Jumaat, Mei 22

24 JAM SETIAP ORANG SEHARI ...ADILKAN?



Sekaya mana anda..punya segalanya di dunia ini...tu semua tak diberikan keistimewaan oleh Allah dalam menentukan kelebihan mempunyai waktu melebihi 24 jam sehari....adilkan Allah..
Setiap orang mempunyai masa yang sama...gunakan semaksimum yang mungkin..utk diri sendiri, family..cari rezeki..beribadat..keseronokan...

Umum ketahui, dalam agama islam amat menitikberatkan tentang pengurusan masa. Apatah lagi jika kau sering diganggu dengan masalah-masalah atau program-program yang datang tiba-tiba yang langsung mengganggu masa yang telah kau tetapkan.

Oh masa, ia tidak akan cukup jika kau dan aku tidak menguruskan secara bijaksana. Masa saling berkait rapat dengan disiplin diri. Ada disiplin tapi tiada pengurusan masa pun tidak menjadi juga. Panjang pula mukadimah kali ini (huhu). Jadi bagaimana kau menguruskan masa?

Bila kau dapat merangka perjalanan kerja dan kehidupan selari dengan masa yang kau tetapkan, apabila kau tak capai matlamat tersebut kau akan hilang keyakinan dan kecewa. Apatah lagi apabila masa yang kau ada diganggu gugat oleh orang lain yang tidak mementingkan masa, masalah juga kan? Jadi perlu untuk kau tetapkan secara khusus setiap minit yang kau miliki.

Aku hanya guna satu formula yang diturunkan oleh orang tua aku sendiri iaitu sehari (2 jam) bahagi 3! Bermakna aku ada 3 bahagian (8 jam) pengkhususan masa. Ternyata formula tersebut juga bakal menjadikan kau lebih berdisiplin dan secara tak langsung dapat menjaga kesihatan.

Bahagian-bahagian tersebut adalah seperti,

Masa kerja.

Ya 8 jam yang kau sediakan untuk masa kerja, masa buat duit, masa mencari rezeki. Masa ini kau perlu untuk menampung hidup sebagai manusia yang memerlukan asas hidup seperti duit, pakaian, rumah, kereta, minyak, bil-bil utiliti dan sebagainya.

Masa Sosial.

Jangan ingat kau tak boleh ada masa untuk sosial. Sebagai manusia yang normal, kau perlu bersosial untuk capai kewarasan dan jati diri yang maksimum. Masa ini juga dianggap masa yang berkualiti.

Kau perlu bersosial demi menjaga kesihatan kau apatah lagi jika kau bakal dihimpit penyakit hipertensi seperti tekanan! Perbaiki sosial kau bersama ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara dan rakan-rakan.

Ini juga termasuk masa untuk kau bersosial dengan alam semulajadi ciptaan Allah Yang Maha Esa!

Masa Rehat/Tidur.

Dan yang ini paling penting dan memenuhi setiap pengkhususan masa yang kau telah tetapkan sebelum ini. Kerja dan bersosial tapi kau tak tidur tak guna juga. Kau akan rasa jadi seorang manusia yang tidak berguna dan tidak dapat melakukan kerja dan bersosial secara teratur.

Bahagian ini ramai yang mengabaikannya, kununnya badan boleh tahan walaupun tidak tidur teratur! Kau perlu tahu badan kita tidak mampu melayan kehendak minda yang kau siapkan untuk menerima impak hidup yang semakin mencabar!

Jadi?

Sebenarnya kau punyai masa yang cukup jika kau bijak mengurusnya. Jangan terlalu ambil pusing mengenai keupayaan minda kau, percaya kepada keupayaan tubuh badan kau juga. Itu pun kalau kau fikir nak hidup lama.

Percaya atau tidak, ramai antara mereka yang berjaya dalam hidup punyai pengurusan masa seperti ini. Mulalah sekarang atau kau tiada langsung pengurusan masa. Jangan pandang rendah pada masa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan