Rabu, Mei 6

KEJAYAAN ADALAH HAK SEMUA ORANG. JADI NIKMATINYA SELEPAS BERUSAHA DENGAN GIGIH



Apa yang saya bakal coretkan nanti, adalah melalui pengalaman saya sendiri, mungkin anda juga mengalami pengalaman yang sama seperti saya, oleh itu anggaplah ia sebagai satu kebetulan.
Jika seseorang itu berjaya, beliau akan dihormati, disanjung dan dipuja, dan sekiranya seseorang itu gagal, beliau akan dipinggirkan. Menyakitkan ? Itu adalah hukum ciptaan manusia, yang dicipta sejak dulu lagi, dan menjadi model atau ikutan kepada generasi seterusnya dan selagi pemikiran ini tidak diubah, pasti ianya akan masih menjadi ikutan, yang mungkin tiada penghujungnya. Siapa yang bersalah? Adakah minda separa sedar anda?
Yang berjaya memang seronok kerana dilayan seperti manusia. Yang gagal berasa kecewa.
Yang gagal, mengapa mesti kecewa?, jika kecewa,anda tidak akan kemana-mana, pastinya akan terus berada di dalam kegagalan dan kemiskinan. Sebaliknya, jika kekecewaan itu ditukar kepada cabaran, hasilnya tentu berbeza.
Manusia mempunyai maruah dan hak. Antaranya ialah hak untuk membangunkan diri, meletakkan diri di masyarakat dan hak untuk mencipta kejayaan.Gunakan hak yang ada untuk mengubah kehidupan dari menyakitkan kepada yang menyenangkan. Ubah persepsi dan sikap anda, yakinlah kejayaan akan menjadi milik anda, kuatkan semangat, lebihkan usaha.
Duduk diam dan mengeluh akan hanya menambah kemiskinan dan kegagalan. Terlebih rehat, terlebih tidur akan hanya menambahkan hutang


Bersaing untuk kejayaan
Iklim berita sejak kebelakangan ini amat menakutkan. Saya merasakan berita yang dikeluarkan kebelakangan ini tidak kira dimana-mana sahaja samada diinternet atau , media elektronik akan memberikan pengaruh yang kurang baik kepada minda, seterusnya akan menarik dan membenarkan sesuatu yang lebih negatif berlaku. Bagi saya ianya amat menakutkan namun saya berharap ianya dapat diubah sebaiknya dengan keizinan ALLAH.
Media tidak kira samada TV dan akhbar berlumba-lumba bersaing memberikan artikel yang terbaik dan paling hebat untuk melariskan jualan , menaikkan rating tentang isu terkini, tanpa mengira kesan yang bakal berlaku kepada negara dan juga rakyat.
Tahniah saya ucapkan atas persaingan ini, semoga minda para pemimpin dan pemilik media ini di edukasi semula kerana merekalah punca sebenarnya yang menyumbang gejala negatif dan tidak sihat kepada negara. Sekali lagi tahniah untuk mereka.
Bercerita soal persaingan saya ingin menyentuh sedikit sebanyak mengenai persaingan untuk kejayaan.
Saya berpendapat persaingan itu amat penting untuk berjaya. Bersaing adalah perlu untuk menjadikan diri kita lebih baik tetapi bukan untuk mengalahkan orang lain.
Kita tidak perlu berusaha untuk mengalahkan orang lain. Mengapa? kerana rezeki sudah disediakan oleh ALLAH , dan juga sudah diatur oleh ALLAH untuk kita. Yang penting kita perlu berdoa (LOA ) dan berusaha (bertindak) untuk mencapai rezeki yang memang telah tersedia untuk kita.
Jadi sentiasalah bersaing dan mencabar diri Anda supaya sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik bagi mencapai setiap apa yang Anda inginkan. :-;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan