Selasa, September 29

Stress Dan Emosi Mengundang Pelbagai Komplikasi

Terlalu banyak yang kita perlu belajar tentang realiti sebuah kehidupan, ini adalah berkait rapat dengan asas kejadian manusia itu sendiri. Namun percaya atau tidak, kita tidak mampu harungi seluruh kehidupan ini seorang diri. Perlu ada peneman. Perlu ada petunjuk. Perlu ada penasihat.

Tetapi sejauh mana mereka benar ke atas kita? Ada sesetengah dari kamu mungkin fikir ia tidak penting tetapi bagi orang yang jenis aku ia penting untuk meneruskan hidup dalam suasana yang baik. Islam sendiri telah mengajar kita akan perihal berbuat baik sesama manusia, apa kamu fikir ianya tidak bersebab?

Itulah fitrah kejadian manusia. Dijadikan cukup sifat emosinya. Sedih. Suka. Gembira. Marah. Namun ia bergantung bagaimana ia dididik dan bergantung juga kepada faktor sekeliling seperti keluarga, rakan dan sahabat, saudara terdekat dan masyarakat. Jika keluarga dan masyarakat baik maka baiklah jadinya seseorang dan memiliki emosi yang baik juga.

Maafkan aku, emosi aku sering terganggu dan sekali lagi aku gagal mengawal sebaik mungkin. Tapi kadang-kadang setiap permasalahan ada pengajaran yang berguna di sebaliknya jika kita belajar dari setiap sudut..sebab musabab, kesan dan akibat dan langkah yang perlu diambil jika kita berhadapan ngan masalah yang hampir sama di masa hadapan nanti...aku pon manusia biasa yang kadang2 tu mengelabah gak ngan ujian yang diberikan oleh Ilahi..sedikit sebanyak masa ni kita nak tau tahap kekuatan dan kelemahan kita dalam menghadapi setiap situasi yang agak mencabar emosi dan segala benda positif yang kita bina sepanjang idup kita selama ini....

Senjata mukmin adalah doa. Tiada apa yang lebih bermakna selain doa untuk kesihatan aku dan dilimpahi selimpah limpahnya rezeki ke atas aku dan keluarga aku apatah lagi anak-anak aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan