Selasa, September 29

KALAU SANGGUP...SILAKAN BAYAR

Manusia , daripada semua mahluk , dari segi fizikalnya paling tidak lengkap dalam dunia ini.Manusia tidak boleh terbang seperti burung , tetapi boleh dibunuh oleh serangga yang sangat kecil , tidak boleh berlari lebih laju daripada seekor harimau bintang. , tidak boleh berenang seperti seekor buaya , tidak boleh memanjat pokok seperti seekor monyet , tidak mempunyai mata seperti helang , dan tidak pulaklah dia mempunyai kuku dan gigi seekor kucing liar.

Dari segi fizikal , manusia tidak berdaya dan tidak berupaya mempertahankan diri.
Tetapi alam ini bertimbang rasa dan murah hati. Hadiah terbesar alam ini kepada manusia adalah kemampuan berfikir.Manusia boleh membentuk persekitaran sendiri ,
sedangkan haiwan menyesuaikan diri kepada persekitaran mereka.Yang menyedihkan pula , sangat sedikit individu menggunakan hadiah yg terbesar itu –kemampuan untuk berfikir – ketahab sepenuhnya.

Dari Segi Moral
Kegagalan hadir dalam dua cara --- mereka yang melakukan tanpa memikirkannya dan
mereka yang memikirkannya dan tidak pernah melakukannya.Menjalani kehidupan tanpa menggunakan kemampuan berfikir ibarat menembak tanpa membidik..
Kehidupan ini ibarat kaferia. Kita ambil dulang , pilih makanan kita dan bayar dihujungnya.Kita boleh mendapat apa – apa sahaja yang kita mahu asalkan kita sanggup membayar. Di dalam kafetaria , sekiranya kita menunggu seseorang hidangkan kita ,
kita akan menunggu buat selamanya. Dan itu lah hidup kita.Kita membuat pilihan dan membayar harganya. BERAPA HARGANYA - ITU KE KESANGGUPAN KITA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan