Isnin, Mei 11

SELAMAT HARI GURU 2009 BUAT SEMUA GURU, CIKGU, BEKAS GURU DI MALAYSIA




selamat hari guru buat cikgu2 yang pernah mengajar saya tulis, baca sehingga saya boleh berblog dengan fasih. dah wujudlah amirulummaronline.blogspot.com
· 1980-1985 – SK Felda Adela Kota Tinggi Johor
· 1986-1990 – SMK Felda Adela Kota Tinggi
· 1991-1992 – SMK Tun Habab Kota Tinggi
sedikit info tentang Hari Guru di Malaysia
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
Lagu Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Selamat Hari Guru……Cikgu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan