Selasa, September 29

MARUAH DAN HARGA DIRI....

maruah diri seorang ialah suatu yg sangat dipelihara oleh Islam. Kemulian maruah manusia yang dipelihara dengan baik oleh syariah , terjelma menerusi pelbagai peruntukkan syarak yang disandarkan dengan nas2 yg berautoriti. Ancaman utama kepada maruah seseorang ialah sesuatu yang menghina dan menjatuhkannya.

Cara untuk menjatuhkan maruah seseorang adalah dengan cara - mengintip , mengintai , meneropong , menyelidik , mengekori ,menyiasat kehidupan peribadi seseorang. MENCARI2APAKAH ARANG HITAM YANG BOLEH DICONTENG KE WAJAH EMPUNYA DIRI. bahan ini akan dijaja.

Maruah orang yg disasarkan akan di robek - robekkan , imejnya dicarik , ceritanya didedahkan dan aibnya diperkatakan. Dilumur nista , direjam dengan kata2 dan ditokok tambah adunannya. semua ini ditentang secara tegas oleh Islam Ibn Umar meriwayat dalam satu Hadis : Rasullah s.a.w. pernah berkata' wahai kelompok manusia yang telah memasuki Islam dengan lidahnya sahaja tidak dengan hatinya, maka jangan menyakitkan hati orang Islam yang lain.Dan jangan menaibkan ( menhina ) mereka dan jangan mengintip aurat mereka.Maka sesungguhnya , sesiapa yang mengintip aurat saudara Muslimnya , maka Allah akan membuka auratnya dan sesiapa yang dibuka auratnya oleh Allah maka Allah akan mendedahkan auratnya walaupun dia berada di kediamannya

APA YANG KITA INGINKAN DALAM HIDUP INI...
kita akan berpesta lagi.pesta membuka ' aurat ' masing2.ada sekelompok kita - memang menzahirkan secara praktikal kerjanya ada mencari dan menjatuhkan aib orang lain -dalam apa bentuk sekalipun dihujung....orang ini mesti diaibkan. dihujungnya apa yang kita akan dapat.

KEPUASAN DIRI DAN KELOMPOK
dihujungnya kita meranapkan satu lagi sistem. pastinya : kita masih dikiblat yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan