Selasa, September 29

KENALI PERSONALITI MANA YANG PALING SESUAI MENJADI PAKAIAN KITA DALAM PERGAULAN....

Wajah yang cantik - mudah membuatkan orang tertarik dan ingin berkenalan - ini dikaitkan dengan pengaruh. Tapi adakah ini satu penyudah dalam penyempurnaan satu hubungan sosial.kita mungkin biasa mendengar, KETAMPANAN FIZIKAL dan KETAMPANAN SOSIAL.

Mulut seseorang adalah aspek sosial yang amat penting pengaruhnya dari sudut aspek keupayaan menampat hati orang lain.kita biasa mendengar kerana mulut badan binasa.
satu kajian menyatakan begini, sesetengah orang memiliki wajah yg cantik tetapi gagal mendapat kekasih selayaknya disebabkan tidak suka dengan mulutnya. Sesetengah orang yang memiliki wajah sederhana - ramai kenalan..ini dikaitkan dengan kejelitaan sosial. Pakar2 psikologi menyatakan orang yang pandai berbahasa dipandang lebih tampan dari wajah mereka yg sebenar.

BAGI SESETENGAH ORANG - MUNGKIN DI LUAR KESEDARAN MEREKA SEDANG MENGGUNAKAN JENIS2 GAYA BAHASA YANG MEMBAHAYAKAN PERHUBUNGAN.

Gaya bahasa tuduhan, dihujung gaya bahasa ini akan mencetuskan rasa sakit hati ,
marah , perselisihan , pertengkaran. Kita kerap bercakap bahasa tuduhan apabila timbul masalah itulah...kenapa awak macam tu, ini semua sikap awak, awak sepatutnya tahu, saya dah kata awak.....awak.awak dan awak.gaya penuduhan mengandungi unsur
PENGHAKIMAN , HUKUMAN , KEPUTUSAN DAN TUDUHAN.

Bahayanya : orang yang mendengar akan menjadi defensif.

MORAL UNTUK KITA
Elakkan menggunakan ayat2 yang mengandungi tuduhan. Tuduhan tidak menyelesaikan masalah tuduhan akan dijawab dengan tuduhan balas. Kajian menyatakan wanita lebih kerap menggunakan ayat2 jenis ini jika dibanding dengan lelaki

Tiada ulasan:

Catat Ulasan