Sabtu, Mei 23

NIKMATI SETIAP SAAT KEHIDUPAN SECARA ISLAM



Bosan Dengan Kehidupan Ini?
Seorang pemuda datang mengunjungi seorg kaunselor lalu mengatakan, "Tuan, saya sudah bosan hidup. Sudah jenuh betul. Rumahtangga saya porak peranda. Usaha saya tak menjadi. Apapun yang saya lakukan selalu berakhir dengan kegagalan. Saya ingin mati
Kaunselor itu menjawab dengan tersenyum berkata, "Oh, kamu sakit." "Tidak tuan, saya tidak sakit. Saya sihat. Hanya bosan dengan kehidupan. Itu sebabnya saya ingin mati." Seolah-olah tidak mendengar pembelaannya, kaunselor meneruskan, "Kamu sakit. Dan penyakitmu itu sebutannya, 'Alergik Hidup'. Ya, kamu alergik terhadap kehidupan."

Banyak sekali di antara kita yang alergik terhadap kehidupan. Kemudian, tanpa disedari kita melakukan perkara yang bertentangan dengan norma kehidupan. Hidup ini berjalan terus. Sungai kehidupan mengalir terus, tetapi kita menginginkan status-quo. Kita berhenti di tempat, kita tidak ikut mengalir. Itu sebabnya kita jatuh sakit. Kita mengundang penyakit. Resistensi kita, penolakan kita untuk ikut mengalir bersama kehidupan membuat kita sakit. Yang namanya usaha, pasti ada pasang surutnya. Dalam perkara, berumahtangga, pertengkaran-pertengkaran kecil itu memang wajar,
lumrah. Persahabatan pun tidak selalu selamanya, tidak abadi. Apakah yang selamanya, yang abadi dalam hidup ini?

Kita tidak menyedari sifat kehidupan. Kita ingin mempertahankan suatu keadaan. Kemudian kita gagal, kecewa dan menderita. "Penyakitmu itu dapat disembuhkan, asal kamu ingin sembuh dan bersedia mengikuti petunjukku." demikian ujar pak guru.
"Tidak tuan, tidak. Saya sudah betul-betul bosan dgn kehidupan saya. Tidak, saya tidak ingin hidup." pemuda itu menolak tawaran kauselor itu. "Jadi awak tidak ingin sembuh. awak betul-betul nak mati?" "Ya, memang saya sudah bosan hidup." "Baik, esok petang awak akan mati. Ambillah botol ubat ini. Setengah botol diminum malam ini, setengah botol lagi di minum esok jam enam petang dan jam delapan malam kau akan mati dengan tenang."

Giliran dia menjadi bingung. Setiap kaunselor yang sepatutnya memberikan semangat
utk terus hidup tapi yang satu ini aneh. Ia bahkan menawarkan racun. Tetapi, kerana
dia memang sudah betul-betul bosan, dia menerimanya dengan senang hati. Pulang ke rumah, dia langsung menghabiskan setengah botol racun yang disebut "ubat" oleh kaunselor tadi. Dan, dia merasakan ketenangan sebagaimana tidak pernah dia rasakan sebelumnya. Begitu rileks, begitu tenang! Tinggal 1 malam, 1 hari, dan dia akan
mati. Dia akan bebas dari segala macam masalah. Malam itu, dia memutuskan untuk makan malam bersama keluarga di sebuah restoran. Sesuatu yang sudah tidak pernah dia lakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Oleh kerana ini adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan sebuah kenangan manis. Sambil makan, dia bersenda gurau. Suasananya amat mendamaikan! Sebelum tidur, dia mengucup bibir isterinya dan
membisik di telinganya, "Sayang, aku mencintaimu." Kerana malam ini adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan sebuah kenangan manis! Esoknya; bangun tidur dia membuka jendela bilik dan melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Dan dia tergoda untuk melakukan jalan pagi. Pulang kerumah setengah jam kemudian, dia menemukan isterinya masih tertidur. Tanpa membangunkannya, dia masuk ke dapur dan membuat 2 cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk isterinya. Kerana pagi itu adalah pagi terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan sebuah manis! Isterinya yang merasakan sesuatu kelainan, berkata dalam hati "Selama ini, mungkin aku salah. Maafkan aku, sayang."

Di pejabat, dia menyapa setiap orang, bersalaman dengan setiap orang. Pekerjanya menjadi bingung, "Hari ini, Boss kita ganjil ya?" Dan sikap mereka pun langsung berubah. Mereka pun menjadi lembut. Kerana siang itu adalah siang terakhir, dia ingin meninggalkan sebuah kenangan manis! Tiba-tiba, segala sesuatu di sekitarnya berubah. Dia menjadi ramah dan lebih toleran, bahkan apresiatif terhadap pendapat-pendapat yang berbeza. Tiba-tiba hidup menjadi indah. Dia mula menikmatinya. Pulang ke rumah jam 5 petang, dia menemui isteri tercinta menunggunya di beranda depan. Kali ini justeru isteri yang memberikan ciuman kepadanya sambil berkata, "Abang, sekali lagi saya minta maaf, kalau selama ini saya selalu menyusahkan abang."
Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan, "Ayah, maafkan kami semua. Selama ini, ayah selalu stress kerana perilaku kami." Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali. Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah. Dia membatalkan niatnya untuk membunuh diri. Tetapi bagaimana dengan setengah botol yang sudah dia minum, petang semalam?

Dia pergi bertemu dengan kaunselor itu lagi. Apabila melihat raut wajah pemuda itu, rupanya kaunselor telah dapat membaca apa yang telah terjadi, "Buang sahaja botol itu. Isinya air biasa. Kau sudah sembuh, Apabila kau hidup dalam kekinian, apabila kau hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemputmu bila-bila sahaja, maka kau akan menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu, keangkuhanmu, kesombonganmu. Jadilah lembut, selembut air. Dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kau tidak akan jemu, tidak akan bosan. Kau akan merasa hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan."

Dia mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan kaunselor itu, lalu pulang ke rumah, untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Konon, dia masih mengalir terus. Dia tidak pernah lupa hidup dalam kekinian. Itulah sebabnya, dia selalu bahagia, selalu tenang, selalu HIDUP! Hidup bukanlah merupakan suatu beban yang harus dipikul, tapi merupakan suatu anugerah untuk dinikmati.

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu,
Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu,
dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "

salam persaudaraan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan