Sabtu, Mei 30

Hebatnya Solat


Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk solat subuh di Masjid . Dia berpakaian,berwudhu dan berjalan menuju masjid . di tengah jalan menuju masjid, pemuda tsb jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid. Dlm perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali kerumah. Di rumah, dia sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang pria yg memegang lampu..
Dia menanyakan identiti pemuda tsb, dan pemuda itu menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda.' Pria pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.
Saat sampai di masjid, pemuda pertama bertanya kepada pemuda yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya. Pemuda kedua menolak. Pemuda pertama mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawabannya sama. Pemuda pertama bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat. Pemuda kedua menjawab Aku adalah Setan (devil/ evil)

Pemuda itu terkejut dgn jawaban pemuda kedua. Setan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid , Allah memaafkan semua dosa2mu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah pikiran untuk tinggal di rumah saja, kamu tetap memutuskan kembali masjid.Karena hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu. Saya bimbang jika saya membuat mu jatuh utk ketiga kalinya, jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai di masjid dgn selamat..' Jadi, jangan pernah biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.

Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tau ganjaran yg akan kamu dapatkan dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut...

Khamis, Mei 28

HAPPY FAMILY



KELUARGA merupakan satu ikatan kemasyarakatan antara suami, isteri dan anak yang berkongsi kehidupan. Ia menjadi sumber akhlak bagi setiap manusia dan tunggak utama untuk membina dan membentuk sikap dan keperibadian. Justeru pembinaan sebuah keluarga merupakan suatu perkara yang amat penting dalam kerangka pembangunan kemanusiaan kerana keluarga membentuk suatu masyarakat kecil yang akhirnya menjadi elemen penentu bagi acuan masyarakat yang bakal lahir.

Untuk menjamin kelahiran sebuah keluarga yang harmoni, pembinaan sebuah keluarga mesti dibina di atas asas yang betul dan tepat bermula daripada objektif dan seterusnya langkah-langkah pembinaan tunggak dan binaannya. Islam telah menetapkan beberapa objektif sesebuah perkahwinan sebagai langkah awal pembinaan sebuah kelurga yang harmoni. Di antaranya untuk meneruskan kesinambungan zuriat manusia, menjaga kehormatan diri dengan melampiaskan nafsu ke tempat yang halal dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan.

Perhubungan suci antara lelaki dan perempuan dengan cara yang halal yang dikenali sebagai perkahwinan ialah satu-satunya cara yang bersih dan suci untuk menjamin kesinambungan zuriat manusia. Allah telah berfirman yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kamu kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dari jiwa yang satu. Dia menjadikan daripada dirinya pasangannya. Dia telah memancarkan dari kedua-duanya lelaki yang ramai dan juga perempuan (Al Nisa': 1). Allah telah menciptakan Adam sebagai manusia pertama. Seterusnya dicipta pula Hawa untuk menjadi pasangannya. Seterusnya menerusi hubungan jenis antara kedua-dua lahirlah zuriat manusia, lelaki dan perempuan yang akhirnya membentuk berbagai bangsa dan keturunan. Kelahiran zuriat dalam suasana ikatan keluarga ini akan melahirkan manusia yang mendapat kasih sayang yang cukup. Kasih sayang dan kemesraan ini sudah cukup untuk membentuk emosi dan jiwanya untuk menjadi seorang insan yang berjiwa tenang dan baik.

Di samping itu zuriat yang lahir ini pasti mendapat jaminan nafkah yang amat penting untuk pertumbuhan fizikal yang sihat dan seimbang. Kesepaduan antara nafkah batin menerusi kasih sayang dan nafkah zahir menerusi makan dan minum serta keperluan hidup harian ini pasti mampu memberikan satu suasana hidup yang ceria dan menggembirakan bagi seorang anak. Akhirnya pasti lahir generasi yang baik dan berakhlak terpuji.

Zuriat manusia juga dapat diteruskan menerusi hubungan yang tidak halal. Tetapi ia pasti akan mengundang pelbagai masalah sosial dalam masyarakat. Di antaranya kelahiran seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai perlindungan sebuah keluarga kerana ibunya dan bapanya tidak mempunyai satu ikatan untuk hidup bersama di bawah satu bumbung. Si anak tidak mendapat jaminan nafkah dari si bapa kerana kemungkinan si bapa tidak mengakui benihnya. Si kecil ini juga pasti hidup dalam keadaan kekurangan kasih sayang kerana hanya mempunyai ibu tanpa bapa. Tekanan emosi dan perasaan sepanjang kehidupan kanak-kanaknya bakal membentuk jiwanya menjadi seorang yang benci kepada masyarakat sekeliling.

Kelahiran zuriat merupakan matlamat utama sesebuah perkahwinan. Justeru itulah baginda menganjurkan agar dikahwini perempuan yang subur yang mampu melahirkan anak yang ramai kerana baginda akan berbangga dengan jumlah umatnya yang ramai pada hari Qiamat. Perkara ini dijelaskan oleh baginda menerusi hadisnya yang bermaksud: Kahwinilah wanita yang boleh beranak ramai serta bersifat penyayang. Sesungguhnya aku pasti berbangga dengan ramainya kamu di hadapan umat manusia yang lain pada hari Qiamat. Kemampuan seseorang wanita untuk melahirkan anak yang ramai dapat dinilai secara umumnya menerusi jumlah adik-beradiknya atau adik beradik ibu atau bapanya.

Masyarakat barat hari ini meletakkan keseronokan adalah matlamat utama kehidupan. Perkara ini telah dijelaskan oleh al Quran yang bermaksud: Dan mereka yang kufur berseronok dan makan minum seperti mana binatang ternakan makan dan minum dan neraka pasti menjadi tempat perlindungan mereka (Muhammad : 12). Kemuncak keseronokan dan kenikmatan hidup bagi mereka adalah menerusi hubungan seks antara lelaki dan perempuan. Kebanyakan mereka lebih suka mendapatkan kenikmatan hubungan jenis menerusi seks bebas tanpa ikatan tali perkahwinan. Bagi mereka perkahwinan hanya akan membataskan pergerakan mereka dan meletakkan mereka di bawah satu tanggungjawab yang hanya akan membebankan mereka dan mengikat mereka dengan seseorang.

Bagi yang memilih cara yang lebih bersih menerusi perkahwinan juga meletakkan keseronokan dan kenikmatan sebagai matlamat utama perkahwinan. Justeru kelahiran bayi hanya akan mengganggu hubungan mereka dan membataskan kenikmatan seks mereka. Lantaran itu mereka melakukan pelbagai cara untuk menyekat kehamilan berlaku. Atau sekurang-kurangnya mencadangkan perancangan keluarga dengan menjarakkan anak atau menghadkan bilangan anak yang akan diperolehi.

Di antara matlamat perkahwinan juga ialah menjaga kehormatan diri dengan melampiaskan nafsu ke tempat yang bersih dan halal. Setiap manusia pasti mempunyai keinginan untuk mempunyai pasangan yang boleh memberi kepuasan kepada nafsu seksnya. Ia mempunyai dua pilihan. Sama ada melepaskan keinginannya dengan cara yang dapat diterima oleh tata susila masyarakat manusia yang normal iaitu menerusi perkahwinan yang sah atau sebaliknya. Cara kedua pasti mengundang perbagai permasalahan sosial dengan kelahiran bayi yang tidak mempunyai jaminan kehidupan di bawah bumbung satu keluarga. Di samping penyakit-penyakit fizikal yang mungkin lahir hasil hubungan seks rambang seperti aids, siplis dan lain-lainnya.

Justeru baginda memberikan satu pedoman untuk orang muda dengan sabdanya: "Wahai sekelian pemuda! Sesiapa yang mempunyai kemampuan hendaklah berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu lebih menjaga mata kamu dan lebih memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu pula hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu menjadi benteng kepadanya (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Perkahwinan dalam Islam diasaskan untuk melahirkan satu suasana aman dan damai dalam kehidupan menerusi hubungan kasih sayang yang intim antara lelaki dan perempuan. Perkara ini telah diisyaratkan oleh Allah menerusi firmannya yang bermaksud: "Dan di antara tanda kekuasaannya ialah menjadikan untuk kamu dari diri kamu sendiri pasanganpasangan untuk kamu menenangkan diri kamu kepadanya, dan Dia menjadikan antara kamu perasaan kasih-sayang dan kasihan belas" (Ar-Rum : 21).

Kasih sayang yang sebenar hanya dapat diabadikan menerusi sebuah perkahwinan. Kasih sayang ini diikat dengan simpulan kata yang amat kukuh yang telah dimenterai di hadapan saksi-saksi yang dipercayai. Kasih sayang itu diiringi dengan perbagai tanggungjawab. Si suami bertanggung jawab memberikan nafkah dan melindungi isterinya. Si isteri pula diikat dengan ketaatan dan tanggungjawab menjaga kehormatan diri dan suami. Firman Allah yang bermaksud: Lelaki-lelaki merupakan tunggak kepada wanita-wanita kerana nafkah yang diberikan menerusi harta-harta mereka. Maka wanita yang baik pula ialah yang taat, menjaga kemaluan di kala ketiadaan suami menerusi apa yang disuruh oleh Allah menjaganya - (An Nisa' : 34).

Sebuah keluarga yang damai juga pasti berjaya memberikan ketenangan kepada ahlinya. Sebarang masalah kehidupan dapat dibincangkan bersama dan berusaha untuk mendapatkan jalan penyelesaiannya. Kemesraan yang wujud sudah cukup untuk memberikan ketenangan awal bagi jiwa yang sedang berkecamuk. Senyuman manis dan tawa ria pasti berjaya meruntuhkan gunung masalah yang dihadapi. Itulah nikmat sebuah perkahwinan. Firman Allah yang bermaksud: "mereka (isteri-isteri kamu) merupakan pakaian (ketenangan) bagi kamu, dan kamu juga merupakan pakaian (ketenangan) bagi mereka" (Al-Baqarah : 187).

Perkataan "pakaian" dalam ayat di atas menggambarkan bentuk hubungan antara pasangan suami isteri. Sehelai pakaian mempunyai perbagai fungsi, antaranya menjadi penutup yang melindungi aib dibadan, pelindung dari panas, ketenangan kepada jasad dan perhiasan bagi badan. Begitulah gambaran hubungan suami isteri. Begitulah pasangan suami isteri saling berusaha menutup aib dan kekurangan pasangannya, menjadi pelindung dari mara bahaya serta menjadi hiasan untuk hati pasangannya. Hasil dari itu lahirlah hubungan mesra yang diikat dengan tali kasih yang pasti sukar untuk dirungkai kembali.

Kebanyakan masyarakat barat hari ini membina cinta mereka di atas dasar yang rapuh iaitu hubungan seks semata-mata. Ia adalah cinta palsu yang hanya didorong oleh keinginan nafsu seks semata-mata. Cinta itu akan lupus di kala kepuasan seks dari pasangan tidak dapat dinikmati. Cintanya pasti beralih kepada lelaki dan wanita yang lain yang dirasakan boleh memberikan kepuasan yang lebih. Malah cinta itu tidak menghalang seseorang lelaki dan wanita melakukan hubungan jenis dengan lelaki atau wanita lain pada masa yang sama.

Justeru sesebuah keluarga yang ingin dibentuk perlu mengambil kira tiga matlamat asasi agar lahir sebuah keluarga Islam yang harmoni yang akhirnya membentuk sebuah masyarakat yang damai dan tenang.

SIAPA AKU DI HATIMU..?



Cinta bukanlah daripada kata-kata tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan
CINTAILAH seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.
Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh. Ikuti tip bagi memelihara cinta sejati.

1. Pilih pasangan yang sesuai
Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.
Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: "Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?" Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.

2. Jangan terburu-buru
Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.

3. Percaya akan kelemahannya
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, 'saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik," percayalah dia.
Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; 'adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.'

4. Tutup mulut
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.

5. Terima seadanya
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. BUkan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu.

6. Jadi pemerhati
Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.

7. Buktikan siapa diri anda
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.

8. Mr . Right kembali
Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?
Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.

9. Bukan perigi cari timba
Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berke! lakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.

10. Hargailah diri sendiri dan pasangan
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya

Isnin, Mei 25

BERANIKAH KITA BERMIMPI SETINGGI AWAN?



Orang-orang yang bercita-cita besa dan ingin berjaya dalam menggapai impian hidup tidak pernah berhenti berusaha hanya karana kesangsian dan ejekan orang di atas cita-cita besarnya."
Alkisah, di sebuah desa yang ramai penduduknya miskin ada satu sekolah . Hanya sedikit muridnya karena kebanyakan anak-anak di desa itu membantu orang tuanya mencari nafkah. Suatu hari, satu-satunya guru yang ada di sekolah itu sedang mengajar muridnya membuat karangan. Setelah menjelaskan cara-cara mengarang cerita, si guru memberikan pekerjaan rumah. "murid-murid, sebagai kerja di rumah sila buat karangan tentang cita-citaku. Besok, hasil karangan kalian dibaca di depan kelas satu per satu..."
Keesokan harinya, murid-murid seorang demi seorang murid pergi ke depan kelas dan membacakan karangannya masing-masing. Kebanyakan dari mereka bercita-cita menjadi guru, petani, atau pegawai pemerintah, dll. Sang guru selalu mengangguk-angguk kepala tanda setuju. Lalu, tiba giliran seorang murid yang paling muda usianya. Bajunya bertampal-tamoal , tubuhnya kurus kecil, tapi suaranya sangat lantang. "Kalau besar nanti, aku ingin punya rumah besar di atas bukit, dengan pemandangan yang indah, berdampingan dengan pondok-pondok kecil di sekelilingnya untuk tempat beristihehat. Berderet pohon cemara dan pohon-pohon yang rindang di antara rumah-rumah itu.
Ada taman bunga dengan beraneka bunga dan warna. Ada kebun buah dengan buah-buahan lezat yang bisa dipetik oleh penghuni rumah dan penduduk di sekitarnya. Saya ingin jadi orang berjaya dan bahagia bersama dengan keluarga besar dan para tamu yang datang di sana".
Mendengar suara lantang si murid kecil itu, sepontan seisi kelas tertawa bersamaan. "aangan-angan Mat Jenin...!" ejek murid yang lain. Mereka mencemoh cita-cita si murid kecil. Melihat keadaan yang hampir tidak terkawal itu, si guru jadi marah-marah, la menganggap, permasalahan itu adalah disebabkan oleh si murid kecil itu. Si guru menegurnya, "Yang kamu tulis itu bukan cita-cita, tapi itu impian yang tidak mungkin terjadi. Kamu harus tulis semula tentang cita-citamu yang sebenarnya," perintah sang guru.
"Guru, ini adalah cita-citaku yang sebenarnya. Ini bukan hanya mimpi, ini boleh menjadi kenyataan," murid kecil berkeras.
"Heh... kamu hidup di desa yang miskin, keluargamu juga keluarga miskin. Bagaimana kamu akan mewujudkan cita-cita seperti itu? angan-angan Mat Jenin..! Buat karangan yang logik untuk diri kamu!" teriak si guru muiai tidak sabar.
"Aku tidak mahu cita-cita yang lain. Ini cita-citaku tidak ada yang lain...," si murid kecil ngotot.
"Besok kamu harus bawa karangan yang baru. Jika kamu tidak perbaiki karanganmu itu, kamu akan dapat markah yang rendah ," si guru mulai mengancam. Namun keesokan harinya, si murid kecil ke sekolah tanpa membawa karangan baru. Walau diancam dan dipermalukan seperti itu, dia tetap pada cita-citanya semula. Karena sikapnya yang keras kepala dan tidak mau mengikuti perintah guru, akhirnya ia mendapat markah yang rendah di kelas.
Tanpa terasa waktu terus berjalan dengan pantasnya. Tiga puluh tahun kemudian, si guru masih tetap mengajar di sekolah itu. Suatu hari, ia mengajak murid-muridnya belajar sambil bersiar-siar ke sebuah kebun buah di atas bukit yang sangat terkenal. Kebun buah itu berada di desa berdekatan, tidak seberapa jauh dari desa tempat mereka tinggal. Sesampai di kebun buah yang luas dan indah itu, si guru dan murid-muridnya terpegun kagum. Kebun buah itu ternyata dilengkapi dengan sebuah taman bunga yang luas, dikelilingi pepohonan yang rindang nan sejuk. Yang lebih mengagumkan, di dekatnya terdapat sebuah rumah besar bak istana. Tinggi menjulang, megah, dan sangat indah persekitarannya.
"Orang yang membina istana ini pastilah orang yang sangat hebat... Mengapa baru sekarang aku tahu ada tempat seindah ini...," gumam si guru terpegun.
Tiba-tiba terdengar jawapan. "Bukan orang hebat yang membina rumah ini.... hanya seorang murid biasa yang berani bermimpi punya cita-cita yang besar. Pasti, yang lebih hebat adalah guru yang duiu mendidik anak murid biasa itu... Mari masuk ke dalam rumah. Kita nikmati teh dan buah-buahan terbaik dari kebun ini...," uiar si pemilik rumah itu dengan ramah.
Mendengar ucapan itu, tersentak si guru lalu berfikir siapakah yang berdiri di depannya. Dia adalah si murid kecil yang keras kepala yang mendapat markah rendah dalam karangannya waktu itu. Sekarang dia telah menjelma menjadi pengusaha yang sangat berjaya. Matanya berkaca-kaca, merasa bersyukur sekaligus menahan malu karana 30 tahun yang lalu dirinya mempersendakan cita-cita anak itu.
Pembaca yang budiman,
Bila kita mau menyedari dan meneliti dengan cermat, sebenarnya banyak prestasi spektakuler dari abad sebelum masehi sampai abad milenium ini. Semuanya lahir dan dimulai dari sebuah angan-angan, iaitu berani mimpi
Karana impianlah sebuah kabal terbang tercipta.
Kerana impianlah kita boleh menikmati kecanggihan komputer.
Kerana impianlah kita boleh berkomunikasi dengan telepon tanpa kabel.
Kerana impian pula kehidupan kita boleh kita ubah menjadi lebih berkualiti.

Tentu, untuk merealisasikan setiap impian ini, kita memerlukan kekuatan yang luar biasa. Kekuatan itu harus ditumbuhkembangkan dari dalam diri kita sendiri, iaitu berani mencuba, berani berjuang, berani gagal, dan terakhir berani berjaya.
Seringkali terjadi, penghalang kejayaan seseorang bukan disebabkan oleh kekurangan-kekurangan yang dimilikinya. Tetapi lebih kerana tidak adanya cita-cita yang diyakini dengan kuat dan diperjuangkan dengan sikap pantang menyerah!
Bercerita tentang pengalaman saya sendiri, saat saya berani bermimpi menjadi seorang orang kaya yang budiman kerana saya merasa memiliki segala kekayaan daya dapat berbakti kepada masyarakat dan agama saya. Dengan latar belakang keluarga miskin. pendidikan sederhana, kerja sebagai guru, tidak punya pengalaman, tapi bercita-cita jadi seorang usahawan barjaya. Saya suka membaca buku2 berkaitan kejayaan usahawan luar biasa dalam membina empayar perniagaan mereka sebagai motivasi kepada diri saya.
Bukankah itu hal yang tidak wajar menurut latar belakang saya? Banyak nada cemuhan dan kesangsian setiap kali orang mendengar impian saya itu. Sebahagian sahabat tidak percaya dengan kemampuan saya dan menganggap angan-angan saya itu terlalu tinggi. Sebahagian lagi bimbing kaiau keinginan saya itu bakal tidak tercapai. Mereka kasihan melihat saya akan kecewa i. Namun akhirnya, dengan tekad membaja dan perjuangan keras, saya mampu mewujudkan mimpi menjadi saya kepada bunga2 kejayaan yang walaupun masih lagi di peringkat awal tapi semua itu menjadikan impian saya berada di landasan yang betul dan tepat.
Cemuhan atau kesangsian orang lain terhadap cita-cita yang tinggi sebenarnya juga selalu dihadapi oleh orang-orang besar di dunia ini. Tetapi orang-orang besar tidak pernah berhenti hanya kerana ejekan atau kesangsian orang banyak atas impian-impian besarnya. Kerana, bagi orang-orang besar yang bermental kaya, ejekan dan cemuhan adalah vitamin yang baik yang amat mereka perlukan sebagai penguat semangat dan pemacu untuk berusaha lebih keras lagi.
Sebab itu, jika ada orang yang mengejek atau mencemuh mimpi-mimpi kita, jangan pernah berkecil hati. Hanya satu jawabannya, kuatkan tekad dan semangat, lalu
berjuang dengan sekuat tenaga, dan buktikan bahwa kita mampu dan berhak untuk mendapatkan yang terbaik bagi hidup kita.
"Kerana baik atau buruk yang telah kita berikan, itulah kelak yang akan kita dapatkan!"

Ahad, Mei 24

4 LILIN KEHIDUPAN



Ada 4 lilin yang menyala,
Sedikit demi sedikit habis meleleh.Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka Yang pertama berkata: "Aku adalah keindahan." "Namun manusia tak mampu menjagaku: maka lebih baik aku mematikan diriku saja!"Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.Yang kedua berkata: "Aku adalah Kasih Sayang." "Sayang aku tak berguna lagi." "Manusia tak mau mengenalku,untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala."Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara: "Aku adalah Cinta" "Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala." "Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna."
"Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya."Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.

Tanpa terduga....
Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar, dan melihat ketiga Lilin telah padam.
Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata: "Ekh apa yang terjadi?? Kalian harus tetap menyala, Aku takut akan kegelapan!" Lalu ia mengangis tersedu-sedu.Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata: "Jangan takut,Janganlah menangis,selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya"

Akulah H A R A P A N "
Dengan mata bersinar, sang anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga Lilin lainnya.Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A N.
yang ada dalam hati kita dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Keindahan, Kasih Sayang dan Cinta dengan HARAPAN-Nya

Note :
Harapanlah yang membuat orang untuk lebih baik lagi, dimasa sekarang dan masa yang akan datang. Jadi jangan padamkan semangat dan harapanmu untuk hidup yang lebih baik

Melayu Bangsaku





Korang semua kenal x Kamal Effendi..ala yang tu...dlm gambo tu..kalu tak silap aku dia ni pakar penganalisis Jenayah Aku rasa terpanggil untuk menulas apa pendapat dia dlm blog dia..betul apa yg dia cakap mcm kat bawah nie..orang bangsa kita juara dlm bab org bangsa lain xnak...tapi bab mengumpul kekayaan dan mempunyai hart..miliki harta, kereta mewah, gudang perniagaan dan menguasai sektor ekonomi..hancus...ekk kat mana silapnya ekk adakah kita hanya orang melayu yang tidak mengamalkan cara hidup islam dalam kehidupan kita..Setau aku yang tak berapa mendalam ilmu agama ni..kalu orang islam seseorang tu akan menjaga maruah diri, keluarga, masyarakat dan agamanya dalam setiap tingkah laku yang dibuat. Salah sapa ekk..malu rasanya bila ditanya dan diperli oleh orang bukan islam..kenapa orang melayu yang mengaku dirinya islam..perangai lebih teruk dari orang bukan islam...

Alahai melayu

Hisap dadah paling ramai- Melayu
Merempit paling ramai- Melayu
Ponteng sekolah paling ramai- Melayu
Ponteng kerja paling cekap- Melayu
Meniru paling tekun - Melayu

Tak Melayu hilang di dunia!! Bahkan!! (yang gelap kusam jugak diisi oleh kaumku tanpa gagal.)

Jangan salah faham. Melayuku masih tebal setebal maluku. Cumanya, aku melayu yang gigih memilih jalan hidupku; biar dunia mengejarku dan bukan aku yang mengejarnya! Atau melayumu sekadar layu sebelum berkembang?

Perlu apa ada kalau sekadar berani dan berjaya menyentap kegagalan dari rahang kejayaan?

hidup kita ni, ada ja yang tak kena..kan??




Assalamualaikum...

ish..pelik..bila malam je otak aku mula ligat berfikir...hahaha..hebatkah??ataupun kurang siumankah??

herm..siapa cakap ada wang bahagia??tak jugak..ada wang ni pun sengsara tau..tapi lebih baik la dari xda wang...ye la.kalo banyak korg punya wang tu..harta ke..apa ke..susah gak..nnti jadi rebutan..biasa la manusia..ada yang terlalu tamak..smpai bahagian org pun nak diambilnya kan..

xda wang pun susah gak...nak makan apa kan kalo xda wang..aiyaaa...

herm..then, siapa cakap ada family besar ni best??xsemua org yang ada family besar ni best tau..maksud besar disini ialah ngan unclee, aunty n kezen yang lain lah kan..kalau jenis2 yang xleh diharap, xleh nak tolong kita pun susah gak...baik xda family kan??

tapi kalo xda familypun susah gak..nnti bosan je idup..pastu macam2 lagi lah...

haha..msti korg pelik kan??apa yg aku tgh bebel ni..aku pun xtau..mcm yg aku ckp tadi la..bila malam je otak aku ligat berfikir..n suddenly benda ni terkeluar..lagipunkan kawan2..cuba renung2kan balik kisah wang dan keluarga besar tu...

itu sebahagian dari pemikiran manusia jugak...manusia ni sentiasa tak puas dgn apa yg mereka ada..dah Allah bagi yang itu,nak yg ini plak...msti korg pon pnah rsa cam tu kan.. ;p

pastu kan..tiba2 aku rasa ada idea baru..tapi xtau la akan berhasil ke tak..idea apa??tnguuuuuu...


'sabar itu separuh daripada iman'


ok lah kawan2..selamat bercuti di hujug minggu..meh aku nk berpesan sket...apa pun yg anda buat, makesure fikir pasal keluarga dahulu ok??

Tidur Biar Berpada-pada..Jangan Terlepas Banyak Benda Menarik Disebabkan Terlalu Lama Tidur..






Nak Tanya Sikit...pada sahabat2 pembaca sekelian..antara gambo yang di atas ni mana satu yang dirasakan tido yang bermanfaat? Apa yang penting..kita tidur di masa dan tempat yang betul..
Selamat pagi kepada para pembaca yang budiman. Setiap manusia perlukan masa untuk berehat. Berehat dalam erti kata merehatkan tubuh badan dan juga minda. Setelah seharian penat bekerja , manusia perlukan masa untuk tidur. Bagi seorang dewasa, tidur selama kira kira 6 jam sudah cukup untuk merehatkan anggota badan dan menenangkan minda. Namun, jika seseorang itu tidur berlebihan maka ini akan memberikan impak negatif kepada individu tersebut.

Saya berpendapat, orang yang bangun awal pagi @ morning person adalah seseorang yang mempunyai magik dalam dirinya. Dalam islam juga telah menerangkan bahawa rezeki akan masuk pada awal pagi. Rezeki yang datang itu tidak semestinya datang dalam bentuk harta benda atau wang. Rezeki itu cabangnya luas, boleh jadi dalam bentuk peluang, ilmu, motivasi, kesihatan, nikmat kebahagiaan dan sebagainya.

Jikalau kita imbas kembali, waktu pagi adalah masa yang sesuai untuk badan kita menerima udara yang paling bersih. Maka ketika inilah kita sebagai manusia sepatutnya perlu berebut-rebut untuk mendapatkannya. Berbanding dengan individu yang masih terperuk lama tidur di atas tilam, cas-cas negatif dan positif dalam badannya menjadi tidak seimbang maka ini akan membentuk toksin yang berlebihan dalam badan.

Kajian yang dilakukan kepada golongan yang mempunyai usia panjang mendapati bahawa, mereka mengamalkan gaya hidup bersenam di waktu pagi dan jarang sekali tidur dengan berlebihan sepanjang hayat mereka. Selain itu, perlu diingat bahawa semakin hari persaingan semakin hebat. Manusia berlumba-lumba untuk mendapatkan apa sahaja peluang yang ada pada hari ini. Individu yang bijak adalah individu yang pantas dalam mencari peluang. Oleh itu, jika seseorang itu masih tidur sehingga tinggi matahari, bagaimana dia mahu bersaingan dengan individu yang lain?

Kesimpulannya, banyak perkara menarik selalunya terlepas disebabkan oleh tidur. Tidur itu adalah perlu, namun sebagai seorang manusia, merancanglah masa tidur anda sebaik-baiknya dan yang paling penting, terdapat banyak magik yang berlaku sekiranya anda bangun pada awal pagi.

Lelaki Vs Perempuan Siapa Paling Hebat Memasak?




Aku mengelamun lagi. Cuti hari sabtu dan Ahad ni aku gunakan untuk merehatkan diri..rasa penat sangat, sakit mata yang mencapai taha kritikal...mata bengkak dan jadi sepet tokleh nak tanda kertas soalan peksa bebudak anak murid aku...Nak buat camne mata berpinar kalu tengok kertas soalan tu..Subjek Math plak tu..perlukan suasana yang selesa baru seronok menanda kertas tu...so aku gunakan banyak masa untuk berangan. Nak bagi sedap..guna terma berfikir secara holistik! Hehe.. Baiklah, semasa zaman remaja purba dahulu kala..seorang cikgu bahasa inggeris aku selalu berkata , “Kenapa kat jadual bertugas tu mesti orang perempuan yang sapu sampah?, Sila tukar sekarang juga..bagi adil..lelaki dan perempuan tugasan tu bagi seimbang.” Boleh dikatakan semua orang yang berada ketika itu seolah –olah tersentak dengan perspektifnya. Barangkali, ada benarnya juga..mengapa kita seolah-olah rigid ya? Asal perempuan, mesti kena cuci itu ini..lelaki pula sekadar buat yang mudah. Kata dah zaman moden,berfikiran terbuka..

Sedang mengelamun..perut aku berkeroncong. Jam menunjukkan 1:32 AM, aku pun memikirkan apakah makanan atau minuman yang boleh aku sumbat ketika waktu ini. Aku pun pergi ke dapur untuk mendapatkan segelas Air Kopi Radik..simple dan segera. Sedang membancuh air tu, aku teringatkan kata-kata cikgu Mashitah guru klaz aku masa form 5...cikgu tu buat aku betul2 minat math dan sekarang ni pon jadi guru math dan apa hubungan dengan aku yang sedang mengacau air? Ibarat mentol yang menyala di atas kepala, tingg! Idea pun datang mencurah-curah. Idea aku berkenaan memasak. Topik ini pernah aku muatkan sedikit sebanyak dalam pautan terdahulu.

Mengapa ya, masyarakat seolah-olah berfikiran bahawa orang perempuan mesti mengambil alih hal-hal ketika di dapur. Dan syarat diletakkan sekiranya untuk menjadi calon isteri, mesti hebat memasak. Pada pendapat aku, mengapa tidak urusan di dapur itu dilakukan bersama-sama. Tiada yang mustahil kerana ayah aku sendiri kerap membantu mama di dapur. Mereka berdua bekerjaya, namun masih punya masa dan pada pemikiran aku, semua itu bukanlah satu alasan untuk meletakkan satu satu jantina untuk sepanjang masa bersama tugasan hakiki di dapur. Aku sendiri mempunyai hobi gemar memasak. Masa aku mula2 bertugas,..duduk umah bujang bersama rakan sejawat..aku pon hebat juga memasak Dan pada fikiran aku, apa salahnya jika satu hari nanti..sekali sekala biar aku yang menyediakan hidangan. Bergilir-gilirlah untuk siapa yang ingin menjadi ketua chef pada satu satu hari tersebut.

Cuba anda bayangkan, ketika seorang isteri itu sedang sarat mengandung. Tak kan lah ketika itu dia masih ingin bertanggungjawab sepenuhnya terhadap urusan di dapur? Ketika inilah peranan itu apa salahnya jika diambil alih oleh si suami. Sediakan sarapan pagi, siapkan segala-galanya dan jika ada masa, makan malam itu juga dimasak oleh si suami. Kalau sudah terlalu sibuk maka barulah makan di luar. Apa yang banyak berlaku hari ini adalah, masing masing malas untuk belajar memasak dan lebih selesa membeli makanan di luar sepanjang masa. Jika hari hari makan di luar pun sampai masa boleh jadi muak. Duit pun banyak membazir.

Ya, dunia sudah berubah. Semakin hari semakin sibuk. Mustahil untuk seseorang itu memasak untuk sepanjang masa. Kenyataan itu aku tak nafikan. Apa yang bermain di fikiran aku adalah, sebagai contoh hari minggu. Apa kata, masing masing mengambil inisiatif untuk belajar menu terbaru. Memasak bersama-sama secara tak langsung merupakan aktiviti riadah. Jika tak mahir semua menu pun tak apa, sudah memadai sekiranya anda mahir satu menu. Sebagai contoh, jika anda gemar memasak nasi goreng, mahirkan menu tersebut supaya apabila seseorang mahu makan nasi goreng, andalah difikiran mereka. Namun jika mahir lebih banyak maka lebih bagus!

Sekian sahaja coretan aku hasil dari lamunan pada malam ini. Pemikiran aku ini barangkali tidak semua orang boleh setuju dengan aku. Aku memang Realistic, Orthodox dan Liberal. Apa-apa pun, semuanya terletak kepada kreativiti masing masing. Anda yang menentukannya! Selamat mencuba ya :)

Sabtu, Mei 23

AKU SENDIRI TAK TAU PUISI JENIS APA NI...CUMA AKU NAK KONGSIKAN BERSAMA SAHABAT2 SAMA2 KITA RENUNGKAN


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat,
rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat,
negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat,
permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.

TETAPI INGAT,
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu tempat maksiat tumbuh macam kulat.
manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat,
sembahyang makin hari makin liat,
orang baik ada yang bertukar jadi jahat,
orang miskin pula nak kaya cepat,
orang tua pula nak mati lambat,
tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat,
Semua nak tunjuk hebat,
Bila berjudi, percaya unsur kurafat,
Tapi hidup pula yang melarat,
Tali kasut dah tak berikat,
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan pakai mini sekerat,
Suka pakai baju ketat,
Suka sangat menunjukkan pusat,
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat,
Pakai pulak yang singkat-singkat,
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini siapa lihat pasti tercegat,
Silap gaya jadi gawat,
bohsia bohjan lagi hebat,
Duduk jauh berkirim surat,
Bila berjumpa, tangan berjabat,
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat,
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat,
Usah peduli agama dan adat,
Usah takut Allah dan malaikat,
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat,
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat,
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat,
Bila anak-anak tak cukup sifat,
jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat,
Habis manusia telah tersesat,
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat,
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda mu, dari mana mu dapat...?
Ilmu mu, adakah mu manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita dan segeralah memperbanyakkan ibadat.

NIKMATI SETIAP SAAT KEHIDUPAN SECARA ISLAM



Bosan Dengan Kehidupan Ini?
Seorang pemuda datang mengunjungi seorg kaunselor lalu mengatakan, "Tuan, saya sudah bosan hidup. Sudah jenuh betul. Rumahtangga saya porak peranda. Usaha saya tak menjadi. Apapun yang saya lakukan selalu berakhir dengan kegagalan. Saya ingin mati
Kaunselor itu menjawab dengan tersenyum berkata, "Oh, kamu sakit." "Tidak tuan, saya tidak sakit. Saya sihat. Hanya bosan dengan kehidupan. Itu sebabnya saya ingin mati." Seolah-olah tidak mendengar pembelaannya, kaunselor meneruskan, "Kamu sakit. Dan penyakitmu itu sebutannya, 'Alergik Hidup'. Ya, kamu alergik terhadap kehidupan."

Banyak sekali di antara kita yang alergik terhadap kehidupan. Kemudian, tanpa disedari kita melakukan perkara yang bertentangan dengan norma kehidupan. Hidup ini berjalan terus. Sungai kehidupan mengalir terus, tetapi kita menginginkan status-quo. Kita berhenti di tempat, kita tidak ikut mengalir. Itu sebabnya kita jatuh sakit. Kita mengundang penyakit. Resistensi kita, penolakan kita untuk ikut mengalir bersama kehidupan membuat kita sakit. Yang namanya usaha, pasti ada pasang surutnya. Dalam perkara, berumahtangga, pertengkaran-pertengkaran kecil itu memang wajar,
lumrah. Persahabatan pun tidak selalu selamanya, tidak abadi. Apakah yang selamanya, yang abadi dalam hidup ini?

Kita tidak menyedari sifat kehidupan. Kita ingin mempertahankan suatu keadaan. Kemudian kita gagal, kecewa dan menderita. "Penyakitmu itu dapat disembuhkan, asal kamu ingin sembuh dan bersedia mengikuti petunjukku." demikian ujar pak guru.
"Tidak tuan, tidak. Saya sudah betul-betul bosan dgn kehidupan saya. Tidak, saya tidak ingin hidup." pemuda itu menolak tawaran kauselor itu. "Jadi awak tidak ingin sembuh. awak betul-betul nak mati?" "Ya, memang saya sudah bosan hidup." "Baik, esok petang awak akan mati. Ambillah botol ubat ini. Setengah botol diminum malam ini, setengah botol lagi di minum esok jam enam petang dan jam delapan malam kau akan mati dengan tenang."

Giliran dia menjadi bingung. Setiap kaunselor yang sepatutnya memberikan semangat
utk terus hidup tapi yang satu ini aneh. Ia bahkan menawarkan racun. Tetapi, kerana
dia memang sudah betul-betul bosan, dia menerimanya dengan senang hati. Pulang ke rumah, dia langsung menghabiskan setengah botol racun yang disebut "ubat" oleh kaunselor tadi. Dan, dia merasakan ketenangan sebagaimana tidak pernah dia rasakan sebelumnya. Begitu rileks, begitu tenang! Tinggal 1 malam, 1 hari, dan dia akan
mati. Dia akan bebas dari segala macam masalah. Malam itu, dia memutuskan untuk makan malam bersama keluarga di sebuah restoran. Sesuatu yang sudah tidak pernah dia lakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Oleh kerana ini adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan sebuah kenangan manis. Sambil makan, dia bersenda gurau. Suasananya amat mendamaikan! Sebelum tidur, dia mengucup bibir isterinya dan
membisik di telinganya, "Sayang, aku mencintaimu." Kerana malam ini adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan sebuah kenangan manis! Esoknya; bangun tidur dia membuka jendela bilik dan melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Dan dia tergoda untuk melakukan jalan pagi. Pulang kerumah setengah jam kemudian, dia menemukan isterinya masih tertidur. Tanpa membangunkannya, dia masuk ke dapur dan membuat 2 cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk isterinya. Kerana pagi itu adalah pagi terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan sebuah manis! Isterinya yang merasakan sesuatu kelainan, berkata dalam hati "Selama ini, mungkin aku salah. Maafkan aku, sayang."

Di pejabat, dia menyapa setiap orang, bersalaman dengan setiap orang. Pekerjanya menjadi bingung, "Hari ini, Boss kita ganjil ya?" Dan sikap mereka pun langsung berubah. Mereka pun menjadi lembut. Kerana siang itu adalah siang terakhir, dia ingin meninggalkan sebuah kenangan manis! Tiba-tiba, segala sesuatu di sekitarnya berubah. Dia menjadi ramah dan lebih toleran, bahkan apresiatif terhadap pendapat-pendapat yang berbeza. Tiba-tiba hidup menjadi indah. Dia mula menikmatinya. Pulang ke rumah jam 5 petang, dia menemui isteri tercinta menunggunya di beranda depan. Kali ini justeru isteri yang memberikan ciuman kepadanya sambil berkata, "Abang, sekali lagi saya minta maaf, kalau selama ini saya selalu menyusahkan abang."
Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan, "Ayah, maafkan kami semua. Selama ini, ayah selalu stress kerana perilaku kami." Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali. Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah. Dia membatalkan niatnya untuk membunuh diri. Tetapi bagaimana dengan setengah botol yang sudah dia minum, petang semalam?

Dia pergi bertemu dengan kaunselor itu lagi. Apabila melihat raut wajah pemuda itu, rupanya kaunselor telah dapat membaca apa yang telah terjadi, "Buang sahaja botol itu. Isinya air biasa. Kau sudah sembuh, Apabila kau hidup dalam kekinian, apabila kau hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemputmu bila-bila sahaja, maka kau akan menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu, keangkuhanmu, kesombonganmu. Jadilah lembut, selembut air. Dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kau tidak akan jemu, tidak akan bosan. Kau akan merasa hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan."

Dia mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan kaunselor itu, lalu pulang ke rumah, untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Konon, dia masih mengalir terus. Dia tidak pernah lupa hidup dalam kekinian. Itulah sebabnya, dia selalu bahagia, selalu tenang, selalu HIDUP! Hidup bukanlah merupakan suatu beban yang harus dipikul, tapi merupakan suatu anugerah untuk dinikmati.

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu,
Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu,
dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "

salam persaudaraan

Jumaat, Mei 22

Peranan Ibubapa Dalam Melahirkan Pelajar Cemerlang.


Kecemerlangan tidak mungkin datang secara bergolek sahaja, ia perlu usaha yang gigih. Usaha pelajar/ibubapa/guru

Jumlah hari persekolahan:
207 hari termasuk cuti am.Pelajar biasa hanya setengah hari di sekolah [103 hari] 159 hari tidak bersekolah.Jumlah hari anak bersama ibubapa lebih daripada dia di sekolah. 159 hari + 103 hari= 262 hari

1.Mendidik anak dengan amalan yang mulia.
Amalkan hidup yang baik; Berbudi bahasa Mengawal diri; Mematuhi peraturan Menghormati orang lain; Sentiasa tekun

2.Menghargai pencapaian anak .
Adakan jamuan, Lawatan, beri dorongan, Kegagalan bukan maksud gagal selama-lamanya. *Tidak sihat menekan anak

3.Menjaga keperluan anak dipelihara
Sudah menjadi tanggungjawab keperluan sekolah – pen,pensil, buku2, buku rujukan, panduan Bekalan harian, Keselamatan, kesihatan

4.Mendengar masa anak berbicara
ttg perkara biasa, peristiwa menarik, prestasi ujian bulanan, penggal, kesukaan, kejayaan, kekecewaan
*Ibubapa harus mendengar, jangan buat keputusan dan kesimpulan dengan cepat

5.Mengetahui pergerakan anak
Kenal teman-teman rapat mereka, Apa biasa mereka lakukan, Dimana mereka biasa jalan *Melepak, jalan-jalan tanpa ada hala tuju, Ke pusat komputer cyber berjam –jam
“anak yang dibiarkan menurut sesuka hatinya akan memalukan kita sebagai ibubapa”
Contoh-layang-layang

7 ASAS MEMUPUK FIKIRAN POSITIF




Bagaimana nak berfikiran positif?

Sebenarnya, ia senang di mulakan bila Anda sudah tahu asasnya. Pupuk pemikiran positif dengan...

1. Bersangka Baik Dengan Sesiapa Saja.
Niatkan dalam hari, Anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda.

2. Tumpukan Pada Nilai-nilai Murni.
Walau siapa jua yang Anda jumpa, yang Anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap baik yang Anda lihat ada pada dirinya.

3. Elak Emosi Negatif.
Jauhkan diri Anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka.

Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang Anda dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran.

4. Istighfar Serajin Mungkin, Seikhlas Mungkin, Sebanyak Mungkin.
Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda.

Bila Anda sedar yang Anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar.

Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang Anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif.

5. Play More, More and More. Have Fun!.
Hiburkan hati, dekatkan diri Anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak rasa tertekan.

Kesannya, Anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri.

Bila rasa gembira, teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!

6. Jangan Ambil Kisah Cakapan Orang.
Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda Anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas.

Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada Anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan.

Yang susah siapa? Anda juga sebab ia terjadi pada Anda, bukan mereka.

7. Elak Menyalahkan Orang, Situasi, Keadaan, Persekitaran, Benda.
Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang.

Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkansesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubaha ke arah yang lebih baik.

Mungkin, hari ini Anda silap. Mungkin Anda GAGAL. Mungkin Anda dah nak give up.

SETABAH DAN SEKUAT SEMANGAT NIK NUR MARDIHAH


Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal

pelajar cemerlang , meraih 20 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal.
saya kagum membaca kisah kegigihan anak nelayan itu belajar dalam keadaaan serba daif. Ayahnya, Nik Mohd Kamal, 41 mengaku tidak mampu membayar sewa rumah dua bilik, RM90 sebulan di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kelantan sejak setahun lalu berikutan pendapatan hanya RM500 sebulan.


Kini Petronas, Bank Negara Malaysia dan MARA menawarkan anak sulung daripada empat beradik itu biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang Fizik di Asia Barat dan A Level di United Kingdom.

Manakala Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju memberikan rumah bernilai RM130,000 kepada keluarga Nik.

Nik meluahkan rasa terkejut kerana secara tiba-tiba kisah kemiskinan keluarga dan kejayaannya menjadi tumpuan pelbagai pihak.

Saya percaya Nik akur, fitrah manusia, hanya bijak membezakan di antara kaca dan permata apabila kecemerlangan terbukti. Jika tidak kerana kejayaannya pasti keluarga Nik dibelenggu kedaifan berterusan, tidak ramai peduli. Ehsan Internet MA

ADAKAH STRESS ANDA DI TAHAP BAHAYA..?


Sehebat mana pun anda...Perdana Menteri?, Jutawan? Hartawan? pakar Motivasi semuanya penah alami stress...Cuma bezanya sejauh mana stress boleh mempengaruhi tahap pencapaian peribadi anda seharian..kita tidak boleh hilangkan stress..cuba ianya boleh diminimumkan.. ke satu tahap yang normal..dan tidak menjejaskan prestasi kerja kita..

Stress atau tension atau tegang adalah perasaan yang biasa dialami oleh manusia. Terutama zaman sekarang yang penuh dengan pacaroba dan masalah dalam memperjuangkan kehidupan samada kehidupan peribadi dan di tempat kerja.

Tahukan anda bahawa stress ini adalah salah satu punca kepada pelbagai penyakit. Dan yang paling merbahaya ialah penyakit mental. Jika tidak di tangani akan menjadi seperti virus dan memakan diri. Jadi stress ini mesti di hilangkan dan ditangani dengan segera kerana ia akan datang setiap hari kepada kita.

Kalau anda perasan di lebuh raya Malaysia ini terdapat papan iklan yang berkata "Saya bijak tangani stress".

Jadi saya ingin berkongsi sedikit tip macam mana nak tangani stress ini.

1) Mendengar muzik ialah satu cara yang terbaik. Tak kira apa saja jenis muzik asalkan anda merasa tenang dan teruja apabila mendengar alunan muzik tesebut. Ada yang mengatakan muzik ini baik didengar semasa pagi. Anda boleh pasang radio semasa perjalanan ke tempat kerja. Tetapi semasa mendengar radio elakkan mendengar berita yang buruk.

2) Bau-bauan juga dapat menghilang stress anda. Dapatkan bau yang wangi dan menenangkan anda seperti bunga atau aroma yang dijual di kedai. Ini boleh dikatakan terapi. Adalah baik jika anda letakkan bau-bauan yang memberi aroma yang menarik di bilik anda atau berhampiran dengan tempat anda berehat.

3) Bersembang atau bercakap adalah salah satu cara terbaik. Jika anda menghadapi suasana tegang adalah baik anda berehat seketika dan bersembang dengan kenalan anda. Adalah lebih baik jika anda dapat bercakap perkara yang tiada kena mengena dengan masalah anda. Bercakap perkara-perkara yang lucu atau perkara yang buat anda gembira.

4) Menangis juga dapat menghilangkan stress anda. Bagi perempuan mungkin tiada masalah untuk melakukan ini. Mengikut kajian air mata yang keluar mempunyai chemical yang boleh meredakan stress anda. Bagi lelaki anda bolah mencubanya. :-)

Mungkin banyak lagi cara-cara nak hilangkan stress bergantung kepada cara masing-masing.

So lepaskan stress anda dan tanganinya dengan bijak.

BEREHAT SEKETIKA...& NIKMATI KEHIDUPAN YANG INDAH



Seronoknya kalu dapat urut badan cam kucing tu...

Teringat kata-kata arwah atok aku,
“Yang sudah, sudahlah. Hidup tetap kena teruskan juga. Buat perkara yang patut dulu“.
Begitulah lebih kurang bunyinya, kata-kata itu tetap bermain didalam fikiran aku jika kemelut rasa bergelodak dalam diri.
Penat memikirkan tentang beban kerja yang bertimbun2, stress memikirkan mana yang lebih penting dan perlu diberikan keutamaan, Penat mengatur rencana demi masa depan. Penat menyusun strategi menambah pendapatan, mengurus masa secara maksimum, hari-hari kerja…masa rehat makin sedikit…kekadang Hari Ahad pun kerja…apa nak jadi nie..Kekadang teringin nak bersantai bersama insane-insan tersayang di tepi pantai..di kawasan yang tenang tanpa sesaat pun diganggu atau memikirkan masalah kerja dan cabaran kehidupan. Penat menahan kesakitan yang belum nampak tanda kesudahan. Penat memikirkan masalah student aku yang tiada penghujungnya. Penat segala-galanya.
Yang akhirnya bakal aku membuat beberapa keputusan. Keputusan yang bakal aku ambil tidak menyusahkan sesiapa. Keputusan yang aku ambil mungkin akan membuatkan orang lain cemburu.
Aku nak beli kerusi yang boleh urut satu bandan..segala beban kerja membuatkan aku lenguh satu badan..hehehehe aku nak duduk kat kerusi di dalam bilik berjam2 lamanya sambil bayangkan keindahan di sebuah tempat yang tenang dan mendamaikan…

24 JAM SETIAP ORANG SEHARI ...ADILKAN?



Sekaya mana anda..punya segalanya di dunia ini...tu semua tak diberikan keistimewaan oleh Allah dalam menentukan kelebihan mempunyai waktu melebihi 24 jam sehari....adilkan Allah..
Setiap orang mempunyai masa yang sama...gunakan semaksimum yang mungkin..utk diri sendiri, family..cari rezeki..beribadat..keseronokan...

Umum ketahui, dalam agama islam amat menitikberatkan tentang pengurusan masa. Apatah lagi jika kau sering diganggu dengan masalah-masalah atau program-program yang datang tiba-tiba yang langsung mengganggu masa yang telah kau tetapkan.

Oh masa, ia tidak akan cukup jika kau dan aku tidak menguruskan secara bijaksana. Masa saling berkait rapat dengan disiplin diri. Ada disiplin tapi tiada pengurusan masa pun tidak menjadi juga. Panjang pula mukadimah kali ini (huhu). Jadi bagaimana kau menguruskan masa?

Bila kau dapat merangka perjalanan kerja dan kehidupan selari dengan masa yang kau tetapkan, apabila kau tak capai matlamat tersebut kau akan hilang keyakinan dan kecewa. Apatah lagi apabila masa yang kau ada diganggu gugat oleh orang lain yang tidak mementingkan masa, masalah juga kan? Jadi perlu untuk kau tetapkan secara khusus setiap minit yang kau miliki.

Aku hanya guna satu formula yang diturunkan oleh orang tua aku sendiri iaitu sehari (2 jam) bahagi 3! Bermakna aku ada 3 bahagian (8 jam) pengkhususan masa. Ternyata formula tersebut juga bakal menjadikan kau lebih berdisiplin dan secara tak langsung dapat menjaga kesihatan.

Bahagian-bahagian tersebut adalah seperti,

Masa kerja.

Ya 8 jam yang kau sediakan untuk masa kerja, masa buat duit, masa mencari rezeki. Masa ini kau perlu untuk menampung hidup sebagai manusia yang memerlukan asas hidup seperti duit, pakaian, rumah, kereta, minyak, bil-bil utiliti dan sebagainya.

Masa Sosial.

Jangan ingat kau tak boleh ada masa untuk sosial. Sebagai manusia yang normal, kau perlu bersosial untuk capai kewarasan dan jati diri yang maksimum. Masa ini juga dianggap masa yang berkualiti.

Kau perlu bersosial demi menjaga kesihatan kau apatah lagi jika kau bakal dihimpit penyakit hipertensi seperti tekanan! Perbaiki sosial kau bersama ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara dan rakan-rakan.

Ini juga termasuk masa untuk kau bersosial dengan alam semulajadi ciptaan Allah Yang Maha Esa!

Masa Rehat/Tidur.

Dan yang ini paling penting dan memenuhi setiap pengkhususan masa yang kau telah tetapkan sebelum ini. Kerja dan bersosial tapi kau tak tidur tak guna juga. Kau akan rasa jadi seorang manusia yang tidak berguna dan tidak dapat melakukan kerja dan bersosial secara teratur.

Bahagian ini ramai yang mengabaikannya, kununnya badan boleh tahan walaupun tidak tidur teratur! Kau perlu tahu badan kita tidak mampu melayan kehendak minda yang kau siapkan untuk menerima impak hidup yang semakin mencabar!

Jadi?

Sebenarnya kau punyai masa yang cukup jika kau bijak mengurusnya. Jangan terlalu ambil pusing mengenai keupayaan minda kau, percaya kepada keupayaan tubuh badan kau juga. Itu pun kalau kau fikir nak hidup lama.

Percaya atau tidak, ramai antara mereka yang berjaya dalam hidup punyai pengurusan masa seperti ini. Mulalah sekarang atau kau tiada langsung pengurusan masa. Jangan pandang rendah pada masa!

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN...ANGKA SEMAKIN BANYAK...JANGKA MASA HAYAT SEMAKIN PENDEK


Selamat Hari Ulangtahun, Nombor Yang Semakin Banyak!
Usia semakin meningkat, semakin lama semakin membimbangkan. Terfikir juga sejauh mana matlamat yang telah dicapai dan sehebat mana tanggunjawab telah terlaksana!? Terfikir tetapi tiada langkah usaha, tiada makna dan hanya sia-sia. Tetapi setelah bertungkus lumus dan berusaha hanya semata-mata ingin capai matlamat tersebut bagaimana pula!?

Hari ini aku ingin mencoretkan mengenai usia. Ya, usia sememangnya semakin meningkat seiring dengan masa. Setiap orang diberi masa yang sama setiap hari tetapi tidak pada usianya. Dipanjangkan umur maka semakin banyaklah nombor yang mewakili usianya. Semuanya akan dirujuk pada ketentuan Allah Ta’ala.

Namun usia yang diberikan amatlah tidak membawa apa-apa erti jika kita tidak menghargainya. Disamping itu menunjukkan betapa hebatnya kita sebagai manusia apatah lagi sebagai khalifah Allah! Tidak kau merasa satu kerugian? Apakah jalan yang kau pilih sekarang membuktikan kau dapat mencapai apa yang diimpikan? Atau kau dapat menyahut seruan islam, hari ini lebih baik dari kelmarin?

Dimulut, ramai yang dapat berkata bahawa semuanya boleh dilakukan dan boleh terlaksana ibarat seperti mereka-mereka yang kononnya mendapat projek besar padahal baru peringkat perbincangan. Belum dapat projek lagi pun. Kenyataan yang agak sukar untuk disuratkan tetapi tidak mustahil jika dilakukan dengan penuh semangat dan fokus! Dan yang paling penting memohon bantuan dari-NYA dan bersyukur (yang ini ramai yang buat-buat lupa, tiada keberkatan!).

Sudahnya, apakah pada usia kau kini kau telah capai apa yang kau impikan dalam hidup? Fikir-fikirkanlah. Aku yakin setiap orang diberi keistimewaan yang tersendiri. Terpulang sama ada kau mahu mencungkilnya atau pendamkan sahaja. Tapi nasihat aku, sebagai khalifah Allah perhebatkanlah diri kau!

Terima kasih kerana membaca entri yang agak sastera pada kali ini. Sebenarnya aku terfikir sejauh mana aku telah melaksanakan tanggunajawab aku dan sejauh mana aku telah capai dalam usia aku kini. Terima kasih kepada pembaca-pembaca dan rakan-rakan yang terlebih dahulu mengucapkan selamat pada ulangtahun kelahiran aku tapi lambat lagi..hehehe 1 Julai nanti...ada yang nak bagi hadiah ker...kepada kawan aku CITAHZZ selamat hari Lahir pada 25 Mei ni..kalu tak silap aku 22 thn kan..Citahzz selamat menempuh alam pekerjaan...dunia yang penuh cabaran..berliku..tak macam zaman skolah semuanya happy jer...

Renung seketika apa yang telah berlaku dalam hidup aku. Rupanya banyak kisah suka duka yang aku telah lalui. Dan itulah realiti kehidupan yang perlu aku rempuhi dan tangani demi mengajar erti kedewasaan serta mencapai kematangan

Rabu, Mei 20

MERAJUK...MESTI KE DIPUJUK?



Nak buat macamana pada orang yang kaki merajuk ni ek? Buat kelakar? Tak ketawa pun dia...Malah bila senyum..dia masih muncung. Dia punya muncung, sampai boleh letak sebijik cawan. Punyalah panjangnye...(tak baiknye saya...saya memang suka sakat orang...hahaha. maafkanlah saya...)

Kalo kes macam ni mmg susah..

Tengoklah keadaan mcmana..Kalo dah rajuknye memang mintak dipujuk..Maka pandai-pandailah korang pujuk 'dia'. Itu ubat yang paling senang bagi orang mcm nih. Yang kedua pulak, kalo 'dia' merajuk sebab nak benda...(gelang ke?...cincin ke?...pinggan magkuk ke?...mangkuk ayun ke....?) bagi jek lah...Abis cerita.Mesti cair punye...hahahah.

TAPI...kalo dah hobinye memang kaki merajuk...memang payah mcm nih. Saya pun tak pandai berdepan dengan org mcm nih. Dia angin satu badan.. Pernah tak dengar orang kena angin satu badan? Haaa, kalo tak penah, meh la dengar kat blog nih..heheh. Orang yang angin satu badan ni memang susah nak baca.

Habis nak buat macamana lagi? haaaa, tang ni, kalo dah rasa macam tak ada jalan lain, apa kata kita bior jek la... anggap jek la tu hobi dia...Hobi orang mana boleh kita sibuk-sibuk masuk campur.hehe. Paling tinggi pun kita boleh komen ek. Dia nak terima ke, tak ke...terpulang pada dia..

Bila dia dah tengok semua org 'minggir'(menjauhi) dari dia, lama-lama dia paham. Tak yah kita nak pening-peningkan kepala kita nih....Baik kita dok pikirkan cukup bulan ni nak bayar duit keta ke...duit astro ke..., duit api/air ataupun bil handphone....

KITA MENENTUKAN JALAN HIDUP KITA


Pernahkah kita mengikut naluri dan gerak hati kita..sebelum membuat sesuatu keputusan penting dalam kehidupan kita...

Sudikah engkau katakan, jalan mana yang harus aku tempuhi dari sini ?
itu bergantung kesepakatan arah mana yang ingin engkau tempuhi
Saya tidak peduli ke arah mana
Kalau begitu , tempuh saja jalan yang engkau suka

Seorang pendita tinggal dikawasan pergunungan
Kehebatan pendita ini dia dapat meneka apa
sahaja soalan yang diberikan kepadanya.
Datang seorang pemuda yang mahu menguji kehebatan pendita ini.Pemuda itu membawa seekor burung
lalu bertanya kepada pendita tersebut
samada burung ditangannya hidup ataupun mati.
Pendita tidak menjawab. Pemuda ini mencabar pendita tersebut.
Akhirnya Pendita itu menjawab “
kalau saya kata....
burung itu hidup kamu akan meramas burung itu ( hingga mati ) sekiranya aku menyatakan burung itu mati – kamu akan melepaskan burung tersebut.
Jawapannya : di tangan kamu
kamu yang menentu burung itu hidup @ mati.
moral untuk kita
untuk kita adalah pilihan kita - kita yang menentukan : mungkin kadang2 kita terkeliru.tersasar.kemana harus dijadikan pilihan.hitam @ putih.
UNTUK ITU : MARI KITA BUKA SELUAS RUANG UNTUK MENERIMA HAKIKAT
kita tidak sempurna untuk membuat pilihan.
cari kekuatan dan kelemahan diri untuk kita mulakan cerita yang kita memang tidak sempurna membuat pilihan.semuga hari ini pastinya lebih baik dari semalam

BERSAHABAT ITU INDAH SEINDAH PELANGI



Di suatu masa warna-warna dunia mulai bertengkar. Semua menganggap dirinyalah yang terbaik yang paling penting yang paling bermanfaat yang paling disukai
HIJAU berkata:"Jelas akulah yang terpenting. Aku adalah pertanda kehidupan dan harapan.Aku dipilih untuk mewarnai rerumputan, pepohonan dan dedaunan.Tanpa aku, semua haiwan akan mati.

BIRU menyampuk:"Kamu hanya berpikir tentang bumi,pertimbangkanlah langit dan samudra luas.Airlah yang menjadi dasar kehidupan dan awan mengambil kekuatan dari kedalaman lautan.Langit memberikan ruang dan kedamaian dan ketenangan. Tanpa kedamaian, kamu semua tidak akan menjadi apa-apa

"KUNING menjerit:"Korang ni serius ke? Aku membawa tawa, kesenangan,ceria dan kehangatan bagi dunia. Matahari berwarna kuning, dan bintang-bintang berwarna kuning. Setiap kali kau melihat bunga matahari, seluruh dunia mulai tersenyum. Tanpa aku, dunia tidak ada kesenangan."
ORANGE menyusul dengan meniupkan trompetnya:"Aku adalah warna kesihatan dan kekuatan. Aku jarang, tetapi aku berharga karena aku mengisi keperluan kehidupan manusia. Aku membawa vitamin-vitamin terpenting. Pikirkanlah labu, jeruk, mangga dan papaya. Aku tidak ada dimana-mana setiap saat, tetapi aku mengisi lazat saat fajar atau saat matahari terbenam. Keindahanku begitu menakjubkan hingga tak seorangpun dari kalian akan terfikir di fikiran orang.
"MERAH tidak boleh diam lebih lama dan berteriak:"Aku adalah Pemimpin kalian. Aku adalah darah - darah kehidupan!Aku adalah warna bahaya dan keberanian. Aku berani untuk bertempur demi suatu kuasa.Aku membawa api ke dalam darah. Tanpa aku, bumi akan kosong laksana bulan.Aku adalah warna hasrat dan cinta, mawar merah, poinsentia dan bunga poppy.
"UNGU bangkit dan berdiri setinggi-tingginya ia mampu:Ia memang tinggi dan berbicara dengan keangkuhan. "Aku adalah warna kerajaan dan kekuasaan. Raja, Pemimpin dan para marhain memilih aku sebagai pertanda kuasa dankebijaksanaan. Tidak seorangpun menentangku. Mereka mendengarkan dan menuruti kehendakku."Akhirnya
NILA berbicara lebih perlahan dari yang lainnya, namun dengan kekuatan niat yang sama:"Pikirkanlah tentang aku. Aku warna diam. Kalian jarang memperhatikan adaku, namun tanpaku kalian semua menjadi dangkal. Aku mempersembahkan pemikiran dan refleksi, matahari terbenam dan kedalaman laut. Kalian memerlukan aku untuk keseimbangan dan kontra, untuk doa dan ketenteraman batin."Jadi, semua warna terus menyombongkan diri, masing-masing yakin akan kehebatan dirinya.Perdebatan mereka menjadi semakin keras. Tiba-tiba, cahaya halilintar melintas membutakan.Guruh menggegar.Hujan mulai turun tanpa kasihan.Warna-warna sama-sama ketakutan, berdekatan satu sama lain mencari ketenangan.Di tengah suara gemuruh, hujan berbicara:
"WARNA-WARNA , kalian bertengkar satu sama lain, masing-masing ingin mendominasi yang lain. Tidakkah kalian tahu bahawa kalian masing-masing diciptakan untuk tujuan khusus,unik dan berbeza?Berpegangan tanganlah dan mendekatlah kepadaku!"
Menuruti perintah, warna-warna berpegangan tangan mendekati hujan, yang kemudian berkata:"Mulai sekarang, setiap kali hujan turun, masing-masing dari kalian akan membusurkan diri sepanjang langit bagai busur warna sebagai mengingatkan bahawa kalian semua dapat hidup bersama dalam kedamaian.


Pelangi adalah pertanda Harapan hari esok."


Jadi, setiap kali HUJAN turun keras membasahi bumi dan saat Pelangi memunculkan diri di angkasa marilah kita MENGINGAT untuk selalu MENGHARGAI satu sama lain.MASING-MASING KITA MEMPUNYAI SESUATU YANG UNIK, KITA SEMUA DIBERIKAN KELEBIHAN DAN KELEMAHAN UNTUK SALING BERGANTUNG ANTARA SATU SAMA LAIN UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN DI DUNIA DAN SAAT KITA MENYEDARI PEMBERIAN ITU, MEMBERI KEKUATAN VISI KITA, KITA MEMPEROLEH KEMAMPUAN UNTUK MEMBENTUK MASA DEPAN ....Persahabatan itu bagaikan pelangi:Merah bagaikan buah epal, terasa manis di dalamnya.Jingga bagaikan kobaran api yang tak akan pernah padam.Kuning bagaikan mentari yang menyinari hari-hari kita.Hijau bagaikan tanaman yang tumbuh subur.Biru bagaikan air jernih.Ungu bagaikan kuntum bunga yang merekah.Nila-lembayung bagaikan mimpi-mimpi yang mengisi kalbu.


DAN SETERUSNYA KITA MENCARI PELANGI

MASALAH REMAJA....SALAH SIAPA?


Kehidupan Remaja sekarang amat berbeza dengan dunia sekarang, peranan ibubapa dalam ‘menjiwai’ sikap anak adalah salah satu dari strategi untuk membentuk anak menjadi manusia yang berguna untuk keluarga dan masyarakat.

Ibubapa perlu memainkan peranan yang amat penting dan tidak boleh ambil jalan mudah bagi menyelesaikan masalah seperti menghantar anak ke rumah-rumah kebajikan, bila bercerita tentang kebajikan kita merasa sangat sedih bila melihat anak gadis yang umur sekitar 18 baru lepas sekolah terpaksa dibagi kaunseling untuk membaiki diri dengan masalah yang menimpa dirinya.

Pada pandangan saya secara individu berkaitan dengan masalah remaja sekarang ialah merasa amat kecewa dengan segelintir ibubapa yang selalu salahkan anak jika timbul sesuatu perkara yang boleh merosakkan nama baik dia, adakah munasabah perkara ini disalahkan anaknya, masalahnya sekarang anak gadisnya masih muda dan masih memerlukan bimbingan ibubapa untuk terus hidup dalam dunia yang penuh cabaran..Pada pandangan anda sekalian patutkah anak disalahkan atau ibubapa atau juga masyarakat..

salahkah anak..betulkan ibubapa..salah semua..

THE POWER OF LOVE




Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita. Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia tersebut.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.

Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan artinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.

Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki.

Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.

Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.

Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Jika saja kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

CINTA SEJATI?....TERBUKTI KE?



APAKAH anda ingin mengetahui atau menduga sejauh mana pasangan mencintai anda? Berikut adalah petua mengetahui cinta pasangan anda. Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap seperti di bawah ini, itu membuktikan cintanya terhadap pasangan sungguh mendalam

*Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian antara satu sama lain. Selalu berbincang, berjenaka dan selalu bersikap lucu adalah satu komunikasi atau cara berkesan mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.

*Suami isteri yang saling mencintai akan menunjukkan cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari. Ia boleh ditunjukkan dengan membantu menyiapkan kerja peribadi dan rumah tangga secara bersama.

*Pasangan suami isteri yang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta seperti sayang atau ‘I love you’ ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan seperti sayang atau darling.

*Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, dia tidak akan melukai atau menyakiti pasangannya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti: “Kamu tidak pandai mengurus badan” atau “Kamu terlalu gemuk atau kurus.”

*Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.

*Isteri atau suami mencintai pasangannya sesungguh hati yang biasanya perasaan itu kekal dan stabil.

*Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara atau memotong sebelum pasangannya habis berbicara. Dia akan berbicara apabila diminta untuk memberi cadangan.

*Suami isteri sanggup menerima kekurangan pasangan. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya kerana harta dan wang.

*Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara satu sama lain tetapi selalu berkongsi suka dan duka untuk menyelesaikan masalah bersama.

*Pasangan yang bercinta sedar perkara yang merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumah tangga ketika suami letih akan menimbulkan kemarahan pasangannya.

Ciri-ciri lelaki pilihan:

*Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

*Mempunyai ilmu pengetahuan agama.

*Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

*Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.

*Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran.

*Selalu bertaubat dan memperbanyakkan amalan sunat.

*Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela.

*Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik.

*Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf.

*Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isterinya.

Selasa, Mei 19

SEDARKAH KITA….ATAU BUAT2 TAK TAU JE



Seorang pekerja projek bangunan memanjat ke atas tembok yang sangat tinggi. Pada suatu saat ia harus menyampaikan pesan penting kepada rakan sekerjanya yang ada di bawahnya.
Pekerja itu berteriak-teriak,tetapi temannya tidak mendengarnya kerana suara bising dari mesin-mesin dan orang-orang yang bekerja, sehingga usahanya sia-sia saja.
Oleh kerana itu untuk menarik perhatian orang yang ada di bawahnya, ia mencuba melemparkan duit syiling di depan kawannya. kawannya berhenti bekerja, mengambil duit syiling itu lalu bekerja kembali.
Pekerja itu mencuba lagi, tetapi usahanya yang kedua pun memperoleh hasil yang sama.
Tiba-tiba ia mendapat idea. Ia mengambil batu kecil lalu melemparkannya ke arah orang itu. Batu itu tepat mengenai kepala temannya, dan karena merasa sakit, kawannya mendongak ke atas?
Sekarang pekerja itu dapat menjatuhkan catatan yang berisi pesanannya.
Cerita di atas hanya contoh perumpamaan untuk kita yang selalu lupa...
Tuhan kadang-kadang menggunakan ujian ringan seperti sakit, masalah kewangan, banjir atau beban kerja yang tidak terpikul untuk membuat kita beriman kepadaNya. Seringkali Tuhan melimpahi kita dengan rahmat, tetapi itu tidak cukup untuk membuat kita ingat kepadaNya.
Mungkin, agar kita selalu mengingat kepadaNya, Tuhan sering menjatuhkan "batu kecil" kepada kita.

MEMBINA PERHUBUNGAN DALAM PERSAHABATAN TANPA ADA SYARAT…CUMA PATUHI ETIKA..AGAR PERSAHABATAN YANG DIBINA SENTIASA SEGAR DAN SENTIASA KUKUH.



Dalam kita menjalinkan persahabatan tentu kadangkala ada masalah atau problem yang melanda. Ini berlaku kadangkala kerana tiada persefahaman atau saling tidak mengalah. Dalam mencari penyelesaian ini, marilah kita sama-sama merenung dan beramal bagaimana untuk mengeratkan persahabatan kita.
1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.
2. BERTERUS TERANG
Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman - teman di sekelilingmu. Cuba berbincang dan berterus terang agar masalah yang membelenggu dirimu akan selesai dan jangan meninggikan suara ketika berbincang.
3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas dan jangan terlalu berkira dengan orang lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.
4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah orang disekelilingmu dan sudah tentu orang lain juga akan menghormatimu.
5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yang jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh - jauh sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.
6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resepi utama dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.
7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yang pemaaf sekiranya teman baikmu menyinggung perasaanmu. Dan ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yang mulia. Malah dia dapat memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.
8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting untuk membina sebuah perhubungan yang murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu dan orang lain. Namun usah mengharapkan hanya orang lain yang perlu bertolak ansur dengan kamu dan dalam masa yang sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tidak adil namanya!
9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata dan jangan terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.
10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama lain.Teguran hendaklah secara baik dan bukannya dengan melulu dan mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yang mulia?
11. AMBIL BERAT
Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada disisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar dan tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan dan sedikit beban masalah yang ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jangan nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yang perlu diselasaikan!
12. SALING BERHUBUNG
Jauh di mata, dekat di hati. Walaupun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak dan kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dengan bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.
13. BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah yang berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah dan bermaaf-maafan agar kekeruhan yang melanda akan jernih semula.

SEKADAR RENUNGAN



Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!

Sabtu, Mei 16

HADIAH HARI GURU ...Khas utk semua Jurutera Pembinaan Negara bangsa Yang Cemerlang Sahsiah dan Akademik



SEWAKTU aku memandang wajah pelajar itu, aku teringat luahan ibu, "Hari ini manusia memerlukan wang untuk mendapatkan pendidikan, bukan lagi memerlukan pendidikan untuk mendapatkan wang." Kata-kata itu dilafaz sewaktu aku menyatakan hasrat nak melanjutkan pelajaran ke universiti.Hari ini, aku benar-benar mengakui kata-kata ibu. Anak gadis itu menjadi bukti kata-kata ibu. Dulu, aku menganggap kata-kata itu keluhan semata-mata, tetapi hari ini aku benar-benar meyakini hal itu. "Maaf cikgu, saya masih belum dapat bayar. Bapa minta saya sampaikan salam pada cikgu dan dia minta tangguh bayaran itu hingga ke bulan hadapan.""Faizah, sepatutnya tarikh akhir bayarannya adalah seminggu lagi. Saya sepatutnya menyerahkan yuran SPM ini pada akhir minggu ini." Aku mengeluh sambil menangkap anak mata jernih Faizah."Saya tahu cikgu, tetapi bapa berjanji dia akan melangsaikan akhir bulan ini."Wajahnya mengharap simpati.Aku mencongak-congak akhir bulan itu. Hari ini baru awal bulan. Lebih kurang tiga minggu lagi. Aku menggeleng-geleng kepala. "Baiklah, awak balik dulu. Saya akan usahakan nanti." Aku menyandar dan kata-kata ibu menyerkap benakku.Faizah beredar dari bilik guru itu. Cikgu Aida datang menghampiriku. "Mengapa?" Tanya cikgu lepasan UKM itu. Wajahnya ghairah untuk mengetahui. Aku tersenyum melihat kerut pada dahi Cikgu Aida. Setiap kali ada pelajar perempuan yang datang berbual-bual denganku, pastilah dia tidak segan-silu bertandang ke mejaku. Adakah wanita itu cemburu melihat kemesraanku dengan pelajar perempuan? Atau yang lebih tepat adakah wanita itu menaruh hati padaku? "Mengapa?" Aku ingin menduga perasaannya. Dia mengerut dahinya lagi. "Mengapa mengapa?" Dia kebingungan. "Mengapa cikgu tanya?""Oh, tidaklah. Saya pernah mengajar Faizah. Sejak tingkatan dua lagi. Waktu PMR dia bermasalah kewangan sehingga terlambat membayar yuran peperiksaan. Lewat sebulan dari tarikh yang dijanjikan." Cikgu Aida mengukir senyuman. Senyuman itu untuk akukah? Atau ada kilasan sindiran? Aku malu sendiri kerana menyangka bukan-bukan. Namun, tindakannya benar-benar ghairah bertanyakan urusan aku, menimbulkan takjub juga. "Sekarang masalah sama?" soal Cikgu Aida apabila tidak mendapat respons daripadaku. Aku mengangguk-angguk. Aku terdiam seketika seolah-olah menunggu respons lagi daripada Cikgu Aida. Guru-guru lain keluar masuk, sepintas lalu melihat kami berdua. Tentulah pada pemikiran mereka sudah berbunga sangkaan bukan-bukan. Mereka tahu, Cikgu Aida berusaha untuk mendekati aku sedangkan aku sendiri melayan Cikgu Aida biasa sahaja. Biarkan mereka dengan sangkaan itu. "Dulu macam mana yang cikgu buat?" Aku cuba mengorek sejarah Faizah apabila Cikgu Aida terdiam. Barangkali, dia agak malu apabila hanya dia sahaja yang bercakap. Tentulah, diakan masih seorang anak gadis. "Saya terpaksa tangguhkan dulu pembayarannya. Saya cadangkan dahulukan duit saya, tetapi dia berkeras menolak. Katanya, bapa melarang menerima duit daripada orang lain," jelas Cikgu Aida dengan suara separuh berbisik seperti kata-katanya sebentar tadi rahsia besar. Aku tahu mudah benar mengorek rahsia daripada cikgu perempuan ini. Mulutnya tidak lokek untuk memberitahu orang tentang rahsia yang berlaku di bilik guru ini, dan juga rahsia yang berlaku di sekolah ini. Lebih-lebih lagi kepadaku. Aku tersenyum lagi. "Mengapa sampai begitu sekali?" Cikgu Aida mengangkat bahu dan dia tersenyum. Senyuman itu seolah-olah menggoda. Aku meminggirkan perasaan itu. Cikgu Aida kembali ke mejanya. Aku memasukkan duit ke dalam sampul surat. Sampul itu aku letakkan dalam buku Faizah. Sewaktu aku berbuat demikian, kata-kata ibu terngiang-ngiang di telinga, "Hari ini manusia memerlukan wang untuk mendapatkan pendidikan, bukan lagi memerlukan pendidikan untuk mendapatkan wang."Tidak lama kemudian, Faizah datang mengambil buku-buku latihan kelasnya. Dia mampir ke mejaku dengan keadaan malu alah. Dia masih belum dapat membayar yuran walaupun masa yang dijanjikan sudah berlalu. Setelah Faizah beredar dari bilik guru, aku menunggu-nunggu kedatangannya seolah-olah bersiap sedia untuk menerima kembali pulangan daripada Faizah. Seolah-olah aku yakin dia akan menolak pertolongan aku ini. Dan sebenarnya aku sendiri mengharapkan dia memulangkan kembali wang itu supaya perancangan aku untuk bertemu bapanya berjaya. "Apa yang cikgu senyum-senyumkan itu?" Siapa lagi, kalau bukan Cikgu Aida yang menegurku. Aku tersengih sambil menggeleng. "Macam mana? Faizah sudah membayar yurannya?" Tanya Cikgu Aida dengan senyuman tetap menggoda. "Setakat ini belum lagi. Tunggulah nanti, saya yakin dia dapat melangsaikan juga bayarannya." "Kalau sudah tidak mampu, elok berhenti sekolah sahaja. Orang macam dia tu bukan payah nak cari kerja. Rupa ada. Lebih elok terus dikahwinkan." Luah Cikgu Aida dengan nada jengkel. Aku tidak tahu ke mana jengkelnya tumpah. Aku terdiam. Kata-kata itu bagaikan petir yang membelah bumi. Bagiku, kata-kata itu tidak sepatutnya diucap seorang pendidik seperti Cikgu Aida. Tiba-tiba perasaan benci mula mendadak menyerang diriku. Cikgu Aida tidak patut mengatakan demikian. "Kalau golongan pendidik macam kita pun beranggapan begitu, alahai, macam manalah masyarakat kita hendak berubah." Sindirku sambil mengambil buku dan berpura-pura memeriksa. Cikgu Aida terkesan dengan sindirian tersebut. Dia meninggalkan aku keseorangan. Biarlah, biarlah hatinya terasa pada hari ini. Esok lusa nanti dia akan mengerti bahawa golongan pendidik tidak sepatutnya meletakkan wang setaraf dengan pendidikan. Dua benda saling berkait tetapi tidak harus dikembarkan. Pagi itu, lewat daripada yang aku jangkakan, sewaktu aku sampai ke bilik guru, Faizah sudah tercegat menantiku. Aku tidak menghiraukannya, terus masuk dan duduk. Faizah mendekati mejaku. Perlahan, dia meletakkan sampul surat. Dia memulangkan duit pemberianku. "Bapa sampaikan ucapan terima kasih. Bapa pohon maaf kerana tidak dapat menyediakan bayaran. Bapa kata lebih baik saya berhenti daripada terhutang budi."Kata-kata itu bagaikan halilintar membelah bumi. Lebih pedih daripada kata-kata Cikgu Aida semalam. Aku mengesan ego seorang bapa dan aku memerhati pilu seorang anak. Mata Faizah berkaca. Seperti terlupa untuk mengucapkan salam, dia lari dari situ. "Faizah! Saya perlu jumpa dengan bapa kamu." Aku bangkit sehingga kerusi terdorong ke belakang dan jatuh. Faizah terhenti dan tersentak. Dia menggeleng-geleng kepala. "Tidak perlu. Saya sudah menghantar surat berhenti sekolah kepada pengetua pagi tadi. Saya hanya datang untuk mengucapkan terima kasih atas kebaikan cikgu." Suara Faizah tersekat-sekat dan matanya berkaca. Aku tahu dia sebak. "Tetapi…" Faizah berlari dari situ. Guru-guru yang lain terkejut dengan drama pagi itu. Masing-masing melontarkan pandangan ke arah aku. Cikgu Aida juga memandangku tajam. Aku tidak tahu maksud pandangan itu, cemburu atau mengejek atau barangkali simpati? Hari itu aku gagal mengesan Faizah. Benarlah, dia sudah berhenti sekolah. Aku bertemu dengan pengetua. Dia sendiri gagal untuk memujuk Faizah meneruskan persekolahan. Namun, aku merasakan pengetua sendiri tidak ikhlas memujuk Faizah. Yang penting, Faizah belum berdaftar untuk SPM dan apa-apa terjadi, keputusan SPM sekolah tidak akan terjejas. Aku memandang jueh pandangan pengetua sebegitu. Namun, aku tidak menyanggahnya. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. Cuma aku berjaya mendapatkan simpati pengetua menunda surat berhenti sekolah itu. Akhirnya, aku memberanikan diri ke meja Cikgu Aida; suatu tindakan yang tidak pernah aku lakukan sebelum ini. Barangkali, Cikgu Aida berbangga dengan kejadian itu. Cikgu Aida merenungku, seperti yang aku selalu buat apabila dia mampir ke mejaku. "Cikgu, saya mahu minta tolong." Aku memandangnya dan mencari simpati pada wajah putih bersih itu. Cikgu Aida tersenyum, senyuman kemenangan. "Apa dia?" Dia merenung tajam sehingga pandangan kami saling bertaut. Aku melihat air matanya jernih. Sinar apakah itu? "Bawa saya ke rumah Faizah. Pelajar-pelajar saya seorang pun tidak pernah ke rumah Faizah. Tetapi mereka kata cikgu pernah sekali dulu ke sana." Aku menolak getaran di dada. "Cikgu benar-benar mintakah?" tanya Cikgu Aida sambil melebarkan senyuman. Kalaulah tidak kerana aku ingatkan Faizah, nescaya aku meninggalkan guru perempuan itu sekarang juga. Soalannya bagaikan satu isyarat kemenangan besar baginya. Kemenangan untuk menundukkan keegoanku selama ini. Namun, biarlah aku tebalkan muka pada hari ini. Kata-kata ibu semakin kuat kedengaran di gegendang telinga. "Ya. Hanya cikgu yang dapat menolong saya." Aku mengetap bibir seperti menyatakan kekalahan. "Baiklah. Malam nanti cikgu ambil saya di rumah." Cikgu Aida akur dengan pandangan lembut. Sinar matanya persis pandangan ibu. "Tetapi mengapa malam?" Aku kaget. "Mengapa? Cikgu takut kena tangkap basah?" Gurauan Cikgu Aida menakutkanku. Aku pura-pura tersenyum. "Dengan orang yang secantik cikgu, tentulah bimbang!" Biarkan aku mengusik begitu sehingga dia benar-benar ingin menolongku. Cikgu Aida tersenyum. "Ayahnya hanya ada di rumah pada waktu malam. Kalau kita pergi petang begini, alamak kita terpaksa menunggu di tepi pantailah. Cikgu tentu tidak mahu 'berkelah' dengan saya," rajuk Cikgu Aida. Mulutnya memuncung. Aku meninggalkan Cikgu Aida selepas mengucapkan terima kasih. Biarkan Cikgu Aida berbunga-bunga hatinya mengenangkan kemenangan itu. Apalah sangat kekalahan itu berbanding kemenangan mengembalikan Faizah ke alam pendidikan. Kata-kata ibu masih keras di telinga.Aku dan Cikgu Aida sampai ke rumah itu setelah hari benar-benar gelap. Rumah itu bukanlah benar-benar sebuah rumah dalam pengertian yang sebenar. Dindingnya adalah daripada papan lapis yang sudah terlalu uzur dan lama. Malah, sudah pun didiami oleh bubuk kayu. Warnanya sudah kelabu kehitam-hitaman. Atap rumah itu diperbuat daripada anyaman daun rumbia kering yang aku kira sudah bocor di sana-sini. Rumah itu terlalu dhaif, sepatutnya sudah tidak ada ketika Malaysia berkira-kira mahu menjadi negara maju. Seorang lelaki berada di muka pintu rumah. Dia sudah lama di situ kerana jalan yang becak dan berlopak-lopak yang masuk ke situ hanya menuju ke rumahnya sahaja. Sudah tentulah dari jauh lagi, dia sudah menyedari kedatangan kami. Aku memberi salam dan menyebut namanya. Pak Samad termangu-mangu kerana aku mengenali namanya. Masakan tidak, aku guru kelas anaknya [bekas guru kelas sebenarnya]. "Saya Cikgu Amirul Ummar, guru kelas Faizah. Dan ini Cikgu Aida." "Oh. Faizah selalu bercerita tentang Cikgu Amirul." Pak Samad angguk berpuas hati. Aku menjeling Cikgu Aida, dia melirikkan pandangan ayu itu. Aku mengesan cemburu pada sinar itu. Ah, wanita ini! Aku naik ke rumahnya. Ruang tengah rumah itu hanya berbilik satu. Itu pun bilik itu dibentuk oleh kain yang sudah uzur dan berlubang di sana sini. Rumah itu hanya berpelita minyak tanah, tidak ada kemudahan elektrik. Aku terkedu dalam negara sibuk membincangkan Wawasan 2020, masih ada rumah tidak dilengkapi kemudahan asas itu. "Saya datang ni untuk berbincang pasal Faizah." Aku memulakan bicara. Pak Samad mengisarkan punggungnya. Aku lihat air mukanya berubah. Barangkali dia tidak senang hal anaknya dibangkitkan. "Maaflah cikgu. Saya terpaksa berhentikan Faizah. Adik-adik dia tu ramai lagi. Dengan tulang empat kerat ni, saya tak berdaya untuk menyekolahkan Faizah." Suara itu sebak. Namun, aku tahu Pak Samad tidak akan menangis kerana dia seorang yang ego. "Tapi bukanlah waktu sekarang. Tahun ni Faizah akan SPM. Dia ada potensi untuk berjaya dan melangkah ke universiti. Rugilah kalau kemampuannya itu disia-siakan." Suasana senyap sunyi. Hanya berbunyi cawan bertingkah di dapur. Barangkali Faizah dan ibunya sibuk di dapur. Tidak lama kemudian, Faizah keluar dari balik tabir menantang dulang. Dia menghidangkan air teh. "Maaflah cikgu, teh kosong sajalah. Minumlah." Wajah Faizah pilu. Perbualan kami terganggu. Aku mengangguk-angguk. Aku menghirup teh wangi itu. Suasana sunyi seketika ketika kami menikmati teh panas pada malam yang dingin itu. Aku tidak tahu sama ada Cikgu Aida, anak kota kosmopolitan betah berada begitu. "Bukan saya tak tau cikgu. Tapi apa yang saya nak buat, kami ni orang miskin. Tak terdaya nak menyekolahkan semua anak-anak kami. Biarlah setakat sekolah menengah sahaja, cukuplah. Bolehlah nanti Faizah kerja kilang." Ternyatalah Pak Samad masih berkeras."Saya sanggup dahulukan wang saya untuk yuran SPM Faizah." Kata-kataku itu membuatkan Pak Samad tersentak. Wajahnya mula berubah menjadi tegang. Dia tampak kurang senang apabila aku menimbulkan soal wang itu. Benarkah Pak Samad terlalu ego? "Maaflah cikgu. Saya tak dapat terima budi cikgu." Tolak Pak Samad dengan suara sedikit keras. "Tetapi mengapa? Saya ikhlas pak cik." Aku tidak mahu masa depan Faizah musnah hanya kerana ego seorang bapa. Cikgu Aida hanya mendiamkan diri. "Dua orang kakaknya terpaksa saya kahwinkan kerana terhutang budi, Cikgu…"Pak Samad sebak. Faizah tunduk. Barulah rahsia keegoan seorang bapa terlerai malam ini. Rahsia yang tidak berjaya disingkap Cikgu Aida, tidak juga pengetua, dan tidak juga cikgu-cikgu yang lain. "Kerana menerima budi orang lain dan tidak dapat membalas budi tersebut, mereka meminta anak-anak saya. Dua orang kakaknya sudah hilang daripada keluarga kami. Hilang dan tak akan kembali. Saya tidak mahu peristiwa itu berulang lagi pada Faizah. Biarlah dia begitu daripada…" "Pak cik seperti meragui keikhlasan saya." Aku tidak sepatutnya mengucapkan demikian. Cikgu Aida merenungku bagaikan mahu menyatakan aku silap. Biarlah, seorang bapa yang ego perlu diajar begitu. "Maaf cikgu. Saya terpaksa berhati-hati." Aku mengeluh. "Pak cik fikir saya menaruh hati pada Faizah?" Desak aku meneruskan keterlanjuran bicara. Pak Samad merenungku. Aku bagaikan mengerti renungan itu bagaikan menduga keikhlasanku. "Dari cara Faizah bercerita cikgu mengambil berat tentang dirinya, pelajarannya, saya tidak dapat menolak kemungkinan itu. Apatah lagi cikgu masih belum kahwin dan muda lagi." Pak Samad nyatalah berterus-terang. Aku senang begitu. "Saya mengambil berat atas dasar saya gurunya dan dia pelajar." Sangkalku dengan suara lembut. "Tetapi mengapa dilebihkan Faizah?" Sanggah Pak Samad. Dia mengetap bibir. Nyatalah keraguannya terlalu tebal. Prasangkanya terlalu hebat. "Kerana Faizah mempunyai potensi untuk cemerlang. Malangnya, Faizah tidak berkemampuan. Sebab itulah saya melebihkan tumpuan kepada Faizah. Pelajar saya yang lain juga berpotensi, tetapi mereka mampu mendapatkan kemudahan. Tidak Faizah." Biarlah malam itu menamatkan keraguan dan prasangkanya. "Saya… saya…" Pak Samad hilang kata-kata. Barangkali, dia terkedu dengan keraguannya sendiri. "Lagipun, saya dan Cikgu Aida sudah merancang untuk berkahwin!" Bukan sahaja Pak Samad dan Faizah yang terkejut, bahkan Cikgu Aida sendiri tersentak. Mujurlah wanita itu dapat mengawal diri. "Benarkah cikgu?" Pak Samad menghalakan pertanyaannya kepada Cikgu Aida. Cikgu Aida terkejut. Dia mengatur bicara. "Ya… ya… kami merancang untuk berkahwin bulan depan."Kali ini aku pula yang terkejut dengan keterlanjuran Cikgu Aida. Apabila aku mengalih pandangan ke arah Cikgu Aida, wanita itu tersenyum. Barangkali mahu menghukum aku atas keterlanjuran tadi. Nampaknya, kami saling berperang antara satu sama lain. Atau mungkinkah kami saling bertarik-tali? Namun, aku tidak ada pilihan lain untuk meyakinkan Pak Samad selain daripada mengakui perhubungan dengan Cikgu Aida. Pak Samad kelihatan mengendur. Aku mengesan keraguannya semakin terhakis. Dia menatap wajah Faizah, bagaikan melihat kesayuan yang ada pada anaknya itu. "Biarlah, buat sementara waktu ini, andainya Pak Samad tidak keberatan, kami berdua menanggung perbelanjaan Faizah. Awal perkahwinan kami pastinya tidak menggunakan wang yang banyak. Sempatlah kami menanggung Faizah sehingga Faizah melanjutkan pengajiannya di universiti nanti. Di universiti nanti, sudah disediakan kemudahan pinjaman wang." Aku memandang wajah Pak Samad yang serba-salah itu. Biarlah juga keterlanjuran kata-kata itu, aku panjangkan lagi untuk menundukkan keegoan Pak Samad, menyelamatkan masa depan Faizah dan menguji Cikgu Aida. Pak Samad mengangguk-angguk kecil. Aku yakin, usahaku pada malam itu telah berjaya. Tentunya dengan pertolongan Cikgu Aida. "Kami minta diri dulu. Tak elok kalau saya hantar Cikgu Aida lewat malam. Walau sudah bertunang, tentu masih tidak manis." Ujarku menduga Cikgu Aida. Cikgu Aida tersenyum mengiyakan. Namun, aku kira pandangannya seperti mahu menerkamku. Pak Samad mengangguk buat kesekian kalinya. Anggukan yang bagiku sudah cukup memberikan kemenangan kepadaku. "Surat berhenti yang Faizah serahkan kepada pengetua ada di tangan saya. Kalau Faizah ke sekolah esok, dan saya berharap benar-benar Faizah ke sekolah esok, maka surat itu saya akan lupuskan." Tambahku ketika bersalam dengan Pak Samad. "Terima kasih cikgu." Ucap Pak Samad dengan suara yang kendur. Faizah hilang bicara. Matanya berkaca, lalu pecah berderai tangisan dalam diam. Aku kira air mata itu adalah ucapan terima kasih yang tidak ternilai. Sewaktu dalam kenderaan, Cikgu Aida tersenyum. "Benarkah?" dia bertanya. Aku ketawa berdekah-dekah. Cikgu Aida bungkam. "Kepujian kelas pertama, Jurusan Kejuruteraan Elektrik, Faizah binti Abdul Samad."Faizah naik ke pentas. Hari ini, Faizah sudah bergelar graduan. Aku terngiang-ngiang kata-kata ibu, "Hari ini manusia memerlukan wang untuk mendapatkan pendidikan, bukan lagi memerlukan pendidikan untuk mendapatkan wang." Aku duduk di kerusi tersenyum. Barangkali kata ibu benar, tetapi nyatalah aku membuktikan bahawa manusia juga memerlukan budi untuk mendapatkan pendidikan! Aku meraih tangan isteriku, Aida. Isteri yang aku dapati sewaktu aku cuba memberikan budi dengan ikhlas kepada Faizah. Barangkali, Cikgu Aida adalah hadiah yang paling awal aku terima sebelum aku sempat berbudi kepada Faizah