan.

Ini umpama orang yang menerima ilmu dan mengambil ilmu itu untuk dirinya dan mengajarkannya pula kepada orang lain untuk melahirkan generasi yang berilmu dan bermanfaat kepada masyarakat.

2. Tanah yang kedua ialah tanah yang dapat menakung air, tetapi air itu tidak meresap ke dalam tanah dan tidak dapat digunakan oleh tumbuh-tumbuhan.

Ini umpama orang yang menerima ilmu tetapi mereka menyimpan ilmu itu untuk diri sendiri dan tidak dapat memberi manfaat kepada orang lain.

3 .Tanah yang ketiga amat keras permukaannya dan langsung tidak dapat menerima air hujan. Air hujan yang jatuh ke atasnya tidak akan diserap, malah akan terus mengalir ke dalam longkang.

Ini umpama orang yang langsung tidak menuntut ilmu dan oleh itu jadilah ia orang yang tidak berilmu dan tidak memberikan manfaat kepada dirinya apatah lagi kepada orang lain… dan inilah yang paling ramai dalam masyarakat MELAYU hari ini.

Kita digolongan mana?

CUMA SESEKALI JE..TOKLEH KE

Empat punca hidup manusia tidak tenteram

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka.. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: "Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! "Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!"

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini รข€“ ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan 'keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak 'komplen' dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah 'kematian' itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak."

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

CINTA TAK BERERTI KITA MEMILIKI

Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....

Pastikan Hari ini milik anda

Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu, anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang
Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda, dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. Itulah hari anda, maka manfaatkan hari itu sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini saja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.
Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda,sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan, masa lalu dengan berbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi pada masa itu,dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan acapkali menakutkan.
Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti anda untuk satu hari ini saja. Dan pada hari inilah, anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyu` membaca dan memahami AL-QURAN secara mendalam, merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam sehala hal, keindahan dalam akhlak, kerelaan dengan semua yang ALLAH berikan, perhatian terhadap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesehatan jiwa dan raga serta memberi manfaat kepada orang lain.
Untuk hari ini, anda mulai membahagi waktu dengan bijak. Jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun,tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu; memelihara indahnya kehidupan, meminta ampunan dari pelbagai dosa yang telah dilakukan, mengingat TUHAN, dan mempersiapkan diri untuk pergi jauh. Denagn demikian, hidup anda hari ini akan penuh kebahagiaan, merasa aman dan tenteram serta menerima rezeki isteri, suami, anak-anak, tugas-tugas, tempat tinggal dan ilmu pengetahuaan dengan tangan terbuka dan rasa syukur.

TERIMALAH SEMUA YANG TELAH ALLAH BERIKAN KEPADAMU DAN JADILAH KAMU TERMASUK ORANG-ORANG YANG BERSYUKUR (AL-A`RAF`:144)

Hidup anda pada hari ini juga tanpa kesedihan, gangguan, kemarahan, kedengkian dan kebencian atau sakit hati. Jangan lupa hendaklah mengukir sebuah tulisan dalam hati anda atau di meja tempat bekerja: `Hari ini adalah milikmu`.yakni; apabila hari ini anda dapat memakan nasi yang harum baunya, maka apakah anda masih berfikir tentang nasi basi yang telah makan kelmarin, akan membahayakan kesihatan anda? Mungkin anda akan berfikir tentang nasi yang anda akan makan pada esok hari, padahal nasi tersebut masih ada dalam angan-angan.
Apabila hari ini anda dapat minum air dingin yang menyegarkan, mengapa anda mahu bersedih atas air masin yang anda minum kelmarin, atau meinginkan air esok yang masin dan panas?
Seandainya anda percaya akan diri sendiri dan mampu mengerjakan segala sesuatu dengan semangat dan tekad yang kuat anda akan dapat menundukkan diri anda untuk berpeganag pada prinsip; `masa hidupku hanyalah pada harini` prinsip inilah yang akan menyebukkan diri anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, sekaligus berusaha meningkatkan mutu kerja dan membersihkan amal perbuatan anda.
Dan itu, akan membuat anda berkata di dalam hati; `hanya hari ini aku berkesempatan mengatakan yang baik-baik sahaja; tidak bercakap kotor dan menjijikkan, tidak akan pernah mencela, mengherdik, membicarakan keburukan orang lain. Hanya hari ini aku berkesempatan mengemas rumah dan pejabat agar tidak berserabut. Dan akan kerana hari ini aku akan hidup, maka aku memperhatikan kebersihanku. Penampilanku, tutur kata ku dan tindak tanduk.’
Kerana hanya akan hidup hari ini, maka aku akan untuk taat kepada TUHANku, mengerjakan SOLAT sesempurna mungkin, membekal diri dengan solat sunat, berpegang teguh pada Al-Quran , mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat dalamnya.
Aku hanya akan hidup hari ini, kerana itu aku akan menanam dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan yang ku tanam sampai ke akar-akarnya, dan , mematahkan ranting-rantingnya yang berduri; seperti sifat takabur, ujub, riak dam buruk sangka.
Hanya aku harini aku akan dapat menghirup udara kehidupan maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan kepada sesiapapun. Aku akan menjenguk orang yang sakit, menghantar jenazah, menunjuk jalan yang benar bagi sesat, memberi makan kepada orang yang kelaparan, menolong orang yang kesulitan, membantu orang yang dizalimi, meringankan penderitaan orang lemah, mengasihani orang yang menderita, hormat orang alim, menyayangi anak kecil berbakti kepada orang tua.
Aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan mengucapkan : `wahai masa lalu yang telah berlalu, tenggelam lah seperti mataharimu. Aku tak akan pernah menanagisi kepemergianmu, dan kamu tak kan pernah melihat ku termenung sedetik pun untuk mengingatimu. Kamu telah meninggalkan kami semua, pergi dan tidak kembali lagi.`
‘ Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban! Maka aku tidak akan bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Akupun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok mungkin tiada sesuatu; `esok adalah suatu yang belum diciptakan dan tiada satu pun darinya yang dapat disebutkan.`
`HARI INI MILIK ANDA` , adalah ungkapan yang paling indah dalam kamus kebahagiaan, kamus bagi mereka yang ingin kan kehidupan paling indah dan menyenangkan.

Isnin, Ogos 24

.:: HIKMAH BERDIAM DIRI ::.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang
sia-sia.

Hikmah Diam

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:
* "Barang siapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya,nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )*

"Barang siapa yg beriman kpd Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )*

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya". ( RIWAYAT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:

* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.

* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..

* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.

Ahad, Ogos 23

Sukar untuk menerima kegagalan?

Biasanya kerana sudah ada di minda kita satu stigma - HIDUP INI PERLU BERJAYA SAHAJA TANPA GAGAL, ataupun TAKUT MENERIMA KEGAGALAN.

Antara faktor lain - terlalu yakin dengan diri sendiri dan lupa bahawa kita ini adalah hamba yang disuruh berusaha - manakala natijah terakhir adalah di bawah kekuasaan Allah.

Kegagalan Adalah Fitrah
Kenangi semula awal penghidupan sebagai manusia. Budak kecil yang bermula dari tidak tahu apa-apa, tidak pandai berjalan, berlari. Langkah pertamanya adalah dengan bertatih merangkak, semasa ia kenal untuk berjalan ia mencuba bangun perlahan-lahan dan kadang-kadang terduduk sehinggalah ia tidak berputus asa untuk mencuba berkali-kali sehingga boleh berjalan betul dan berlari.

Kita kembali sedikit kepada sirah, Rasulullah berdakwah selama 23 tahun untuk menyampaikan ajaran Islam. Tetapi baginda tidak pernah mengaku kalah. Padahal di peringkat permulaan dakwah baginda hanya terdapat ramai orang-orang miskin dan hamba abdi yang lemah. Tetap juga RasuluLLah meneruskan tugasnya dengan penuh amanah walaupun tahu di hadapannya banyak sekali kesusahan yang bakal diterimanya. Kerana ia tahu ALlah sentiasa bersama-sama orang yang sabar.

Di dalam peperangan sememangnya akan berlaku menang dan kalah. Tetapi kita lihat kepada semangat jihad para pejuang Islam yang ikhlas mereka mengatakan - Samada syahid atau menang. Kekalahan adalah sebagai satu motivasi untuk membangkitkan semangat. Dan hasilnya - Islam itu gemilang sehingga menguasai 2/3 dunia.

Mungkin kita boleh mengambil semangat tokoh bukan Islam seperti Thomas Alva Edison mencuba sehingga 10,000 kali sebelum berjaya menghidupkan lampu dan dia berbangga kerana di dalam percubaan (dibaca kegagalan), beliau berkata : "Aku bukan gagal, tetapi aku telah menjumpai 10,000 sebab yang menjadikan ia tidak menyala!"

Melihat Kegagalan Dari Sudut Positif
Gagal di dalam peperiksaan, gagal di dalam pekerjaan, gagal dalam cinta, gagal dan sebagainya. Ia adalah ujian untuk menunjukkan adakah kita gagal dalam IMAN KEPADA ALLAH?.

Sekali gagal, atau berkali-kali gagal bukanlah menunjukkan kita telah gagal selama-lamanya. Kerana kejayaan itu diukur dengan usaha kita bangun dari kegagalan. Orang yang gagal adalah orang yang tidak mahu berusaha, yang tidak mampu bangkit dari kekalahan.

Allahu Allah... lihatlah kegagalan itu dari sudut positif. Dengan hanya bersedih, mengerutkan muka, menyesali apa yang telah berlaku tanpa mengubah diri. Anda tidak akan ke mana-mana. Ambillah hikmah dari kegagalan .Pandanglah ke hadapan, kita perlu meneruskan hidup yang bukan hanya untuk dunia sahaja bahkan di akhirat nanti.

Kata Hamka : "Jangan takut jatuh, kerana yang tidak memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagallah yang tidak pernah cuba melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua".

Bangkitlah wahai jiwa, Orang Islam Yang Beriman pasti berjaya, jiwanya sentiasa hidup dengan pengharapan dan usaha. Hayya 'alal falah!

Sahabatku sekelian..dalam apa juga yang kita sedang usahakan..usahalah tanpa
putus asa..kalu perlu ubah strategi..bulatkan tekad, perkukuhkan usaha..insyaAllah..setiap usaha kita yang berterusan tanpa mengenal erti putus asa akan dinilai oleh Allah...yakin dan percaya ..di akhir sebuah kegagalan ada menanti kejayaan milik kita...hanya orang yang usaha dan berusaha akan layak menikmati manisnya harga sebua kejayaan..

APA PENDAPAT ANDA TENTANG PANDAI DAN TIDAK PANDAI

Sejauh mana betul penilaian kita tentang pandai dan tidak pandai...sering kali kita lihat dan dengo, pelbagai hadiah, anugerah diberikan kepada insan2 yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan penting...adakah kita dapat pasti 100% pelajar ini akan berjaya dalam kehidupan mereka 10 thn akan datang...bagaimana pulak dengan pelajar yang sering gagal atau kurang berjaya dalam peperiksaan..adakah mereka ini diandaikan akan gagal dalam kehidupan mereka pada masa akan datang...

Adakah dalam hidup ini kita perlu bersikap prejudis terhadap mereka yang tidak 'pandai'? Adakah mereka yang 'pandai' sahaja yang wajib diberi sokongan, bantuan dan penghargaan? Adakah pandai itu hanya sekadar mendapat berpuluh A? Adakah orang itu dikatakan pandai hanya kerana cemerlang di dalam peperiksaan?

Tidak pandaikah orang itu jika dirinya gagal dalam matematik tetapi pandai bermain alat muzik? Tidak pandaikah orang itu jika tidak dapat menjawab teori fizik tetapi hebat dalam menendang bola? Tidak pandaikan mereka yang dikatakan tidak pandai mengikut kayu ukur peperiksaan?

Di mana nilai kita sebagai manusia? Siapa kita untuk mengatakan orang itu pandai atau tidak? Sejarah telah menunjukkan orang yang dikatakan 'tidak pandai' ini sebenarnya yang menggegar dunia. Albert Einstein, Thomas Edison, Bill Gates, Alexander Grham Bell adalah cebisan nama yang telah membuktikannya.

Sistem ekonomi sekarang juga telah melihatkan kepada kita yang 'tidak pandai' ini sebenarnya yang akan menjadi ketua, boss, manager dan pemimpin kepada yang 'pandai'.

Mengapa perlu kita diskriminasikan antara pandai dan yang tidak pandai? Tidak bolehkah kita menghargai, memberi pengiktirafan, dan memberi sokongan kepada mereka yang tidak pandai? Jika tidak, mengapa perlu kita memaksa yang 'tidak pandai' ini menjadi pandai mengikut acuan kita- acuan yang tidak sesuai untuk mereka?

Sebenarnya di dalam hidup ini tidak ada yang pandai, dan juga tidak wujud yang tidak pandai. Pandai atau tidak hanyalah ilusi dan berubah-ubah mengikut kayu ukur kita. Mana mungkin kita mengatakan seseorang fobia nombor sebagai pandai jika kayu ukur kita ialah ujian Matematik tambahan. Begitu jugalah mana mungkin kita mengatakan si kaki bangku sebagai pandai jika kayu ukur kita ialah perlawanan bola sepak.

Diri kita juga boleh menjadi pandai hari ini dan tidak pandai keesokan harinya. Semuanya bergantung kepada kayu ukur. Pandai atau tidak pandai adalah satu sikap yang prejudis terhadap mana-mana insan. Tidak perlu kita mengutuk sesorang itu tidak pandai sedangkan mungkin dirinya lebih pandai daripada kita dalam sesuatu perkara. Janganlah kita berlagak pandai takut-takut kita lebih bodoh daripada orang lain dalam perkara yang lain.

Yang ada dalam hidup ini hanyalah yang berani dalam meneruskan kehidupan. Yang berani inilah yang wajib kita iktiraf dan beri sokongan.

CINTA ITU MEMATIKAN ATAU MEMBERI NYAWA?

Aku tak tahu sama ada kalian pernah bercinta atau tidak. Aku pernah pernah dan masih menaruh harapan pada cinta..agar ianya terus subur dan sentiasa membuat aku bahagia dan rasional dalam membuat setiap keputusan dalam hidup... . Yang pasti kesan daripadanya ialah aku fikir bahawa cinta itu boleh ‘membunuh dan menghidupkan’.
Oh, tentu saja aku tidak memaksudkan cinta itu telah mengambil alih kerja Tuhan. Hanya yang mungkin, Tuhan mewakilkan cinta sebagai kecantikan hidup. Bila cakap soal cinta, ia banyak dirujuk kepada soal hati. Aku mahu memasukkan soal fikiran sama, tapi ada reservation untuk itu. Kadang-kadang kuasa cinta menjadikan manusia tidak rasional. Sebagai orang yang percaya dengan kepentingan sikap rasional, aku percaya cinta juga harus rasional dan tidak terlalu didorong emosi. Ah, tentu saja bosan sekali membina rasional dalam percintaan! Adakah akal akan selalu bertentang dengan hati?
Sebenarnya tidak sukar menemukan orang yang bersetuju dengan pentingnya nilai cinta. Tanya saja di mana-mana, manusia akan melihat nilai cinta sebagai sebuah nilai yang agung. Bagi mereka yang gagal melihatnya (mahu saja aku sebut loser!), cinta akan diseret kepada soal seks dan seumpamanya. Aduh, kenapa lekas sangat?
Hakikat bahawa di mana-mana tidak sukar menemukan ‘laskar’ cinta ini membenihkan persoalan di benak aku. Adakah manusia sudah tandus dengan kasih sayang?
Ya, sebenarnya jauh di sudut hati aku percaya nilai cinta tandus dalam masyarakat hari ini. Dari ketandusan ini muncul permusuhan. Dari ketandusan ini muncul kacau bilau dalam masyarakat. Yang berkuasa menindas dan menyalah guna kuasa. Yang tidak berkuasa memaki hamun yang berkuasa. Yang berpangkat memandang rendah yang tidak berpangkat, yang tidak berpangkat melihat yang berpangkat poyo lebih. Yang rajin berusaha dan berjaya, yang malas mengata-ngata. Yang miskin bersabung nyawa untuk hidup, yang kaya buat-buat tak nampak waktu sedap melantak.
Kerana cinta, Nabi Adam a.s. menurut kemahuan Hawa dengan mengambil dan memakan buah larangan di syurga, Kerana cinta, Nabi Nuh a.s. memanggil anak dan isterinya menaiki bahteranya. Kerana cinta Zulaika memfitnah Nabi Yusof a.s.. Kerana cinta Nabi Muhammad s.a.w. mengajak manusia kepada Tauhid dengan kesabaran dan kebijaksanaan, bukan menjerit bahawa manusia semua celaka dan akan ke neraka!
Kerana cinta Ernesto Che Guevara menyeru perjuangan rakyat tertindas. Kerana cinta Gandhi berjuang. Kerana cinta Jose Rizal ditembak.
Kerana cinta ada yang ‘mati’ dan ‘terus hidup’. Hidup – adakah ia bermula dari pusingan permusuhan? Tak bolehkah cinta selalu menafikan kebencian?
Yang pasti hidup ditakdirkan berbeza. Kata Tuhan ini untuk kita saling kenal dan mencintai, bukan saling membenci. Ah, cinta…meski murni pada maksudnya,realitinya tetap sukar dimurnikan!
Ketawa dan air mata ada dalam cinta. Dan cinta akan tetap jadi ‘mazhab’ terutama pada orang muda. Hanya saja sama ada cinta itu ‘mematikan’ atau ‘memberi nyawa’. Bergantung kepada persepsi dan diri masing….

Dalam Cinta Harus Saling Percaya, Dalam Cinta Harus Berani Pasrah



Cinta mungkin telah jadi subjek asing bagi aku. Mungkin.

Tapi rasa aku yang mungkin itu ialah cinta dalam erti kata couple kot, sebab cinta aku kepada kemanusiaan itu tetap tebal. Maka darinya, manusia sama di mata aku - secara hukum.

Cinta, sama seperti hidup, perlukan rasa percaya dan pasrah. Aku pernah tulis bahawa aku bersetuju dengan Ustaz Hasrizal, perkahwinan adalah sinergi. Manusia berkahwin bukan sekadar persamaan mereka tapi bagaimana mereka menangani perbezaan. Entah kenapa, aku tegar percaya ini.

Percaya bukan satu hal mudah, tetapi tanpanya samalah seperti kau bina sebuah bangunan besar tanpa cerucuk yang kuat mengandal lantai.

Bila ada percaya, baru persoalan sinergi tadi muncul. Err, maksud aku persoalan bersetuju untuk tidak bersetuju dapat bergerak dalam kerangkanya. Haa, di sinilah kau harus pasrah. Kerana apa? Kerana kegoncangan itu tidak mesti mudah.

Tapi jangan terkejut kerana lain orang, lain cara menterjemah nilai ini. Ada yang menganggap apabila kita tidak bercerita padanya, maka kita tak percayakannya. Ada yang berpendapat, mendahulukan cerita padanya, atau bercakap khusus dengannya tentang sesuatu subjek akan menjadikan dia istimewa.

Semua di atas tidak salah. Tapi ia boleh menggoncang bila anggapan atau pendapat ini menjadi satu hukum pasti padanya.

Orang lelaki macam aku, atau mungkin hanya aku, sukakan konsep dan bukan hal terperinci. Orang seperti aku suka bercerita dan jarang bertanya. Tapi insyaAllah bila aku bertanya itu, aku akan ingat.

Tapi orang macam aku mungkin ramai tak suka. Perempuan suka bila mereka yang bercerita dan lelaki hanya mendengar. Kalau mahu respon pun mungkin kena please mereka, haha. Perempuan tak mahu kita berbeza dengan mereka. Dan aku cuba memahami dari tulisan Prof. John Gray - bahawa perempuan memang hanya mahu mendengar, tanpa respon.

Memahami perbezaan-perbezaan yang ada penting. Bila ia berlaku, kau tidaklah rasa perit sangat menerima realiti perhubungan kau. Bak kata Kay alias Den Carnal, "..dalam hubungan ni kau akan banyak rasa sakit, maka kau biarkan saja ia macam air mengalir. Kalau tak sabar mungkin bergaduh, dan di situlah hubungan tu akan mula rasa tak best".

Punya pendapat yang baik bukan beerti kita boleh hidup dengan pendapat yang kita beri. Untuk aku, itu cabaran karakter. Selalunya aku akan cabar diri aku untuk praktiskan apa yang aku percaya.

Oh ya, entah kenapa, aku rasa aku tidaklah istimewa bila berbuat sesuatu. Aku agak ralat bila dipuji. Ya, tentu saja aku bangga juga dengan pencapaian-kebaikan yang aku perbuat. Tapi entah kenapa, aku memang tak tahu bereaksi jika ada yang memuji lama-lama. Cukuplah katakan 'bagus' atau 'baik', tak perlu dilanjutkan panjang-panjang. Takut-takut kita buta: tidak nampak keburukan, maka di mana sinerginya?

Berbeza pendapat dengan aku bukanlah masalah besar, malah aku suka. Aku membina rasa percaya dari situ. Kerana jika kau boleh berbeza dengan aku tanpa sangka negatif, itu beerti kau sedia bersinergi dengan aku.

Mungkin di sini besarnya peranan sistem pesanan ringkas (sms)dan chatting di internet berbanding telefon?

Sabtu, Ogos 22

YANG MANA SATU?




Pejam celik..pejam celik dah dah agak lama gak..aku bela Mila, Minah, Comel, Boboy, Pak Itam dan Kacak...semakin hari semakin mesra hubungan ngan mereka2 tu..jinak, mesra cam ada satu perasaan teramat sayang kat nama2 tu..bila panggil nama je...terus datang..ingin dibelai...
Mila dan Minah..masa aku bela dia dulu umo memang dah cukup..aku memang cadang nak buat baka..Comel dan boboy plak memang aku cadang..cukup umo je nak sembelih je...hujung tahun ni umo Boboy dan Comel cukup 2tahun..bile tengok tahap kejinakan dia rasa xsampai hati plak nak sembelih...camne nie..Pak Itam ngan kacak tak sampai setahun lagi...Pening2..
Yang mana satu ekk..semuanya aku sayang..susah gak nak buat pilihan, atas sebab apa yang boleh aku gunakan sebagai kayu pengukur sebagai panduan dlm membuat pilihan..boboy..si jantan tu semakin segak bergaya..sasa..dah mula pandai mengawan..badan dia berkilat..memang jadi tumpuan betina2 lain bila berhadapan dengannya..Si Comel plak, dah semakin ayu..cantik dan merupakan kesayangan Athirah..insan penting dalam idup aku..xkan aku nak lukakan ati dia..mau dia mengamuk..
kacak ngan Pak Itam...anak bujang yang semakin membesar...dua-dua membesar di hadapan mata aku..sihat dan sasa tubuh kedua-duanya...kedua-duanya bebas lepas tanpa ada tali pengikat leher sebab masih kecik...tp baru2 nie aku dan abah dah ikat leher Pak Itam sebab dia dah mula balik lewat malam dan merayau jauh ikut rakan2 lain yang bebas lepas...naib baik Pak Itam jenis yang jinak..ngan mudah je kami dapat ikat lehernya ngan tali..cian Pak Itam x biasa ditambat...
Abah aku cakap lepas raya ni...Kacak plak perlu ditambat kerana dia dah jadi mcm Pak Itam..mula liar dan lewat balik kandang..
Kadang2 asyik sgt layan...semua kesayangan aku nie..mcm2 aksi dibuat..membuatkan aku semakin sayang kat semua mereka. Abah aku lagi ler...dulu masa aku mula2 beli lembu2 ni..cam nak bergaduh ngan aku...xsuka..xtegur aku hampir 3hari..sekarang ni dia plak lebih2..dia akan marah bila aku saja cakap nak jual lembu2 tu...abah aku dah tua...xde keje ..so lembu2 ni jadi teman dia bile petang2..boleh gak dia kuar peluh dan aktiviti hari2..abah aku merupakan rakan kongsi aku yang hebat..terima kasih abah kerana memahami aku...

BERITA BAIK....SEMUANYA BENAR..TIADA YANG TIDAK BENAR MELAINKAN BETUL DAN BENAR BELAKA



Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat berpuasa untuk semua sahabat-sahabat saya sekelian....takde apa2 yang luar biasa yang ingin saya kongsi bersama sahabat2 sekelian...semuanya berita ni semua sahabat2 dah tau...tapi sebagai seorg sahabat saya cuba melaksanakan tanjungjawab untuk mengingatkan mana yang dah terlupa, dan terlepas pandang..moga2 di waktu saya lalai dan leka kelak..ada sahabat yang akan menegur mana yang tidak lurus dan terpesong dari landasan dan fokus sebagai seorg muslim....
bacalah....ni tawaran hebat...jangan lepaskan peluang...

Jumaat, Ogos 21

RENUNGAN UTK SEMUA SAHABAT2

Assalamu'alaikum. ..

Nampak macam lucu..tapi itulah realiti,
Nampak macam lucu..tapi itulah yang terjadi,
Nampak macam lucu..setan dipersalah tanpa melihat diri sendiri,

Justeru itu, sama2lah kita menginsafi diri..sama2lah kita perbaiki diri..dan sama2lah kita ingat-mengingati. .


Bapak setan ....Yang Besar Kepala dgn ini mengisyhtiharkan bahawa PUBLIC HOLIDAYS untuk semua ...
untuk Sebulan ( No Overtime!! and No Replacement! !! ). Maka Dgn ini ingin diberikan sedikit Pesanan kepada MANUSIA :


- Kalau tgh beratur panjang di Kedai Mamak di waktu puncak –Bukan yang setan yang suruh!!

-Kalau ada Runner yg tolong beli Bekalan - Dia tak de kena mengena dgn setan !!!
- Kalau tak reti2 nak buat amal ibadat – Bukan setan yang dok bagi korang MALAS tau!!
- Kalau dok pakai terdedah sana-sini – Bukan setan yang suruh dan bukan setan yang suruh tengok..!!
- Kalau dok pi berkepit sana-sini dgn awek/balak siang malam - Bukan setan yang bagi line!!
- Kalau suka Boros sangat shopping Raya - Bukan setan yang suruh!!
- Kalau tak habis2 mengata orang - Bukan setan yang bagi idea!!
- Kalau tak habis2 suka berdengki kat orang - Memang bukan setan yang dok cucuk!!


Maka MANUSIA , ambillah peluang ini untuk UPGRADE kan Diri anda, KENALI lah Diri Anda, BERBUAT BAIK lah dan SUCI kanlah Diri Anda.
Kumpulkanlah Pahala sebanyak mungkin..... .....Renungkanla h..Adakah masa ini yang paling sesuai untuk BERUBAH atau Anda masih Menunggu!!!! ...Tunggu Sapa lagi....

Jangan lupa Bayar Zakat Fitrah tau!!!..... Ada juga yg suka merungut Zakat mahal .....Ini pun takdak kena mengena dgn setan tau!!..

Tolonglah Manusia ooiii....... Kalau Semua dah Beriman dan ikut Jalan yang Benar...kami punya kerja pun kurangla sikit....Kamipun dah letih Overtime....

Akhir kata - SELAMAT BERPUASA Dan BERIBADAT ............ ......... .... We Will be Back to Office after Ramadhan ....he..he

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

TIP MEMILIH PASANGAN


Assalammualaikum. ..

Kali ini saya nak kongsi dengan anda tentang tips2 memilih pasangan.. tips nie sesuai untuk mereka yang masih hendak mengikat tali pertunangan tetapi masih ragu2.
(ni juga khas utk Si Dia...jika serius dia suka pada saya)

Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab
pertanyaan-pertanya an yang berikut dengan "Ya" atau "Tidak". Sediakan pen & kertas, tulis no 1 hingga 20. Kalau jawap "Ya" tanda right.. kalau "Tidak" tanda pangkah.. soalan-soalannya. ..

(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?

(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?

(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?

(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?

(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?

(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?

(7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?

(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?

(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?

(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?

(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?

(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?

(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?

(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?

(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?

(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?

(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?

(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?

(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?

(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?

Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan "Ya" sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanya an di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab "ya" kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan "Ya" itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian.

Sekian sahaja untuk tips kali ini.

Khamis, Ogos 20

JUST FOR FUN


Part 1
Some one asked to Amier;
If you call your mother as MUM...
What will you call Mother younger
sister and elder sister ?
Amier Relied.simple. .. MiniMum and MaxiMum...

Part 2
Amier Bought a new mobile.. He called every
one from his phone book and said
" My Mobile No " has changed..
Guess how would he tell to his friend ? hahahah
Earlier it was Nokia 3310 now it is Nokia 6610..

Part 3
Kamal; I am a proud Amier,My son is in medical college..
Umar; Really, what is he studying..?
Kamal; No he is not studying,they are studying him...


renungan bersama:
Jangan menampal dunia
dengan mengoyakkan akhirat.
Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...

Speak Good, or Remain Silent.Carta Top 10



JASA ANDA DI DUNIA ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT
1. Meninggalkan sembahyang - Ular Saqar sedang menunggu
2. Melewat-lewatkan sembahyang - Neraka WAIL sedang menganga
3. Meringan-ringankan syariat - Mendapat pandangan murka Al-Jabbar
4. Mengumpat peribadi orang - Gunting neraka sedang diasah
5. Menyebarkan gossip atau fitnah - Duri- duri menanti anda di taman neraka
6. Tidak menjaga pergaulan - Libasan api neraka dijanjikan
7. Tidak berakhlak dengan manusia - Kemurkaan Allah bersama mu...
8. Menyakiti hati orang dengan lisan - Masuklah mana-mana pintu neraka
9.Meringankan amanah - Angkatlah seberkas kayu dari neraka
10.Bersangka buruk - Amalan baik diambil orang

Dari Abdullah bin 'Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda: "

Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat ".

Semoga Allah Ta'ala membalas 'amal Ibadah kita.
Jazakallahhukhairo.

PUKUL BERAPA BUKA?



PUKUL BERAPA BUKA?

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.

Pemanggil: "Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.

Pustakawan: "Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.

Pemanggil: "Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.

Pustakawan: "TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.

Pustakawan: "Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?".

Pemanggil: "Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"

JIKA KAU MELIHAT SESUATU....

Ketika kamu melihat seseorang... ..Ingatlah itu sebagai pertemuan suci....
Ketika kamu melihat orang itu...Kamu melihat dirimu sendiri... Ketika kamu menganggapinya. .Kamu menganggaplah dirimu sendiri..... .
Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say: "Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria , ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... . "

Jadi renungkanlah....
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .
7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'
8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia...
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan .. kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti... tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..
~ Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Kalau Allah Tu Baik Kenapa Bina Neraka?


Sekadar renungan utk sahabat2ku sekelian....di ambang ramadhan ni..apa yang baik tu kita jadikan pengajaran dan xbaik tu jdkan sempadan...saling ingat-mengingati itu tanda kita ini sayang dan kasih pada sahabat2 kita seislam..

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam
Ceritanya begini, di sebuah negeri Pasir Berdengung(bukan nama sebenar), kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk mema stikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berh ema h, kerana hukuman dan denda s ema ta-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ni diharap saudari insaf dan dapat
mema tuhi peraturan. Peraturan ni bukan sema ta-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan ."perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol
di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. "