Ahad, September 13

Kongsi Suka Duka Dalam Percintaan



Sejak kebelakangan ini, ternyata alam percintaan menjadi mainan hidup yang bisa menjadikan seseorang sesat dalam dunia ciptaannya sendiri. Setiap manusia telah ditentukan pasangannya cuma kita tidak ketahui siapa. Adakah pasangan hidup kita seorang atau lebih dari seorang…
Ingin aku berkongsi pengalaman dan segala bentuk nasihat serta teladan kepada kalian yang ingin bercinta dan kepada yang akan terjebak ke alam yang penuh dengan misteri dan teka teki. Ingat apa yang ingin dikongsi bukan menjadi penghalang atau memburukkan senario yang dianggap sensitif bagi sesetengah dari kalian. Tapi ianya berbentuk petunjuk dan panduan supaya kau tidak sesat dalam menentukan masa depan yang cerah. Ini bukannya aku pakar sangat dalam hal ini…
Perkongsian idea dan pandangan akan membentuk langkah2 pencegahan kepada rakan-rakan yang ingin ban rawatan yang mungkin lebih baik dan opsitif dalam membantu sahabat2 kita yang memerlukan tunjuk ajar dan rawatan selepas gagal dlm percintaan. Nampak mudah tp bahana gagal dalam percintaan kalu tidak ditangani ngan bijaksana boleh menghancurkan masa depan yang berpanjangan..
Percintaan mungkin bagi kau nampak mudah tetapi jika tidak beringat atau ditangani dengan betul atau pun kau sudah terlajak maka ianya nampak begitu sukar kerana ia melibatkan kekuatan mengawal emosi dan minda kau sendiri. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan… insya allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan