Jumaat, Mei 22

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN...ANGKA SEMAKIN BANYAK...JANGKA MASA HAYAT SEMAKIN PENDEK


Selamat Hari Ulangtahun, Nombor Yang Semakin Banyak!
Usia semakin meningkat, semakin lama semakin membimbangkan. Terfikir juga sejauh mana matlamat yang telah dicapai dan sehebat mana tanggunjawab telah terlaksana!? Terfikir tetapi tiada langkah usaha, tiada makna dan hanya sia-sia. Tetapi setelah bertungkus lumus dan berusaha hanya semata-mata ingin capai matlamat tersebut bagaimana pula!?

Hari ini aku ingin mencoretkan mengenai usia. Ya, usia sememangnya semakin meningkat seiring dengan masa. Setiap orang diberi masa yang sama setiap hari tetapi tidak pada usianya. Dipanjangkan umur maka semakin banyaklah nombor yang mewakili usianya. Semuanya akan dirujuk pada ketentuan Allah Ta’ala.

Namun usia yang diberikan amatlah tidak membawa apa-apa erti jika kita tidak menghargainya. Disamping itu menunjukkan betapa hebatnya kita sebagai manusia apatah lagi sebagai khalifah Allah! Tidak kau merasa satu kerugian? Apakah jalan yang kau pilih sekarang membuktikan kau dapat mencapai apa yang diimpikan? Atau kau dapat menyahut seruan islam, hari ini lebih baik dari kelmarin?

Dimulut, ramai yang dapat berkata bahawa semuanya boleh dilakukan dan boleh terlaksana ibarat seperti mereka-mereka yang kononnya mendapat projek besar padahal baru peringkat perbincangan. Belum dapat projek lagi pun. Kenyataan yang agak sukar untuk disuratkan tetapi tidak mustahil jika dilakukan dengan penuh semangat dan fokus! Dan yang paling penting memohon bantuan dari-NYA dan bersyukur (yang ini ramai yang buat-buat lupa, tiada keberkatan!).

Sudahnya, apakah pada usia kau kini kau telah capai apa yang kau impikan dalam hidup? Fikir-fikirkanlah. Aku yakin setiap orang diberi keistimewaan yang tersendiri. Terpulang sama ada kau mahu mencungkilnya atau pendamkan sahaja. Tapi nasihat aku, sebagai khalifah Allah perhebatkanlah diri kau!

Terima kasih kerana membaca entri yang agak sastera pada kali ini. Sebenarnya aku terfikir sejauh mana aku telah melaksanakan tanggunajawab aku dan sejauh mana aku telah capai dalam usia aku kini. Terima kasih kepada pembaca-pembaca dan rakan-rakan yang terlebih dahulu mengucapkan selamat pada ulangtahun kelahiran aku tapi lambat lagi..hehehe 1 Julai nanti...ada yang nak bagi hadiah ker...kepada kawan aku CITAHZZ selamat hari Lahir pada 25 Mei ni..kalu tak silap aku 22 thn kan..Citahzz selamat menempuh alam pekerjaan...dunia yang penuh cabaran..berliku..tak macam zaman skolah semuanya happy jer...

Renung seketika apa yang telah berlaku dalam hidup aku. Rupanya banyak kisah suka duka yang aku telah lalui. Dan itulah realiti kehidupan yang perlu aku rempuhi dan tangani demi mengajar erti kedewasaan serta mencapai kematangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan