Isnin, September 7

Psikologi : Jujur. Setia. Percaya.

Jujur, setia dan percaya. Ketiga-tiga perkara tersebut adalah asas dalam sesuatu perhubungan. Tidak kira lah hubungan apa yang sedang terjalin malah dijadikan panduan kerana diri manusia yang sentiasa diganggu dengan kekeliruan dan ancaman pihak ketiga (syaitan). Jika anda gagal untuk memiliki salah satu darinya maka anda gagal malah ketiga-tiga perkara tersebut saling berkaitan.
Jujur, setia dan percayakah kita!? Persoalan yang sering bermain dalam diri kita tatkala berada di dalam situasi di mana kita ingin tahu apa yang berlaku kepada orang yang kita maksudkan. Selagi ia tak terjawab maka selagi itu ia akan menjadi persoalan kepada diri kita.
Apa yang perlu kita lakukan untuk membuatkan orang lain punyai sifat ketiga-tiga perkara tersebut!? Ya, jujurlah pada diri sendiri dahulu. Dengan adanya sifat jujur pada diri akan timbul sifat setia dan akhirnya meningkatkan kepercayaan pada diri sendiri. Dan akhirnya membuatkan orang lain punyai rasa yang sama terhadap kita. Tentu anda pernah dipuji dengan sikap anda kan!?
Kesimpulannya jika kita jujur pada diri kira sendiri maka orang lain akan bersikap sedemikian terhadap kita. Mereka juga suka berkawan dengan kita dan seringkali ingin mendekati kita. Akhirnya kita diberi kepercayaan yang tinggi dari mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan