Isnin, September 7

Psikologi Mengajar Anak-anak Puasa, Terapkan Sejak Kecil



kaklong dan KakNgahku

Ketika bujang, tanggungjawab lebih kepada diri sendiri dan keluarga besar yakni ibu bapa dan adik-beradik. Namun setelah hidup berumahtangga tanggungjawab semakin bertambah. Semasa bujang kita memegang tanggungjawab sebagai seorang islam hanya separuh dan separuh lagi tanggungjawab adalah setelah mendirikan rumahtangga.
Ok kali ini kita cuba bincangkan mengenai tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk melatih anak-anak berpuasa. Alhamdulillah, bagi aku anak-anak dunia moden sudah banyak didedahkan tentang puasa tidak seperti zaman kita dahulu.
Apa yang aku nampak animasi popular negara iaitu Upin Dan Ipin telah menjalankan peranan mereka. Mereka dapat memanipulasikan kebolehan mereka untuk menarik perhatian anak-anak mengenali tentang puasa. Cuma kita perlu terapkan nilai-nilai murni yang lebih dalam dunia sebenar.
Anak sulung aku berumur 9 tahun sejak umur 5 tahun, puasa tidak pernah tinggal. Alhamdulillah syukur kerana dikurniakan anak yang senang dibentuk. Anak kedua aku sudah berumur 4 tahun sudah mengikut jejak kakaknya walaupun mulai belajar puasa setengah hari.
Kalau kita lihat dari sudut islam, tiada hadis khusus yang mewajibkan anak-anak berpuasa. Yang ada hanyalah secara menyeluruh iaitu menuntut ibadah puasa ke atas orang islam, akil dan baligh (surah al-baqarah ayat 183).
Tetapi yang jelas adalah mendidik mereka tentang solat. Sabda Rasulullah SAW,
“Ajarlah anak-anakmu solat ketika umur mereka 7 tahun dan rotan mereka (sekiranya enggan) pada umur 10 tahun“
Walaupun tiada hadis khusus tentang puasa tetapi sebagai orang islam yang memandang setiap sudut berkaitan, perlulah mulai mengajar anak-anak secara menyeluruh supaya tidak menjadi kesukaran pada masa akan datang.
Seeloknya lenturkan mereka sejak dari kecil, kenalkan mereka dengan ibadah-ibadah yang dituntut islam. Secara psikologi mereka akan ikut jika kita dapat sama-sama wujudkan suasana persiapan untuk menyambut ramadhan perkara berikut,
1. 5 hari sebelum ramadhan sudah mengajar mereka untuk berpuasa. Ini penting supaya mereka tidak terkejut dengan keadaan terutama keupayaan badan mereka.
2. Sama-sama mereka menghias ruang ibadah dan tadarus al-quran. Insya Allah dalam suasana seperti ini mereka banyak berfikir akan kepentingan berpuasa dan ibadah yang berkaitan.
3. Ajar mereka menulis jawi. Contoh paling dekat ialah menulis niat puasa dan niat berbuka puasa. Pendekatan ini berkesan apabila beberapa hari mereka telah dapat menghafal niat-niat tersebut.
4. Membawa mereka pergi ke masjid untuk berterawih. Secara tak langsung mereka didedahkan dengan suasana sebenar sambutan bulan ramadhan dan sudah pasti mereka akan dapat membiasakan diri.
5. Bersama-sama bertadarus dan berjemaah. Apa yang mereka nampak, lama-lama mereka akan ikut. Yalah kalau dah semua seisi rumah lakukan perkara sama, sudah pasti mereka akan ikut. Dan yang paling penting dedahkan mereka dengan perdengarkan bacaan al-quran seperti di televisyen dan radio. Bagi aku contoh terbaik rancangan animasi upin dan ipin dan haiwan tauladan (he3).
Perlu diingatkan ini hanyalah langkah-langkah awal dari sudut pandangan aku kerana bagi aku apa yang ibu bapa buat sudah pasti menjadi rujuakan kepada mereka. Jangan lah duk suruh anak-anak lakukan itu dan ini tetapi diri sendiri tidak pula melakukannya. Apa agaknya yang mereka dikirkan?
Namun perkara yang penting untuk kekuatan mereka berpuasa ialah menyediakan gizi makanan yang sesuai dengan tahap mereka. Makanlah makanan yang punyai serat yang tinggi supaya mereka dapat menahan lapar lebih lama. Jangan sampai ketumbesaran mereka terbantut kerana ingin sangat mereka berpuasa penuh.
Kesemuanya adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa!
Kepada mereka yang masih bujang (he3), mungkin boleh ambil nota (kah3). Sesungguhnya hidup berumahtangga dan punyai anak-anak merupakan perkara yang paling seronok, insya Allah. Ini dapat buktikan keupayaan kita untuk mendidik dan memegang amanah dari Allah ta’ala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan