Khamis, Januari 28

MURID-MURID AKU PUNYA IMPIAN...




Bila aku masuk kelas, gantikan guru-guru yg bercuti atau gi kursus..aku akan habiskan masa ngan bercerita ngan murid-murid tentang impian mereka, adalah satu ari tu aku suruh diaorg buat satu karangan pendek tentang satu perkara.....Jika aku seorang jutaan..apa yang akan....so bebudak tu citelah mcm2..kadang tergelak beso baca impian mereka...ada yg mcm kelako, mcm mustahil nak dibuat....tp kita xdpt meramalkan apa yg akan berlaku mungkin 15thn akan datang...mana tau ada di kalangan bebudak ni yang bebetul jadi jutaaan....xde benda mustahil dalam dunia ni ..kalu ada usaha dan kesungguhan...insya Allah semuanya boleh dicapai dalam hidup ni.....

Korang baca le...impian bebudak2 kecil yang berimpian beso-sebeso2nya....berimpian le setinggi langit...dan berusaha sehabis baik demi mencapai impian..cikgu sentiasa berdoa moga semua impian murnimu menjadi kenyataan.....

Murid Nombor 1
Jika aku seorang jutawan dan hartawan aku akan membuat sebuah kilang Pizza Hut untuk diagih-agihkan ke seluruh negara. Kalau aku seorang jutawan aku akan menderma kepada anak-anak yatim. Aku juga akan membuat satu roket untuk ke bulan untuk menyacak bendera Malaysia di bulan untuk mengharumkan nama negara Malaysia. Aku juga akan membuat beberapa bisnes untuk menambahkan lagi kekayaan aku lagi. Kita jangan berangan untuk menjadi kaya seperti aku kita hendak berusaha dengan gigih

Murid Nombor 2
Jika aku jutawan dan hartawan aku juga boleh membeli kereta yang murah sahaja kerana aku tidak mahu muflis atau pun bapa kedana, sebat itulah aku berjimat cermat walaupun aku jutawan dan tidak semesti aku boleh membelanjakan semua duit yang ada

Murid Nombor 3
Kita haruslah menderma kepada tabung gempa bumi di Indonesia. Mereka dalam kesusahan kerana tidak tahu hendak tinggal di mana dan mereka dalam kelaparan. Sekian terima kasih.

Murid Nombor 4
Jika aku seorang jutawan dan hartawan aku akan membina seribu kilang bebola ikan, bebola ayam dan bebola sotong. Aku akan membina kilang pembekal daging burger.Aku juga akan menderma darah kepada orang-orang yang memerlukan darah.

Murid Nombor 5
Jika aku seorang jutawan dan hartawan aku akan menjadi lebih seronok kerana dapat menangkap gambar orang seperi menghisap dadah, merempit dan merompak banyak lagi kegiatan yang aku tidak tahu.Aku juga boleh menolong polis menangkap gambar penjenayah yang polis sedang cari. Pihak polis suruh aku menangkap gambar untuk dipenjarakan selama-lamanya.

Murid Nombor 6
Jika aku seorang jutawan dan hartawan aku akan berasa bangga kerana aku menjadi orang paling kaya raya di kampung.Aku ingin membantu warga emas memberi mereka pakaian, wang dan makanan. Masa itu aku sangat kaya jadi suka hati akulah untuk belanja siapa-siapa.

Murid Nombor 7
Jika aku seorang jutawan dan hartawan aku akan meminang puteri yang kaya dan cantik di dunia. Aku hadiahkan berguni-guni emas, permata dan alat solek. Alat solek penting untuk mencantikkan isteri aku. Aku akan belikan bulu mata palsu yang banyak sebanyak satu almari dan bedak satu bilik. Aku tidak mahu dia menjadi puteri terhodoh seperti dalam cerita dongeng.

Murid Nombor 8
Jika aku seorang jutawan aku akan belikan telefon bimbit untuk semua orang kampungku. Aku akan bina sebuah restoran paling mahal di dunia untuk belanja orang kampung ku.

Murid Nombor 9
Jika aku seorang jutawan dan hartawan aku akan membina sebuah stadium yang besar dengan harga yang murah. Aku akan bermain bola di stadium itu siang dan malam tanpa gangguan.

Murid Nombor 10
Jika aku seorang jutawan dan hartawan aku akan mengambil sepuluh orang gaji untuk menjaga ahli keluargaku. Seorang ditugaskan di dapur, di ruang tama dan lain-lain lagi.Tetapi aku insaf akan harta aku dan aku tidak akan menunjuk-nunjuk akan harta aku yang banyak.Pada selang tahun, aku akan menghantar ibuku ke tanah suci Mekah untuk menunaikan haji. Aku buat semua ini tanda aku sayangkan mereka. Setiap bulan Ramadhan aku akan sedekahkan sejumlah wang untuk mereka yang memerlukan. Itu tandanya aku bersyukur dengan nikmat yang diberi. Harta itu bukan aku punya tetapi hak orang lain juga. Aku akan berjanji di sini untuk membina masjid . Aku tidak akan mengkhianati agama aku. Aku akan membantu semua orang Islam. Aku akan membuka klinik percuma untuk semua orang miskin.Aku akan berikan perubatan percuma semua untuk mak cik-mak cik walaupun ada antara mereka yang suka mengata aku. Lagipun , aku melakukan semua ini untuk agama aku dan bukan untuk bermegah-megah.

Sebagai seorang guru, aku tertawa dan geli hati pabila membaca karya-karya mereka yang kreatif atau kadangkala tersasar jauh rasa kreatifnya. Ada yang sekadar mahu membina kilang bebola ikan atau membina sebuah stadium. Kadang-kadang juga, aku berasa sebak dan terharu dengan kematangan anak murid aku yang sungguh murni dan tulus mahu menjadi jutawan yang ingat akan usul agamanya. Mudah-mudahan pabila besar nanti bakal menjadi jutawan dan hartawan seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang terkenal dengan sifat dermawan dan murah hatinya itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan