Sabtu, Mei 16

HIDUP INI PENUH MISTERI TANG PERLU DITEROKAI



Kerja menulis blog, adalah satu kerja yang menyeronokkan. Keseronokan itu akan hilang bila jarang menulis entri, artikel atau catatan terbaru.

Macam memancing. Kalau dah jarang memancing, rasa boring. Minat tu pun pandai hilang bila dah jarang-jarang memancing. Sama juga macam main bola sepak. Kena selalu main, kalau jarang, tetiba bosan.

Tak banyak yang berubah dalam aktiviti seharian saya. Dari pagi sampai ke petang, setiap hari sama saja.

Hanya ada kerja, sukan dan keluarga. Dalam pada itu, saya teruskan usaha mengkaji lebih banyak pasal cinta dan menggali lebih banyak maklumat bagaimana untuk bahagia dalam apa yang kita buat.

Its more to my personal quest. Seorang kawan saya, kurang bahagia dalam apa yang dibuat seharian hampir hilang pedoman hidup sebab putus cinta. Senyumannya cantik, peramah dah sudah bekerja.

Sayangnya, kesemua kelebihan itu tidak menjaminkan dia kebahagiaan. Dia telah dipermainkan, hampir hilang segalanya hanya sebab dia termakan pujuk rayu si lelaki.

Sebagai seorang kawan, saya cuma membantu mana yang saya mampu, mana yang saya tahu. saya harap dia tabah menghadapi tiap dugaan yang mendatang.

Dari kejadian tak diduga itu, saya bertekad mendedikasikan diri pada sesiapa saja yang mahu bahagia dan seroonk dalam hidup seharian. Saya akan berkongsi maklumat tanpa henti, mencari ilmu tanpa henti.

Hidup ini mengajar dengan cara yang misteri, tapi boleh dikenalpasti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan