Khamis, Mei 7

SENYUM MUDAH BERJANGKIT..TAK CAYA CUBALAH..



Kita senyum. Lihat dan lemparkan ia....pasti berbalas. Walaupun yang menerima itu sedang berduka, resah, marah atau kecewa namun senyuman manis yang dilemparkan tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Nah, itulah kuasa yang ada pada sebuah senyuman yang benar2 ikhlas!
Senyuman tulen lahir dari hati. Ia akan jatuh ke dalam hati orang yang menerima senyuman. Senyuman yang tulen tidak sekadar di bibir, ia melibatkan semua bahagian muka terutamanya bahagian mata. Bagaimana dapat dilihat senyuman yang tulen? -matanya akan mengecil. Yang palsu senyuman terhasil dengan bibir sahaja.

Mengapa melibatkan mata yang mengecil? Pakar bahasa badan, Allen Pease dalam kajiannya mendapati bahagian otot muka manusia bergerak secara berkumpulan apabila individu itu merasai sesuatu perasaan.

Terkejut : mata terbuka luas, kening naik, mulut sedikit ternganga.
Senyum : otot mata dan muka bergerak sekali secara konsisten dengan otot pipinya.Mudahnya, senyuman tulen hadirnya berpakej senyuman di bibir dan mata sekali.

Apabila melemparkan senyuman dari hati, ia bukan sahaja berjangkit pada orang lain,bahkan ia juga menjadi ubat yang mujarab bagi mengubati duka di hati orang yang menerimanya. Jadi, tak perlu takut melemparkan senyuman dalam setiap keadaan. Senyuman yang benar-benar tulen pasti memberikan kesan yang positif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan