Rabu, Mei 6

PASTIKAN KUALITI TIDUR ANDA...



Hari ini, keletihan saya sudah berkurangan, walaupun masih lagi dihimpit masalah tidur yang tidak berkualiti. Apa yang saya dapat rasakan2 minggu kebelakangan ini, saya mempunyai kualiti tidur yang kurang baik. Jika sebelum ini, saya dapat bangkit pada awal pagi,badan terasa segar, dapat lakukan segala kerja yang patut. Tetapi sekarang kebiasaan tersebut sudah berubah, saya akan bangkit dari tidur selepas subuh dan badan memang terasa letih, dan mata masih lagi mengantuk.
Tidur juga berkaitan dengan minda .Kualiti tidur dipengaruhi pelbagai faktor, termasuk fizikal, mental dan spiritual.Bukan berdasarkan jumlah jam yang kita tidur.Tetapi ianya dinilai melalui perasaan selesa, ketenteraman jiwa serta kepuasan diri yang kita perolehi.
Kadangkala , saya teringat satu kata-kata, tilam yang empuk belum pasti dapat memberikan kita tidur yang lena. Saya benar-benar setuju, kerana saya mempunyai habit boleh tidur di mana-mana asalkan saya mengantuk :grin:, so tilam empuk dah tak penting lagi.
Berbalik pada kualiti tidur. Apa yang dimaksudkan dengan kualiti tidur, kita boleh tidur dengan lena, walaupun dalam masa yang singkat. Apabila bangkit dari tidur, kita akan merasakan badan yang segar, gembira dan tenteram.
Apabila kita tidur, minda separa sedar, akan berada diperingkat theta. Tetapi apabila kita tidur dengan lena minda kita akan berada diperingkat delta. Kalau nak rasa peringkat delta, buat operation, kerana selepas dibius, anda akan tidur dengan betul-betul lena.
Apa pun, tidur yang berkualiti penting untuk kesihatan, selain menjaga pemakanan , tidur juga perlu kita jaga. Jagalah kualiti tidur anda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan