Selasa, September 29

BERMULA DARI SUSAH BARU LE RASA NIKMATNYA KESENANGAN...




mesti susah dulu
Menurut pakar2
mutiara yg mahal itu kononnya berasal dari sebutir pasir yg memasuki tiram yg terbuka. pasir yang masuk ini menimbulkan kesakitan yang luar biasa - untuk mengurangkan rasa sakit ,tiram membaluti pasir tersebut dengan air liurnya secara berterusan selama beberapa tahun.lama kelamaan - pasir yg bersalut air liur akan bertukar menjadi mutiara.CANTIK DAN MAHAL.

kejayaan mesti dimulai dengan kesakitan sebagaimana kata Billi Lim dalam bukunya DARE TO WIN tidak ada kegagalan , melainkan kejayaan yang ditunda. menurut Socrates- kehidupan yang tidak teruji adalah kehidupan yang tidak layak untuk dinikmati.

KISAH PERAK
perak perlu dibersih sebanyak tujuh kali sebelum sempurna. dipanaskan berulang2 kali untuk mengeluarkan kekotoran daripada asalnya.

PENGAJARANNYA
kesulitan dan kepayahan sering kita tafsirkan berdasarkan cerita kita sendiri.
kita kena renungkan yang matahari sentiasa tetap bersinar , seandainya seketika hari mendung bukan bererti matahari berhenti bersinar. mungkin itu adalah kesempatan untuk menikmati keteduhan.lambat laun mendung tetap akan berlalu dan matahari terus bersinar.

DAN BEGITULAH KITA.
semuga hari ini kita mulakan hari baru.kita berhak menentukan dimana bermula..
semula hidup kita dan dimana mahu kita sudahkan kerana kita yang menarik hidup ini bagaimana perjalanannya seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan