Isnin, September 7

Impian Oh Impian....boleh tercapai ke?

Renungan....

SETIAP orang mesti mempunyai impian. Mungkinkah impian itu tercapai di dunia ini? Atau Allah akan hadiahkannya bila di syurga nanti.. Apakah ada lagi yang lebih hebat daripada itu semua?

Percayalah sebenarnya dunia adalah tempat segala kekurangan. Jika anda kaya tidak semestinya anda bahagia. Yang ramai anak belum tentu lebih bahagia daripada yang tiada anak.

Beristeri cantik bukan jaminan hati boleh senang mungkin lebih membuat anda resah dan gelisah. Sesungguhnya dunia tidak sempurna dan Siapakah agaknya di dunia ini yang terlepas daripada musibah dan ujian?

Semua insan mesti merasai sakit, susah, putus asa, kecewaan dan kegagalan dalam kehidupan.

Di manakah kita boleh terlepas daripada ketidaksempurnaan ini?

Tempat itu ialah di syurga Allah, destinasi yang pelik tetapi benar!

Yang tak pernah ada seorang pun melihatnya kerana terlalu cantik.

Tiada telinga yang pernah mendengarnya kerana banyak rahsia kehebatannya.

Tiada pernah hati berasa kerana tempat ini terlalu ajaib.

Tidak dapat dibandingkan dengan dunia yang murah dan tidak bernilai.

Jom kita fikir2kan.... dan cuba jawab persoalan2 tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan