Khamis, September 10

Musyawarah, Sejauh Mana Kita Menghayatinya!?

Salam persahabatan kepada semua rakan-rakan dan pembaca, semoga pada hari ini dan hari-hari berikutnya bakal menambahkan lagi kesedaran dan keimanan pada diri kita. Marilah kita bersama-sama merenung seketika dimana letaknya diri kita sebagai umat islam yang beriman supaya kita lebih dekat dengan diri-NYA malah lebih dirahmati.

Amacam, ada macam ustaz tak? Hehehe. Ok, aku nak selingkan sedikit mengenai kesesuaian pengganti kata nama diri untuk aku. Aku pernah cuba untuk menggunakan ’saya’ tetapi terasa janggal dan tidak selesa. Yalah memandangkan blog ini telah dicapai oleh saudara-mara aku, aku ingat aku nak ubah tetapi gagal. Sebagai permulaan aku hanya dapat ubah ‘kau’ kepada ‘kamu’ (pun terasa janggal hahaha).

Tanpa buang masa kita terus kepada sesi tazkirah pada hari ini iaitu musyawarah. Dalam pandangan islam, ianya terletak di tempat paling penting sehingga wujudnya surah Al-Syura.

Namun ada beberapa garis panduan yang telah disyaratkan dalam al-quran untuk menjayakan sesi musyawarah tersebut. Antaranya ialah,

Sopan Dan Tegas
Meletakkan diri dalam sesi musyawarah mestilah pandai memainkan peranan masing-masing. Untuk menjaga hati setiap ahli yang terlibat, gunakan lah keramahan, kelembutan berbicara dan juga ketegasan dalam mengutarakan sesuatu pandangan. Dalam bahasa mudah, tidak melibatkan emosi yang tidak stabil dan kata-kata kasar.

Maaf Secara Harfiah
Menghapuskan kesalahan atau apa-apa yang melibatkan sakit hati. Ini juga penting untuk lebih selesa dan bersedia dalam sesi musyawarah tersebut. Dalam keadaan minda dan hati tenang, kepintaran untuk bermusyawarah akan lebih lancar.

Orientasi Pada kebenaran
Selepas musyawarah sudah pastilah telah dibulatkan keputusan hasil dari perbincangan. Sambutlah setiap kebenaran dalam hasil musyawarah yang telah dibuat demi ketaqwaan kepada Allah SWT.

Buang Yang Keruh
Sesudah sesi musyawarah sebelum persuraian, perlulah diletakkan keutamaan supaya setiap perbincangan dan kata-kata diberi keampunan. Ini mungkin terjadi apabila setiap fakta diberi mungin mendapat tentangan dari pihak lain, langsung munkin boleh menyebabkan kecil hati.

Tawakkal Kepada Allah
Akhir sekali selepas semuanya selesai, tawakkal kepada Allah supaya segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang dalam musyawarah. Ini juga untuk memastikan segala kebulatan tekad untuk mendapat rahmat dan diberkati.
Nampak mudah bukan? Tetapi perlu diselarikan dengan beberapa perkara sebelum sesi musyawarah diadakan.

Ini adalah penting untuk memastikan perjalan musyawarah terbabit berjalan lancar. Mereka yang terlibat dengan sesi musyawarah perlu miliki,
1. Kematangan dan pengalaman.
2. Ilmu agama yang baik dan bertaqwa.
3. Mampu untuk menuju kebenaran dan punyai nilai kasih sayang yang tinggi.
4. Emosi yang stabil. Supaya tidak mengganggu kelancaran musyawarah.
5. Berfikiran terbuka dan menerima.

Jelas, al-quran telah memerintahkan segalanya berlaku dalam keadaan baik dan dinilai sebagai salah satu prinsip hukum dan prinsip politik islam.
Sabda Rasulullah yang bermasksud,

“Tidak akan menyesal mereka yang telah melakukan musyawarah”
- Hadis
Kebaikan yang boleh berlaku jika tindakan bermusyawarah dilakukan dan mengikut kriteria-kriteria yang telah disebutkan sebelum ini,
1. Sebarang keputusan hasil dari perbincangan tersebut akan lebih baik dan diterima semua lapisan masyarakat.
2. Rasa lebih bertanggungjawab ke atas keputusan dibuat secara bersama dan mengikut majoriti.
3. Memperkukuhkan silaturrahim antara muslim.
4. Dapat hindari dari puak-puak yang mendominasikan sesuatu hal.
5. Dapat mengelak daripada kesan buruk dari hasutan, fitnah dan hasad dengki yang boleh memecahkan keharmonian.
Rasanya kesemua yang diperlukan dalam musyawarah telah digariskan dalam islam. Sama ada kita menghayati dan ikut apa yang telah ditetapkan. Kalau benar garis panduan ini diikuti dalam program atau sesi musyawarah pada masa kini, kemungkinan apa peristiwa yang berlaku tidak akan bertambah teruk dan mungkin dalam kawalan.
Hasutan, fitnah dan hasad dengki juga telah disebut dalam kebaikan bermusyawarah. Perasaan yang ada pada setiap orang seperti inilah yang memecah belahkan masyarakat pada masa ini. Kalau tidak diberi perhatian selanjutnya mungkin boleh menyebakan peristiwa yang lebih besar berlaku.

Seperti yang diterangkan dalam artikel diatas, pemimpin dan masyarakat secara keseluruhannya perlu bertanggunjawab dalam menangani segala perihal yang melibatkan masyarakat diusulkan. Pemimpin pula perlulah sentiasa memastikan segala permintaan dijalankan dengan baik jika tidak mahu masyarakat memberontak.
“Jangan kamu berselisih nanti hati kamu juga akan bermusuhan (tidak boleh bersatu dan bermesra sesama kamu)”
- Riwayat Bukhari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan