Sabtu, Mei 9

TIAP HARI PUN HARI IBU



assalamu'alaikum wrt...
Hari Ibu.. Dunia raikan pada 10 Mei setiap tahun.. tapi bagi saya tiap hari pun adalah hari ibu.. Dalam Islam sendiri, kita diajar supaya mendoakan ibu bapa kita, taati dan menjaga mereka selagi mana mereka masih hidup di dunia. Sentiasa ingat pada mereka sudah menjadi satu penghargaan yang amat bermakna buat mereka. Atas segala jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan demi melihat kita berjaya dunia akhirat! InsyaAllah..dikesempatan ini saya nak mengucapkan selamat hari ibu khas untuk 2orang ibu yang hebat dalam hidup saya iaitu...Pn Selamah bt Abdul Rahim dan Pn Aida bt Samat. Walaupun mereka tidak pernah menang mana2 anugerah Ibu Mithali tapi bagi saya mereka berdua ni memang ibu yang hebat yang pernah saya kenal..

entry di bawah ni saya ambil dari email yang dikirimkn oleh seorang kawan saya..

********************************************

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak


Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak


Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak


Bila takut, yang tenangkan aku..... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak


Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak


Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak


Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

3 ulasan:

  1. Yap... Hari2... Hari ibu...
    Hari2 kasih sayang ibu x pernah jemu...
    Entry kat atas tu cukup2 menyentuh hati...
    Sayu plak rasa... Apa pun hanya seorang layak yang bergelar ibu... X ada tukar ganti nyer...

    BalasPadam
  2. tima kasih..saya doakan moga chea_u akan menjadi anak yg hebat dan juga akan menjadi bakal ibu yg hebat..anak2 saya masih camtu lagi..tp dah kurang sikit le cuma huda masih di wad haspital..Ida jaga kalu kalu time waktu melawat ida balik umah sbb menyusukan Uzma(baby) saya ganti dia jaga huda kat hospital..dah ampir seminggu...memang tercabar dan mencabar kesabaran..tp tu lumrah kehidupan..moga semuanya akan kembali normal..doakanlah ye..

    BalasPadam
  3. InsyaAllah... Sama2 lah kita doakan agar anak2 cikgu Murat dan K.aida cepat2 sembuh... Then mama dan papa dia tak delah risau lg :0)... Ayu doakan dr jauh jer... X dpt nak jengok sana... (Subuh tadi K.aida g tau)

    BalasPadam