Ahad, Mei 3

ADAKAH RAKAN SEKERJA MEMBUAT ANDA STRESS



Jika Anda stress bekerja sebab tertekan oleh perangai rakan sekerja, cara terbaik adalah tegur dengan berhemah. Jangan terlalu main berani, kelak memakan diri sendiri.
Nak menegur, cari masa yang sesuai, tempat yang sesuai. Sebelum ngadu dengan bos, dengan penyelia, selesaikan dengan bicara dari hati ke hati dulu. Kalo tu jugak tak selesai, minta orang atas selesaikan.
Ada orang tak bersemangat pergi kerja sebab dia tertekan oleh perangai kawan sekerja. Ada kawan yang suka hentam belakang, pemanas tak tentu pasal, suka mendera atau suka mengenakan, memperbodohkan tanpa mempedulikan perasaan Anda. Ada kawan yang suka ambik kesempatan, dia main tinggal kerja camtu aje, biar Anda sibuk sorang-sorang memperhabiskannya.
Faktor-faktor di atas adalah beberapa faktor yang menjadi penyebab mengapa Anda stress dek perangai kawan di tempat kerja. Bila berada dalam situasi camni, memang susah nak mencari ketenangan. Anda akan makin stress sebab asal sampai di tempat kerja, mesti dia ada kat situ.
Apa nak buat supaya hal ni tak berpanjangan? Anda ada beberapa pilihan untuk mencari ketenangan supaya bebas dari stress. Pilihan pertama, bertukar majikan.
Pilihan kedua, beralih tempat kerja, walaupun di bawah majikan yang sama. Tukar departmen atau tukar jabatan saja.
Pilihan ketiga, berniaga sendiri. Mulakan secara kecil-kecilan dulu, untuk menampung kos hidup dan untuk menyimpan sedikit. Berniagalah apa saja, janji ramai orang mahu. Misalnya, jika dunia ini sejuk, jadikanlah api sebagai pernigaan.
Marah bila dilawan dengan marah, makin besar nyalanya, makin panas bahangnya. Jika Anda stress sebab perangai kawan di tempat kerja Anda, memang susah untuk Anda nak elak. Jika Anda bergaduh dengan dia sebab tak puas hati dengan perangainya, tak ada apa-apa yang akan selesai. Seboleh mungkin, elakkan bergaduh atau perang mulut.
Cara lain, fokus pada apa yang Anda mahu, bukan apa yang membuat Anda stress.
Anda mahu buat kerja dengan tenang. jadi, fokuskan sepenuh tenaga fikiran ke situ. Usah layan stress, tapi layanlah kemahuan membara mahu bekerja dengan penuh ketenangan. Apa yang kita fokuskan, apa yang kita fikirkan selalu, itulah yang akan kita dapat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan