Ahad, September 27

LELAKI MENANGIS..HILANG KE KEJANTANANNYA...?



Jarang sangat kita melihat lelaki menitiskan air mata tetapi sebenarnya mereka pun menangis. Mungkin kaum lelaki selalu memikirkan egonya, apalagi ingin menangis di depan kaum perempuan sudah pasti tidak sanggup. Ramai lelaki tidak mengakui bahawa sebenarnya hati mereka mudah tersentuh, mata mudah bergenang, terharu dan tersendu. Mereka berpendapat bahawa lelaki yang menangis tidak macho atau jantan. Apakah benar tanggapan ini? Lelaki adalah manusia yang mempunyai emosi dan rasa sehingga akan menitiskan air mata apabila mereka mengalami kesedihan yang amat sangat.

Semua itu mereka tepis kerana kalau menangis mereka akan dilihat tidak macho. Emosi, suka, gembira, duka, patah hati sebenarnya tidak ada kaitannya dengan macho atau kejantanan. Lelaki juga berhak untuk menangis dan itu adalah sifat manusia yang punya hati dan perasaan sama ada untuk meluahkan kegembiraan atau kesedihan..Tetapi menangis adalah satu tindakbalas normal setiap manusia. Tidak kira lelaki ataupun perempuan, kedua-duanya memiliki hak yang sama untuk merasa sedih sehingga menitiskan air mata.

Ada bermacam-macam jenis `menangis’ dan semuanya memiliki kaitan dengan faktor psikologi, kimia dan komposisi hormon. Mata juga boleh bergenang, berair dan merembeskan air mata saat memotong bawang di dapur. Tetapi air mata mengalir keluar saat kita mengalami rasa sedih, terkilan atau sekadar mengenang kembali kenangan lama dan pengalaman pahit.

Air mata yang bergenang adakalanya diikuti dengan tangisan yang lebih kuat hingga tersedu-sedu seperti kanak-kanak. Dengan menangis maka perasaan tertekan akan terasa lega. Inilah yang dikatakan ‘tangisan yang berkesan’ kerana mampu memberi kesan yang baik pada emosi seseorang begitu juga saat kita gembira dengan ketawa. Jadi janganlah malu untuk menangis kerana itu tidak ada kaitan dengan kejantanan seorang lelaki. Kalau kita tidak ingin dilihat lemah oleh pasangan atau kawan, kita boleh lakukannya di bilik bersendirian. Jadi tidak ada yang tahu kan? So...kalau ingin menangis.. menangis lah...jangan dipendam dalam hati kerana menangis akan melegakan emosi dan memberikan suatu kepuasan untuk diri kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan