Isnin, September 21

AKIBAT MULUT



Dari cerita yang ' macam ' tidak ada hujung
dari keganasan mulut ke pertengkaran
ini kesimpulan dihujungnya.

peringatan untuk diri sendiri dan kawan2.
kerana ini adalah ilmu maka terima sebagai satu
lagi penambahbaikan dalam hidup kita.

zahirnya kita mengamalkan 3 stail dalam komunikasi

ASERTIF
( menang - menang )

AGRESIF
( menyalahkan orang lain.tidak menhiraukan pandangan orang lain.melambangkan komleks tinggi diri )

PASIF
( tidak jujur dengan diri sendiri - tidak menjadi diri sendiri.hidup dibawah arahan orang lain.sukar untuk menyatakan tidak - dan akan berakhir dengan tekanan emosi , kekecewaan.. )

dan ketiganya ada impaknya tersendiri , karektornya tersendiri.
menurutkan kajian pakar menyatakan stail yang paling berkesan adalah

ASERTIF
menurut AJ Lange & P Jakubowki sifat ini adalah mempertahan hak sendiri dan menyatakan fikiran , perasaan dan kepercayaan secara terus terang , jujur dan dan wajar tetapi tidak pula membelakangkan hak orang lain

empat ciri utama
mempertahankan hak
menyatakan perasaan secara jelas dan jujur
menghormati hak dan perasaan orang lain.

Moral cerita
Bagaimana untuk menjadi ASERTIF dari AGRESIF
ini adalah komitmen diri yang tidak mudah. dalam kontek hubungan sosial hari ini kita berhadapan dengan terlalu ramai yang yang berada dalam kelompok AGRESIF

dari Dale Carnigei ada bahasa badan tertentu orang2 agresif AKU SAHAJA YANG BETUL
ini satu budaya yang tidak sihat dan tidak molek dalam kontek kehidupan bersosial.
jadi bagaimana kita - bila kita sejak kecil lagi dah diajar oleh sistem mak & ayah untuk menjadi kan diri kita sebahagiannya PASIF.

budak2 diam - pegi main jauh2....
dan hari ini kita ada hak dan ruang untuk belajar betapa banyak ' ilmu '
yang boleh kita kutip dari cerita dari persekitaran. KITA LIHAT SEKELILING KITA.
sentiasa tanamkan dalam hati ingin mengubah diri ke arah yang lebih baik...moga kita menjadi seorang yang bukan saja memberi faedah pada diri sendiri tetapi boleh membawa kebaikan kepada org persekitaran kita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan