Selasa, September 29

APA YANG MEMBEZAKAN ANTARA PERCAYA DAN KEPERCAYAAN...?

kuasa percaya
Pernah diadakan satu perlumbaan yang begitu menakjubkan iaitu pertandingan menyeberang air terjun Niagara di Amerika. Peserta perlu menyeberangi air terjun dengan berjalan di atas seutas tali dan menggunakan sebatang tiang sebagai pengimbang

Sejak pertandingan bermula ramai perserta mencuba.dan gagal. Berbekal pengalaman, seorang lelaki berjaya menyemberangi air terjun dengan penuh keyakinan. Lelaki itu berjaya menarik perhatian ramai dengan keberaniannya. Tidak lama selepas itu - lelaki itu dicabar semula sebagai membukti kejayaannya tadi bukan kerana nasib semata-mata.

SEBELUM ITU LELAKI ITU MENGEMUKAKAN BEBERAPA SOALAN KEPADA PENONTON.saya akan menyemberangi air terjun sekali lagi.tetapi saya ingin bertanya adakah saudara2 semua percaya saya boleh melakukan.percaya.kata penonton, jika saudara2 percaya siapakah yang sanggup menyeberang bersama saya.

Semuanya terdiam sehingga seorang budak kecil menyatakan kesanggupan. AKHIRNYA LELAKI INI BERJAYA SEKALI LAGI MENYEMBERANGI AIR TERJUN INI BERSAMA BUDAK KECIL INI.
budak kecil itu ditanya oleh penonton selepas itu. kenapa adik mempercayai lelaki itu. KERANA DIA ADALAH BAPA SAYA

Dari Sudut Moral
terdapat perbezaan diantara percaya dan kepercayaan.penonton tadi digambarkan sebagai percaya.Budak kecil digambarkan sebagai satu bentuk kepercayaan.

PERCAYA
bermaksud penyerahan diri yang tidak lengkap terhadap apa yang kita percayai.hidup sekadar percaya tidak menuntut komitmen.

KEPERCAYAAN
penyerahan diri yang disertakan dengan komitmen dan penyerahan secara menyeluruh dan pasrah berasaskan kepada akal fikir.

DALAM KONTEKS KITA
kita percaya dalam banyak hal.Ramadan mesti puasa.Masuk waktu mesti sembahyang perempuan ( ada diantaranya ) keluar pekan pakai tudung.percaya ini negara islam
percaya ini negara orang melayu

HAKIKATNYA
bezanya diantara orang yg ada ' percaya ' dan ' kerpercayaan '
sebab itulah. Puasa tetap puasa - kedai nombor ekor penuh dengan orang yg puasa.
sembahyang diperkotak katikkan, tudung dipakai dimasa dan waktu yang dipilih.

kita fikirkan.
kerana itu sebahagian selingkar ilmu yang kadang2 kita abaikan.bezanya kita dan mungkin persekitaran kita bila membedakan di antara duanya. terutamanya hal2 yang dikaitkan dengan asas kehidupan.agama.

kerana kita dizahirkan atas dasar percaya. kepada diri sendiri.kepada agama dan seterusnya negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan