Sabtu, September 26

Mudahnya mendapat yang soleh / solehah jika...




‘Jadilah lelaki yang soleh, insyaAllah akan muncul seorang yang solehah sebagai pasangan hidupmu’

Wanita yang solehah tetap menjadi idaman semua lelaki, walau jahat sekalipun tetap mendambakan pasangan yang soleh buatnya.

Betapa sukarnya mencari wanita yang solehah. Tak perlu nak highlight kan lagi ciri-ciri nya, yang penting pastikan bukan luar saja yang cantik tapi sifat dalaman sekali.

Tapi menilai pada luaran belum tentu lagi isi dalamnya juga baik. Susah nak mengukur dan meneropong iman dan taqwa orang lain.dalam buku ni saya ketemu cara yang mudah iaitu jadikan diri anda soleh dahulu maka akan hadirlah yang solehah yang diidamkan. Persoalannya, apakah kita telah menjadi seorang yang soleh atau sedang berusaha menjadi soleh? Padankah sifat-sifat yang soleh dengan diri sendiri?

Kaedah yang paling tepat untuk mendapat kan yang soleh/solehah kuncinya terletak pada diri kita sendiri. Malulah dengan Allah kalau kita ni sering berharap agar diketemu dengan jodoh yang baik tapi diri kita tidak baik.

Jadi, untuk menamatkan penantian akan kedatangan wanita/lelaki soleh itu dengan cara pembinaan ciri-ciri seorang yang soleh pada diri, insyaAllah akan tiba jua nanti.jika kita menjadi soleh, maka solehah akan muncul dengan sendirinya. Jadilah soleh bukan carilah solehah!.

Ubahlah diri untuk merubah orang lain.
“..dan wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik…”(An-Nur:26)

Namun kalau belum ketemu, bisikkanlah ke dalam hati..
“Aku belum lagi menjadi soleh, sebab itu Allah belum kurniakan aku seorang wanita yang solehah sebagai isteri”

Tips mendapat isteri solehah solehah :

Jadikan diri calon suami yang soleh
Bina sahsiah lahiriah seorang lelaki soleh, muhasabah soal hati-ukur iman dan takwa
Jaminan Allah-lelaki mukmin untuk wanita mukminat
Letakkan piawaian yang tinggi buat diri sendiri
Permudah dan rendahkan sedikit penilaian terhadap calon isteri kerana dia boleh dibentuk dengan pimpinan suami setelah berkahwin.

tips untuk mendapat suami yang soleh juga..:)
ringkasan daripada buku satu hati dua rasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan