Rabu, September 9

Psikologi : Mendidik Anak!?

“Mak, nak ayam goreng tu” pinta anak kepada ibunya.

“Kepala hotak kau, ko ingat aku cop duit ker!?” herdik ibu kepada anak tersebut.

Situasi di atas berlaku di salah sebuah pusat beli belah di Masai. Ketika ini aku sedang melayan wifi di satu sudut. Kebetulan ada restoran makanan segera berhadapan dengan medan selera tempat aku duduk. Melihat perkara tersebut berlaku depan alangkah aku terasa jengkel.

Mungkin perkara seperti tidak berlaku kepada semua orang tetapi ianya memberi kesan yang amat dalam kepada si anak tersebut. Dimana letaknya psikologi sebagai ibu bapa kepada anak-anak seperti ini!? Tidakkah mereka terfikir masa depan anak-anak mereka!? Atau yang peling jelas tiada perasaankah mereka!?

Gejala seperti ini adalah antara kesan psikologi yang anak-anak bakal terima sehingga dewasa. Ia akan menjadi titik-titik hitam yang bersarang dalam hati mereka menjadikan anak-anak ini membesar dalam keadaan yang diluar jangkaan. Untuk kesan jangka panjang jika ia berlaku berulang kali maka mereka membesar sebagai seorang yang tidak sihat minda dan hatinya.

“Sabar sayang, nanti mak ada duit banyak kita pergi eh!?”

Alangkah eloknya jika ibu kepada anak tersebut berkata demikian atau tutur bicara yang lebih sopan yang lain. Ini adalah penting untuk psikologi anak-anak untuk jangkamasa panjang.

Manusia di zaman sekarang, semakin lama semakin berada dalam keadaan tertekan sehinggakan perkara seperti ini semakin di pandang remeh. Oleh kerana itu, tercipta manusia yang tiada kualiti di masa akan datang! Manusia yang penuh dengan sifat dendam, yang penuh dengan hasad dengki, yang penuh dengan sikap tamak dan sebagainya.

Lu fikirlah sendiri (bak kata juara raja lawak 2, Nabil). Ingatlah dalam proses pembesaran seseorang manusia tiada proses ulangan. Usia manusia semakin meningkat setiap hari dan sepatutnya mereka patut belajar perkara yang lebih berfaedah dan dijana dengan baik psikologinya.

Jadilah manusia yang berotak dan punyai akal, bukan hanya punyai otak tapi tidak menggunakannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan