Sabtu, Mei 9

Hampir 100,000 mohon jadi guru


Profesion perguruan semakin mendapat tempat di kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan hampir 100,000 orang memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) bagi pengambilan sesi Julai ini.

Ini sekali gus menimbulkan persaingan sengit di kalangan pelajar sedangkan pihak Kementerian Pelajaran hanya mampu menempatkan 6,200 orang untuk mengikuti kursus pendidikan di dalam dan luar negara.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom yang menyifatkan bilangan tersebut sebagai satu petanda positif terhadap kerjaya perguruan di negara ini.

"Pada tahun ini, seramai 1,877 pelajar yang memperoleh 9A hingga 15A dalam SPM 2008 memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang pendidikan di luar negara. Daripada bilangan itu, seramai 100 pelajar terpilih untuk dihantar ke United Kingdom.

"Mereka dipilih untuk mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara khusus pembelajaran dalam bidang kritikal seperti Fizik dan Biologi,'' katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Alimuddin memberitahu, Kementerian Pelajaran memang mencari dan memilih pelajar cemerlang serta berkualiti yang berminat untuk mengikuti kursus perguruan.

Bagaimanapun, mereka perlu melalui tiga tapisan termasuk menghadiri proses temu duga dan menduduki Ujian Sahsiah Keguruan (INSAK) secara bertulis.




BENARKAH KERANA CINTA?

ATAU HANYA BIDANG INI MENAWARKAN PELUANG PEKERJAAN SECARA BESAR-BESARAN?

LEBIH MUDAH LEPAS BELAJAR TERUS DAPAT KERJA, PTPTN TAK PAYAH BAYAR (DAPAT ELAUN) BERBANDING KELUAR IPT LEPAS TU MENGANGGUR

INI BARU KISAH LEPASAN SPM

YANG BERPULUH RIBU MOHON KPLI DAN DPLI TU APA CERITA?

KERANA 'CINTA' JUGA KE?

ATAU...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan