Rabu, September 2

INI KISAH BENAR KE REKAAN? ..NTAH EKK.LU PIKIR LE SENDIRI...


Cite benar atau rekaan tu semua xpenting ..kerana apa yang lebih penting jika situasi itu terjadi pada diri kita..adakah kita akan mengambil tindakan yang betul dan tepat..agar semua tiada insane yang terluka..betul ke kasih dan sayang tu sentiasa cukup jika dibahagikan kepada seberapa ramai pun insan2 yang kita sayang dalam dunia ini…adakah kita dianggap tidak setia dan bersalah jika menyintai orang len selain isteri kita yang pertama. Apakah alat yang dapat menyukat tahap kesetiaan seseorg…adakah jika kita sentiasa bersamanya hingga ke akhir hayat dianggap seorang yang sangat setia pada pasangan kita…? Madu memang suatu yang amat ditakuti oleh semua orang wanita…walaupun pada hakikatnya bila kita sebut je madu terbayang pada fikiran kita sesuatu yang manis, berkhasiat dan ubat kepada banyak penyakit di dunia ini. Bila sebut bermadu…ada isteri secara automatik lebih rela jadi janda dari berkongsi kasih ngan perempuan len..adakah bercerai itu satu penyelesaian terbaik demi anak2….
Mungkin ramai yang panas telinga jika membaca entry aku kali ni….aku bukannya ingin menegakkan benang yang basah tapi ingin melontarkan idea dan pandangan. Tidak salah kita mengeluarkan pandangan dan bertikam lidah dalam sesuatu perkara kerana ngan cara itu kita akan dapat mencari jalan terbek dalam menyelesaikan sesuatu masalah kehidupan.
Kadang kala sikap dan pandangan negatif di kalangan masyarakat tentang konsep bermadu…dan keseronokkan media massa & elektronik memaparkan keburukan dan kegagalan insan2 terpilih bermadu..menjadi igauan buruk kepada semua wanita…pada hakikatnya tidak semua lelaki itu tidak bertanggungjawab, suka ambil kesempatan, tidak setia dan curang. Masih ramai juga lelaki2 yang baik dan penuh rasa tanggungjawab di luar sana.

Satu lontaran soalan ingin diajukan pada sahabat2 saya di kalangan wanita..kan lebih bek si suami berkahwin len secara sah, kerana ikatan perkahwinan menunjukkan si suami serius dalam perhubungan dan mengikut saluran agama daripada berlaku curang di belakang isteri seperti bersekedudukan tanpa ikatan yang sah…

Kali ini aku nak kongsikan satu cerita tentang seseorg yang baru je aku kenal rapat..dulu2 kenal jugak tapi gitu2 je..Sejak dulu lagi aku suka tengok dia..cara dia jalan, bercakap, berpakaian dan segalanya pasal dia…tp aku memang akui ingin sangat kenal rapat ngan dia ni..tapi..dia mcm x amik peduli kehadiran aku yelah ngan imej aku yang berkepala botak dan simple ni , tidak sedikit pun menarik perhatiannya. Kadang-kadang bile fikirkan masa tu kecik betul ati kat dia ni…
Dari segi akademik dia ni boleh dikatakan golongan terpelajar sbb lulusan universiti, rupa pun ada, pendek kata pakej lengkap dan agak menarik. Cerita sedih yang berlaku pada dia ni aku ikuti dari semasa ke semasa..walaupun aku xdelah mengupah Mamat Skodeng jadi spy untuk mengetahui cerita dia lebih lanjut. Adalah aku curi-curi dengo perbualan
Rakan-rakan baik dia bercerita sesama mereka pasal dia..sedih gak..kenapa terjadi camni ekk..orang yang sebaik dia pun dikecewakan oleh insan yang tidak tau menilai yang mana intan dan yang mana permata yang berharga.
Oh terlupa ekk aku xbagi tau lagi sapa nama dia..ek..xkan aku nak bagi nama dia bebetul..dia insan yang boleh dikatakan dalam golongan yang aku sayang, jadi aku cuma gelarkan dia R. Aku xtau le sama ada dia perasan ke tidak aku slalu perhatikan dia…Aku bukannya ada niat jahat pun pada..Cuma naluri tu datang secara semulajadi..nak buat camne ekk..sepatutnya sebagai seorg yang ada asas kaunseling aku boleh menghindari perkara2 seperti ini…bukannya aku x cuba utk tidak terjebak. Bila sebut terjebak mcm jahat sangat ekk…bukannya apa Cuma aku takut terjebat dalam jerat percintaan je..hehehe

R..dia perlukan bukan seorang kekasih cuma perlukan rakan utk meluahkan rasa hati, berbual di saat dia memerlukan seorang sahabat untuk mendengar masalah yang dihadapinya..sebenarnya aku takut sangat sebab aku lelaki dia plak perempuan…malah aku plak ada sedikit perasaan lebih dari seorg sahabat terhadapnya aduhai nak buat camne…menurut katanya dia suka bercerita ngan aku sebab aku seorg kaunselor dan dia anggap aku sebagai seorang abang je dan aku pon xtau kenapa dia begitu yakin bahawa aku xkan dedahkan segala apa yg diceritakan kepada org len…tapi masalahnya aku plak tak yakin mampu ke aku beranggapan sedemikian terhadapnya. Kadang-kadang bile dia nyatakan hasrat atinya, minatnya pada seseorang buatkan aku cemburu, kecik ati dan rasa terancam…harus ke seorang kaunselor berperasaan sedemikian…
Etika seorang kaunselor perlu bersikap stabil dari segi emosi dan tidak menjalinkan sebarang perhubungan yang melebihi hubungan antara klien dan seorg kaunselor..aku telah melanggar etika ni…apa yang sangat aku bimbangkan ialah setiap keputusan yang aku cadangkan padanya tidak mengikut pertimbangan yang waras dan lebih dipengaruhi factor emosi aku terhadapnya.

Semakin lama mengenali lebih rapat dengan R membuatkan aku semakin keliru..dengan banyak benda…adakah dia sekadar menguji etika aku sebagai seorg kaunselor, dia berdendam ngan semua kaum lelaki akibat kegagalannya dalam percintaan atau dia benar2 ikhlas meminta nasihat dan memerlukan aku sebagai seorg sahabat…

Aku tahu di sebalik senyumannya yang manis dan menawan dia menyimpan kesedihan yang hanya dia yang tahu..tapi aku yakin dia benar-benar tabah dalam menghadapi liku2 kehidupan ini berdasarkan kegagalan percintaan yang lalu. Pengalaman itu amat berguna dan membuat dirinya semakin matang dan amat berhati2 dalam menjalinkan sebarang perhubungan ngan lelaki len selepas ini…

Kalu anda semua jadi aku ..apa tindakan yang sepatutnya aku buat..bagi le cadangan…

(bersambung – tunggu le sambungan part 2..)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan