Rabu, September 9

BUAT KEPUTUSAN ANDA DAN BINALAH MASA DEPAN ANDA

Assalamualaikum, Salam Pertemuan
Hidup ini adalah ibarat sungai, kebanyakan dari kita terjun ke sungai kehidupan ini tanpa ada matlamat yang jelas dengan arah tuju kehidupan akhir kita. Jadi ada yang terperangkap dengan arus. Arus ketakutan, arus cabaran, arus kesakitan dan tanpa sedar mereka mengikut arus tersebut tanpa arah tujuan dan tidak dapat keluar dan membuat sebarang keputusan yang betul. Mengikut saja arus yang ada dan membuatkan suasana yang membentuk nilai dan diri mereka. Ingat jika anda tidak membuat keputusan anda sebenarnya telahpun membuat keputusan iaitu untuk membiarkan suasana membentuk diri anda. Hasilnya mereka rasa putus asa dan hilang kawalan terhadap diri mereka. Mereka hanya tersentak dan terjaga dari khayalan mereka bila tiba-tiba mereka menyedari mereka hanya berada 5 kaki dari tepi jurang air terjun di hadapan mereka. Dah terlambat kan, ada yang jatuh dari segi emosinya, ada yang jatuh dari segi fisikalnya dan ada juga yang jatuh dari segi kewangannya. Bukankah lebih baik jika mereka membuat keputusan lebih awal dan boleh mengelakkan arus kesukaran yang menimpa mereka dan dapat dihindari sebelum perkara itu berlaku lagi?
Anda sebagai pelajar atau apa sahaja jawatan anda sekarang ni, buatlah keputusan anda sekarang. Anda perlu mengawal takdir dan masa depan anda. Andalah yang menentukan apa yang anda rasa, apa yang anda akan lakukan, apa yang anda akan sumbangkan dan apa yang anda akan dan impikan untuk jadi 5 atau 10 tahun lagi. Bayangkan 5 tahun dahulu, keputusan andalah yang menjadikan anda pada hari ini. Bayangkan kalau 5 tahun dahulu anda membuat keputusan yang salah..kesannya anda akan rasai sekarang ini.
Anda perlu ingat bukan apa yang berlaku kepada anda sekarang atau apa yang berlaku kepada anda dahulu yang akan membentuk dan menjadikan anda mengikut apa yang anda mahu tetapi keputusan anda tentang perkara apa yang anda hendak fokuskan, dan maknanya perkara itu kepada anda serta apa yang anda buat dengan perkara itu yang akan membentuk masa depan hidup anda di kemudian hari. Kalau ada orang lain yang lebih berjaya dari anda dalam melakukan perkara yang sama tentunya mereka mempunyai cara dan kaedah yang berbeza dari anda dalam melakukannya. Jangan takut membuat keputusan. Anda boleh membuat keputusan yang baik dengan membuat lebih banyak lagi keputusan. Putuskan apa yang anda akan lakukan, lakukan, buat analisa hasilnya dan buat perubahan keputusan jika keputusan sebelumnya tidak berjaya, yang penting berusahalah mencari jalan terbaik. Ingat membuat keputusan berulang-ulang akan menjadikan anda mahir melakukannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan