Ahad, September 27

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS....CIKGU


Esok maka semua warga pendidik akan bangun lebih awal dari biasa. Terutama kepada yang ramai gerabak. Bangun awal memang banyak kelebihan. Kalau nak dilayan tidur tak pernah puas. Ada benda lain yang boleh puas ke?
Ada ramai murid2 yang dahagakan ilmu yang perlu kita penuhkan dadanya dengan ilmu dan kasih sayang agar....diri mereka membesar dengan penuh ilmu di dada dan seimbang dengan kasih sayang dan terkawal dari segi emosi dalam menyelesaikan setiap permasalahan harian...

Esok jugalah hampir semua guru perlu menyesuaikan diri dengan mood mengajar sbb dah seminggu cuti...masih lagi dalam mood raya...duit raya pada anak-anak murid dah bagi ker...hehehe..Walau apa2 pon masalahmu sahabat2ku..kita sebagai warga pendidik..kita sentiasa berhadapan dgn klien kita yang masih kecil..(murid2) kenelah kita mengawal emosi semasa..kenelah stabilkan emosi kita jgn sampai kita melakukan tindakan atau melepaskan segala masalah kita kepada murid2 kita yg tidak bersalah..sian mereka..., ini paling tension. Tapi sebagai guru dalam era moden ini, kebolehan mengawal emosi amat penting. Biar kita yang mengawal keadaan jangan keadaan mengawal kita.

SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI PENDIDIK. MULAKAN HARI PERTAMA MENGAJAR DI BULAN SYAWAL INI DENGAN CERIAAAAAAAAA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan