Jumaat, Mei 15

KESEMPATAN ITU MEMANG MASIH ADA



"Jangan katakan telah hilang segala kesempatan, kerana setiap orang yang berjalan pasti akan sampai ke tujuan"

Membaca petikan tersebut membuatkan kita berfikir kembali. Walau pelbagai halangan dihadapi, walau berulangkali telah kita jatuh....teruskan bangkit kembali. Ya bangkit...bangkit...dan terus bangkit....bermohon kepadaNya. Teruskan langkahmu wahai SAHABAT.

Hidup kita pasti ada tujuannya. Serlahkan tujuan hidupmu dan akan terlihat jalan mana yang perlu dilalui. Terus berjalan, walaupun perlu meredah onak duri, merentas lautan gelora, kerana di hujungnya ada tujuanmu. Di situ tujuanmu.

Bekalkan perjalanan itu dengan tekad dan semangat dan berserahlah selebihnya kepada yang Kuasa! Ingat SABAHAT, kita masih punya kesempatan menggapai bintang bulan di atas sana...kita masih punya kesempatan memiliki sinar cahaya indah gemerlapan...Ya...kita masih punya kesempatan. Dan kesempatan itu sentiasa ada kerana pilihannya terletak di tanganmu SABAHAT...
Saya ke darat ke rumah Zaharah,
Mari mengambil buah keranji;
Biar ku mati bertumpah darah,
Namun menyerah tidak sekali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan