Isnin, Mei 4

TIP KHAS UTK TERUNA DAN DARA..TENGAH CARI PASANGAN KE?



Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan...

Ni satu nasihat untuk Anda yang bergelar gadis dan teruna. Bila ada orang suka ngan Anda, jangan jual mahal. Jangan! Berilah peluang kepadanya. Untuk apa Anda berjual mahal? Rugi kalo jadi memilih sangat, walaupun boleh.

Sekali Anda jual mahal, suplo kali orang tak suka ngan Anda. Usah bersikap begitu. Jika ada orang suka ngan Anda, minat dengan Anda, apa salahnya terima. Beri dia peluang.

Tak usahlah terlalu rigid sampai jual mahal. Walaupun anda cantik @ hemsem, kecantikan itu tak akan kekal. Biarlah Anda cantik diluar, cantik juga di dalam hati. Orang yang cantik di dalam hati, hatinya baik.

Oleh kerana itu, bersyukurlah bila ada orang suka ngan Anda. Itu tandanya mereka nampak apa yang cantik dan keistimewaan yang ada pada diri anda, mungkin cantik pada rupa atau cantik pada gaya bahasa. Itu tandanya kesopanan Anda dihargai.

Layan dia sama rata, seperti kawan-kawan Anda yang lain. Hadkan pergaulan, kawal kata-kata dan kekalkan kesopanan. Dalam anda terima dia, nilailah dirinya, attitudenya, ilmunya dan pergaulannya.

Tanya diri Anda, adakah dia ni sesuai untuk jadi kekasih Anda? Adakah perangai dia sama dengan ciri-ciri perangai yang Anda mahu? Anda sepatutnya tahu apa yang Anda mahu.

Bila ada orang suka ngan kita, siapa yang tak gembira. Dari situ timbul rasa bersemangat sebab kita tahu kita ada secret admirer, peminat dalam diam.

Di samping itu sentiasa berwaspada dalam tiap pergaulan...semoga anda berjaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan