Rabu, September 9

KENAPA AKU MENULIS? KENAPA MESTI DI DALAM BLOG?

Penulis ialah makhluk yang hidup dan mempunyai rupa fizikal dan cukup sifatnya. Ia dicipta begitu sempurna yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang baik. Punyai otak untuk berfikiran rasional dan akal serta bisa menyimpan pelbagai maklumat. Punyai hati yang membolehkan perasaan yang pelbagai timbul seperti kasih dan sayang, benci, marah, suka, sedih dan macam-macam lagi. Dan anggota seperti tangan untuk menulis dan mencurahkan pelbagai idea yang terhasil dari otak dan seiring pula dengan perasaan yang terhasil dari hati.

Blog bukan makhluk hidup. Ianya dicipta oleh makhluk seperti penulis. Dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan yang dikenali sebagai bahasa web (web languanges) dan dilengkapi dengan stor data (database). Blog tidak akan hidup sendiri kerana ia tidak diberi nyawa, tidak dikurniakan hati dan tiada anggota badan.

Benar, blog tidak akan hidup jika tidak diberi jiwa oleh pemiliknya iaitu penulis blog! Gabungan antara akal, hati dan jiwa yang dimiliki penulis bisa membuatkan blog hidup. Penulis dan blog menjadi satu! Satu jiwa. Satu akal. Satu hati. Satu personaliti.

Penulis yang sebeginilah yang benar-benar menjadikan blog salah satu rutin dan budaya hidup. Penulisan mereka lebih kepada perihal peribadi atau apa yang mereka minati. Dan yang paling penting mereka tahu apa yang nak diluahkan serta apa yang mereka ingin kongsi. Tulisan mereka punyai jiwa dan hidup! Penulis sebeginilah yang mendapat tempat dihati pelawat blog mereka dan mereka mendapat tempat dihati peminat.

Penulis dan blog satu jiwa! Aku tak tau pasal penulis blog yang lain..apa yang aku tahu..aku menulis untuk diri sendiri...maksudnya untuk kepuasan diri..meluahkan pendapat tentang sesuatu perkara..tanpa ada unsur-unsur paksaan dalam diri,bagi aku blog satu kehidupan. aku menggarap kisah kehidupan diri atau insan2 yang aku kenal di dalam blog. Sekadar mencanai bakat yang ada... seikhlas yang mungkin.aku sering meluahkan apa yang aku rasa di dalam blog. Sedih, marah, kecewa, putus cinta, geram. Tak kurang juga yang berkongsi pengalaman dan pendapat, idea dan ilmu. aku tak peduli apa yang orang lain anggap tentang budaya hidup aku. Janji aku tahu apa yang aku lakukan dan punyai alasan tersendiri.

Dan aku mungkin belum sampai ke tahap seperti itu. Aku rasa amat tenang sekali jika aku dapat meluahkan sesuatu yang terbuku di hati. Jika aku tidak dapat menulis aku gelisah. Seperti tidak sempurna hidup aku. Kerana disinilah ia bermula. Disini aku meluahkan kisah gembira, sedih, marah dan kecewa. Disini juga aku berkongsi pengalaman, ilmu dan pendapat. Disini juga aku punyai rakan-rakan yang sehati dan sejiwa. Penulisan ini juga merupakan salah satu cara terapi minda untuk meminimumkan tahap stress dalam diri...kalu xcaya cuba ler

Tiada ulasan:

Catat Ulasan