Isnin, September 7

Renungan : Doa Anak-Anak Makbul



Terima kasih..sahabat2 sekelian kerana tidak jemu melayari blog saya ni..kali ni saya cuba selitkan beberapa bahan untuk renungan demi kebaikan bersama. Bersama-sama kita berkongsi apa yang baik untuk diri kita sendiri mahu pun orang lain yang seagama. Entry ini berkaitan dengan doa dari anak-anak yang ditujukan kepada bakal atau yang telah menjadi bapa dan ibu.
Lazimnya, kita pantang bila anak menegur walau pun kita tahu kita dalam situasi bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Saiyidina Umar pernah berkata, “kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima“.
Rasulullah juga begitu. Kalau berjumpa anak-anak kecil, baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Kita renungkan bersama, sedangkan rasul sendiri melayan anak-anak seperti itu apatah lagi yang hanya manusia biasa.
Lagi pun kanak-kanak menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tak endah. Perasaan mereka juga mesti dihargai. Ada sesetengah dari kita kurang ambil tahu pasal anak dan kurang juga bercakap serta meminta pandangan mereka. Kalau tegur anak pun melalui ekor mata dan herdikan. Ibubapa jenis apakah itu!?
Percayalah si anak bakal dan akan rasa tersisih serta mereka akan merasakan seperti tidak dihargai. Mereka akan beralih arah di mana mereka akan mengadu kepada rakan-rakan. Kalau kebetulan kawan baik tak mengapa tapi sebaliknya dan mengumpan kepada gejala sosial yang lebih parah dan membawa padah!
Sayangilah anak-anak kita dengan penuh keikhlasan dan selalu berhubung dengan mereka. Buatkan mereka rasa dihargai dan mereka gembira punyai anda sebagai ibubapa mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan